Aceh 2025 Family Trip

Buat pertama kalinya aku bawa parents ke trip luar negara. Ummi pernah ke Indonesia ( Jakarta, Bandung port biasa menyoping) dan Abah I dont think ever travel besides umrah & haji. This had been in my bucket list for awhile, so hoyeah dah boleh cross out for 2025 Bingo list.

Dah prepare duit cash dan juga rupiah dalam Wise. Dah beli 3juta rupiah dalam Wise. Kenapa 3juta je? Sebab ATM kat sana yang ada maximum withdrawal limit mengikut mesin ATM dari 1.5 hingga 3 juta saja. Maknanya paling banyak boleh keluarkan untuk 1 ATM hanya 3 juta, nak lebih mungkin kena cucuk di ATM lain pula. Antara ATM yang takde cas withdrawal adalah ATM bank Mandiri, BCA,BNI,CIMB,HSBC.

Setelah ditambah tolak, selain ada duit Rupiah dalam Wise, duit dalam card bank, aku juga beli rupiah guna CIMB Bank dan dipickup di KLIA. Aku rasa dah 10x kata nak buat article pasal Cimb TravelCurrency ni, tapi tak buat-buat. Korang godek la website da dan follow step by step. Aku pilih untuk pickup di Departure KLIA2, kedudukan counter CIMB ni berdepan Old Town White Coffee.

As usual kena orang yang beli currency yang pickup duit, pastikan bawa IC. Kalau beli beberapa kali, akan dapat beberapa sampul duit. Note duit diberi dalam nilai besar dan ikut bank, tak dapat nak mintak tukar not kecil. Dengan berkepuk duit jutaan rupiah, kita pun pergilah ke bahagian Departure. Aku bawak duit  7,000000 (pakej) + 4,000000 + 3,000000 (duit belanja umi abah aku)  + 3,000000 (WISE) = RP 17,000000

AA memang dah particular bab berat. So 7kg handcarry include handbag pun dia timbang. Masuk hall awal sikit sebab bawa parents, tak sesuai aksi berlari-lari nanti. Kali ni aku beli hotseat untuk diorang, so dapatlah masuk awal dan seat paling depan. Aku? Asalkan ada seat ok je. Landing on time di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda.

Aku dah isikan form immigration dari Malaysia tapi satu form tu memang kena isi kat airport je lagi senang. Lepas cop passport, ada kawasan kecil dengan QR website, ada pegawai dan ada wifi juga. Tapi kalau ramai, sesak gak kawasan ni. Isi form setiap penumpang di  https://evisa.imigrasi.go.id/web/application_bvk dan sshp.kemkes.go.id dan dapat QR, baru boleh keluar. Kat sini aku ada buat 1kesilapan yang terlepas pandang. 

Dah keluar, tunggu tour guide sampai. Dok fikir macam mana guide nak agak kami sampai pukul berapa. Rupanya dia guna flight tracker dari nombor flight yang kuberikan.  Kali ini aku ambil pakej private trip. Antara benda yang perlu difikirkan dari awal adalah nak private trip or join group trip. 

Isu group trip pada aku adalah ramai orang, jadual tak boleh ubah-ubah, kena ikut flow group. Untuk disesuaikan dengan warga emas, aku pilih private trip je. Lagipun bila tambah tolak, actually lagi murah sebab aku dapat tiket flight return murah.

Tempat pertama dituju dengan Innova hitam kami adalah Perkuburan Massal Tsunami. Kawasan ni ada area parking dan tanah-tanah hijau tanpa batu nisan. Kami sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah disini. Tak tahu dah nama, agama apa mangsa-mangsa ini. Mereka dibungkus dalam bodybag dan distack-stack dalam kuburan besar. Petang-petang, singgah kubur kata umi. Betullah tu tak berapa elok, tapi ok je sebab ni otw ke next place.

