Book Review: The Dark Road - Ma Jian




Tajuk : The Dark Road
Karya: Ma Jian

Novel The Dark Road yang telah dialihbahasa dari China ini bukanlah buku tentang kembara atau travelogue, tapi buku ini membuka mata tentang realiti kehidupan di China. Karya Ma Jian, ini bukan karya pertama beliau yang diharamkan, malah beliau sendiri diharamkan dari masuk ke China kerana lantang mengkritik kerajaan komunis China dalam karyanya.

Buku yang dibaca secara random ini nyata membawa kita menyelami kisah disebalik Polisi Satu Anak negara tembok besar.

Bermula 1979, China mula mengamakan Polisi Satu Anak untuk mengawal populasi penduduknya. Ini kerana, bagi pihak pemerintah adalah lebih ideal jika bilangan penduduk dikawal.

Polisi Satu Anak mempunyai pegawai yang akan menjalankan pemeriksaan dan memberi kebenaran untuk mendapatkan anak. Anak yang tidak dibenarkan lahir tidak berhak untuk mendapat taraf, pendidikan,kesihatan dll.

Sebaliknya di Malaysia, dalam mencapai Wawasan 2020 kita ada Dasar Kependudukan untuk capai 70juta penduduk. Kenapa kita nak ramaikan penduduk Malaysia untuk jadi negara maju? Boleh selak-selak website Penerangan Malaysia.

Novel ini mengisahkan mengenai Meili, sorang wanita yang mengahwini Kongzi yang merupakan seorang guru dari keturunan Confucius. Setelah berkahwin, mereka mendapat seorang anak perempuan. Selepas itu, Kongzi mula obses untuk mendapatkan anak lelaki. Ini adalah untuk memastikan keturunan Confucius terus wujud.

Meili kemudian dipaksa mengugurkan kandungannya. Kemudian bermula kisah mereka ditindas yang menyebabkan mereka terpaksa lari dan tinggal didalam bot. Meili dipaksa mengugurkan anak, anaknya dijual dan pelbagai lagi kepayahan hidup.

Some memories cant be blown away; they force their way back, flying against the win, and hover stubbornly around the mind.

Novel ini menyusuri hidup Meili yang terpaksa menghadapi keranah birokrasi, korupsi, hidup dalam kalangan Chauvinism, dianaktirikan ditanah air sendiri dan human right violation. Peranan Meili dalam mengharungi semua kesusahan hidup, kemahuan untuk belajar dan memastikan anaknya dapat survive  memberi inspirasi.

Apa yang menarik dalam novel ini adalah penulisan dari sudut pandang seorang wanita, serta terdapat POV dari spirit anak Meili yang belum dilahirkan. Gambaran tentang China dan bagaimana kehidupan orang luar bandar dan menjadi pelarian di negara sendiri diceritakan melalui pandangan seorang wanita dan seorang ibu.

Menariknya baca buku ini adalah lepas Haq sendiri cerita pengalaman dia berkawan dengan seorang warga China yang terpaksa didaftarkan lama selepas dilahirkan. Wah, memang polisi ini realiti dan benar-benar berlaku pada mereka.

Selepas membaca novel ini, pasti kita lebih menghargai amannya hidup di Malaysia. Lepas ni bila ke negara China, mungkin cara pandangan dan soalan yang berlegar difikiran kita adalah berbeza.

p/s Cita-cita mahu overland Myanmar-China.

No comments:

Post a Comment