Showing posts with label Laos. Show all posts
Showing posts with label Laos. Show all posts

Bas Rosak Tengah Hutan Di Laos #throwback

Tersadai tengaj hutan satu bas

Kembali kita ke negara Laos, throwback tahun 2016. Ah ya kalau korang baca kisah aku & Haq curi-curi solat kat veranda tu, ini sambungan dia. Lewat petang tu memang lewat betul tuktuk pickup kami. Hati dah debo sebab jauh gak nak stesen bas dan tuktuk ni berapa kali ntah berhenti pickup orang.

Sampai je stesen bas, bergegas ke kaunter nak tukar tiket. Bas dah 90% penuh, tinggal kami je hujung-hujung baru nak naik. Campak bagpack dibawah, kami diberi plastik sorang satu. Kena buka kasut, simpan dalam plastik baru boleh naik. Nice jumpa dah sleeper bed kami.




Tidaklah kami ketahui bahawa VIP sleeper bus di Laos tidak sama macam di Thailand dulu. Dia bukanlah seat betul yang boleh ditransformerkan menjadi katil, sebaliknya memang katil. Jadi kalau ko travel solo & beli tiket untuk 1 orang je, bersedialah untuk ada teman sekatil sebab satu katil untuk 2 seat number. 

Tanjat gegurl bila tahu ni atas bas. Nasib baik kami beli nom sebelah-sebelah kalau tak..astagaaa ntah dengan sapa-sapalah ko tidur nanti.Satu lagi kalau stok-stok mat saleh memang merengkok tidur, saiz ngam-ngam orang Asian je katil ni.



Ada masa sedikit sebelum bas bergerak, kami setup elok-elok. Powerbank sini, beg ada passport peluk atau letak atas kepala, kasut letak hujung kaki. Terperasan ada Auntie caucasian ni kemain tengok aku & Haq atas bawah.

Masa travel ni jangan kata takde racism ye saudara saudari. Kadang kami saja cari pasal, borak penuh dalam bahasa Malaysia, lepastu tiba-tiba tukar dalam bahasa Inggeris pulak, nak berlagak lagi add on bahasa Korea sikit..Ha, baru ternganga orang yang tengok slackk je kat wanita Muslim Asian bertudung ni.

Ok sambung. Disebabkan itineari hari ni memang kelam kabut, aku dah mula nyut-nyut urat kepala nak migrain. Lalu kutelan Activfast dan tutup mata nak tidur. Berjalanlah bas ini menuju destinasi. 

Tetiba aku rasa awat panas je bas ni, menitik peluh. Suara keliling pun makin kuat. Dalam blur-blur aku buka mata, lampu bas terbuka, penumpang semua dah bangun tapi bas tak gerak. Apa yang dah berlaku??

Rupanya bas dah berhenti berapa minit ntah sebab rosak. Aku malas nak turun bas, nanti nak cari kasut lagi, nak betulkan tudung lagi, malas ar.

“Nabila, aku rasa nak pi bilik airlah”
“Hmm, ada ke kat sini?”
“Entah, turun dulu kita carilah”
“Ok, kau pergilah” Jawabku separuh sedar. Sumpah wei aku blur lagi tak bangun tidur dengan kepala wengg dari siang. 

Tau-tau je Haq dah turun bas cari bilik air. Aku akhirnya keluar bas dan melihat realiti. Bas ini berhenti di tepi jalan dalam kawasan hutan berbukit. Sini memang highway diorang kawasan bukit takde side punya.

Memang gelap, takde lampu jalan, line telefon pun takde. Baru aku teringat sahabatku yang tak tahan nak pi bilik air tadi. Rasa bersalah bertimpa-timpa teruih. Doa je dalam hati semoga Haq selamat sampai sebelum bas dapat dibaiki.

Few minutes later Haq selamat sampai. Memang takde rumah dekat-dekat sini. Katanya dia turun ke bawah bukit sampai jumpa rumah ke kedai sapa ntah, tumpang bilik air. Ya Tuhan, dengan susahnya nak komunikasi disini, dalam gelap tetiba muncul seorang perempuan, tumpang bilik air pulak tu...fuuhh.

Bukan aku respek tabik spring dengan Haq je, dengan tuan rumah tu pun aku tabik hahaha. Kemudian duduklah kami diluar bas tunggu selesai. Tiba seorang lelaki dengan motor sambil bawa spare part, dekat 30 minit jugak duduk dalam gelap. 

Penumpang yang lain buat sesi ice breaking kenalkan diri sambil minum-minum.Almaklum sini beer lagi murah dari mineral. Dah nampak ciri merah muka, gelak kemain. Jangan kau buat hal dalam bas sudah lah.

Belajar dari pengalaman lalu, aku snap sekeping gambar kejadian walaupun keadaan kami tak presentable langsung. Ini baru boleh tunjuk bukti kat anak cucu, adventure tau nenek hang hahaha.

Bukti cangkung tunggu bas dibaiki tengah malam

Perjalanan yang sepatutnya ambil masa 7 jam turn into almost 9 hours dengan jarak 180km. Kami sampai ke stesen bas Vang Vieng dalam 5am. Kat sana dah kalut dengan tuktuk yang sibuk nak hantar kami ke destinasi seterusnya, which we dont even have a plan yet. Bilik hotel pun tak tempah, cuma tahu nak ke bandar Vang Vieng je, gamble tak kami? Hahahaaaaa

Disebabkan tak tahu nak turun kat mana, kami guna teknik biasa iaitu turun je kat mana minah-minah salleh ni turun. Dia dapat terus masuk hotel walaupun checkin 5am sebab dah book. Kami yang tak book hotel ni duduk je luar hotel orang sambil menGoogle.

Dah terang sikit kami jalan kaki dengan bagpack besar sambil tanya mana-mana orang yang kami nampak kalau ada bilik kosong nak masuk awal pagi. Akhirnya dapat juga bilik, barulah boleh tegakkan tulang badan, solat dan lelap mata sekejap.


