Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Cara Tukar Kad Maybank Online Tanpa Guna Mesin Kiosk

Renew Kad Maybank Online
Renew Kad Maybank Online


Biasanya aku tak kesah kad bank expired sebab jarang guna kad. Tapi haritu nak daftar akaun Etsy (baru belajar kat sini https://qimi.co/sp/etsy/go/231/) kena masuk kad untuk tolak charges & fees.

Biasa aku guna kad Bigpay je senang boleh tengok transaction & currency exchange dia lawa. Kad Bigpay ni prepaid tapi ok je guna. Entah mungkin sebab dia tukar dari Mastercard kepada Visa. Aku guna kad prepaid Kwik Cimb Bank prepaid (Mastercard) eh Etsy nak pulak.

Kesimpulannya kena ada juga 1 kad yang boleh pakai. Nak renew kad kat mesin tukar kad maybank Muo itu renyah, so kita naik ke atas talian saja.

Step lebih kurang camni la
1. Buka Maybank2u di browser/laptop (kat Apps aku tak jumpa huhuu)
2. Tekan di Account - Card - titik 3 kat tepi
3. Tekan replace, active, block - titik 3
4. Card details Status - replace card
5. Isi alamat - request Sms/ secure TAC -Confirm

Kad akan terima dalam 9 hari. Aku tak sampai 5 hari dah dapat kadnya. Lepas dapat kad kena aktifkan ikut step kat surat pada kad baru tu.
❎ tak payah pergi bank, cari parking, beratur etc
❎ tak kena cas
❎ tak berubah nombor pin & nom account

Cubalah! #kadmaybank #replacemaybankcard #caratukarkadmaybank
#tukarkadmaybankonline

Tentang kad Bigpay 

Jual Gambar Travel Sebagai Side Hustle

Bosan bukan dalam zaman pandemik ini? Sudah hampir 2 tahun kita tidak boleh kemana-mana. Pasport entah kemana, hati mula memberontak. 

Untuk beri kegembiraan pada hati, aku akan tengok video travel sendiri. Video yang dicompile di Youtube BilaKakiBerjalan memberi sedikit kebahagian. Banyak betul nikmat waktu kita bebas mengembara dulu kan? 

Selain tu aku cari jugaklah gambar-gambar masa travel dulu nak buat flashback throwback bagai. Ada beberapa gambar yang "eh nubbad ar aku snap"...perasaan sendiri akulah heheh

Kemudian aku terjumpa beberapa website yang suka gambar-gambar lawa. Korang yang ada banyak gambar masa travel atau gambar yang diambil tepi rumah sekalipun, cubalah upload ke website ini.

Ada rezeki boleh dapat duit, boleh asah kemahiran fotografi, malah boleh jadi seperti arkib gambar (akulah ni sebab Google Photos nak max dah). Dah terjual belum gambar aku? Setakat ni belum lagi hahaha. Ada rezeki nanti adalah tu.

Ok ini antara website yang kita boleh upload dan jual gambar.

Shutterstock


Daftar disini dan boleh jadi pembeli photo atau daftar sebagai contributor penjual photo . Setakat ni tak banyak gambar aku diterima, asyik kena reject je hahaha tapi kita teruskan upload ya

Ni account aku kot nak beli gambar ke


Dreamstime



Daftar sini  Aku selalu upload guna apps je tapi huduh gak ar apps Dreamstime hahah. Mudah sikit berbanding Shutter untuk accept gambar.

My account here

Eyeem



Daftar https://www.eyeem.com/. Ni firstr account aku buat untuk upload gambar. Much easier untuk approved. Dia ada portfolio jadi boleh tengok gambar yang tak approved untuk jualan market tapi boleh buat cuci-cuci mata.

My account here 

Aku bukan professional ambil gambar. Suka snap candid gitu je, so payah sikit la nak terjual gambarnya. Nanti dah mula dapat earning, dengan excitednya aku kukongsikan disini.

Sementara itu, trylah side hustle ini ye kawan-kawan!

Cara Cari Arah Kiblat Semasa Travel [Tutorial Qibla Finder]

Solatlah kamu dimana saja dibumi Allah.

Kita travel aka bermusafir kemerata dunia, namun tidak boleh lupa mengucap syukur yang berikan kita tangan, kaki, anggota badan malan oksigen yang kita hirup sekarang.

Dengan teknologi kini, sangat mudah untuk dapatkan arah kiblat online.

Ini dua apps yang aku gunakan untuk cari arah qiblat.

1. Muslim Pro

Banyak bash sebab apps ni non Muslim buat, tapi aku tak explore lagi option apps lain, so buat masa sekarang ni the best yang ada banyak funtion. Ada arah kiblat, waktu solat ikut negara dll.

2. Qiblafinder

Penunjuk arah kiblat online paling mudah untuk digunakan. Tak perlu download apps.

Perlu internet saja & terus ke laman web ini https://qiblafinder.withgoogle.com/

Ini tutorial cara cari kibla dengan apps ini. 

 

3. Sejadah Kompas Kiblat

Yang ni kenapa pandai baca compass la. Takpun guna compas dalam phone tu pun ada.

OK itu saja tips mencari kiblat dimana saja didunia. Selamat bermusafir & jangan tinggal solat ya!

~adios

Terformat Memory Card? Cara Recover SD Card Formatted

Balik dari #tripbalkan aku mendapat kejutan pertama selepas beberapa hari. Gambar yang diambil menggunakan camera digital ( ya, tau old school sangat..) tak jumpa. Hilang terus, memory kosong. Aku sangat yakin ada banyak je gambar dalam SD card ni.

Dalam keadaan separuh panik, dan nervous aku roger best friend aku iaitu Encik G atau nama penuh beliau Encik Google. Beberapa link aku baca, beberapa video aku tonton sebelum aku berjaya menemui penyelesaiannya.

Cara ini sudah semestinya Free dan mudah.

