Bagi yang belum sedar, AirAsia mengenakan cas sebanyak RM16-RM24 per ticket bila kita menggunakan kad kredit untuk beli tiket flight. Dah cun dapat tiket return murah, sekali kat processing fee tambah-tambah….eh, macam boleh dapat satu tiket lagi. Sebenarnya ini adalah cara AirAsia (AA) untuk galakkan kita guna e-wallet baru mereka iaitu BigPay.
What is BigPay?
BigPay adalah e-wallet yang membolehkan kita buat transaksi dengan kad dan apps sahaja. Kad ini bersifat prepaid, maka sebanyak mana duit ditopup kedalam kad, sebanyak itulah boleh berbelanja. BigPay boleh digunakan disemua tempat yang terima Mastercard.
Big Point vs BigPay
BigPay ni berbeza dengan BigPoint. Big Point seperti namanya cuma akaun yang dapat kumpul point sahaja. BigPay pula adalah e-wallet yang juga dapat kumpul point.
BigPrepaid vs BigPay
Mari kita tengok persamaan dia dulu.
- Keduanya adalah prepaid kad dengan 0 interest cas
- Processing fee 0 jika buat tempahan tiket AirAsia
- Beri diskaun di laman web airasia
- BigPrepaid & BigPay ada service fee RM2.50 jika tak aktif
- Link dengan Mastercard
- Digunakan sebagai system loyalty (kumpul BIG point) dan pembayaran
- Sokong beberapa matawang asing lain seperti USD, SGD,EUR
- Ada kad fizikal
Perbezaan BigPrepaid vs BigApp
- BigPay lebih fokus kegunaan sebagai e-wallet
- BigPay boleh diakses guna app, BigPrepaid guna desktop sahaja
- Big Prepaid transaksi luar negara (0.5%+network charges), BigPay setakat ini diwaive
- BigPrepaid dapat Big point untuk transaksi luar negara saja, BigPay dapat Point untuk transaksi luar negara dan dalam negara
- BigPrepaid tak boleh hantar duit kepada orang lain, BigPay boleh hantar secara terus & percuma (jika orang lain juga ada BigPay)
- BigPrepaid takde app, BigPay ada app dan boleh kesan perbelanjaan
 |
Big Pay Benefit |
Ini antara kelebihan utama BigPay
Dapat BIG point
 |
BigPay adalah e-wallet AirAsia |
Dapat kadar tukaran terbaik
Pendaftaran Percuma
Dapat kad
 |
BigPay boleh diguna disemua merchant yang terima Mastercard |
Dapat Penjimatan Dan Offer dari AirAsia
Hantar Wang Percuma
Track Perbelanjaan Anda
Memang banyak kelebihan BigPay ini. Malah laman web BigPrepaid sendiri pamerkan kata-kata ini untuk menyokong peralihan kepada BigPay.
 |
BigPay card & Bigpay apps |
Kesimpulannya, BigPay punya kegunaan yang lebih meluas dan aku yang excited serta menyokong kearah cashless society, tak sabar untuk cuba BigPay.
Kegunaan Kad BigPay
Senang diterangkan begini, semua transaksi yang korang biasa buat dengan kad ATM boleh dibuat dengan BigPay. Contoh aku sendiri adalah beli barang di
Shopee, Lazada, Lelong, bayar bil online di e-pay, isi minyak di Shell, shopping di Giant, Econsave, Aeon, beli Dominios, Pizza Hut, beli tiket GSC. makan Sushi King dll.
Apa sahaja transaksi yang boleh dibuat dengan kad ATM dan kad kredit boleh guna kad ni.
Dah Sama Je Awat Nak Pakai Kad Ni Pulak?
Eh suka hati sayalah encik huhuu..oklah aku personally suka sebab :
dapat BIG Point (boleh beli tiket AirAsia murah nanti)
tak kena processing fee bila beli tiket flight AirAsia
Dapat kawal perbelanjaan berbanding kad kredit
Dapat conversion rate matawang asing yang murah bila diguna di luar negara
tak kena annual fee (kad ATM biasa tu kena fee tau RM8 setiap tahun kalau tak silap)
Sekali lagi, ini personal reason aku. Ikut kalianlah nak pakai atau tak, aku pun masih ada lagi beberapa kad ATM tapi dah jarang guna sebab pakai online banking je selalunya.
