Backpacking KL-Korea Day 3 (Namsan Tower - Myeondong - Itaewon)

Day 3, 25 May 2014
Sarapan di Korea.
Tu ada staff guesthouse teman kami.
Terima kasih atas informasi anda.
Plus serunding free.
Ke convenience store yang cuma beberapa meter je dari guesthouse untuk beli telur.
Angkat sekali kopi sejuk dia.Cafe Benne.
Oh..sungguh sedap.
Oh, I can get use to all these coffee kat Korea.
Kasi je kopi, pasti kuhirup.
Except Espresso. Saya belum lejen lagi.

Letak dalam peti ais.
Pagi-pagi minum Cappucino sejuk.
Sedap woo
Borak dengan staff dia Angelica ( kot nama dia?) & cerita plan kami ke Namsan Tower.
Dia cakap cara paling senang ke sana adalah naik shuttle bas.

Keluar je dari guest house, ada satu pak cik dok sibuk korek jalan depan guesthouse.
Excited Ahjussi nak berborak walaupun masing - masing tak faham.
Mintak gambar bersama.
Punya excited pakcik tu, dia campak je penyodok dia.
Terkejut kitorang. Tergelak sekejap.
Terima kasih Ahjussi, you make our day pagi ni.

Dari Hyehwa Station kami naik subway ke Chungmuro dan cari shuttle bus ke Namsan,
Disebabkan aku tak reti baca Hangul,
Adah & Haq ditugaskan untuk pastikan kami di stesen yang betul, bus nombor berapa
stop kat mana, stop ke berapa.

Naik saja bus yang last stop adalah Namsan. 
Bus nie akan berhenti kat tempat parking bus atas Namsan.
Tapi belum sampai puncak yang ada towe tu.
Kena berjalan lagi.
Panjat bukit ke atas, nampak pakcik makcik yang gigih & berstamina mendaki Namsan,
Respek!

Pemandangan menuju puncak.
Bukan puncak Akademi Fantasi.
Tapi puncak Love lock gitu.
Pokok daun merah.
Harap maaf, jakun seketika.
Sampai je kat atas tu..angin dah menderu2 dah
Tapi 1st stop kitorang adalah kedai
As usual, beli makanan lagi..padahal dalam beg ade je makanan lagi.

Kemudian, kami mula la mendaki sampai ke kaki namsan tower tu…
pusing2 amek gambar dengan lock..posing sana..posing sini..
pastu masuk duit, tengok view seoul..
tapi ktorang tak naik sampai atas, sebab tu kena bayar…
sampai lock sudah..tu kan misi kami..

Namsan Tower

Love lock tree at Namsan Tower, Korea
pastu ktorang pun keluarkan lah monopod untuk berselfie…
monopod kanan, kiri, atas, bawah, senget…
selagi muka aku masuk frame sudah..haha

tapi orang kira kanan kat dock yang penuh dengan orang tu asyik la tengok2,
tunjuk2 ktorang..pastu ktorang konpius..
huk alah..monopod je kot..
bukan korang tak kenal pun..
apa yang alien sangat dengan ktorang?
Dengan poyo, terus amek gambo sambil berebut seat yang ada muka soohyun tu.

pastu adah kata korang amek la gambar guna monopod, aku candid.
dia pun amek pastu gelak.
tunjuk kat ktorang gambar kami bermonopod….hahahah..hamekkk ko…
kemain panjang batang monopod ktorang…
membahayakan nyawa betul..
patut la orang Korea semua dok pandang ktorang…
kagum gler kott tengok budak2 nie amek gambo dengan monopd dekat semeter panjang nye.

pastu macam biasa, adah gi carik sorvuneir dengan churros dia,
kami melepak kat pondok..pastu monopod.
siap satu mak cik tu cakap…hati2 guna monopod tuu( dalam bahasa Korea semestinya…google translate sesedap rasa aku jerr).
 dia pun ngeri kot tengok monopod kami.


Aktiviti skodeng Seoul

dah ber polaroid smua, ktorang nak amek gambar kat lock
yang mak adah panggil timbunan sampah tu..(haha..klakar la Ustazah niee).
Adah as our professional photographer dimintak snap gambar kami
(bukan je gambar ktorang…gambar tourist lain yg mintak snap kan gambar pun adah amekkan..profesional tau service).
Gambar kali ni nak panjang..maka aku pun berdiri la…
pastu adah dari depan dengan konpiden nye cakap…Nabila…berdiri!

Aku pun konpius seketika…sebab aku rasa aku dah berdiri…
lepas loading 2 ke 3 saat aku pun cakap…
Aku dah diri la weii!!!
ko nak aku diri tang mana nie??

last2 aku duduk depan sebab kalo aku berdiri hat belakang,
serupa macam orang duduk…paham dak?
ke tidak tinggian sangat ketara disitu..cis..

dah tu..harus la meninggalkan nama kami kat lock love sana.
sebagai backpacker cheapskate macam aku,
sebab lupa nak beli lock murah kat Malaysia…
dan tak nak beli lock kat namsan yang harga 8,000w tu..
aku pun bawak marker…

Tumpang lalu love lock nie ye~

kami pilih bentuk love yang belah belakang dia kosong pastu tulis nama kami kat situ…
Tumpang lalu ye sape punya lock hari tu…
Haha…cheapskate tahap gaban…AAK (ada aku kesah??)
yang penting nama kami dah tertulis kat sana.

pastu turun kami amek cable car. bayar dalam 6,000 sorang.
time tu dah renyai2 sikit dah..
alhamdulliah timing kena (Timing kitorang selalu baik..thorbaek).
Ktorang turun namsan baru nak start hujan.