Alhamdulliah dapat recover balik data termasuk gambar dan video dari memory kad tu. Kalau tak, menangis tak berlagulah aku takde kenangan di Balkan. Oleh itu mari aku kongsikan cara selamatkan gambar travel dan data yang terdelete atau terformat secara tak sengaja tu.

Step How To Recover Deleted or Formatted SD Card Memory Card


1. Download free Recuva from here https://www.ccleaner.com/recuva

2. Install program

Tekan Next di Recuva Wizard

3. Pilih file yang nak diselamatkan

.
Pilih picture saja untuk recover gambar. Pilih All Files ambil masa lama 

4. Pilih location data 


Pilih SD card yang mana 

5.Enable Deep Scan 


Enable DeepScan supaya dia scan betul-betul. 
Scanning process sedang berlaku. Lagi besar size memory, lagi lama masa diambil.

Stage 1 scanning deleted files

6. Pilih tempat nak save gambar yang dircover


Pilih tempat yang selamat

7. Pilih gambar yang nak direcover. Klik recover.


Tick box pada gambar yang nak diselamatkan. 

8. Done! Gambar telah direcover semula. 

Partly recovered tu kadang-kadang gambar tu jadi rosak so separuh je ada image, untuk video kadang ada file yang tak boleh play. File yang rosak ni adalah sikit tapi mostly dapat recover dengan baik.


Walaupun dia kata 1 fully recovered, 1 partially gambar dua-dua ok je. Maybe quality satu tu kureng sikit tapi masih boleh guna gambarnya.

9. Boleh tekan advanced mode juga untuk pilih jenis data & lokasi nak scan deleted files tu. Step seterusnya sama seperti diatas.


Advanced mode Recuva

 Itu dia 8 steps untuk menyelamatkan gambar yang terdelete atau terformat. Dah recover file tu nanti simpan elok-elok, Sync terus gambar dalam GooglePhotos juga untuk lebih mudah. Sekian semoga ilmu ini membantu kalian.

Versi Video


Penutup

Jika anda berjaya mendapatkan kembali gambar, alhamdulliah dan tahniah! Sebagai tambahan, boleh juga send gambar ke dalam Telegram kemudian didownload.

Kemudian jangan lupa untuk susun dan print gambar dari Photobook Photobook website & Photobook apps ada harga berbeza!). Percayalah tengok gambar dalam bentuk fizikal dan boleh dipegang lagi best dan seronok. Anda boleh print gambar dalam bentuk buku atau kepingan gambar.

Satu lagi, jangan lupa guna voucher code Photobook dalam Shopee dulu sebelum checkout bayaran tau.

Sekian, selamat beramal!

Adios~


Cara Download Gambar Dari Telegram [How To Download Bulk Picture In Telegram Chat]

Waktu travel, macam biasa kita akan ambilkan gambar member. Dan member snapkan gambar kita dari phone dia. Waktu malam bila dah selesai semua aktiviti adalah send gambar ke kawan. Kami menggunakan medium Telegram untuk send gambar dan video. Bagus tau pakai Telegram ni sebab: 
  1. kualiti gambar tak berkurang macam Whatsapp
  2. boleh send gambar & video dalam kuantiti besar
  3. boleh save & download gambar yang kita nak secara pukal

Lega betul aku bila tahu Telegram ni ada kebolehan download banyak gambar sekaligus sebab beratus ni gambar nak download satu-satu mahu cram tangan. Oleh itu, ayuh aku kongsikan cara download semua gambar dari telegram sekaligus.

Tutorial Bulk Download Telegram


1. Buka Telegram di Desktop

2. Buka Chat & tekan 3 titik disebelah kanan. Pilih Export Chat History.

Steps To Download All Pictures in Telegram

3. Pilih Photos & Video Files (jika ada video nak download). 

Cara Download Banyak Gambar Telegram


4. Tarik Limit Size hingga maximum.


5. Jika banyak sangat Chat, pilih tarikh Chat yang berkenaan saja. Atau pilih tarikh sepanjang kita travel tu contohnya 3 hari sahaja.

Pilih tarikh untuk download gambar


6. Tekan Export.


Done! Semua gambar dan video yang berkaitan dah berjaya didownload. Alhamdulliah. Sekarang dah boleh edit dan post gambar dengan gembiranya.

Penutup

Kemudian jangan lupa untuk susun dan print gambar dari Photobook Photobook website & Photobook apps ada harga berbeza!). Percayalah tengok gambar dalam bentuk fizikal dan boleh dipegang lagi best dan seronok. Anda boleh print gambar dalam bentuk buku atau kepingan gambar.

Satu lagi, jangan lupa guna voucher code Photobook dalam Shopee dulu sebelum checkout bayara tau.

Bacaan tambahan jika gambar travel terformat didalam SD card.

Sekian, selamat beramal dan semoga berguna!


Sewa Pocket Wifi Sebelum Travel [Cara Book Roamingman Wifi]

Roamingman Wifi di Manila, Filipina
Roamingman Wifi di Manila, Filipina

Setiap kali travel, WIFI adalah sangat penting. Kenapa? Sebab kita perlu sentiasa dapat search info tentang sesuatu kawasan, mencari tempat makanan halal dan shopping, mengetahui jarak ke suatu tempat, tempah Grab, check-in flight dan sebagainya.

Tapi sebenarnya tak boleh takde internet sebab nak update Instagram heheee.

Waktu dulu aku akan beli simkad dan kemudian beli pula data untuk dapatkan internet. Tapi leceh lah sebab kadang dah beli simkad tak reti nak aktifkan dalam phone kita. Kadang dah beli simkad, dah beli data tak cukup pula. Nak buka simkad ganti yang baru tu pun dah payah. Eh, susahlah.

Sekarang tidak lagi dengan adanya wifi rental di Malaysia. Kita cuma sewa pocket wifi dan boleh gunakan wifi diluar negara tanpa perlu beli simkad.