Bezanya apa kad BigPay dengan kad ATM biasa?
tak boleh masukkan duit atau cash deposit dari ATM machine. Jadi untuk masukkan duit/ topup duit dalam kad adalah online transfer dari kad bank lain ke BigPay
nak cucuk keluarkan duit dari kad BigPay boleh dimana-mana mesin ATM TETAPI casnya adalah RM6 sekali transaksi. Kenapa mahal sangat? BP nak kita amalkan budaya tanpa cash atau cashless. Bila cas mahal, kita lagi suka online transferkan saja.
dapat point BIG bila topup duit & gunakan duit. Jika kad ATM biasa bila swipe kadang-kadang dapat point bergantung pada T&C bank.
Alright, sudahkan anda bersedia untuk dapatkan kad BigPay ini? Ok! Boleh teruskan pembacaan dibawah ya. Harap baca satu-satu dengan tenang.
Cara Daftar BigPay
Pastikan telefon pintar anda adalah unrooted. Kalau tak tahu root/unroot tu apa rasanya phone korang ok tak pernah root kot. Part ni aku struggle sorang-sorang cari jalan nak unroot. Moral of the story adalah cari apps yang digunakan untuk root dulu contohnya KingRoot, SuperSu dan pi setting. Biasanya akan ada option unroot.
Ok selesai part ni. Sekarang kita mulakan dengan download apps BigPay. Sekarang ikut saja langkah dibawah. Jika ada error, server tak detect dan sebagainya, tutup je apps dan cuba lagi kemudian. Nanti ok lah tu, biasa masalah dekat side diorang.
Sekarang adalah langkah mendaftar BigPay
1. Masukkan nombor telefon
2. Kod verifikasi akan diSMS. Masukkan verification code.
3. Buat passcode. 6 angka saja.
4. Masukkan detail berkaitan diri anda seperti alamat emel, nama dalam IC, tarikh lahir dan kod referral. Ha, ini bahagian paling penting iaitu kod referral. Copy paste je kod ni 4FRHKAS8X4 dan tekan Next. Nanti korang akan dapat RM 10 PERCUMA bila masukkan kod ni.
5. Masukkan alamat rumah. Boleh pilih untuk terima kad BigPay. Jika tak mahu kad pun takpe, tapi seronok juga ada kad boleh leret-leret di kedai-kedai dan menebalkan dompet hehee. Oh ya, nanti akan dicas RM 20 untuk kad ini. Nanti nilai RM 20 tu akan muncul semula dalam kad BigPay, kira free lah kad tu.
6. Sahkan identiti. Kita perlu snap gambar IC dan selfie muka sendiri. Pastikan gambar masuk dalam kotak yang disuruh dan tiada glare atau silau. Mereka akan beritahu kalau kena ambil gambar lagi sebab glare dan sebagainya. Team BigPay akan verify maklumat yang diberi sebelum disahkan, kot manalah tahu ada robot atau alien juga mahu guna e-wallet kan.
8. Bayar RM 20. Setelah disahkan anda bukan seorang alien dan memilih untuk terima kad, kita perlu bayar RM 20 melalui kad debit/credit atau internet banking.
9. Dalam masa 3-5 hari bekerja anda akan terima kad kaler biru. Dalam apps juga ada tunjuk dimana kad anda berada dalam transit, insyallah sampai ditangan anda.
TERIMA KAD BIGPAY
 |
My card. I love the blue color, nampak smart! |
Setelah terima kad, kita perlukan aktifkan kad.
1. Caranya adalah keluarkan kad biru dan tandatangan dibelakang kad.
2. Buka apps BigApp dan masukkan nombor CVC. CVC adalah 3 nombor yang tertulis dibelakang kad.
3. Create nombor PIN untuk digunakan di merchant dan sebagai password ATM.
4. Masukkan sekali lagi nombor PIN sebagai pengesahan.
5. Siap! Anda akan diberi kod referral yang boleh diberi kepada kawan.
CARA TOPUP DUIT KE DALAM BIGPAY
Kad yang baru diterima telah ada RM 20 didalamnya. Kira kad ni percumalah sebab nilai RM 20 tu ada semula dalam kad. Untuk mula berbelanja, elok kita topup dulu. Takdelah tersegan dah swipe sekali balance tak cukup dalam kad.