Dan barulah Haq bukak mulut cakap, sebenarnyakan aku adalah doa supaya kalau kita sampai ke Vang Vieng tak awal sangat pukul 3/4am tu. Uish betul-betul kita tadi dapat sampai sini dekat nak Subuh. Betullah doa musafir ni cepat makbul. 

Hahahahaaaa itu diaa jadi lepas ni kalau nak terlintas mintak apa-apa masa travel ni mintak yang elok-elok je. Kalau tak ha hambek kau tersadai tengah hutan sambil dimakbulkan doa.

Sekian secebis kisah travel demi mengisi ruang bosan bila passport tak chop kerna #covid19

Nak tengok video travel kat sini 

Mencari Tempat Solat Di Luang Prabang

Jika ditanya apa cerita best semasa travel? Jawapan aku mesti kisah-kisah aneh, kelakar, unexpected semasa kembara. Bukan waktu jumpa orang famous, bukan waktu dapat sampai tempat yang wajib singgah, bukan dapat gambar atau selfie paling lawa.

Contohnya bila panjat bukit nak tengok sunset tapi dapat tengok auntie bergambar sakan itu aku rasa kelakar. Bila berskuter sepanjang hari di Phuket tapi aku paling seronok time melepak dimalam hari dengan teh ais berbuih. Rupanya bukan tempat paling cantik yang aku ingat, tapi momen-momen itu yang aku lagi terkenang.

Biasalah tu bila travel ni solat dimana saja. Asalkan tempanya bersih, tidak ganggu laluan, hadap kiblat, ada wuduk. Tapi ini antara tempat solat yang sedikit rare.

Kami beli tiket sleeper bus atau bas malam dari Luang Prabang (LP) ke Vang Vieng (VV). Dari tengahari selepas checkout homestay, kami dah berpeleseran takde tempat nak tuju. Nak cari port solat pun tiada. Kami ke pejabat yang jual tiket tu dan mintak tumpang kawasan nak solat.

Tak boleh katanya. Ini kawasan ofis dia berurusan. Kawasan tertutup pun takde..Eleh alasan je tu, padahal boleh je kasi kami solat sebalik divider kayu. Ok fine. Kita cari akal lain.

“Can we go upstairs and look around? Next time I can stay here in your hotel.” Pujuk kami berhati-hati.
“Ok but be quiet ok?” Nice umpan mengena.

Pejabat jual tiket ini dibahagian depan jual tiket bas, tiket aktiviti dll. Disebelah belakangnya pula adalah bilik hotel cuma beberapa langkah ke belakang. Sudah dapat kebenaran, kami pun cari toilet dan ambil wuduk.

Pasti ada celah-celah tersembunyi yang boleh solat, fikir kamilah. Lawa jugak bilik kat bawah ni. Depan bilik ada kerusi lepak menghadap cafe garden gitu. Ada tangga ke tingkat atas. Terus naik memanjat papan kayu tebal yang divarnis kilat.

Semua pintu bilik bertutup rapat dengan signage Do Not Disturb tergantung ditombol pintu. Mana pulak kawasan nak solat ni?? Semua bilik je. Kami jalan sampai ke pintu bilik paling hujung, masih tiada ruang.

Hujung sekali ada sebuah pintu ke arah luar. Hmm, kemana pintu ni pergi? Tombol dipulas senang. Laju je masukkan kepala bila pintu keluar itu boleh dibuka.

Ohhhh ini veranda luar. Beberapa buah pasu bunga dilantai. Kerusi batu buat tempat duduk berehat. Cadar-cadar putih hotel yang sudah dibasuh tergantung di jemuran. Tidaklah luas sangat, cukup untuk sidai dua atau tiga cadar saja.

Hm, nice jugak tempat ni sebab outdoor dan tersembunyi. Ok Haq, kau juga pintu aku solat kejap. Waktu itu tinggal sikit waktu je untuk solat takhir Zohor Asar. Cepat je sarung telekung, letak sejadah travel, angkat takbir.
Solat diluar beranda hotel. Outdoor solat.

Allahu akbar..bismillahirahman nirrahim. Belum habis Fatihah lagi, tiba-tiba bunyi kuat kedengaran.

Ting..ting..tong...berganti-ganti bunyi gendang kedengaran. Makin lama, makin kuat. Aku teruskan saja solat. Kumat kamit mulut sambil cuba khusyuk. Eh makin sedap pulang bunyi ni ada bunyi gong, gendang, bonang macam lagu gamelan pun ada ni. Astaga..fokus..fokus.

Haq pula solat. Sambil jaga line sambil jengah ke luar veranda. Bunyi bergendang tadi masih kuat. Ditambah pula dengan suara-suara orang. Bunyi ramai orang mengaji. Bila masa pulak Laos ada grup Yasinan, Johor je ada.

Tengok bawah atas nak cari punca bunyi dan suara kuat itu. Terpandang ke sebelah kiri, tak jauh kedepan. Kelihatan kuil Buddha disana. Disitulah punca bunyi gong kuat tadi. Mungkin dari sana juga bunyi orang yang “mengaji” tadi. Mereka sedang menjalankan upacara mereka juga rasanya.

Majoriti penduduk Laos adalah beragama Buddha dan di LP saja ada lebih dari 30 buah kuil atau wat. Jadi tidak mustahil kita akan terjumpa kuil-kuil besar atau kecil in each corner of the road.

Sami-sami berpakaian warna oren juga selalu kelihatan dimana-mana. Malah setiap hari juga ada upacara alms giving disepanjang jalan menuju ke kuil besar iaitu acara memberi sumbangan atau pemberian dalam bentuk makanan oleh orang awam kepada monks.

