1) Itineari
Royal Project Thailand |
Trip kali ini luar biasa buat itineari. Itineari yang
dirangka sebelum ini dibuat atas faktor “bestnya tempat ni, nak pergi la”. Dari
situ baru susun lepas tengok peta kemana dahulu, dan route apa nak guna.
Disebabkan itineari dah lama buat lepas tu tinggal; buat tak tahu maka seminggu
sebelum bertolak itineari akan berubah setiap tiga hari. Tapi takdehal sebab
itineari adalah fleksibel.
#redahsampaijumpa
|Itineari Fleksible|
2)
Tempat
Tinggal
Menuju Blue Lagoon Vang Vieng, Laos |
Disebabkan betapa fleksiblenya itineari kali ini berbanding
trip-trip sebelumnya, tempat tinggal yang dah ditempah dari awal cuma untuk
satu tempat sahaja. Selain itu, kami hanya search dan senaraikan beberapa
guesthouse yang sesuai berdasarkan beberapa faktor iaitu
1) harga
2) jarak dari stesen bus
3) cadangan blogger atau backpacker lain.
Bila tiba ditempat itu, baru kami akan cari tempat tinggal. Biasanya kami pusing-pusing tanya harga dan jika ada kekosongan.
1) harga
2) jarak dari stesen bus
3) cadangan blogger atau backpacker lain.
Bila tiba ditempat itu, baru kami akan cari tempat tinggal. Biasanya kami pusing-pusing tanya harga dan jika ada kekosongan.
|Tempat Tinggal
Redah|
3)
Kajian
Bermotosikal di Chiangmai, Thailand |
Kajian mengenai tempat menarik, cara ke sana, harga tiket
masuk, waktu buka dan tutup, tempat makanan halal dan masjid serta tips dari
orang lain dibaca dan dikumpul. Kalau boleh baca juga sejarah tempat yang nak
dilawati macam Angkor Wat, baru dapat lebih menghayati dan menghargai.
Yang rajin baca buku boleh la bawa dan baca buku Lonely
Planet tu.
Apps yang dapat bantu kajian juga boleh didownload seperti
Google Translate, TripAdvisor, Agoda, Booking.com, arah kiblat, waktu solat,
AirAsia dll.
|Membaca Jambatan Ilmu|
4)
Bajet
Lepak petang minum air kelapa di tepi sungai. Luang Prabang, Laos |
Bajet yang kami tetapkan adalah RM500 untuk satu negara.
Tapi disebabkan nilai Ringgit yang susut, bajet lebih sedikit dari RM 1500
untuk tiga negara. Aktiviti mulia iaitu menabung dibuat dari awal. Tabung
tiket, tabung perbelanjaan dan tabung barang keperluan.
|RM 500/ negara|
5)
Tiket
Night market, Luang Prabang Laos |
Tiket ke Thailand dibeli awal semasa sale. Masa membeli dulu
masih tak pasti jadi atau tidak trip ni, jadi kita gamble je dulu. Tiket balik
tak beli lagi sebab tak tahu balik dari negara mana. Akhirnya dekat tarikh nak
bertolak, AirAsia buat sale dan kami pun beli tiket return dari Siem Reap.
Maklumkan pada Airasia hanya nak guna tiket untuk balik ke KL sahaja. Beli
tiket return sebab lagi murah dari oneway.
|Tiket Tunggu Sale|
6)
Matawang
Senja menuju masjid. Lopburi, Thailand |
Ketiga-tiga negara yang dilawati kali ini menggunakan
matawang mereka sendiri. Tetapi cuma matawang Thai Bhat dan USD sahaja yang
dapat dibeli di Malaysia. Thailand menggunakan Baht, Laos menggunakan Kip dan
Cambodia menggunakan Riel dan US dollar. Duit simpanan RM ditukar kepada Baht
boleh digunakan di Thailand dan setelah masuk ke negara Laos, duit Baht ditukar
kepada matawang Kip. Duit Baht juga boleh ditukar kepada matawang Riel dan US
dollar di Cambodia.
Kerajinan menukar duit secara berkala dibuat sepanjang tahun
memandangkan nilai matawang Malaysia yang semakin turun. Kami bawa matawang Ringgit,
Baht dan dollar.
|Matawang Tukar Sedikit-Sedikit|
7)
Duit
kecemasan
Grilled fish di Vang Vieng, Laos |
Selain duit yang dibawa dilebihkan sedikit dari bajet, duit
dalam kad ATM juga boleh digunakan. Aktifkan pengunaan kad ATM untuk
pengeluaran luar negara. Tak perlu susah-susah ke bank, gunakan internet
banking pun boleh. Bank pilihan adalah CIMB, Maybank. Kalau ada kad kredit pun
boleh juga. Caj transaksi lebih tinggi
jika dikeluarkan di ATM bank lain.
|CIMB Click kan ada|
8)
Barang
kelengkapan
Skuter pink di tepi sawah. Chiangmai, Thailand |
Jika anda agak perbelanjaan keseluruhan adalah yang paling
makan perbelanjaan, rasanya barang kelengkapan nak kesana yang lebih makan
belanja. Kenapa? Sebab kita beli sikit-sikit, tak perasan berapa dah belanja.
Jika anda dah selalu travel,
buka saja kotak Doraemon kembara yang dah tersusun keperluan backpacking tu. Cuma
ada barang yang perlu ditambah macam stok makanan, memory card, diganti baru sebab dah lunyai macam sportshoe, dibeli baru macam kamera, thermal cloth sebab tak tahan sejuk dll.
|Memory Card Bawa Extra Banyak|
9)
Persediaan
diri
Kedai roti dan cafe di Vang Vieng, Laos. Nama kedai saja Luangprabang Bakery |
Sediakan mental untuk lebih kuat, tenang dan tawakal. Kalau rajin boleh la kuatkan stamina macam
pergi bergym atau berhiking. Ada juga ambil suntikan sebelum mengembara. Juga
ada ambil insuran travel.
Boleh juga belajar beberapa patah perkataan dalam bahasa
asing. Guna Google Translate dan bila
smapai negara tu boleh minta orang lokal ajar sebutan betul. Yang asas sahaja
macam Hi, terima kasih, berapa harga dll.
Kumpul cuti jika nak travel lama-lama. Kalau kena unpaid leave tapi hati happy, takpe kan?
|Sabaidee!!|
10)
Tanggungjawab
semasa
Kuang Si Waterfall Luang Prabang, Laos |
Sebagai seorang dewasa yang bertanggungjawab, kerja dan
tanggungjawab telah diselesaikan dahulu dan sudah delegate kepada orang lain. Jangan lupa maklumkan kepada boss, klien dan kawan pejabat; bukan
nak berlagak tapi nak maklumkan. Takut ada yang kecil hati tak angkat call.
|Doakan Saya Selamat!|
Setakat ini saja yang ingat persediaan ala kadar sebelum
mulakan trip IndoChina. Ini kira teaser
la ye untuk berbelas blogpost untuk trip IndoChina ni. Harap sabar menanti aku
rajin menaip dan upload gambar.
* Post ini diletakkan gambar sesuka hati. Harap bersabar.
*Hong Kong – Macau trip punya post pun tak
buat lagi. Harap lebih bersabar.
No comments:
Post a Comment