1. Bukak apps dan tekan Topup
2. Kad yang digunakan masa mula-mula masukkan RM 20 dah diset dalam pilihan. Jika nak pakai kad lain boleh tukar disini. Boleh topup dari kad debit, kad kredit atau guna internet banking.
3. Masukkan nilai yang nak ditambah. Topup RM 50 dapat 1 point.
4. Siap! Sekarang sudah ada baki RM 70 (RM 20 + topup RM 50) untuk dibelanja.
CARA TRANSFER DUIT DARI BIGPREPAID KE BIGPAY
- Dalam bahagian "Topup Source" Bigpay tu, korang masukkan nombor kad BigPrepaid.
- Topupkan semula duit dari Big Prepaid kedalam Bigpay. Done!
- Untuk cancel BigPrepaid hubungi 1300-13-3388 atau +603-7662-9200 atau email terus support@bigpayme.com.
Soalan & Jawapan
Kat mana boleh guna kad ni?
Dimana-mana merchant yang ada Mastercard satu dunia
Apa fee/ cas yang dikenakan?
*Subject to change by BigPay
*Updated fee boleh tengok dalam apps dibahagian Setting-> Fees&Charges
- ATM (tempatan) RM6/transaction, ATM (international) RM 10 or 2% nilai pengeluaran yang mana lebih tinggi / transaction (RM 10 until further notice)
- Ganti kad baru: RM 20
- Transaksi domestic & international: FREE until further notice
- Service fee bulanan (Jika tiada transaksi dibulan tersebut) : RM2.50
Annual Fee: Waived unconditionally
Tukaran Matawang (Jika pembelian dalam matawang selain MYR): 1% + network charges
(Network charges sahaja sekarang until further notice)
Cancel kad : FREE
Transfer duit dari BigPay ke BigPay: FREE
Sales Draft Retrieval Fee: RM15
Pengunaan kad ni dikedai-kedai yang terima Master/Visa card : Tiada cas bila swipe
Kalau nak guna kad diluar negara kena beritahu ke?
Tak perlu bagitau, boleh guna terus. Nak freeze kad masa ke oversea pun boleh
Macam mana nak semak kadar tukaran/exchange rate bila guna kad diluar negara?
Untuk transaksi luar negara, anda boleh lihat nilai dalam MYR dan matawang local dalam transaksi dalam app
Kad BigPay ni kredit kad ke?
Bukan, ini adalah prepaid card yang berfungsi seperti kad debit/credit biasa tetapi tak berikan kredit dan tak delink pada akaun bank anda.
Prepaid tu pulak macam mana?
Prepaid tu maknanya kena ditopup dahulu nilainya. Seperti topup phone, kena ditopup nilai dan cukup bakinya supaya boleh buat apa-apa transaksi. Banyak mana boleh guna bergantung pada banyak mana anda topup duit dalam tu dan sehingga limit maksimum kad.
Berapa limit maksimum kad?
RM 10,000
Apa itu contactless payment?
Anda boleh buat bayaran dengan tap/ wave je kad BigPay di terminal tanpa masukkan PIN.
Macam mana nak guna contactless payments?
Pertama sekali selepas dapat kad, transaksi pertama mesti guna PIN atau online transaction. Selepas itu barulah boleh tap/ wave je kad anda.
Macam mana nak tahu transaksi tu lepas?
Terminal akan print resit sebagai bukti bayaran. Dalam app BigPay pun akan diberitahu.
Apa langkah supaya tak kena tipu guna bayaran contactless?
Setiap kali anda buat bayaran RM 250 dalam sehari, anda kena buat transaksi guna PIN & transaksi lebih dari RM 250 perlu masukkan PIN.
Ishh..selamat ke?
Ya selamat sebab untuk dicas anda kena sahkan nilai dan tap sendiri kad tu. Nak tap/wave juga kena dekat dengan terminal dan terhalang (dalam dompet contohnya). Terminal peniaga ni pun semuanya berdaftar dengan bank dan boleh dikesan.
Ish…tak confident lagi lah. Taknak guna contactless/Wave boleh tak?
Boleh, anda boleh pakai PIN untuk buat transaksi seperti biasa.
Point apa ni yang ditunjuk dalam app?
Point ni anda dapat bila topup & buat pembelian guna kad.
Setiap RM 50 topup = 1 point
Setiap RM 20 perbelanjaan= 1 point
Point ini boleh ditukar kapada AirAsia Big Loyalty account tapi pastikan guna email yang sama.