Seterusnya singgah makan dulu sebab den malas nak check in hotel & keluar balik untuk makan. Pakej ni sudah termasuk makan minum, so kami order je menu apa-apa dan makan. Sini first time cuba Sup Buah. Segar rasa tekak, sop buah ni adalah mix fruit dengan sus cair, susu pekat. Kat Rumah Makan(RM) ni aku dah stress sebab simcard tak boleh connect dengan telco. Simcard ni aku beli kat Shopee. Memang aku sorang je beli sebab fikir boleh hotspot dengan parents aku, lagipun kitorang kan jalan sekali.

Setelah digodek-godek oleh guide, tetap tak berjaya. Dia tanya tadi kat dalam airport ada isi form untuk handphone tak? Aku tak isi sebab aku bukan beli phone luar and bawak masuk dalam. Rupanya bila tak daftar IMEI, SIM luar ( ke phone luar?) tak boleh digunakan. Option lain adalah singgah beli simcard local.

Lepas makan kami dibawa check-in Hotel Medan. Untuk malam pula kami boleh keluar berjalan didepan hotel ada banyak kedai makan yang walking distance. Malam itu aku takde mood nak keluar sebab stress nak hidupkan Simcard. Umi Abah keluar ambil angin sekitar hotel. Ditemani suara kareoke dari tepi sungai dan berita konflik Aceh-Sumut, aku dok godek simcard lagi.

Hari Kedua

Dimulakan dengan ambil keputusan beli je roaming pakej Hotlink. Bila kira-kira ok je berbaloi sebab boleh guna dinegara ASEAN. Habis je trip Aceh ni aku akan ke Bangkok pulak dan pakej on je sebulan sampai Malaysia nanti. Dah tenang. barulah kami turun breakfast dibawah dan tunggu guide sampai.

Tempat pertama di tuju adalah Masjid Raya Baiturrahman. Guide pesan pakai tutup aurat nak masuk masjid nanti. Kat bahagian bawah parking kereta, ada kaunter pegawai masjid. Yang perempuan tak boleh berseluar, nanti dia bagi pinjam kain telekung. Nanti nak balik ko selitlah berapa sumbangan nak bagi.

Bila masuk kawasan luar masjid ni chill je sebab mozek granite kat luar ni sejuk walau cuaca terik. Payung besar seperti di Masjid Nabawi ada tapi tak dibuka. Kami pi berwuduk dan solat sunat didalam masjid sebentar. Kawasan lelaki dan wanita terpisah, jadi berjumpalah dilaman depan masjid atau diparkir bawah, tapi connection internet teruk sini.

Dulu waktu tsunami, Masjid ini antara yang kekal teguh. Waktu itu air naik sangat tinggi dan warga sekitar memanjat hingga ke kubah atas masjid ini untuk menyelamatkan diri.

Kami kemudian dibawa ke Pelabuhan Ulee Lheue dan dibelikan tiket feri cepat express Bahari ke Pelabuhan Balohan (Sabang) dalam 45min ke sejam tengok keadaan air. Dalam feri sambil menunggu feri bergerak, akan ada ramai penjual masuk ke dalam dan jual jajan macam kekacang, gula, sate kerang, buah salak dll. Harga murah je dan sedap buat snacking sebelum feri bergerak.

Ada nombor seat rasanya, kali ini kami dapat seat depan sekali kat pintu masuk. So banyaklah jajan aku beli. Bila feri jalan, sekejap je layan ombak lepastu tertidur sampai ke Peabuhan. Masa nak keluar ni huru hara sikit sebab tukang angkut bag kadang dah masuk dulu untuk tawarkan service porter bag.

Kami bawa 3 beg kecik je jadi takpelah angkut kena gigih sikit la nak keluarkan beg dari feri. Di jeti Pelabuhan Balohan, guide untuk Sabang sudah menunggu. Dari sini kami dibawa singgah di Taman I Love Sabang.  Jalan dari jeti kesini berpusing-pusing dan mendaki. Tapi seperti di Banda Aceh, speed mereka tak sampai 60 pun, cuma disini kena ram baru boleh mendaki.