Ada beberapa pocket wifi provider di Malaysia seperti Roaming Man, Samurai Wifi, Wiyo dan lain-lain. Setelah di timbang tara aku pilih gunakan Roaming Man (RM). Setakat hari ini, aku sudah gunakan RM ke Bangkok, Manila dan 5 negara Balkan.

Ada beberapa sebab kenapa aku memilih Roaming Man. Antara kelebihan Roaming Man berbanding provider yang lain adalah:

Kelebihan Roaming Man

1. Senang nak pick-up dan drop-off pocket wifi 

Boleh pickup di KLIA (depan McD), KLIA2 dan Senai Airport. Drop-off pun ditempat sama. Ofis mereka 24 jam, jadi boleh pergi bila-bila masa.

2. Boleh pickup dan pulang wifi awal sikit

Pocket wifi boleh dipickup sehari sebelum tarikh mula guna. Contoh kita sewa wifi bermula 23 Disember. Pada 22 Disember kita boleh pickup, tapi wifi akan mula berfungsi tepat 23 Disember tarikh di Malaysia.

Begitu juga untuk pulang wifi, kita boleh pulang sehingga 2 hari selepas tarikh akhir sewaan. Jadi tidaklah kita tergesa-gesa untuk ambil dan pulang.

3. Harga lebih murah

Yang ini kena bandingkan dengan keperluan korang. Dari segi berapa MB, connectivity, hotspot dan sebagainya. Harga juga berbeza ikut negara yang nak digunakan wifi tu.
boleh connect ke beberapa device

4. Tiada deposit

Deposit untuk pocket ni mencecah RM200 per device tau sebenarnya. RM no deposit, jadi duit tu bolehlah digunakan untuk shopping kan. Tapi jagalah elok-elok jangan rosak atau hilang device, kang kena bayar balik tau.

5. Battery life

Tahan almost sehari juga walaupun buka seharian dan hotspot 2 phone. Nak charge pun senang je pakai kabel ke powerbank. Cuma device ni akan panas sepanjang di On, jadi jangan letak dekat dengan benda mudah cair contohnya coklat ( kisah benar)

6. Cover banyak negara

Ha ini penting juga sebab takkan nak sewa beberapa device untuk negara berbeza kan? Macam aku sewa untuk 5 negara Balkan hari tu boleh guna pakej 49 negara Eropah, ha senang pakai 1 je device.

7. Boleh redeem roaming point

Setiap kali sewa RM, kita akan dapat point. Point ni boleh diguna untuk booking wifi. Aku redeem 4000 lebih point dapat kurang RM40 tau, jimat! 

roaming man point boleh redeem
roaming man point boleh redeem


8. Rajin kasi promo code

Dekat bahagian promotion tu selalu ada code, redeeemlah apa lagi. Kira dulu mana lagi untuk, guna promo code atau redeem roaming point tu. 

9. Boleh delivery device

Tapi ke certain tempat saja seperti Johor dan Penang buat masa sekarang.

Namun begitu, ada juga kekurangan Roaming Man berbanding yang lain :

Kekurangan Roaming Man

  1. MB yang kurang
  2. line yang tak kuat dibeberapa kawasan
  3. tiada travel adapter
  4. bukan unlimited data usage sebab bergantung pada negara
  5. connect to 5 device je

Tapi lepas ditimbang tara pro & cons dia, lagi banyak kelebihan dan sesuai dengan keperluan aku maka aku setia dengan RM.

Oleh itu, aku kongsikan step atau cara sewa pocket wifi RM ni.

Cara Sewa Pocket Wifi di Malaysia

1. Pergi ke laman sesawanhttps://www.roamingman.my/


2. Daftar sebagai pengguna.

Cara Daftar 
- tekan Login
- pilih Create Your Roaming Man account
- Isi maklumat diri


3. Untuk book atau tempah poket wifi, Login ke akaun. Tekan Rent Wifi

4. Pilih negara & isi maklumat sewaan


- ada kos tambahan jika pilih shipping device ke rumah & jika pilih insuran.



5. Pastikan maklumat tepat
- tarikh mula & tamat sewaan
- tarikh & tempat pickup
- redeem point atau code yang ada

6. Buat bayaran online banking atau card


7. Terima pengesahan tempahan di email 

8. Pada hari yang dipilih pickup device di tempat pilihan 

Boleh pilih samada KLIA, KLIA2 atau Senai Airport. Tunjuk email pengesahan dikaunter. Anda akan diminta IC atau passport, jadi bawalah salah satu.

Kadang kala aku lewat tiba ke airport, maka aku screenshot email confirmation dan minta travel buddy ambilkan device, gunalah IC dia dulu.

Staff akan terangkan cara guna device, cara semak bateri device dll. Kita akan diberikan pouch, router dan charging cable. Simpan elok-elok dengan resit terimaan.

Aku sedang ambil Roaming Man wifi device

Pejabat Roamingman di KLIA2 

Extra Tips Roamingman

1. Semak jika Roamingman ada kat Milkadeal atau Shopback. Sebelum ni ada, jadi aku bukak Shopback dulu baru ke link Roamingman. Maka dapatlah cashback sikit. Tapi sekarang macam takde dah. So semak dulu ya.

2. Bukak tab Promotion di website roamingman. Guna code promosi dia sebab diorang selalu ada code diskaun.

3. Cari juga coupon atau discount code di Google. Bandingkan code mana yang beri lebih penjimatan, belum expired dll.

4. Jika sudah pernah ada account RM sebelum ini dan pernah sewa wifi, check berapa points ada. Jika redeem point lagi untung, redeem je point tu tak perlu guna discount code lain sebab kena pilih either one code tak boleh pakai semua na.

Mudah saja bukan cara sewa pocket wifi? Dah dapat tu nanti pandai-pandai jaga dan guna dengan berhemah. Pulangkan senang je, boleh drop-off kat kotak pemulangan di mana-mana kiosk RM.