Selesai solat, kami terus turun dan kembali kebahagian depan hotel. Kami sudah bersiap-siap menanti tuk-tuk yang akan hantar kami terus ke stesen bas. Malam ini kami akan tidur didalam bas dalam perjalanan menuju bandar Vang Vieng.

Sampai sini dulu aku cerita pengalaman kami solat outdoor berbumbung langit diiringi bunyi gong dan gendang kuil disebelah. Pengajaran buat kami supaya fikir dulu nak solat celah mana sebelum checkout. Next, aku stori kisah kali pertama menaiki sleeper bus pula ya!

Yang selalu tertinggal telekung,
BilaKakiBerjalan

Setalam Nasi Di Masjid @ Vientiane Jamia Masjid Laos

Perjalanan dari Vang Vieng ke bandar Vientiane mencabar dari mula. Tanpa sarapan, van yang ditunggu tak muncul-muncul. Hujan renyai-renyai, hati dah gundah gulana takut kena tipu, takut kena tinggal.

Van sampai selepas berjam tunggu. Dalam perjalanan, van berhenti berkali-kali. Angkut penumpang lain dengan kubis dan sayur penuh. Tak lama lepas tu berhenti lagi ditepi jalan, ada orang nak membuang pulak...Allahu.

Sampai di bandar Vientiane. Terkial-kial mencari stesen bas seterusnya. Plan asal diubah semalam. Janji mahu jumpa kawan disini juga dicancel. Sempat beli tiket bas terakhir hari ini untuk masuk semula ke Thailand.

Sementara menanti bas pukul 6 nanti, kaki melangkah cari masjid. Logiknya disekitar masjid akan ada kedai menjual makanan halal. Sudah beberapa hari tak jumpa nasi, rasa dah kuruih badan ni. Dalam renyai dan bagpack berbelas kilo, kami redah je.

Vientiane Jamia Mosque

Alhamdulliah jumpa masjidnya dicelah laluan rumah penduduk. Pusing-pusing baru jumpa pintu masuk. Nampak beberapa lelaki berjubah berserban lantas kami tanya dimana kedai makan halal disini. Cubaan dua tiga kali gagal difahami, dia teriak panggil seorang lelaki.

Nampak lebih muda, berkaca mata orangnya. Boleh berbahasa Inggeris. Sebelum dia jawab soalan kedai makan halal, dia tanya sudah solat? Belum kami jawab. “Ok, solat for women upstair. You take wuduk there”sambil ditunjuk tempat wuduk dan tandas dibelakang. “Food don’t worry, you go solat first”

Kelihatan beberapa orang lelaki dibahagian belakang surau ini. Tempat solat lelaki, tandas disini. Mereka kumpulan tabligh mungkin. Ada yang sedang berehat berbaring disurau, ada yang sibuk mengemas periuk-periuk diluar.

Selesai solat, lelaki tua yang mula-mula disapa tadi naik ke atas. Dia bawa sedulang nasi. Tinggi macam bukit nasinya. Sedikit kuah dalca. Semangkuk bubur manis. Tak reti komunikasi, Syukran saja kami sebut.
Alhamdulliah jumpa makanan halal

Sekejap lagi dia panjat lagi tangga ke ruang solat atas. 2gelas air kosong dan beberapa biji buah oren dibawa. Syukran! Dia naik lagi kali ketiga. Dua batang kayu sugi dan tasbih pula diberi. Allahu terharu betul rasa.

Dengan sejuk renyai hujan, kaki penat berjalan, perut berkeroncong mintak isi dari pagi, dimasjid kecil ini kami dapat solat dan makan. Awalnya rasa macam tak habis je nasi. Tapi bila dah suap, tak berhenti terus. Tahu-tahu bersih je talam.

Bila travel ni memang akan cari mana-mana masjid. Satu sebab nak solat, kedua nak cari tempat makan & refill bekalan air masak, ketiga nak berehat sekejap. Nak balik nanti, selitlah berapa yang ada.

Bahasa memang berbeza, sorang cakap ke kiri sorang faham ke kanan tapi bila buka saja bicara dengan Assalamualaikum, rasa boleh communicate pulak. Rasa selamat pun iya kat masjid, mintak recommendation ke mintak tolong ke insyallah dibantu.

Tak pun dia akan carikkan orang lain. Betullah, orang Muslim itu bersaudara, kemana saja pasti ada, excited bila jumpa dan bersungguh nak tolong.

Sampai sekarang kalau ternampak nasi dalam talam terflashback kenangan di Masjid Vientiane. Semoga boleh jauh lagi kaki melangkah melihat dunia dari sudut berbeza.

The real voyage of discovery is not to seek new landscapes but to look upon the world with fresh eyes.~Marcel Proust

ps: hehee kasi canlah paste quote
pps: bukan excerpt dari manuskrip travel indochina, itu lagi best kot baca

#tarbiahtravel #bilakakiberjalan #indochinatrip #laos

Pisang Bakar Tepi Jalan @ Luang Prabang

Sambil minum petang ni, elok aku story pasal pisang bakar pulak. Tengah hari itu aku dan Haq dah habis pusing-pusing selepas tengok pameran kesan perang di Laos. Exhibition ni pada aku must-see nanti story.

Kami berbasikal dengan ditemani habuk debu. Setiap kali lori berlalu dengan laju memang dapat satu lagi layer foundation kat muka. Ternampak beberapa penjual sudah mula buka perniagaan ditepi jalan.

Bukan kedai besar atau warung, literally duduk dibangku kecil sambil menjual gorengan, dan daging bakar. Disini memang feveret diorang daging salai, segala jenis daging disalai dibakar. Bau dia perghh kasi ini perut menyanyi.

Namun, perutku menyanyi solo. Bukan kita boleh makan pun daging salai itu,Tengok aje lah.