Monument untuk tempat ambil gambar dan boleh panjat tangga sikit ke atas, view point untuk tengok pulau dari atas. Katanya ada suorvenir kat sini, tapi tak nampak pun. Location tidak jauh dari jeti dan airport. Ya kat sini ada domestic airport, Maimun Saleh Airport.

Kemudian kami dibawa ke Ujong Kareung. Disini juga port hotel Red Doorz. Layan batu karang tajam dan pemandangan laut biru. Tebing batu karang dia tinggi betul dalam 8 meter dari air. Lepak sekejap minum air kelapa dibawah sepoi-sepoi angin.

Kami dibawa ke Freddies Sumurtiga untuk melihat view pantai dan resort disini. Sekadar bergambar dan ambil angin je sebab penginapan bukan disini. Sekali lagi, kalau dengan member dah pi turun pantai jejak pasir sat huhu. Memang cantik view Pantai Sumur Tiga sini, dekat dengan pantai dan aktiviti macam snorkelling. Dengan pokok kelapa tinggi, pasir putih dan biru lautnya feeling bercuti betul.

Plan asal adalah tengok dolpin berenang tapi plan berubah sebab timing flight AirAsia yang balik diawalkan menyebabkan tak dapat spend 2 hari di Sabang. Sedih betol. Dari Freedies, perjalanan diteruskan ke Rumah Makan. Kat sini cuba air buah campuran dan makanan yang disajikan banyak dan enak belaka. Kalau buat perangai Muo ni dah lama aku mintak bungkus. Oh ya, sekarang kita berada di Pulau Weh, Sabang sebab Sabang ada beberapa pulau lain yang tak sempat dikunjungi.

Dah kenyang dan mengantuk, kami dibawa ke penginapan 1 malam di hotel, actually rumah sebuah tapi kami duduk satu bilik, sebelah reception area bahagian bawah. Rumah ni tak jauh dari Pantai Paradiso, walking distance je kawasan pantai. Petang itu kami berehat di bilik saja sebelum dijemput guide pada lewat petang.

Petang itu kami melepak di tepi benteng Pantai Paradiso sambil menunggu sunset. Nak tunggu sunset turun, kami dibawa ke Tugu Sabang-Merauke. Tugu ni ada dua, satu di Sabang (titik paling barat) dan satu lagi di Merauke, Papua (titik paling timur). Disini boleh layan angin sejuk dan lihat pemandangan Sabang.

Kembali ke Pantai Paradiso, duduk di warung melihat matahari terbenam sambil minum Kopi Sanger dan makan sate kurita. Ingatkan guide panggil nanti bila nak pergi next destination, rupanya dia tunggu kami panggil. Lol. Aku layan je maghrib-magrib tepi air, lupa orang tua tak minat sangat.

Pastu panggil la guide, cakap ok done. Dia bawa kami ke kedai makan malam, dengan lampu macam kedai tomyam kita. Timing lari sikit tadi, makanya restoran ditutup lampu sebab pekerja semua pi solat Maghrib. Duduklah dalam kelam sambil tunggu restoran bukak lampu.

As usual, order je makanan nanti guide bayar. Alah, kami makan tak banyak mana pun. Tak silap aku order sate matang, mee aceh etc. As usual guna skill cepat pickup aka main agak-agak bila baca menu. Dapat faham roti cane, dan beberapa menu lain.

Selepas makan kami berjalan ke kedai menjual cenderamata Aceh. Pergi satu kedai je dan borong macam-macam dari fridge magnet, daster, tshirt dll. Balik homestay dan tidur. Esok akan pulang ke Banda Aceh. Sedih betul tak dapat main pantai, ni semua AirAsia punya pasal!