TIPS BARU SEWA WIFI LUAR NEGERI (UPDATED)

Sewa je pocket wifi Roamingman guna Klook. Lagi senang cepat, mudah & murah.
Pilih pakej bersesuai ikut negara, contohnya:

  • Japan, South Korea & Taiwan
  • Europe (Andorra, Albania, Austria, Aland Islands, Bosnia & Herzegovina, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, French Polynesia, Germany, Guernsey, Gibraltar, Greece, Hungary, Ireland, Isle of Man, Iceland, Italy, Jersey, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Latvia, Monaco, Republic of Montenegro, Macedonia, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Serbia, Russia, San Marino, Sweden, Slovenia, Slovakia, Spain, Switzerland, Turkey, Ukraine, United Kingdom, Vatican, UAE)
  • Eastern Europe (Albania, Austria, Bulgaria, Bosnia and Herzegovina, the Czech Republic, Croatia, Hungary, Latvia, Poland, Republic of Montenegro, Romania, Slovenia, Slovakia, Ukraine)
  • Singapore & Malaysia
  • Southeast Asia (Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam)
  • Indonesia, Singapore, Thailand & Vietnam
  • Western Europe (Belgium, France, Germany, Ireland, Italy, Liechtenstein, Luxembourg, Monaco, Netherlands, Switzerland, Sweden, Turkey, United Kingdom)
  • Oceania (Australia, Fiji, New Zealand)
  • Middle East (Bahrain, Egypt, Israel, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi Arabia, UAE)
  • North America (Canada, Mexico, United States (Not included Guam/Saipan) )

Sekian tips dari aku, selamat berWIFI dimana saja kalian berada.

Adios~

CARA CLAIM INSURANCE TUNE PROTECT AIRASIA FLIGHT DELAY

CARA CLAIM INSURANCE TUNE PROTECT AIRASIA FLIGHT DELAY
CARA CLAIM INSURANCE TUNE PROTECT AIRASIA FLIGHT DELAY

Assalamualaikum.

Minggu lepas aku dan Adah backpack ke Manila, Filipina. Short vacay with a little struggle here and there which is expected as always. Delayed flight however, is not expected. We both never experienced a delayed flight before but alhamdulliah both buy insurance.

I been buying travel insurance after my Overland backpack trip, due to how long I'm travelling (not that long 14 days only) to few countries. This time, I just bought Tune Protect insurance as I'm buying Airasia flight ticket. Cost me around RM 35, just add-on with flight.

[ EXTRA; Cuba beli Tune Protect tu seperate tapi tekan dari link dalam Shopback boleh dapat cashback RM 6 kalau beli Travel Easy. Baca dulu terms & condition dan pastikan Takaful kalau boleh ya]

Expected flight time is 10pm but got delayed for almost 4 hours. On the way back home, I remember that I do buy travel insurance and delayed flight issue can claim. So this is how I claim my insurance.


Step To Claim Travel Insurance

Step 1: Fill Details https://www.tuneprotect.com/claim/claim-now/ 


Fill all mandatory fields

Put bank account and what benefits to claim.

Step 2: Upload supporting document


Upload all 4 supporting documents

Email from Airasia

I used Airasia email for Letters Conforming Delays. Others had used SMS received too. For other airlines or foreign country arrival, I think its better to get the letter before you flight out from the airport.

For Certificate of Insurance, if you already buy insurance but didn't receive the email, just go here https://www.tuneprotect.com/airasia/en/policy-search/ and download your certificate.

Step 3: Check your claim status


Check Tune Protect claim status

Click Case Reference Number and it will take you to the page where you fill up details. Go here if you forget to put your supporting documents.

Also you can check the status of your claim whether its Approved, Processing or Declined.

Step 4: Wait for payment


When your claim is approved, you will received an email from Airasia. It takes around two weeks for the payment to be made to your bank account.

Breezy process as  Tune Protect is part of AirAsia.

Few lesson here:-

- Buy travel insurance, better safe than sorry.
- Read your insurance policy before deciding what insurance to buy
- Get required document as or before you touchdown
- If anything can be process online, do that first

- If your insurance agent can make the process faster, contact them first

Read more about Tune Protect here https://www.tuneprotect.com/products/travel-easy-insurance/

UPDATE

Email yang diterima untuk transaksi bayaran claim insuran

Claim insurance berjaya dan bayaran telah diterima dalam masa 1 minggu saja. Alhamdulliah. Cubalah ya

OTHER TRAVEL INSURANCE


Boleh pilih dan survey company yang lain juga ya antaranya & kalau boleh patuh syariah la ye

ETIQA
AIA

p/s: I'm not an agent of any insurance company, just sharing my experience.

Till then, be safe & happy travelling!

Adios.


Tempah Tour Dan Beli Tiket Admission Harga Murah di Klook

Klook adalah sebuah laman web yang menawarkan tiket masuk,tiket kereta api, aktiviti tour, simkad dan lain-lain keperluan traveler pada harga murah. Disebabkan trip Manila sudah berubah, aku decide untuk beli saja pakej tour di Klook.