Sampailah ke peniaga yang hujuung sekali. Dia sedang kipas-kipas makanan jugak. bila jengah tengok atas gril tu, dia sedang gril pisang comei. Comel besar ibu jari je saiz dia. Ha, yang ni confirm halal. Dia jual pisang salai je, takde benda lain.

Harganya aku tak ingat pulak tapi tak mahal. Mungkin dalam 50sen duit kita untuk sebiji comel tu. Disebabkan kami akan habiskan 3-4 hari lagi di Laos, terasa sayang pulak nak pakai duit Kip banyak-banyak. Dah la susah nak tukar currency ni sebab valid dekat sini je.

So kami ambillah sorang 2 biji pisang.
“2 plastic please” hehe demand pulak tu. Sebabnya aku dah kebulur, nak makan sambil bawa basikal. Tak sia-sia praktis bawak basikal guna satu handle je kat kampung dulu hehee

Akak pisang tu diam je sambil disini plastic bag dengan daun pisang kecil buat alas. 2 ketul pisang setiap satu lalu duit Kip bertukar tangan.

“Chob Chai” diucapkan. Terus aku nak tekan pedal basikal. Tiba-tiba dia panggil balik.
waeyo? tanyaku dalam hati..cakap Korea ok dalam hati muahaha><

Basikal di"gostan" ke belakang semula. Dengan confusenya kami tengok muka dia. Mengharapkan dia faham kami confuse menggunakan telepati dan riak wajah.

Tiba-tiba dia hulurkan pisang ke arah kami.
?? rasa tadi dah cukup pisangnya.
Ditunjuk-tunjukkan lagi pisang itu. Oh, dia mahu kami ambil saja pisang tu.

Apalagi, laju je sorang satu ambil pisang yang dihulur. Rezeki mana boleh tolak gitu. Tak taulah kenapa akak tu beriya beri pisang lebih.

Dia pun ada konsep sedekah kot. Mungkin juga dia kesian tengok 2 orang luar berpeluh berbasikal ditengah hari. Maybe juga dia fikir kami tak mampu, takde duit sebab iyalahh beli 2 ketul je pisang huhu.

Dengan rakusnya aku gigit pisang panas tu sambil kayuh pulang. Pedulikan debu merah terbang-terbang, dan anjing liar kiri kanan. Alhamdulliah dapat alas perut sedikit.


Akak pisang tu tak kaya mana pun, tapi dia masih mampu memberi. Macam drama tv, orang yang tak punya banyak itu lagi mudah memberi dari orang yang punya macam-macam.

Dia mampu beri pisang, maka pisanglah dia beri. Moral of the storynya adalah orang susah pun boleh memberi, berkongsi rezeki; kita yang lebih mampu ni tak segan ke berat tangan nak berkongsi?

Beri pisang lebih ke, sedekah mineral water ke, kasi tips free ke. Kongsi dan share je. Tak mampu bawak korang travel, aku kongsi cerita travel lah biar korang rasa macam travel sekali..ha gitu..tapi laki/bini hang tu jangan dikongsi pulak itu jaga elok-elok na..

Boleh bawak basikal 1 tangan
#bilakakiberjalan #indochinatrip #laos

Sunset Auntie at Mount Phousi, Luang Prabang Laos

Kembali lagi kita ke negara Laos. Entah kenapa banyak pulak memori aku disini. Ini kisah kejar sunset. Kenapa sunset? Sebab sunrise aku payah nak bangun huhuuu..Ini kali kami panjat bukit nak tengok sunset dari atas Bukit Phousi.

355 tangga dilangkah dengan beberapa pitstop sebab den semput. Opkos uncle auntie Korea yang hari-hari layan hike steady je potong aku. Sampai diatas sudah meriah. Masing-masing dah ambil port nak tengok sunset paling lawa & susun tripod memasing.

Disebabkan tiada tempat kami pusing-pusing dulu. Dibelah atas ini ada sebuah kuil. Nampak beberapa orang didalamnya, ada yang sedang menyalakan colok dipintu luar. Ditepinya ada sedikit balkoni.

Kami kesana dan dapat lihat sungai terbentang didepan mata iaitu sungai Nam Khan dan sungai Mekong. Jambatan besi terlihat jauh. Jambatan buluh yang terhuyung-hayang juga nampak dari sini. Kabus petang memenuhi bukit-bukit jauh nun.

Bukit ini menjadi tumpuan ramai kerana memberi pandangan 360 darjah seluruh bandar Luang Prabang. Sisi tepi kuil ini tidak terlalu sesak, tapi tak nampak pulak.

View on top of Mount Phousi

Pusing lagi dan kami jumpa port lawa. Dengan background pemandangan bukit-bukau berkabus, awan rendah, jalur-jalur sunset diatasnya, sungai lebar kehujung. Niceeee port ambil gambar. Tiba-tiba kecoh didepan batu besar itu.

Sekumpulan atau lebih tepat lagi satu bas auntie uncle dari mainland sedang berebut nak ambil gambar. Mana tahu mainland? Kau dengar dia teriak pun dah tahu ni bukan China belah-belah kita. Dengan kecoh kalutnya dengan kamera digital sorang satunya.

Haq dah beratur ditepi nak ambil gambar. Macam biasalah kan kita beratur nak ambil gambar dilandmark cantik.

“Excuseee meee….” terdengar suara dari tepi. Kami pandang sebelah dan teruih kena tolak sambil tangannya menghalau-halau ketepi. Dua tiga orang lelaki berusia sedang mengankangkan kamera DSLR dengan tripodnya.

Bawak jurugambar naik atas bukit..kau hadoo?

Confusenya waktu itu. Awat kena beralih? Rupanya bila pandang belakang ada berpuluh geng dia dah beratur. Siap ada photographer lagi.

Naik seorang Auntie ni dan dia bergaya kalah model. Sekejap kekanan, sekejap ke kiri , sekejap pegang topi, sekejap bercekak dipinggang.