Hari Ketiga

Bersiap untuk check out. Makan sarapan disediakan pihak homestay dimeja makan sambil tunggu guide datang. Guide hantar hingga ke jeti semula dan belikan tiket feri. Perjalanan pulang seperti biasa, tapi mungkin ombak kuat, sampainya agak lambat. Tambahan pulak trip balik sekali dengan geng diver gamaknya, bag aku ditimpa dengan segala equipment. Dah jadi antara orang paling lambat keluar feri sebab mintak tolong orang alihkan barang nak cari bag aku.

Berjumpa balik dengan guide Banda Aceh dan kami dibawa terus ke Muzium Tsunami Aceh. Ada guide muzium yang terangkan dari pintu masuk, dibawa melalui laluan air simulasi bunyi dan ketinggian banjir, pameran gambar, kesan banjir dll. Muzium ni lawa dan menarik reka bentuknya oleh bekas Gabenor dan arkitek Ridwan Kamil. Siap ada tempat untuk berlindung jika tsunami diatas muzium ni. Paling sedih tayangan dokumentari tsunami. Kat sini dengar dan tengok sendiri kesan tsunami. 

Kemudian kami dibawa ke Muzium PLTD Apung. PLTD Apung adalah kapal generator elektrik yang dibawa tsunami  sejauh 3km dari Pelabuhan Ulee Lheue, menyeret kapal beribu ton ni hingga ke kawasan penempatan penduduk. 

Didalam kapal ni kita boleh tengok bahan pameran mengenai kapal, jauhnya dan kuatnya ombak tsunami ketika itu. Dan didalam kapal ini juga mempunyai anak kapal yang akhirnya hilang dan maut. Setinggi mana ombak waktu itu? Setinggi monumen batu yang berada didepan kapal. Dalam muzium ini kami dibantu oleh seorang guide yang kita boleh ambil servicenya masa dipintu masuk.

Beliau ceritakan, ketika kejadian tsunami itu bermula, laut menjadi senyap dan tiba-tiba air laut surut hingga kering dan ikan-ikan kelihatan timbul. Orang awam yang tidak mengerti waktu itu tidak berbuat apa-apa, malah ada yang langsung mengutip ikan. Kemudian air laut tiba-tiba datang semula dengan sangat laju dan kuat membadai apa saja. Dua-tiga kali tarikan air laut menyebabkan ombak tsunami makin kuat dah jauh menerjah.

Itulah kali pertama tsunami berlaku di zaman Indonesia moden. Mereka tidak pernah tahu tentang tanda awal bencana ini yang mengakibatkan kematian lebih 160,000 orang. Namun ada satu tempat yang jaraknya 60km je dari center gempa yang jadi punca tsunami iaitu Pulau Simeulue dengan kematian 7 orang sahaja dari penduduk sekitar 70,000 orang. 

Sangat sedikit jumlah mangsa berbanding Banda Aceh yang jauhnya 250km tapi bilangan mangsa sangat ramai. Rupanya masyarakat daerah sini dibesarkan denga syair rakyat lama tentang Smong atau tsunami air. Orang mereka buat syair sebagai peringatan dari sejarah tsunami yang melanda mereka pada 1907. Mereka diingatkan untuk segera naik ke atas bukit jika melihat air yang surut tiba-tiba. Itulah yang mereka lakukan ketika tsunami 2004 melanda dan dapat menyelamatkan nyawa mereka. Begitulah pentingnya mengenali dan mempelajari bahasa dan budaya lama bangsa kita. 

Oh ya, jika ke muzium ini pastikan jangan datang waktu zohor dan asar kerana muzium akan ditutup sebentar. Dalam kawasan muzium disebelah belakang ada kantin kecil jika nak beli minuman dan makanan. Didepan muzium terbina sebuah masjid hasil sumbangan orang ramai yang datang ke muzium ini. 

Perjalanan diteruskan untuk melihat satu lagi saksi bisu bencana tsunami iaitu kubah masjid seberat 80 ton yang hanyut dibawa tsunami hingga ke Desa Gurah. Laluan kesini memang melaui kawasan orang kampung dan tengah sawah padi. Ditengah itu terdamparnya kubah dari masjid yang terletak jauh dari sini.