Boleh beli pakej, tiket, passes dan simkad

Kelebihan tempah aktiviti atau tour di Klook

  • harga lebih murah dari beli direct provider
  • dapat credit point yang boleh diredeem
  • dapat tour company yang reliable pada tarikh yang kita nak
  • instant confirmation
  • bayaran terus atas talian, lebih selamat & dalam matawang MYR
  • boleh cancel tempahan (baca T&C berapa hari sebelum)
  • boleh buat tempahan dari mana saja

Kekurangan Klook

  • ada aktiviti yang tak boleh join in untuk 1 atau 2 orang, kena book untuk minimum pax
  • belum banyak aktiviti di daerah kecil
  • tiada chat support di apps, kena contact di FB untuk fast reply
  • tak boleh pilih pickup point, kena pergi ke point yang disuruh oleh provider
Ada banyak pilihan di banyak negara

Extra Tips

  • guna code U8J9V untuk dapat RM 15 bila signup di www,klook.com.my
  • guna Shopback—Klook—cari promo code—buat bayaran
  • cari voucher atau promo code untuk penjimatan lebih

Cara Guna Klook

  1. Daftar Klook disini
  2. Masukkan nama negara yang akan dilawati
  3. Pilih aktiviti yang disukai. Pastikan sudah baca syarat, itinerary dan review pelanggan lain.
  4. Add To Cart. Pilih package yang bersesuaian.
  5. Select date, time, quantity person.
  6. Proceed to check out.
  7. You’ll receive code to proceed with your payment & booking.
  8. A mobile voucher of your booking will be available in your apps. Show the mobile voucher of a printed confirmation at the location.
Contoh voucher diterima selepas buat bayaran

Senang je kan? Ini pula review pengalaman guna Klook untuk book bike tour.

Baca Review Guna Klook Di Manila, Filipina 

OYO Untuk Dapatkan Harga Hotel Murah (NEW UPDATE 2020)

Cara Dapatkan Bilik Hotel Harga Murah.


Last week aku ada urusan di Shah Alam & perlu stay di hotel. Seperti biasa aku suka usha hotel di booking.com sebab ada tulis jarak dari satu tempat ke hotel. Masukkan tarikh, tempat & beberapa pilihan diberi.
.
Aku perasan banyak hotel ni tulis Oyo, Oyo jadi aku tanya pakcik aku iaitu Pakcik Google. Rupanya Oyo hotel ada apps sendiri. Dann...ini yang penting, bila kita masukkan referral code, kita akan dapat Oyo money dalam RM100. Wow! Dengar je duit free terus download walaupun belum faham.


Aku pun cari balik hotel yang diusha di booking tadi & ternyata dalam Oyo dapat lagi murah. Di booking.com tarikh yang sama harga dalam RM84+ tak silap (sorry lupa screenshot). 
.
Dalam Oyo apps dia beri lagi murah. Satu tips, semak harga dalam pukul 8  malam, kadang diskaun banyak. Tips lagi, ko Saved/ 💓 hotel pilihan, akan dapat notification bila dia slash harga.


Ini contoh diskaun yang aku terima. Dari harga Oyo RM81 tolak price drop RM26, Oyo code RM9 & tolak lagi Oyo Money RM15 (ini dari RM100 yang ko dapat bila guna referral code). Ha, sekarang ko kena bayar RM36 je untuk satu bilik. Jimat RM74 woi banyak tu sebab harga sebenar bilik ni adalah RM110.
.
Perlu diingatkan bahawa Oyo Money not applicable to all rooms dan berapa RM ditolak pun berbeza-beza. Based on what dia kasi diskaun aku tak tau, yang aku tau orang kasi diskaun amek je & bersyukurlah.
.
Oyo money ni maximum boleh guna sampai RM2000 sebulan & ada expired date. Bagi yang kerap ke luar daerah atau outstation & duduk dihotel, elok sangat download Oyo apps ni.
.
Yang kureng Oyo ni cuma pilihan hotel dia tak banyak lagi sebab baru nak up. Nanti lama-lama bertambahlah kot hotel dia. Satu lagi bab online payment, option dia PayPal je nanti kena cas lagi. Baru nak bergaya bayar pakai kad BigPay tapi tak dapat, maka bayar guna cash di hotel.
.
Itu saja perkongsian aku menggunakan OYO apps. Download sini https://share.oyorooms.com/NABICKYUB?sp=app Untuk dapatkan RM100 Oyo Money copy&paste referral code ini NABICKYUB 

Untuk baca review hotel yang aku tempah guna apps OYO boleh baca di Review Hotel OYO
Ini pula tutorial tentang BigPay card untuk swipe apa-apa kegunaan korang.

UPDATE 2020


Ada banyak update terkini OYO, jadi tak sempatlah aku nak update semua. Ini update yang aku perasan, yang lain tu korang explore je apps dia ok.

1- Referral code sekarang dapat RM50 Oyo Money ( point dalam Oyo, bukan cash yang boleh ditukar) dulu 100, ok lah tu
2- Oyo Money boleh diapply bukan pada semua bilik. Ada hotel dapat, ada hotel takde. Syukurlah yang dapat claim tu, baik ada dari takde ye dak?
3- Oyo Money ada expired date & ada maximum berapa boleh guna dalam 1 bulan
4- Limit RM160 sahaja OyoMoney boleh diguna dalam 1 bulan.
4- Daftar nama masa booking kalau boleh nama sama dengan orang yang akan check in & ikut IC sebab nanti dia mintak ID nak semak.
5- Biasanya hotel mintak deposit, so sediakan duit lebih untuk depo.Dah check out nanti dia pulang balik jangan risau

Untuk lebih clear cara tempah & guna OYO MONEY, aku ada buat video ni. Boleh tengok, fahamkan dan cuba try. Nak crystal clear lagi kau contact je customer service OYO tu.

Sekian, terima kasih!



2023 PENYELESAIAN PROCESSING FEE AIRASIA MAHAL [Use BigPay Code 4FRHKAS8X4]

2021 NEW LOOK FOR BIGPAY
Warna biru gelap nampak ekslusif

Bahagian depan kosong minimalis gtew





Bagi yang belum sedar, AirAsia mengenakan cas sebanyak RM16-RM24 per ticket bila kita menggunakan kad kredit untuk beli tiket flight. Dah cun dapat tiket return murah, sekali kat processing fee tambah-tambah….eh, macam boleh dapat satu tiket lagi. Sebenarnya ini adalah cara AirAsia (AA) untuk galakkan kita guna e-wallet baru mereka iaitu BigPay.

What is BigPay?

