Sediakan Ini Sebelum Naik Bas!



05-Sediakan Ini Sebelum Naik Bas!🚌🚌🚌🚌 #tipskakiberjalan
Untuk trip IndoChina 2016 yang lepas, aku dan Haq telah melalui perjalanan dalam keretapi, keretapi malam, bas, sleeper bas, mini bas, mini van dll yang mengambil masa dari sejam sehingga hampir 10 jam.
.
Sebahagian perjalanan pada waktu siang dan ada juga pada waktu malam, kira overnite dalam bas la.Tempoh masa yang agak lama dalam kenderaan ini boleh mendatangkan kebosanan dan ketidakselesaan.
.
Supaya rasa tenang dan selesa, ini contoh apa yang aku pastikan ada sebelum perjalanan bermula.
1) EARPHONE ðŸŽ§
Selain guna untuk dengar lagu,earphone juga boleh mengurangkan kebisingan bunyi orang berborak atau lebih dahsyat lagi berdengkur. Option lain: plug telinga
2) MINERAL WATER
Kering tekak oi dalam bas 8 jam. Boleh juga diguna buat basuh muka lepas bangun tidur. Tahukah anda, letak botol air 8 jam dalam bas boleh menyebabkan air kosong menjadi air sejuk? Pi letak bawah aircond tu.
3) BALM PANAS/ MINYAK CAP KAPAK
Digunakan kalau dah mula mual-mual. Lagi baik pakai sebelum mula travel. Moga- moga mat salleh seat sebelah tak confuse dengan bau minyak cap kapak ko ðŸ‘ƒ
4) JAJAN/CEKELAT
Buat alas perut. Jajan yang simple macam gula-gula, coklat, kacang,biskut. Boleh buat sarapan, makan tengahari mahupun midnight snack. Simple jajan je tau, janganlah BigMac bawak masuk, kecur orang sebelah tengok.
5) PANADOL/PIL TRAVEL ðŸ’Š
Jenis yang mabuk bila perjalanan jauh telan pil sebelum mula bergerak.
6) NECK PILLOW ðŸ’¤
Pilihlah neck pillow yang selesa dengan korang, jangan pilih yang comel je tapi tak berfungsi sebagai pillow pun.
Ini penting supaya leher korang tak senget lepas tidur berjam tanpa bantal. Jenis yang tidur melentuk-lentuk tu pun eloklah pakai neck pillow.
Option lain: bahu orang sebelah (terima kasih awak kasi pinjam bahu)
7) SWEATER ðŸ‘•
Supaya tidak menggigil dalam kesejukan pagi atau malam. Juga berfungsi sebagai selimut dan penutup muka. Maklumlah, time tidur muka tak boleh control ternganga ðŸ˜¤
Boleh dijadikan bantal extra bila mana bantal yang disediakan (kalau ada la) nipis macam tshirt.
Option lain: towel, kain batik/pelikat
8) POWERBANK/ CABEL
Masa yang lama ni sesuai untuk charge semua handphone dan kamera. Lagi seronok kalau bas tu ada charging plug.
9) DOMPET
Pastikan dompet dan dokumen penting macam passport sentiasa ada pada korang. Jangan letak passport dalam backpack yang diletak dalam trunk bas.
Time tidur sila peluk atau pastikan tersembunyi dari pandangan orang. Peluk bag tau, bukan orang seat sebelah. Teknik bag disilang didepan badan atau kaki boleh digunakan.
Ini je kot barang yang aku angkut setiap kali nak mula naik bas.
👉 SOALAN: Korang dalam bas travel lelama buat ape je?
Jangan lupa cekidaut blog aku kat sini http://bilakakiberjalan.blogspot.my/
Gambar 1: Sleeper bus ke Siem Reap. Kami dapat upper bed kat bontot bas. Sebelah kanan tu toilet dalam bas. Redha je la bila ada orang guna toilet :poop:
Gambar 2: Sleeper bus ke Vang Vieng, Laos. Nombor sebelah-sebelah bukan seat asing, tapi dalam satu tilam. Kalau pergi solo, bersedia la nak setilam dengan stranger ðŸ˜³ ( pikirlah option lain nanti)

No comments:

Post a Comment