Kat sini memang terik amat sebab takde satu pokok besar nak berteduh. Didepan laluan masuk ada beberapa pondok yang kelihatan ada emak-emak jualan. Aku dan Abah saja yang pergi ke masuk ke Muzium Apung tadi dan melihat kubah hitam itu. Umi pula kepenatan dan kepanasan, jadi dia melihat jualan yang ada.

Masa nak masuk ke kereta semula, berlaku huru-hara. Umi cakap berbasa basi nanti nak beli barang jualan diluar tapi nanti tunggu aku kembali. Eh tiba-tiba emak-emak yang lain tak puas hati mintak umi beli jugak dengan dia, kenapa beli dengan seorang penjual je. Agresif ya sambil berhimpit-himpit, push barang kat muka kita. Barang souvernior macam batu gesek, fridge, instant coffee, kain pelikat.

Dah bayar yang umi janji dan masuk balik dalam kereta pun kena kepung. Abah masuk lambat dan dia pun kena himpit la. Guide bercakap dengan bahasa mereka pada orang yang dok kerumun kereta penuh dicermin kereta kiri kanan. Akhirnya umi ambil juga fridge apantah dan bagi duitnya. Actually tak mahal sangat barangnya tapi cara agresif, paksa beli dan kerumun macam tu memang tak berkenan la aku. Ni benda paling geram sepanjang trip.

Seterusnya dalam perjalanan mencari souveior makanan, kami sekadar berhenti ditepi jalan melihat Rumah Tradisional Aceh yang dijadikan Muzium Cut Nyak Dien, seorang wanita pejuang Perang Aceh melawan Belanda dengan suaminya Teuku Umar. Rumah asal telah dibakar Belanda tetapi replika rumah telah didirikan semula ditapak asal ini. Mengikut guide Sabang, Cut ni nama gelaran bangsawan untuk wanita dan Teuku untuk lelaki.

Kami seterusnya dibawa ke Pantai Lampuuk untuk menikmati hidangan makan tengahari. Kami dijamu ikan bakar cicah kicap, udang goreng, telur dadar, kangkung goreng, air kelapa seperti makan di Malaysia. Layan betul makan  sambil dengar bunyi laut dan lihat pemandangan laut biru dan pasir putih. Boleh juga duduk bersila, makan atas pondok, beratap daun nipah yang banyak disini. Tapi panas terik memang idok la nak main air atau main pasir. Sedap betul makan tadi, next ke Masjid Rahmatullah, Lampuuk untuk solat zohor.

Masa tsunami dulu kawasan Lampuuk ni semua habis rata di kampung ini kecuali masjid yang masih teguh berdiri. Masa tsunami, bahagian atas masjid inilah menjadi tempat berteduh masyarakat. Ajaibnya masjid ini tak samapai 500 meter dari air tapi menjadi the only thing yang stand after tsunami. Tak percaya tengoklah gambar ini. 

Ada beberapa lagi gambar yang menyayat hati aku snap dalam bilik pameran masjid ni. Ini gambar masyarakat disini menunaikan solat raya pertama selepas tsunami. Kukuhnya Islam dihati mereka.

Dan ini gambar mangsa tsunami yang terpaksa di stack-stack sebelum dibawa ke pusat pengumpulan, sebelum diletak dalam bodybag dan dikebumi dalam kuburan masal. Sudah tidak dapat nak kenal pasti nama dan agama mangsa. Diceritakan ada yang berbulan tak jumpa ahli keluarga, dijumpai berbulan kemudian masih hidup. 

Guide kami cerita, punya banyak mayat bergelimpangan, dia kena terjengkit-jengkit nak lalu jalan untuk balik ke rumah dia. Mereka kena balikkan mayat satu-satu nak cari ahli keluarga yang hilang. Keadaan mangsa ada yang hilang semua  pakaian, aurat terbuka. Ada yang elok dan tak busuk mayatnya walaupun lama baru dijumpai dalam lumpur.

