Mencari Tempat Solat Di Luang Prabang



Jika ditanya apa cerita best semasa travel? Jawapan aku mesti kisah-kisah aneh, kelakar, unexpected semasa kembara. Bukan waktu jumpa orang famous, bukan waktu dapat sampai tempat yang wajib singgah, bukan dapat gambar atau selfie paling lawa.

Contohnya bila panjat bukit nak tengok sunset tapi dapat tengok auntie bergambar sakan itu aku rasa kelakar. Bila berskuter sepanjang hari di Phuket tapi aku paling seronok time melepak dimalam hari dengan teh ais berbuih. Rupanya bukan tempat paling cantik yang aku ingat, tapi momen-momen itu yang aku lagi terkenang.

Biasalah tu bila travel ni solat dimana saja. Asalkan tempanya bersih, tidak ganggu laluan, hadap kiblat, ada wuduk. Tapi ini antara tempat solat yang sedikit rare.

Kami beli tiket sleeper bus atau bas malam dari Luang Prabang (LP) ke Vang Vieng (VV). Dari tengahari selepas checkout homestay, kami dah berpeleseran takde tempat nak tuju. Nak cari port solat pun tiada. Kami ke pejabat yang jual tiket tu dan mintak tumpang kawasan nak solat.

Tak boleh katanya. Ini kawasan ofis dia berurusan. Kawasan tertutup pun takde..Eleh alasan je tu, padahal boleh je kasi kami solat sebalik divider kayu. Ok fine. Kita cari akal lain.

“Can we go upstairs and look around? Next time I can stay here in your hotel.” Pujuk kami berhati-hati.
“Ok but be quiet ok?” Nice umpan mengena.

Pejabat jual tiket ini dibahagian depan jual tiket bas, tiket aktiviti dll. Disebelah belakangnya pula adalah bilik hotel cuma beberapa langkah ke belakang. Sudah dapat kebenaran, kami pun cari toilet dan ambil wuduk.

Pasti ada celah-celah tersembunyi yang boleh solat, fikir kamilah. Lawa jugak bilik kat bawah ni. Depan bilik ada kerusi lepak menghadap cafe garden gitu. Ada tangga ke tingkat atas. Terus naik memanjat papan kayu tebal yang divarnis kilat.

Semua pintu bilik bertutup rapat dengan signage Do Not Disturb tergantung ditombol pintu. Mana pulak kawasan nak solat ni?? Semua bilik je. Kami jalan sampai ke pintu bilik paling hujung, masih tiada ruang.

Hujung sekali ada sebuah pintu ke arah luar. Hmm, kemana pintu ni pergi? Tombol dipulas senang. Laju je masukkan kepala bila pintu keluar itu boleh dibuka.

Ohhhh ini veranda luar. Beberapa buah pasu bunga dilantai. Kerusi batu buat tempat duduk berehat. Cadar-cadar putih hotel yang sudah dibasuh tergantung di jemuran. Tidaklah luas sangat, cukup untuk sidai dua atau tiga cadar saja.

Hm, nice jugak tempat ni sebab outdoor dan tersembunyi. Ok Haq, kau juga pintu aku solat kejap. Waktu itu tinggal sikit waktu je untuk solat takhir Zohor Asar. Cepat je sarung telekung, letak sejadah travel, angkat takbir.
Solat diluar beranda hotel. Outdoor solat.

Allahu akbar..bismillahirahman nirrahim. Belum habis Fatihah lagi, tiba-tiba bunyi kuat kedengaran.

Ting..ting..tong...berganti-ganti bunyi gendang kedengaran. Makin lama, makin kuat. Aku teruskan saja solat. Kumat kamit mulut sambil cuba khusyuk. Eh makin sedap pulang bunyi ni ada bunyi gong, gendang, bonang macam lagu gamelan pun ada ni. Astaga..fokus..fokus.

Haq pula solat. Sambil jaga line sambil jengah ke luar veranda. Bunyi bergendang tadi masih kuat. Ditambah pula dengan suara-suara orang. Bunyi ramai orang mengaji. Bila masa pulak Laos ada grup Yasinan, Johor je ada.

Tengok bawah atas nak cari punca bunyi dan suara kuat itu. Terpandang ke sebelah kiri, tak jauh kedepan. Kelihatan kuil Buddha disana. Disitulah punca bunyi gong kuat tadi. Mungkin dari sana juga bunyi orang yang “mengaji” tadi. Mereka sedang menjalankan upacara mereka juga rasanya.

Majoriti penduduk Laos adalah beragama Buddha dan di LP saja ada lebih dari 30 buah kuil atau wat. Jadi tidak mustahil kita akan terjumpa kuil-kuil besar atau kecil in each corner of the road.

Sami-sami berpakaian warna oren juga selalu kelihatan dimana-mana. Malah setiap hari juga ada upacara alms giving disepanjang jalan menuju ke kuil besar iaitu acara memberi sumbangan atau pemberian dalam bentuk makanan oleh orang awam kepada monks.

Selesai solat, kami terus turun dan kembali kebahagian depan hotel. Kami sudah bersiap-siap menanti tuk-tuk yang akan hantar kami terus ke stesen bas. Malam ini kami akan tidur didalam bas dalam perjalanan menuju bandar Vang Vieng.

Sampai sini dulu aku cerita pengalaman kami solat outdoor berbumbung langit diiringi bunyi gong dan gendang kuil disebelah. Pengajaran buat kami supaya fikir dulu nak solat celah mana sebelum checkout. Next, aku stori kisah kali pertama menaiki sleeper bus pula ya!

Yang selalu tertinggal telekung,
BilaKakiBerjalan

No comments:

Post a Comment