Auntie kongker port ni sorang


Kamera dibawah snap tak berhenti, siap mintak tukar pose lain, betulkan lense..Ehhhh sabar jelah…apa dia ingat ini photoshoot studio pak dia kaaa!

Setelah bising-bising kawan dibawah barulah Auntie turun dari batu dan diganti dengan kawan dia pulak. Wei memang takde harapanlah kau nak photoshoot walau sekeping atas tu.

Kecewa, kami beralih ketempat yang penuh sesak orang tadi. Kami pilih berdiri dibahagian belakang supaya tidak terhalang pandangan. Maklumlah ketinggian warga Asia ni dapat bawah ketiak orang putih je. Lain pulak gambar tersnap nanti huhuu

Sesak dengan orang 

Oren merah matahari sudah mencurahi langit. “snap…snap…snap” tidak henti-henti bunyi kamera mengambil gambar pergerakan matahari. Beberapa minit berlalu dan langit bertukar gelap. Sekejap je nak bertukar dari siang ke malam ni tapi anticipation dia tu yang seronok.

The Sunset on top of Mount Phousi

Sebelum balik kita snap lah lagi beberapa gambar buat kenangan. Rombongan tadi masih bergambar walaupun dah gelap, sunset pun takde. Bergilirlah aku dan Haq ambil gambar seorang sekeping ditepi pokok.

“You want me to take picture for you?” Seorang lelaki bertanya. Oh yes of course, maka dapatlah kami sekeping gambar atas bukit setelah dikalahkan oleh Auntie sunset. Adalah juga kenangan atas sana.

Sekian catatan sunset.
Suka sunset dari sunrise
#bilakakiberjalan #indochinatrip #laos

Backpacking Laos 2017 Hari Kedua

Adah dan Nurin ke Bukit Phousi. Aku tak mahu mendaki pagi-pagi. Jadi aku melepak dibilik tengok drama Mad Dog. Di Laos pun layan KBSWorld astaga. Menunggu air panas di pantri rumah tumpangan. Sampai ke sudah tak panas-panas airnya.

Aku fikir mereka berdua sudah sampai atas bukit. Rupanya sangkut ditengah jalan. Sempat membeli baju tradisional untuk anak buah katanya.

Sekitar pukul 9 pagi, kami bertiga bertemu dikaki Bukit Phousi, betul-betul berhadapan dengan Luang Prabang Museum. Aku pernah kesini tahun lepas, namun tidak jadi masuk kerana harga tiket agak mahal.

Kali ini baru kutahu, bayaran tiket hanya untuk masuk ke dalam muzium raja. Jika hanya mahu berjalan disekitar luar, tidak perlu bayaran. Kami berjalan disekitar muzium. Terdapat statue King Sivavong, raja Laos , sebuah teater, kolam bunga teratai dan pameran kereta diraja.

Misi sekarang adalah mencari rumah tumpangan untuk hari Ahad dan Wat. Setelah survey beberapa tempat, kami akhirnya menempah bilik di xx view. Harga sebuah bilik adalah xx,000 kip dengan dua katil single.

Kami menempah satu bilik dan minta dirapatkan katil dengan harga 210,000 kip. Alhamdulliah, mereka benarkan. Aku dahulukan 100,000 kip sebagai deposit. Lega sudah menempah penginapan, perjalanan diteruskan mencari wat. Jalan kecil dan kurang sibuk disini. Kami berjalan perlahan berbual-bual. 

Sesekali berhenti melihat bot dan restoran yang menghadap sungai Nam Khawn. Terdapat sebuah Restoran India Muslim ditepi sungai ini. Kami menempah Nasi Goreng Ayam dan Nasi Goreng Daging dengan harga 25,000 kip sebungkus.

Nasi ini buat bekal makan tengahari kami di Kuangsi nanti. Wat yang dicari masih belum jumpa. Kami sekadar berjalan-jalan melihat harga kopi dan khidmat urut. Singgah membeli kopi Lao dengan susu pada harga 12,000 kip. Pekat, manis sedap. Tapi belum boleh cabar kick kopi Vietnam.

10.30 pagi kami berjalan balik ke Phanthasone Guesthouse. Berehat sekejap sambil mengecas telefon. Kami akan dijemput oleh Andy dan ke Kuangsi bersama Naza dan kawannya..

Backpacking Laos 2017 Hari Pertama

27/10/17

Flight AK yang sudah dua kali dijadual semula, sekali lagi penerbangan ditangguh. Pintu boarding dibuka lewat 12.20 tengahari. Hujan renyai-renyai. Tempat duduk nombor 30, paling jauh pernah aku duduk. Berdentam dentum krew kabin, setiap kali orang flush di bilik air pun boleh dengar.

Kalut dan bising betul kumpulan mak cik, pak cik berbangsa Cina di tempat duduk nombor 29. Rupanya makcik sebelah aku dari negara China. Dia tidak tahu mengisi borang Arrival & Departure. Aku bantu dia mengisi borang itu satu persatu. Bercampur aduklah bahasa Melayu, Inggeris dan China. “Keeyi ma?” “Keeyi.” Muslim dari Shanghai rupanya.

Selepas beberapa turbulance, kelihatan bukit-bukit menghijau dan air sungai warna teh tarik. Kapal terbang mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Luang Prabang. Terdapat kaunter warganegara, warga asing dan Visa on Arrival. Kus semangat juga tengok bayaran visa sehingga $30.

Urusan imigresen agak perlahan dengan hanya satu kaunter untuk pelancong asing. Semasa beratur, sempat kami berbual dengan dua orang pelancong Malaysia beratur didepan kami. Selesai urusan imigresen dan tiada check-in luggage, kami terus menuju ke kaunter menjual simkad. Terdapat dua syarikat telefon utama iaitu Lao Telecom dan Unitel. 