Allahu, insaf betul dengar.

Guide cerita pengalaman dia waktu tsunami berada di Banda Aceh, berdekatan dengan Hotel Medan iaitu hotel yang kami duduki itu. Dia sedang berada dijalanan bila air mula naik. Mereka memanjat pokok ditengah jalan. Kemudian minta tolong untuk naik kereta untuk pergi ke kawasan lebih tinggi dengan menumpang dibonet kereta orang sambil peluk galon air.

Sepanjang perjalanan, kami melihat rumah-rumah yang dibina oleh sukarelawan tsunami. Dibahagian depan rumah kita boleh melihat lambang atau bendara negara yang membangunkan rumah baru untuk warga. Terlihat banyak lambang negara Turki, Malaysia dll.

Seterusnya kami ke Kapal di Atas Rumah. Perjalanan  kesana melalui perkampungan dengan jeti dipenuhi bot-bot nelayan. Kapal nelayan yang terdampar diatas bangunan dua tingkat di Desa Lampulo yang asalnya berada dikuala sungai lalu dibawa tsunami besar hingga terhempas atas rumah penduduk.

Sudah kepenatan full day, kami kemudian dibawa kembali check in ke Hotel Medan. Petang itu kami mintak keluar semula untuk pergi shopping di Pasar Aceh. Tak boleh lewat sangat sebab nanti tutup. Bila masuk, alamak ni macam Kenanga Mall je. Banyak jual baju moden, pengunjung takde dan escalator rosak. 

Punyalah takde orang, bila kami lalu didepan kedai dan terdengar mereka berbisik-bisik, Malaysia..Malaysia dan panggil tengok barang. Aku terus jadi tak selesa sebab rasa jadi target seluruh mall. Dari masuk terus aku keluar balik. Kami beli kopiah dan baju dikedai diluar mall. Beli beg plastik berzip besar sebab dah tahu baggage memang tak cukup.

Malam itu selepas maghrib kami dibawa pergi makan. Sekali lagi aku melantak sate dan mee sup apanatah. Disini kalau beli kopi memang diberi air suam sekali. Malam itu kami berehat dan aku menyusun barang yang confirm over berat adoi.

Hari Keempat

Selepas breakfast, kami dibawa oleh guide ke airport semula. Ini semua gara-gara reschedule AA, sepatutnya flight lewat petang telah diubah keawal pagi. Tamatlah sudah kisah first time travel bawa parents ke Indonesia. Juga sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang sudah 30an tahun.

Semoga ada rezeki ketempat lain pulak. 

Random observation & tips

  • Nama-nama kedai di Aceh ni chill & seolah doa je seperti rezeki anak soleh, Laundry mulia, Bahari sejahtera, Berkah maju. Yang ni rare ejaan so aku letak iaitu Diana Teylor
  • Air dia manis, kena mintak air sangat kurang manis
  • Portion makan dia kecik. Yang makan banyak, ready beli 2-3 portion baru kenyang
  • Sate. I love sate. Sate sini halus jadi kena order banyak cucuk baru puas
  • keluar Arrival, kiri (ATM) boleh cucuk cash sini
  • Qris boleh pakai BigPay, TNG
  • Aceh banyak kopi, next nak try kopi Gayo Aceh
  • Bawak beg plastik berzip macam IKEA untuk ready extra luggage

Aku akhiri post ini dengan kata-kata random aku perasan didinding grafiti  di Aceh,

"Jika dihina, usahlah diambil hati, Usahakan diambil batu."

Thailand Trip Tetiba ft Enhypen Concert

Hello & hai. Selamat kembali ke blog sendiri. Sila fahami struggle nak cari mood menulis semula. So today aku nak kongsi trip Thailand Bangkok. So lets go!

