Perjalanan dari Vang Vieng ke bandar Vientiane mencabar dari mula. Tanpa sarapan, van yang ditunggu tak muncul-muncul. Hujan renyai-renyai, hati dah gundah gulana takut kena tipu, takut kena tinggal.
Van sampai selepas berjam tunggu. Dalam perjalanan, van berhenti berkali-kali. Angkut penumpang lain dengan kubis dan sayur penuh. Tak lama lepas tu berhenti lagi ditepi jalan, ada orang nak membuang pulak...Allahu.
Sampai di bandar Vientiane. Terkial-kial mencari stesen bas seterusnya. Plan asal diubah semalam. Janji mahu jumpa kawan disini juga dicancel. Sempat beli tiket bas terakhir hari ini untuk masuk semula ke Thailand.
Sementara menanti bas pukul 6 nanti, kaki melangkah cari masjid. Logiknya disekitar masjid akan ada kedai menjual makanan halal. Sudah beberapa hari tak jumpa nasi, rasa dah kuruih badan ni. Dalam renyai dan bagpack berbelas kilo, kami redah je.
Alhamdulliah jumpa masjidnya dicelah laluan rumah penduduk. Pusing-pusing baru jumpa pintu masuk. Nampak beberapa lelaki berjubah berserban lantas kami tanya dimana kedai makan halal disini. Cubaan dua tiga kali gagal difahami, dia teriak panggil seorang lelaki.
Nampak lebih muda, berkaca mata orangnya. Boleh berbahasa Inggeris. Sebelum dia jawab soalan kedai makan halal, dia tanya sudah solat? Belum kami jawab. “Ok, solat for women upstair. You take wuduk there”sambil ditunjuk tempat wuduk dan tandas dibelakang. “Food don’t worry, you go solat first”
Kelihatan beberapa orang lelaki dibahagian belakang surau ini. Tempat solat lelaki, tandas disini. Mereka kumpulan tabligh mungkin. Ada yang sedang berehat berbaring disurau, ada yang sibuk mengemas periuk-periuk diluar.
Selesai solat, lelaki tua yang mula-mula disapa tadi naik ke atas. Dia bawa sedulang nasi. Tinggi macam bukit nasinya. Sedikit kuah dalca. Semangkuk bubur manis. Tak reti komunikasi, Syukran saja kami sebut.
Sekejap lagi dia panjat lagi tangga ke ruang solat atas. 2gelas air kosong dan beberapa biji buah oren dibawa. Syukran! Dia naik lagi kali ketiga. Dua batang kayu sugi dan tasbih pula diberi. Allahu terharu betul rasa.
Dengan sejuk renyai hujan, kaki penat berjalan, perut berkeroncong mintak isi dari pagi, dimasjid kecil ini kami dapat solat dan makan. Awalnya rasa macam tak habis je nasi. Tapi bila dah suap, tak berhenti terus. Tahu-tahu bersih je talam.
Bila travel ni memang akan cari mana-mana masjid. Satu sebab nak solat, kedua nak cari tempat makan & refill bekalan air masak, ketiga nak berehat sekejap. Nak balik nanti, selitlah berapa yang ada.
Bahasa memang berbeza, sorang cakap ke kiri sorang faham ke kanan tapi bila buka saja bicara dengan Assalamualaikum, rasa boleh communicate pulak. Rasa selamat pun iya kat masjid, mintak recommendation ke mintak tolong ke insyallah dibantu.
Tak pun dia akan carikkan orang lain. Betullah, orang Muslim itu bersaudara, kemana saja pasti ada, excited bila jumpa dan bersungguh nak tolong.
Sampai sekarang kalau ternampak nasi dalam talam terflashback kenangan di Masjid Vientiane. Semoga boleh jauh lagi kaki melangkah melihat dunia dari sudut berbeza.
The real voyage of discovery is not to seek new landscapes but to look upon the world with fresh eyes.~Marcel Proust
ps: hehee kasi canlah paste quote
pps: bukan excerpt dari manuskrip travel indochina, itu lagi best kot baca
#tarbiahtravel #bilakakiberjalan #indochinatrip #laos
No comments:
Post a Comment