Kadar yang ditawarkan bermula 3GB,5GB dan seterusnya. Usai Adah dan Nurin membeli simkad dengan harga $5, kami menuju keluar. Terdapat beberapa booth menjual simkad juga. Kami sekadar singgah melihat pakej disini pulak. Masyaallah, harga yang diberikan lebih murah iaitu $4.

Dengan hanya beberapa langkah tambahan, kami sepatutnya dapat menjimatkan $1 setiap simkad. Tak mengapalah. Disini juga ada kaunter money changer. Kadar tukarannya baik. Nampaknya Ringgit diterima disini. Matawang Kip tidak dijual diluar negara, oleh itu kita perlu sampai di Laos untuk dapatkan wang Kip.

Selain US Dolar, Ringgit dan Baht juga boleh ditukar disini. Bersebelahan dengan money changer ini adalah kaunter teksi. Bayaran sebanyak 25,000 kip bagi tiga orang terus ke rumah tumpangan.

Kami bertemu lagi dengan Naza dan kawannya didalam van. Seorang pelancong dari Brazil juga ada bersama. Hanya tunjukkan nama rumah tumpangan dan pemandu akan hantar terus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Bekas bandar kolonial Perancis, tidak hairanlah banyak binaan bangunan disini terdapat pengaruh kolonial.

IndoChina Trip (Thailand - Laos - Cambodia) Day 5 Chiang Rai Bokeo Luang Prabang

Overland Trip Day 5 Chiang Rai Bokeo Luang Prabang 



Route
Check out City House Guesthouse
Bas ke Bokeo
Imigrisen Bokeo, Laos
Minivan to Luang Prabang

Read More here...
Indochina Overland Day 1 (Lopburi Thailand)
Indochina Overland Day 2 (Scooter in Chiang Mai)
Indochina Overland Day 3 (Chasing Thailand Sakura)
Indochina Overland Day 4 (Chiang Mai -Chiang Rai)
Indochina Overland Day 5 (Crossing Border to Laos By Bus)
Indochina Overland Day 6 (Luang Prabang, Laos)
Indochina Overland Day 7 ( Laos)
Indochina Overland Day 8 (Still in Luang Prabang)
Indochina Overland Day 9 (Vang Vieng Laos)
Indochina Overland Day 10 (Crossing Border Laos to Thailand By Bus)
Indochina Overland Day 11 (Lotus in Udon Thani Thailand)
Indochina Overland Day 12 (Khao Yai Pak Chong Sunflower)
Indochina Overland Day 13 ( Aranyaprathet Border to Cambodia By Bus)
Indochina Overland Day 14 ( Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 15 (Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 16 (Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 17 ( Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 18

IndoChina Trip (Thailand - Laos - Cambodia) Day 6 Luang Prabang Laos




Route
Songthaew ke pekan
Check in Choumkhong Guesthouse
Air terjun Kuang Si
Wat Chomsi
Night Market

Read More here...
Indochina Overland Day 1 (Lopburi Thailand)
Indochina Overland Day 2 (Scooter in Chiang Mai)
Indochina Overland Day 3 (Chasing Thailand Sakura)
Indochina Overland Day 4 (Chiang Mai -Chiang Rai)
Indochina Overland Day 5 (Crossing Border to Laos By Bus)
Indochina Overland Day 6 (Luang Prabang, Laos)
Indochina Overland Day 7 ( Laos)
Indochina Overland Day 8 (Still in Luang Prabang)
Indochina Overland Day 9 (Vang Vieng Laos)
Indochina Overland Day 10 (Crossing Border Laos to Thailand By Bus)
Indochina Overland Day 11 (Lotus in Udon Thani Thailand)
Indochina Overland Day 12 (Khao Yai Pak Chong Sunflower)
Indochina Overland Day 13 ( Aranyaprathet Border to Cambodia By Bus)
Indochina Overland Day 14 ( Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 15 (Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 16 (Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 17 ( Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 18

IndoChina Trip (Thailand - Laos - Cambodia) Day 7 Luang Prabang Laos




Early morning at dawn, we went to see alms giving ceremony. For a small fee, you can join the ceremony or just watch the ceremony in silence and be respectful. After it ended, we take a walk around the city before things get busy. 

Next we got on tuk-tuk with our new friends to Tad Sae waterfall. Two most famous Luang Prabang waterfall are Tad Se waterfall and Kuangsi waterfall.

You have to pay for the tuk-tuk ride, boat ride and the entrance fee. Other activities at Tad Sae like zipline, elephant ride etc also had fee.

After going back to the city, we walk around the city, watching people by the riverside and had our coconut drink, so refreshing on a hot day. As it still early for the night market, we end up just sitting by the road and do people watching. We say Hi! and the many friendly tourist and local wave and say hi too!

Buy some steam potato from a lady and walk all the way to the boat jetty to watch sunset. We always try to catch the sunset or sunrise here. So beautiful. 

And that’s how we spend our day.

Things to do in Luang Prabang:
  • alms giving ceremony
  • morning walk around the city
  • Tad Sae waterfall
  • cycling
  • night market
  • watch sunset by the river
Route
Alms giving ceremony
Air terjun Tad Se
Night Market
Bersiar di sungai Nam Khan

------------------------------------------------------------------------
Read More here...
Indochina Overland Day 1 (Lopburi Thailand)
Indochina Overland Day 2 (Scooter in Chiang Mai)
Indochina Overland Day 3 (Chasing Thailand Sakura)
Indochina Overland Day 4 (Chiang Mai -Chiang Rai)
Indochina Overland Day 5 (Crossing Border to Laos By Bus)
Indochina Overland Day 6 (Luang Prabang, Laos)
Indochina Overland Day 7 ( Laos)
Indochina Overland Day 8 (Still in Luang Prabang)
Indochina Overland Day 9 (Vang Vieng Laos)
Indochina Overland Day 10 (Crossing Border Laos to Thailand By Bus)
Indochina Overland Day 11 (Lotus in Udon Thani Thailand)
Indochina Overland Day 12 (Khao Yai Pak Chong Sunflower)
Indochina Overland Day 13 ( Aranyaprathet Border to Cambodia By Bus)
Indochina Overland Day 14 ( Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 15 (Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 16 (Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 17 ( Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 18

