Sewa Pocket Wifi Sebelum Travel [Cara Book Roamingman Wifi]

Roamingman Wifi di Manila, Filipina
Roamingman Wifi di Manila, Filipina

Setiap kali travel, WIFI adalah sangat penting. Kenapa? Sebab kita perlu sentiasa dapat search info tentang sesuatu kawasan, mencari tempat makanan halal dan shopping, mengetahui jarak ke suatu tempat, tempah Grab, check-in flight dan sebagainya.

Tapi sebenarnya tak boleh takde internet sebab nak update Instagram heheee.

Waktu dulu aku akan beli simkad dan kemudian beli pula data untuk dapatkan internet. Tapi leceh lah sebab kadang dah beli simkad tak reti nak aktifkan dalam phone kita. Kadang dah beli simkad, dah beli data tak cukup pula. Nak buka simkad ganti yang baru tu pun dah payah. Eh, susahlah.

Sekarang tidak lagi dengan adanya wifi rental di Malaysia. Kita cuma sewa pocket wifi dan boleh gunakan wifi diluar negara tanpa perlu beli simkad.

Ada beberapa pocket wifi provider di Malaysia seperti Roaming Man, Samurai Wifi, Wiyo dan lain-lain. Setelah di timbang tara aku pilih gunakan Roaming Man (RM). Setakat hari ini, aku sudah gunakan RM ke Bangkok, Manila dan 5 negara Balkan.

Ada beberapa sebab kenapa aku memilih Roaming Man. Antara kelebihan Roaming Man berbanding provider yang lain adalah:

Kelebihan Roaming Man

1. Senang nak pick-up dan drop-off pocket wifi 

Boleh pickup di KLIA (depan McD), KLIA2 dan Senai Airport. Drop-off pun ditempat sama. Ofis mereka 24 jam, jadi boleh pergi bila-bila masa.

2. Boleh pickup dan pulang wifi awal sikit

Pocket wifi boleh dipickup sehari sebelum tarikh mula guna. Contoh kita sewa wifi bermula 23 Disember. Pada 22 Disember kita boleh pickup, tapi wifi akan mula berfungsi tepat 23 Disember tarikh di Malaysia.

Begitu juga untuk pulang wifi, kita boleh pulang sehingga 2 hari selepas tarikh akhir sewaan. Jadi tidaklah kita tergesa-gesa untuk ambil dan pulang.

3. Harga lebih murah

Yang ini kena bandingkan dengan keperluan korang. Dari segi berapa MB, connectivity, hotspot dan sebagainya. Harga juga berbeza ikut negara yang nak digunakan wifi tu.
boleh connect ke beberapa device

4. Tiada deposit

Deposit untuk pocket ni mencecah RM200 per device tau sebenarnya. RM no deposit, jadi duit tu bolehlah digunakan untuk shopping kan. Tapi jagalah elok-elok jangan rosak atau hilang device, kang kena bayar balik tau.

5. Battery life

Tahan almost sehari juga walaupun buka seharian dan hotspot 2 phone. Nak charge pun senang je pakai kabel ke powerbank. Cuma device ni akan panas sepanjang di On, jadi jangan letak dekat dengan benda mudah cair contohnya coklat ( kisah benar)

6. Cover banyak negara

Ha ini penting juga sebab takkan nak sewa beberapa device untuk negara berbeza kan? Macam aku sewa untuk 5 negara Balkan hari tu boleh guna pakej 49 negara Eropah, ha senang pakai 1 je device.

7. Boleh redeem roaming point

Setiap kali sewa RM, kita akan dapat point. Point ni boleh diguna untuk booking wifi. Aku redeem 4000 lebih point dapat kurang RM40 tau, jimat! 

roaming man point boleh redeem
roaming man point boleh redeem


8. Rajin kasi promo code

Dekat bahagian promotion tu selalu ada code, redeeemlah apa lagi. Kira dulu mana lagi untuk, guna promo code atau redeem roaming point tu. 

9. Boleh delivery device

Tapi ke certain tempat saja seperti Johor dan Penang buat masa sekarang.

Namun begitu, ada juga kekurangan Roaming Man berbanding yang lain :

Kekurangan Roaming Man

  1. MB yang kurang
  2. line yang tak kuat dibeberapa kawasan
  3. tiada travel adapter
  4. bukan unlimited data usage sebab bergantung pada negara
  5. connect to 5 device je

Tapi lepas ditimbang tara pro & cons dia, lagi banyak kelebihan dan sesuai dengan keperluan aku maka aku setia dengan RM.