Saya ada duit dalam BigPrepaid/ AirAsia eazypay, macam mana nak transfer ke BigPay?
Guna fungsi Topup dalam BigPay dan topup terus akaun BigPay (masukkan dalam topup source di BigPay dulu)
Kena cancel kad BigPrepaid ke?
Seeloknya transfer semua balance ke BigPay dan cancel kad BigPrepaid.
Kesimpulan
Banyak lagi soalan dah dijawab dalam laman web BigPay boleh tengok disana dan hubungi terus customer service mereka. Check out pelbagai FAQ lain disini
Ingat saudara, gunalah kod referal ini 4FRHKAS8X4 untuk jadi friend with benefit saya kerana kita akan menang-menang atau lebih elok ditulis "win-win". Win banyak mana? Win RM 10 untuk kau, RM 10 untuk aku. Ha jelas disitu.
Nak RM 10 free je Pak Tony Fernandez beri? Masukkan kod ini ya teman-teman
4FRHKAS8X4 Itu sahaja, selamat mencuba dan adios!!
[UPDATE] BigPay Review
1. Topup dari bank ke BigPay tiada cas.
2. Transaction beli chopstick RM 5 di MR DIY dan beli makanan kucing RM 40 di SpeedMart guna BigPay card tiada masalah, tiada cas. Setakat ini buat PIN di terminal, Wave/Tap semua ok. Transaction terus update dalam BigPay apps. Setakat ni alhamdulliah ok, rasa macam orang have-have je bawak kad saja beli barang hehee
3. Untuk isi minyak pula, aku akan ke kaunter dan swipe kad. Boleh juga swipe di terminal pam minyak, tapi dia akan hold dalam RM200/250 dari kad sebelum ditolak berapa yang kita pam. Di pam stesen Shell pun kadang dah tulis ni.
Jadi kalau tak mahu duit kena hold dalam 2-3 hari tu, menapak je sikit ke kaunter dan swipe kad. Settle.
 |
Contoh transaksi dan point yang diterima
|
 |
Pending tu untuk point. Boleh tag personal
atau business transaction
|
4. Transaksi ditolak ikut mata wang & website yang dipakai seperti USD, Baht dll.
Ini contoh transaksi aku beli tiket konsert di Thailand online dan bayaran dalam Baht dan ditunjukkan harga dalam RM

5. Mudah send & terima duit.
Senang nak pulang duit yang pinjam dengan kawan, senang nak split kos. Boleh tulis dalam remark bayaran untuk apa. Ini contoh aku terima money dari kawan yang pakai BigPay juga.
 |
Terima wang dari kawan terus ke akaun BigPay |
 |
Remark bayaran untuk apa. |
6. Transaksi aku beli tiket flight guna BigPay
 |
Beli tiket flight dengan BigPay |
7. Guna kad BigPay travel luar negara
Aku swipe BigPay di Filipina hari tu. Senang je dan rate ok plus tiada extra charge seperti credit card. Bolehlah gunakan kad BigPay bila travel diluar negara.

8. Untuk elakkan duit dalam kad dicuri ditempat-tempat bahaya, boleh Freeze card dengan gerakkan toggel untuk Freeze & Unfreeze. Juga boleh pakaikan sarung anti-theft, anti-RFID pada kad atau wallet anda.
UPDATE 2019
Tips Tambahan BigPay
- Topup dalam gandaan RM 50, RM 100, RM150. Sebab RM 50 = 1 point. Kau topup RM 60, RM 70, RM 80, RM 90 masih dapat 1 point je. (UPDATE TOPUP NO POINT)
- Belanja pun sama kalau boleh RM 20, RM 40. Haritu aku belanja RM 19.90 jadi tak dapat point pun sebab RM 20= 1 point. (UPDATE RM10= 1 point)
- Topup duit dari bank (CIMB, MBB) ke dalam BigPay & guna BigPay untuk online shopping seperti Lazada. Dapat point 3 kali sebab (topup ke BigPay dapat point, payment guna BigPay dapat point, masukkan nombor Big dapat point AirAsia). Nak lagi nice kau guna Cashback (Milkadeal, Shopback) sebelum ke Lazada.
- Hey! Use the code 4FRHKAS8X4 when you sign up to BigPay and get RM10 for you to spend as soon as you activate your card. Just register on the app using this link: http://bigpay.link/referrals
Tonton Versi Video Disini