BigPay adalah e-wallet yang membolehkan kita buat transaksi dengan kad dan apps sahaja. Kad ini bersifat prepaid, maka sebanyak mana duit ditopup kedalam kad, sebanyak itulah boleh berbelanja. BigPay boleh digunakan disemua tempat yang terima Mastercard.



Big Point vs BigPay





BigPay ni berbeza dengan BigPoint. Big Point seperti namanya cuma akaun yang dapat kumpul point sahaja. BigPay pula adalah e-wallet yang juga dapat kumpul point. 

BigPrepaid vs BigPay





Mari kita tengok persamaan dia dulu. 



  • Keduanya adalah prepaid kad dengan 0 interest cas
  • Processing fee 0 jika buat tempahan tiket AirAsia
  • Beri diskaun di laman web airasia
  • BigPrepaid & BigPay ada service fee RM2.50 jika tak aktif
  • Link dengan Mastercard
  • Digunakan sebagai system loyalty (kumpul BIG point) dan pembayaran
  • Sokong beberapa matawang asing lain seperti USD, SGD,EUR
  • Ada kad fizikal 

Perbezaan BigPrepaid vs BigApp 


  • BigPay lebih fokus kegunaan sebagai e-wallet
  • BigPay boleh diakses guna app, BigPrepaid guna desktop sahaja
  • Big Prepaid transaksi luar negara (0.5%+network charges), BigPay setakat ini diwaive
  • BigPrepaid dapat Big point untuk transaksi luar negara saja, BigPay dapat Point untuk transaksi luar negara dan dalam negara
  • BigPrepaid tak boleh hantar duit kepada orang lain, BigPay boleh hantar secara terus & percuma (jika orang lain juga ada BigPay)
  • BigPrepaid takde app, BigPay ada app dan boleh kesan perbelanjaan



Big Pay Benefit



Ini antara kelebihan utama BigPay



Dapat BIG point

BigPay adalah e-wallet AirAsia


Dapat kadar tukaran terbaik

Pendaftaran Percuma

Dapat kad 

BigPay boleh diguna disemua merchant yang terima Mastercard

Dapat Penjimatan Dan Offer dari AirAsia

Hantar Wang Percuma

Track Perbelanjaan Anda


Memang banyak kelebihan BigPay ini. Malah laman web BigPrepaid sendiri pamerkan kata-kata ini untuk menyokong peralihan kepada BigPay.

BigPay card & Bigpay apps

Kesimpulannya, BigPay punya kegunaan yang lebih meluas dan aku yang excited serta menyokong kearah cashless society, tak sabar untuk cuba BigPay. 

Kegunaan Kad BigPay


Senang diterangkan begini, semua transaksi yang korang biasa buat dengan kad ATM boleh dibuat dengan BigPay. Contoh aku sendiri adalah beli barang di Shopee, Lazada, Lelong, bayar bil online di e-pay, isi minyak di Shell, shopping di Giant, Econsave, Aeon, beli Dominios, Pizza Hut, beli tiket GSC. makan Sushi King dll.

Apa sahaja transaksi yang boleh dibuat dengan kad ATM dan kad kredit boleh guna kad ni.

Dah Sama Je Awat Nak Pakai Kad Ni Pulak?

Eh suka hati sayalah encik huhuu..oklah aku personally suka sebab :

  1. dapat BIG Point (boleh beli tiket AirAsia  murah nanti) 
  2.  tak kena processing fee bila beli tiket flight AirAsia 
  3. Dapat kawal perbelanjaan berbanding kad kredit 
  4. Dapat conversion rate matawang asing yang murah bila diguna di luar negara 
  5. tak kena annual fee (kad ATM biasa tu kena fee tau RM8 setiap tahun kalau tak silap)


Sekali lagi, ini personal reason aku. Ikut kalianlah nak pakai atau tak, aku pun masih ada lagi beberapa kad ATM tapi dah jarang guna sebab pakai online banking je selalunya.

Bezanya apa kad BigPay dengan kad ATM biasa? 


  1. tak boleh masukkan duit atau cash deposit dari ATM machine. Jadi untuk masukkan duit/ topup duit dalam kad adalah online transfer dari kad bank lain ke BigPay
  2. nak cucuk keluarkan duit dari kad BigPay boleh dimana-mana mesin ATM TETAPI casnya adalah RM6 sekali transaksi. Kenapa mahal sangat? BP nak kita amalkan budaya tanpa cash atau cashless. Bila cas mahal, kita lagi suka online transferkan saja.
  3. dapat point BIG bila topup duit & gunakan duit. Jika kad ATM biasa bila swipe kadang-kadang dapat point bergantung pada T&C bank.

Alright, sudahkan anda bersedia untuk dapatkan kad BigPay ini? Ok! Boleh teruskan pembacaan dibawah ya. Harap baca satu-satu dengan tenang.

Cara Daftar BigPay 

Pastikan telefon pintar anda adalah unrooted. Kalau tak tahu root/unroot tu apa rasanya phone korang ok tak pernah root kot. Part ni aku struggle sorang-sorang cari jalan nak unroot. Moral of the story adalah cari apps yang digunakan untuk root dulu contohnya KingRoot, SuperSu dan pi setting. Biasanya akan ada option unroot. 

Ok selesai part ni. Sekarang kita mulakan dengan download apps BigPay. Sekarang ikut saja langkah dibawah. Jika ada error, server tak detect dan sebagainya, tutup je apps dan cuba lagi kemudian. Nanti ok lah tu, biasa masalah dekat side diorang. 
Sekarang adalah langkah mendaftar BigPay 

1. Masukkan nombor telefon 

2. Kod verifikasi akan diSMS. Masukkan verification code. 

3. Buat passcode. 6 angka saja. 

4. Masukkan detail berkaitan diri anda seperti alamat emel, nama dalam IC, tarikh lahir dan kod referral. Ha, ini bahagian paling penting iaitu kod referral. Copy paste je kod ni 4FRHKAS8X4 dan tekan Next. Nanti korang akan dapat RM 10 PERCUMA bila masukkan kod ni.

