[Updated] Cashback Bila Shopping dengan Shopback!

Disebabkan post mengenai Milkadeal sebelum ini dapat sambutan, maka meh sini aku beritahu tentang satu lagi website yang memberikan cashback iaitu shopback.my

Shopback juga memberikan kembali sebahagian cash apabila kita berbelanja online. Nilai cashback juga berbeza mengikut store yang kita shopping tu.

Kenapa shopback.my best?

  1. Kategori store yang kemas dan membantu. Takdelah terkial-kial nak search satu-satu store.
  2. Webpage kemas, teratur, font tulisan jelas dan besar.
  3. Penerangan yang mudah dan jelas apa itu cashback dan cara mendapat cashback.
  4. Ada banyak pilihan store yang tiada dalam program cashback lain (Guardian online shop contohnya)
  5. Buat beberapa langkah mudah dalam shopperks dan dapat RM 5 senang-senang.
  6. Upsized cashback dimana nilai cashback ditinggikan untuk waktu promosi tertentu seperti sale 11.11 dan 12.12
cashback tinggi

Apa itu cashback?

macam mana dapat cashback

Macam mana kira nilai cashback?

berapa dapat cashback

Contoh kiraan cashback. Nilai cashback bergantung kepada nilai pembelian anda dan peratus atau nilai cashback mengikut store.

Setiap store menawarkan nilai % cashback berbeza. Ada juga store yang memberikan promocode yang boleh diredeem.

Terdapat simple simulation yang boleh dicuba dengan memasukkan nilai berkaitan disini shopback simple simulation.

Cara Guna Shopback

cara guna shopback.my

  • Login dalam Shopback dan klik store yang berkenaan untuk pembelian online.
  • Login dalam store dan buat pembelian.
tutorial shopback

  • Nilai cashback akan masuk dalam akaun Shopback.
  • Cashback boleh ditunaikan setelah transaksi dari store berjaya.
langkah casback
  • Setelah nilai cashback capai RM 10, payout boleh dibuat
  • Payout boleh dibuat ke akaun bank tempatan anda.

Nak daftar shopback dimana?

Peringatan

  • Buat transaksi dalam page yang sama, jangan buka tab lain
  • Pastikan adblocker ditutup atau buka dalam mode incognito supaya transaksi dapat dikesan.
  • Kalau referral masih pending payment, sebab kawan korang tak membeli lagi atau belum dapat redeem lagi. Maka, pendinglah referrer reward kita..huhu
Kesimpulannya, sebelum membeli-belah online samada beli berus gigi dalam Guardian store, atau tempah bilik hotel di Booking.com,shopping di Shopee dan Lazada masuk dahulu dalam website shopback.my  atau milkadeal dan dapatkan semula sebahagian duit anda.

Update:

Aku sudah dapat total cashback RM 7.85 (RM 2.85 tu dari Guardian tak release lagi). Not bad la kan, beli ubat gigi dapat duit balik. Tunggu apa lagi, nak daftar percuma je Shopback ni...Daftar sini sekarang

Pastikan korang settle ketiga-tiga perkara ini supaya waktu redeem bonus tu banyak sikit.

1. Sendiri sudah ada confirmed cashback sebanyak RM 25
2. Sudah update sendiri punya Withdrawal Detail (Pergi Button Nilai RM xx -WithDraw Money- Isi Nama & Nombor Akaun Bank - Terima Emel untuk Verify)
3. Kawan yang di refer sudah buat belian RM 25 & update WithDrawal detail dia.

Selepas 5 hari barulah balance tu akan muncul di Cashback Confirmed.

Update Pending Bonus Referral



Untuk dapatkan bonus sebagai referrer pun sama, perlu pastikan ketiga-tiga perbuatan ini dilakukan.  Untuk tengok berapa ramai orang telah korang refer boleh ke butang Refer & Earn dan tengok berapa banyak pending bonus. Aku sendiri ada RM200+ pending. Kenapa pending? Ha, sebab korang tak lepas 3 perkara atas ni.

Kita selalu terlepas pandang update Withdraw Details tu. Senang je, korang cuma masukkan nama dan nombor akaun bank jika mahu duit dimasukkan ke akaun bank. Atau boleh pilih untuk Bill Payment atau Point Redemption.


Caranya, pergi kebahagian Withdraw Money dan masukkan detail disitu. Aku contohnya masukkan ke dalam CIMB Bank sebab dapat cash balik boleh buat shopping lagi..eh.

Update Lazada & Shopee

Shopback untuk Lazada & SHopee available di Shopback apps only.
Milkadeal boleh guna dari web milkadeal ke webstore Shopee.
Rate terbaru untuk returning customer dari Shopback ke Shopee hanya 0.5% only dan untuk untuk Milkadeal ke Shopee 0.75%. So bertukarlah ke Milkadeal hahaa..kena sentiasa alert guys bila dia update .

No comments:

Post a Comment