IndoChina Trip (Thailand - Laos - Cambodia) Day 9 Vang Vieng Laos




Route
Songthaew ke pekan Vang Vieng
Check in Cha Leun Garden Guesthouse
gua Tham Phu Kam
Blue Lagoon

Read More here...
Indochina Overland Day 1 (Lopburi Thailand)
Indochina Overland Day 2 (Scooter in Chiang Mai)
Indochina Overland Day 3 (Chasing Thailand Sakura)
Indochina Overland Day 4 (Chiang Mai -Chiang Rai)
Indochina Overland Day 5 (Crossing Border to Laos By Bus)
Indochina Overland Day 6 (Luang Prabang, Laos)
Indochina Overland Day 7 ( Laos)
Indochina Overland Day 8 (Still in Luang Prabang)
Indochina Overland Day 9 (Vang Vieng Laos)
Indochina Overland Day 10 (Crossing Border Laos to Thailand By Bus)
Indochina Overland Day 11 (Lotus in Udon Thani Thailand)
Indochina Overland Day 12 (Khao Yai Pak Chong Sunflower)
Indochina Overland Day 13 ( Aranyaprathet Border to Cambodia By Bus)
Indochina Overland Day 14 ( Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 15 (Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 16 (Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 17 ( Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 18

IndoChina Trip (Thailand - Laos - Cambodia) Day 8 Luang Prabang, Laos




Route
Check out Choumkhong Guesthouse
Tourism Centre
Nisha Restaurant
President Monument
UXO Lao Visitor Center
Night market
Sleeping bus ke Vang Vieng

Read More here...
Indochina Overland Day 1 (Lopburi Thailand)
Indochina Overland Day 2 (Scooter in Chiang Mai)
Indochina Overland Day 3 (Chasing Thailand Sakura)
Indochina Overland Day 4 (Chiang Mai -Chiang Rai)
Indochina Overland Day 5 (Crossing Border to Laos By Bus)
Indochina Overland Day 6 (Luang Prabang, Laos)
Indochina Overland Day 7 ( Laos)
Indochina Overland Day 8 (Still in Luang Prabang)
Indochina Overland Day 9 (Vang Vieng Laos)
Indochina Overland Day 10 (Crossing Border Laos to Thailand By Bus)
Indochina Overland Day 11 (Lotus in Udon Thani Thailand)
Indochina Overland Day 12 (Khao Yai Pak Chong Sunflower)
Indochina Overland Day 13 ( Aranyaprathet Border to Cambodia By Bus)
Indochina Overland Day 14 ( Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 15 (Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 16 (Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 17 ( Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 18

[Video] IndoChina Trip (Thailand - Laos - Cambodia) Day 10 Vientiane, Laos


Jangan lupa subscribe Youtube channel dan like Facebook untuk update terbaru ye!

Route
Check out Cha Leun Garden Guesthouse
Bersiar di Sungai Nam Song
Van ke Vieantine
Bas mini ke stesen bas
Masjid Jamia
Presidential Palace
Wat Si Saket
Imigrisen Viantine-Nong Khai
Bas ke Udon Thani
Check in Hotel The One

Read More here...
Indochina Overland Day 1 (Lopburi Thailand)
Indochina Overland Day 2 (Scooter in Chiang Mai)
Indochina Overland Day 3 (Chasing Thailand Sakura)
Indochina Overland Day 4 (Chiang Mai -Chiang Rai)
Indochina Overland Day 5 (Crossing Border to Laos By Bus)
Indochina Overland Day 6 (Luang Prabang, Laos)
Indochina Overland Day 7 ( Laos)
Indochina Overland Day 8 (Still in Luang Prabang)
Indochina Overland Day 9 (Vang Vieng Laos)
Indochina Overland Day 10 (Crossing Border Laos to Thailand By Bus)
Indochina Overland Day 11 (Lotus in Udon Thani Thailand)
Indochina Overland Day 12 (Khao Yai Pak Chong Sunflower)
Indochina Overland Day 13 ( Aranyaprathet Border to Cambodia By Bus)
Indochina Overland Day 14 ( Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 15 (Phnom Penh Cambodia)
Indochina Overland Day 16 (Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 17 ( Siem Reap Cambodia)
Indochina Overland Day 18

SUBSCRIBE! ►https://goo.gl/qAtQqy
Facebook ►http://www.facebook.com/bilakakiberjalan

PERSEDIAAN INDOCHINA OVERLAND TRIP 2016

PERSEDIAAN SEBELUM INDOCHINA OVERLAND TRIP

1)      Itineari
Royal Project Thailand
Trip kali ini luar biasa buat itineari. Itineari yang dirangka sebelum ini dibuat atas faktor “bestnya tempat ni, nak pergi la”. Dari situ baru susun lepas tengok peta kemana dahulu, dan route apa nak guna. Disebabkan itineari dah lama buat lepas tu tinggal; buat tak tahu maka seminggu sebelum bertolak itineari akan berubah setiap tiga hari. Tapi takdehal sebab itineari adalah fleksibel.
#redahsampaijumpa

|Itineari Fleksible|

2)      Tempat Tinggal

Menuju Blue Lagoon Vang Vieng, Laos
Disebabkan betapa fleksiblenya itineari kali ini berbanding trip-trip sebelumnya, tempat tinggal yang dah ditempah dari awal cuma untuk satu tempat sahaja. Selain itu, kami hanya search dan senaraikan beberapa guesthouse yang sesuai berdasarkan beberapa faktor iaitu
1) harga
2) jarak dari stesen bus
3) cadangan blogger atau backpacker lain.