Oleh itu, aku kongsikan step atau cara sewa pocket wifi RM ni.

Cara Sewa Pocket Wifi di Malaysia

1. Pergi ke laman sesawanhttps://www.roamingman.my/


2. Daftar sebagai pengguna.

Cara Daftar 
- tekan Login
- pilih Create Your Roaming Man account
- Isi maklumat diri


3. Untuk book atau tempah poket wifi, Login ke akaun. Tekan Rent Wifi

4. Pilih negara & isi maklumat sewaan


- ada kos tambahan jika pilih shipping device ke rumah & jika pilih insuran.



5. Pastikan maklumat tepat
- tarikh mula & tamat sewaan
- tarikh & tempat pickup
- redeem point atau code yang ada

6. Buat bayaran online banking atau card


7. Terima pengesahan tempahan di email 

8. Pada hari yang dipilih pickup device di tempat pilihan 

Boleh pilih samada KLIA, KLIA2 atau Senai Airport. Tunjuk email pengesahan dikaunter. Anda akan diminta IC atau passport, jadi bawalah salah satu.

Kadang kala aku lewat tiba ke airport, maka aku screenshot email confirmation dan minta travel buddy ambilkan device, gunalah IC dia dulu.

Staff akan terangkan cara guna device, cara semak bateri device dll. Kita akan diberikan pouch, router dan charging cable. Simpan elok-elok dengan resit terimaan.

Aku sedang ambil Roaming Man wifi device

Pejabat Roamingman di KLIA2 

Extra Tips Roamingman

1. Semak jika Roamingman ada kat Milkadeal atau Shopback. Sebelum ni ada, jadi aku bukak Shopback dulu baru ke link Roamingman. Maka dapatlah cashback sikit. Tapi sekarang macam takde dah. So semak dulu ya.

2. Bukak tab Promotion di website roamingman. Guna code promosi dia sebab diorang selalu ada code diskaun.

3. Cari juga coupon atau discount code di Google. Bandingkan code mana yang beri lebih penjimatan, belum expired dll.

4. Jika sudah pernah ada account RM sebelum ini dan pernah sewa wifi, check berapa points ada. Jika redeem point lagi untung, redeem je point tu tak perlu guna discount code lain sebab kena pilih either one code tak boleh pakai semua na.

Mudah saja bukan cara sewa pocket wifi? Dah dapat tu nanti pandai-pandai jaga dan guna dengan berhemah. Pulangkan senang je, boleh drop-off kat kotak pemulangan di mana-mana kiosk RM.

TIPS BARU SEWA WIFI LUAR NEGERI (UPDATED)

Sewa je pocket wifi Roamingman guna Klook. Lagi senang cepat, mudah & murah.
Pilih pakej bersesuai ikut negara, contohnya:

  • Japan, South Korea & Taiwan
  • Europe (Andorra, Albania, Austria, Aland Islands, Bosnia & Herzegovina, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, French Polynesia, Germany, Guernsey, Gibraltar, Greece, Hungary, Ireland, Isle of Man, Iceland, Italy, Jersey, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Latvia, Monaco, Republic of Montenegro, Macedonia, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Serbia, Russia, San Marino, Sweden, Slovenia, Slovakia, Spain, Switzerland, Turkey, Ukraine, United Kingdom, Vatican, UAE)
  • Eastern Europe (Albania, Austria, Bulgaria, Bosnia and Herzegovina, the Czech Republic, Croatia, Hungary, Latvia, Poland, Republic of Montenegro, Romania, Slovenia, Slovakia, Ukraine)
  • Singapore & Malaysia
  • Southeast Asia (Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam)
  • Indonesia, Singapore, Thailand & Vietnam
  • Western Europe (Belgium, France, Germany, Ireland, Italy, Liechtenstein, Luxembourg, Monaco, Netherlands, Switzerland, Sweden, Turkey, United Kingdom)
  • Oceania (Australia, Fiji, New Zealand)
  • Middle East (Bahrain, Egypt, Israel, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi Arabia, UAE)
  • North America (Canada, Mexico, United States (Not included Guam/Saipan) )

Sekian tips dari aku, selamat berWIFI dimana saja kalian berada.

Adios~

No comments:

Post a Comment