Kengerian mula melanda sebab kami gayat..haha…
tapi excited nak front view…
selamat sampai ke bawah semua orang.
pastu sampai parking dia ada satu lagi escalator ke jalan bawah
yang weird looking (at least pada ktorang la)
sebab dia macam lif biasa yg 4 segi tu tapi gerak macam escalator.
 anyway, parking diorang adalah official double park.
aku pun tak tau camne kalo kereta belah dalam nak keluar.

Dengan cable car kami turun 
Itu dia..lif escalator bergerak

Sampai bawah..jalan straight…
kalo ikut itineari katanya jalan depan sikit nanti akan jumpa myeondong….
tempat yang penuh dngan skincare product.setelah singgah 7e sekejap sebab nak tanya direction
 ( siap snap gambar google map yang dicarikan tu)
dan beli payung baru kami pun berjalan dalam hujan (time tu dah hujan dah).

pastu jalan2 nampak ada underground market…masuk lah kami nak tengok apa dalam tu…
ow…ada banyak kedai rupanya bawah nie..
tapi style macam bangunan lama macam Complex Pertama kat kl tu…
jalan2…Adah sangkut lagi beli mask snail pulak..

dah tu keluar balik & lintas jalan jumpa myeondong.
reason pegi sini sebab nak carik tempat port ada budak Malaysia nie solat..
carik M Plaza dulu sebab nak try pakai hanbok free.
Sekali hari tu punya jadual dah fully book.
So, kami just pegi tanya arah nak pegi bangunan tu, amek map, guna wifi dll.

Pastu keluar. Ingat kan bangunan satu building dengan M plaza sebab dia kata B1..\
ktorang ingat basement la…rupanya building lain.
dia kata nanti jumpa nature republic la, innisfree la..
kami pun confident la keluar…sekali bila keluar,
bangunan nie ada innisfree, bangunan depan pun ada, kiri pun ade..
apa punya landmark daa…

jalan punya jalan jumpa la daiso iaitu landmark tempat ktorang nak solat tu..
tetapi tak jumpa pulak kawasan yang dimaksudkan…
nak piknik makan tenghari kt situ tak boleh sebab hujan jadik lebat tiba2.

adah pun masuk daiso beli payung dengan seaweed dia..sebab myeondong xde tempat solat,
ktorang pun decide untuk pergi seoul mosque je.
masjid tu sebenarnya next day punya plan

meredah la kami dalam hujan menuju subway station.
tengah jalan terjumpa plak satu pak cik jual kuih apa ntah..
tapi bau sangat la sedap, buat panas2 lak tu..
ada telur mata atas dia.
Harus membeli 2 bijik, time2 hujan camnie..sodap wo.

Kajian mendapati kuih tu adalah Bread Egg atau nama Koreanya Dalgyeal Bun.

Sampai sanggup patah balik carik ahjussi tu..nak beli lagi

Pastu jalan2 jumpa subway..ada underground shopping..
jalan2 skali jumpa kedai kpop..aku dengan adah dah lupa daratan lagi sekali…
dok carik album la poskad la, nametag la..haq dan dila pegang beg..
pastu diorang nak pergi beli lagi telur tu..
ok! no hal..kami memang akan duduk dalam kedai nie je..

aku dengan adah pun excited la membelek2..malang skali exo album adah xde dah..
pastu dapat tengok drama budak skola melalak mintak mak dia belikan album infinite…ceh!! untunglah mak nak beli kan..mak ktorang dulu, nak kaset bsb suruh kumpul duit sendiri tau nak beli (kaset…nampak sangat generation gap nye..)

Pastu ber subway la kami ke itaewon..sampai itaewon..
carik information center tanya direction ke masjid…
jalan sampai la jumpa kawasan berbukit tu…
adoyai..nasib baik aku tak amek guesthouse sini…
kalau tak mau nangis hari2 mendaki camnie.

jumpa masjid dan kami berkejar sebab nak dapat kan asar..lepas solat..rehat sapu minyak kat kaki.

Inside Seoul Central Mosque
lupa nak cter, masa nak carik women praying room tu tanya la satu arab nie kat mana..
dia pun cakap dengan all seriousness, there is no women praying room here, if you want to, go back to Malaysia..
Semua orang blurr…loading…Aku pun tergelak…
huwahaaha…wat lawak plak pak arab nie…
ktorang dah lencun kena hujan nie..memain plak dia.

Settle magrib, ktorang turun. ingat nak amek gambar depan masjid.
 pastu kedengaran orang macam gaduh luar masjid.
aksi ini dirakam oleh haq..katanya ada Korean ada arab.
dah sorang cakap korea, sorang cakap arab.
siap ada tukang translate..apa ntah dicakap..yeoja..yeoja segala

Seoul Central Mosque ini juga biasanya dipanggil masjid Itaewon kerana terletak di kawasan Itaewon.
Ini adalah masjid pertama dan satu-satunya masjid yang terletak di Seoul.
Jadi, jika anda ke Seoul memang wajib ke sini.

kami yang nak snap gambar depan masjid terus tak berani.
takut ada unsur rasis tak puas hati ke..
tak nak la terlibat in a middle of a fight kan…
kang xbalik Malaysia pulak..
dah la ktorang semua bertudung. ktorang pun cepat2 blah and carik kedai makan.

makan kat muree..dan jumpa pak cik dari Singapore..borak2..keluar
dan kemudian singgah kedai beli candy dengan mart beli sayur. pastu balik rumah..

Habis cerita hari ni. Sekian.

Nota kaki

Seterusnya disini --
Perbelanjaan Keseluruhan (TQ Adah!)
Street Food Korea
Review Korea Central Backpackers
Review Busan Inn
Lost In Seoul

No comments:

Post a Comment