Bila tiba ditempat itu, baru kami akan cari tempat tinggal. Biasanya kami pusing-pusing tanya harga dan jika ada kekosongan.

|Tempat Tinggal Redah|

3)      Kajian

Bermotosikal di Chiangmai, Thailand
Kajian mengenai tempat menarik, cara ke sana, harga tiket masuk, waktu buka dan tutup, tempat makanan halal dan masjid serta tips dari orang lain dibaca dan dikumpul. Kalau boleh baca juga sejarah tempat yang nak dilawati macam Angkor Wat, baru dapat lebih menghayati dan menghargai.
Yang rajin baca buku boleh la bawa dan baca buku Lonely Planet tu.

Apps yang dapat bantu kajian juga boleh didownload seperti Google Translate, TripAdvisor, Agoda, Booking.com, arah kiblat, waktu solat, AirAsia dll.

|Membaca Jambatan Ilmu|

4)      Bajet

Lepak petang minum air kelapa di tepi sungai.
Luang Prabang, Laos
Bajet yang kami tetapkan adalah RM500 untuk satu negara. Tapi disebabkan nilai Ringgit yang susut, bajet lebih sedikit dari RM 1500 untuk tiga negara. Aktiviti mulia iaitu menabung dibuat dari awal. Tabung tiket, tabung perbelanjaan dan tabung barang keperluan.

|RM 500/ negara|

5)      Tiket

Night market, Luang Prabang Laos
Tiket ke Thailand dibeli awal semasa sale. Masa membeli dulu masih tak pasti jadi atau tidak trip ni, jadi kita gamble je dulu. Tiket balik tak beli lagi sebab tak tahu balik dari negara mana. Akhirnya dekat tarikh nak bertolak, AirAsia buat sale dan kami pun beli tiket return dari Siem Reap. 

Maklumkan pada Airasia hanya nak guna tiket untuk balik ke KL sahaja. Beli tiket return sebab lagi murah dari oneway.

|Tiket Tunggu Sale|

6)      Matawang

Senja menuju masjid. Lopburi, Thailand
Ketiga-tiga negara yang dilawati kali ini menggunakan matawang mereka sendiri. Tetapi cuma matawang Thai Bhat dan USD sahaja yang dapat dibeli di Malaysia. Thailand menggunakan Baht, Laos menggunakan Kip dan Cambodia menggunakan Riel dan US dollar. Duit simpanan RM ditukar kepada Baht boleh digunakan di Thailand dan setelah masuk ke negara Laos, duit Baht ditukar kepada matawang Kip. Duit Baht juga boleh ditukar kepada matawang Riel dan US dollar di Cambodia.

Kerajinan menukar duit secara berkala dibuat sepanjang tahun memandangkan nilai matawang Malaysia yang semakin turun. Kami bawa matawang Ringgit, Baht dan dollar.

|Matawang Tukar Sedikit-Sedikit|

7)      Duit kecemasan

Grilled fish di Vang Vieng, Laos
Selain duit yang dibawa dilebihkan sedikit dari bajet, duit dalam kad ATM juga boleh digunakan. Aktifkan pengunaan kad ATM untuk pengeluaran luar negara. Tak perlu susah-susah ke bank, gunakan internet banking pun boleh. Bank pilihan adalah CIMB, Maybank. Kalau ada kad kredit pun boleh juga.  Caj transaksi lebih tinggi jika dikeluarkan di ATM bank lain.

|CIMB Click kan ada|

8)      Barang kelengkapan

Skuter pink di tepi sawah. Chiangmai, Thailand
Jika anda agak perbelanjaan keseluruhan adalah yang paling makan perbelanjaan, rasanya barang kelengkapan nak kesana yang lebih makan belanja. Kenapa? Sebab kita beli sikit-sikit, tak perasan berapa dah belanja.

Jika anda dah selalu travel, buka saja kotak Doraemon kembara yang dah tersusun keperluan backpacking tu. Cuma ada barang yang perlu ditambah macam stok makanan, memory card, diganti baru sebab dah lunyai macam sportshoe,  dibeli baru macam kamera, thermal cloth sebab tak tahan sejuk  dll.

|Memory Card Bawa Extra Banyak|

9)      Persediaan diri

Kedai roti dan cafe di Vang Vieng, Laos. Nama kedai saja Luangprabang Bakery

Sediakan mental untuk lebih kuat, tenang dan tawakal.  Kalau rajin boleh la kuatkan stamina macam pergi bergym atau berhiking. Ada juga ambil suntikan sebelum mengembara. Juga ada ambil insuran travel.

Boleh juga belajar beberapa patah perkataan dalam bahasa asing. Guna Google Translate dan bila smapai negara tu boleh minta orang lokal ajar sebutan betul. Yang asas sahaja macam Hi, terima kasih, berapa harga dll.

Kumpul cuti jika nak travel lama-lama. Kalau kena unpaid leave tapi hati happy, takpe kan?

|Sabaidee!!|

10)   Tanggungjawab semasa

Kuang Si Waterfall Luang Prabang, Laos
Sebagai seorang dewasa yang bertanggungjawab, kerja dan tanggungjawab telah diselesaikan dahulu dan sudah delegate kepada orang lain. Jangan lupa maklumkan kepada boss, klien dan kawan pejabat; bukan nak berlagak tapi nak maklumkan. Takut ada yang kecil hati tak angkat call.

|Doakan Saya Selamat!|

Setakat ini saja yang ingat persediaan ala kadar sebelum mulakan trip IndoChina. Ini kira teaser la ye untuk berbelas blogpost untuk trip IndoChina ni. Harap sabar menanti aku rajin menaip dan upload gambar.

* Post ini diletakkan gambar sesuka hati. Harap bersabar.
*Hong Kong – Macau trip punya post pun tak buat lagi. Harap lebih bersabar.