5. Masukkan alamat rumah. Boleh pilih untuk terima kad BigPay. Jika tak mahu kad pun takpe, tapi seronok juga ada kad boleh leret-leret di kedai-kedai dan menebalkan dompet hehee. Oh ya, nanti akan dicas RM 20 untuk kad ini. Nanti nilai RM 20 tu akan muncul semula dalam kad BigPay, kira free lah kad tu. 

6. Sahkan identiti. Kita perlu snap gambar IC dan selfie muka sendiri. Pastikan gambar masuk dalam kotak yang disuruh dan tiada glare atau silau. Mereka akan beritahu kalau kena ambil gambar lagi sebab glare dan sebagainya. Team BigPay akan verify maklumat yang diberi sebelum disahkan, kot manalah tahu ada robot atau alien juga mahu guna e-wallet kan. 

8. Bayar RM 20. Setelah disahkan anda bukan seorang alien dan memilih untuk terima kad, kita perlu bayar RM 20 melalui kad debit/credit atau internet banking. 

9. Dalam masa 3-5 hari bekerja anda akan terima kad kaler biru. Dalam apps juga ada tunjuk dimana kad anda berada dalam transit, insyallah sampai ditangan anda. 

TERIMA KAD BIGPAY 


My card. I love the blue color, nampak smart!

Setelah terima kad, kita perlukan aktifkan kad. 

1. Caranya adalah keluarkan kad biru dan tandatangan dibelakang kad. 

2. Buka apps BigApp dan masukkan nombor CVC. CVC adalah 3 nombor yang tertulis dibelakang kad. 

3. Create nombor PIN untuk digunakan di merchant dan sebagai password ATM. 

4. Masukkan sekali lagi nombor PIN sebagai pengesahan. 

5. Siap! Anda akan diberi kod referral yang boleh diberi kepada kawan. 

CARA TOPUP DUIT KE DALAM BIGPAY 

Kad yang baru diterima telah ada RM 20 didalamnya. Kira kad ni percumalah sebab nilai RM 20 tu ada semula dalam kad. Untuk mula berbelanja, elok kita topup dulu. Takdelah tersegan dah swipe sekali balance tak cukup dalam kad. 

1. Bukak apps dan tekan Topup 

2. Kad yang digunakan masa mula-mula masukkan RM 20 dah diset dalam pilihan. Jika nak pakai kad lain boleh tukar disini. Boleh topup dari kad debit, kad kredit atau guna internet banking. 

3. Masukkan nilai yang nak ditambah. Topup RM 50 dapat 1 point. 

4. Siap! Sekarang sudah ada baki RM 70 (RM 20 + topup RM 50) untuk dibelanja.

CARA TRANSFER DUIT DARI BIGPREPAID KE BIGPAY 

  1. Dalam bahagian "Topup Source" Bigpay tu, korang masukkan nombor kad BigPrepaid.
  2. Topupkan semula duit dari Big Prepaid kedalam Bigpay. Done!
  3. Untuk cancel BigPrepaid hubungi 1300-13-3388 atau +603-7662-9200 atau email terus support@bigpayme.com. 

Soalan & Jawapan

Kat mana boleh guna kad ni?
Dimana-mana merchant yang ada Mastercard satu dunia

Apa fee/ cas yang dikenakan? 
*Subject to change by BigPay 
*Updated fee boleh tengok dalam apps dibahagian Setting-> Fees&Charges 

- ATM (tempatan) RM6/transaction, ATM (international) RM 10 or 2% nilai pengeluaran yang mana lebih tinggi / transaction (RM 10 until further notice) 

- Ganti kad baru: RM 20 

- Transaksi domestic & international: FREE until further notice

- Service fee bulanan (Jika tiada transaksi dibulan tersebut) : RM2.50

Annual Fee: Waived unconditionally

Tukaran Matawang (Jika pembelian dalam matawang selain MYR): 1% + network charges
(Network charges sahaja sekarang until further notice)

Cancel kad : FREE

Transfer duit dari BigPay ke BigPay: FREE

Sales Draft Retrieval Fee: RM15

Pengunaan kad ni dikedai-kedai yang terima Master/Visa card : Tiada cas bila swipe

Kalau nak guna kad diluar negara kena beritahu ke? 
Tak perlu bagitau, boleh guna terus. Nak freeze kad masa ke oversea pun boleh

Macam mana nak semak kadar tukaran/exchange rate bila guna kad diluar negara? 
Untuk transaksi luar negara, anda boleh lihat nilai dalam MYR dan matawang local dalam transaksi dalam app 

Kad BigPay ni kredit kad ke? 
Bukan, ini adalah prepaid card yang berfungsi seperti kad debit/credit biasa tetapi tak berikan kredit dan tak delink pada akaun bank anda.

Prepaid tu pulak macam mana? 
Prepaid tu maknanya kena ditopup dahulu nilainya. Seperti topup phone, kena ditopup nilai dan cukup bakinya supaya boleh buat apa-apa transaksi. Banyak mana boleh guna bergantung pada banyak mana anda topup duit dalam tu dan sehingga limit maksimum kad.

Berapa limit maksimum kad? 
RM 10,000

Apa itu contactless payment? 
Anda boleh buat bayaran dengan tap/ wave je kad BigPay di terminal tanpa masukkan PIN.

Macam mana nak guna contactless payments? 
Pertama sekali selepas dapat kad, transaksi pertama mesti guna PIN atau online transaction. Selepas itu barulah boleh tap/ wave je kad anda. 

Macam mana nak tahu transaksi tu lepas? 
Terminal akan print resit sebagai bukti bayaran. Dalam app BigPay pun akan diberitahu. 

Apa langkah supaya tak kena tipu guna bayaran contactless?
Setiap kali anda buat bayaran RM 250 dalam sehari, anda kena buat transaksi guna PIN & transaksi lebih dari RM 250 perlu masukkan PIN. 

Ishh..selamat ke? 
Ya selamat sebab untuk dicas anda kena sahkan nilai dan tap sendiri kad tu. Nak tap/wave juga kena dekat dengan terminal dan terhalang (dalam dompet contohnya). Terminal peniaga ni pun semuanya berdaftar dengan bank dan boleh dikesan.

Ish…tak confident lagi lah. Taknak guna contactless/Wave boleh tak? 
Boleh, anda boleh pakai PIN untuk buat transaksi seperti biasa. 

Point apa ni yang ditunjuk dalam app? 
Point ni anda dapat bila topup & buat pembelian guna kad. 
Setiap RM 50 topup = 1 point 
Setiap RM 20 perbelanjaan= 1 point 

Point ini boleh ditukar kapada AirAsia Big Loyalty account tapi pastikan guna email yang sama.

Saya ada duit dalam BigPrepaid/ AirAsia eazypay, macam mana nak transfer ke BigPay?
Guna fungsi Topup dalam BigPay dan topup terus akaun BigPay (masukkan dalam topup source di BigPay dulu)

Kena cancel kad BigPrepaid ke?
Seeloknya transfer semua balance ke BigPay dan cancel kad BigPrepaid.

Kesimpulan

Banyak lagi soalan dah dijawab dalam laman web BigPay boleh tengok disana dan hubungi terus customer service mereka. Check out pelbagai FAQ lain disini 



Ingat saudara, gunalah kod referal ini 4FRHKAS8X4 untuk jadi friend with benefit saya kerana kita akan menang-menang atau lebih elok ditulis "win-win". Win banyak mana? Win RM 10 untuk kau, RM 10 untuk aku. Ha jelas disitu.

Nak RM 10 free je Pak Tony Fernandez beri? Masukkan kod ini ya teman-teman   
4FRHKAS8X4 Itu sahaja, selamat mencuba dan adios!!

[UPDATE] BigPay Review

1. Topup dari bank ke BigPay tiada cas.

2. Transaction beli chopstick RM 5 di MR DIY dan beli makanan kucing RM 40 di SpeedMart guna BigPay card tiada masalah, tiada cas. Setakat ini buat PIN di terminal, Wave/Tap semua ok. Transaction terus update dalam BigPay apps. Setakat ni alhamdulliah ok, rasa macam orang have-have je bawak kad saja beli barang hehee

3. Untuk isi minyak pula, aku akan ke kaunter dan swipe kad. Boleh juga swipe di terminal pam minyak, tapi dia akan hold dalam RM200/250 dari kad sebelum ditolak berapa yang kita pam. Di pam stesen Shell pun kadang dah tulis ni.

Jadi kalau tak mahu duit kena hold dalam 2-3 hari tu, menapak je sikit ke kaunter dan swipe kad. Settle.

Contoh transaksi dan point yang diterima

Pending tu untuk point. Boleh tag personal atau business transaction

4. Transaksi ditolak ikut mata wang & website yang dipakai seperti USD, Baht dll.
Ini contoh transaksi aku beli tiket konsert di Thailand online dan bayaran dalam Baht dan ditunjukkan harga dalam RM


5. Mudah send & terima duit.
Senang nak pulang duit yang pinjam dengan kawan, senang nak split kos. Boleh tulis dalam remark bayaran untuk apa. Ini contoh aku terima money dari kawan yang pakai BigPay juga.

Terima wang dari kawan terus ke akaun BigPay

Remark bayaran untuk apa.

6. Transaksi aku beli tiket flight guna BigPay

Beli tiket flight dengan BigPay

7. Guna kad BigPay travel luar negara
Aku swipe BigPay di Filipina hari tu. Senang je dan rate ok plus tiada extra charge seperti credit card. Bolehlah gunakan kad BigPay bila travel diluar negara.


8. Untuk elakkan duit dalam kad dicuri ditempat-tempat bahaya, boleh Freeze card dengan gerakkan toggel untuk Freeze & Unfreeze. Juga boleh pakaikan sarung anti-theft, anti-RFID pada kad atau wallet anda.

UPDATE 2019


Tips Tambahan BigPay 

  • Topup dalam gandaan RM 50, RM 100, RM150. Sebab RM 50 = 1 point. Kau topup RM 60, RM 70, RM 80, RM 90 masih dapat 1 point je. (UPDATE TOPUP NO POINT)
  • Belanja pun sama kalau boleh RM 20, RM 40. Haritu aku belanja RM 19.90 jadi tak dapat point pun sebab RM 20= 1 point. (UPDATE RM10= 1 point)
  • Topup duit dari bank (CIMB, MBB) ke dalam BigPay & guna BigPay untuk online shopping seperti Lazada. Dapat point 3 kali sebab (topup ke BigPay dapat point, payment guna BigPay dapat point, masukkan nombor Big dapat point AirAsia). Nak lagi nice kau guna Cashback (Milkadeal, Shopback) sebelum ke Lazada.
  • Hey! Use the code 4FRHKAS8X4 when you sign up to BigPay and get RM10 for you to spend as soon as you activate your card. Just register on the app using this link: http://bigpay.link/referrals

Tonton Versi Video Disini


JAGA-JAGA SCAM

Hati-hati ada beberapa scam guna nama BigPay. Modus Operandi dia adalah:

- call/ whatsapp nombor kita 
- request RM0.10 kat BigPay kita

!!!JANGAN SEND WALAU RM0.10 KE ORANG YANG KITA TAK KENAL.
!!! JANGAN LAYAN WASAP/ CALL DIA
!!! REPORT TERUS PADA BIGPAY SUPPORT CHAT

THIS ARTICLE WAS FIRST PUB;ISHED IN 2018. UPDATED HERE & THERE.