First Day in Bangkok

Bangkok Trip ni adalah trip luar negara kedua lepas Aceh ( patutnya dah siap post pasal ni). Tapi sebelum dimulakan, elok aku bagitahu kisah macam mana boleh ke sini lagi (lagi lah sebab dah few times ke Thailand but its never boring nor the same).

Asal ceritanya adalah aku gamble random nak ikut Haq ke Bangkok sebab dia menang tiket soundcheck concert kpop. So few days sebelum fly, and ada duit untuk beli tiket flight, I just decide setelah beberapa hari diam jap to just buy the ticket. Duit baht memang ada dari trip Thailand before this, so I just need to buy flight ticket & Haq sponsor accommodation sekali dengan beliau.

Alkisahnya baru touch down dari Aceh 19/6/2025 dan balik Sepang jap. 20/6 pi ikut balik rumah Haq, tutup mata sat dan 5am dah gerak ke KLIA. So malam kita tidur-tidur ayam jelah. Pagi buta dah sampai KLIA  tapi tak rasa pagi bebeno sebab ramai je orang kat sini.

Dah check -in & bag hand carry je tapi still kena beratur sebab beg troli tetaplah AirAsia timbang. Dah lepas berlarilah kita melepasi segala gate untuk ke gate L8 kot?. Betul-betul sebelah surau yang haritu aku usha time nak boarding Aceh.

Lupa lak Subuh agak lambat masuk tapi dah penuh orang standby dalam surau. Habis solat, sis boleh chill betulkan tali pinggang. Bila pi gate staff AA cakap dah final call dah untuk flight kami. Huhuh baru tau yang 6.15am tu final call untuk tutup pintu pesawat. Nasib baik sempat & kami 2nd last la yang masuk. Ada budak Chinese lagi lambat masuk walaupun dia tak Subuh pun haha.

Of course seat sejauhnya untuk gue, tapi bukan last seat ar macam dulu. Still bag kat compartment yang hujung sebab yang dekat dah full. Lepas tu apa lagi kita bantai tidur. Dikejutkan oleh steward yang passkan nasi lemak. Haq lanje nasi lemak satu & mintak steward pass kat aku seat belakang. Dalam mamai tak paham dia kata apa, rupanya jangan pegang sini panas. Dah aku terpegang nasi lemak panas terus celik mata.

Pastu rasa confident nak order ayaq kopi sebab baru beli Dunkin coffee RM14 kat KLIA and rasa latte RM 8 atas awan tu ok je harganya. Cakaplah kat steward nak latte & bayar cash. Bila nak bayar dia kata RM 11, eh sis tengok dalam magazine tadi offer RM8 je. Nasib baik cash cukup RM 11, dah la aku ni jarang pegang cash and takde credit card. Setelah disedut airnya, la ni Latte biasa RM11, yang gue nak tu Santan Latte RM12 tapi promo dapat RM8. Silap sendiri la tak cakap jelas or tunjuk je gambar latte tu time order. So sebagai certificed introvert, I just drink it.

Sampai ke lapangan terbang Don Mueang yang selalu menerima kehadiran diri ini. Keluar pintu ke arah luar or senang ko ke kanan je sampai gate luar & nampak tempat tunggu bas. Ha dah sampai Bangkok ni memang aku follow plan Haq je. Kami tunggu bas nak ke area hotel kami. 

Aiport bas

Boleh tengok kat sini stop mana yang paling dekat dengan tempat tujuan. Kami naik bas A1 BTS Moochit dan stop di Phaya Thai, patutnya naik Bas A2  stop Victory Monument dan dari situ naik BTS ke Ratchathewi.  Tapi  bas yang sampai dulu A1, kami naik je sebab tak tau bas A2 sampai bila pulak, takut jadual lari so kita naik je & turun jauh sikit. Bayaran tiket cash 30 baht dalam bas. Nampak ada orang local scan QR pada konduktor bas tapi taktaulah QR kita boleh pakai tak. 

Setelah sesi menarik bermula, of course akan singgah di 7E dulu. Beli air mineral dan beberapa keperluan disini. 7E memang ada dimana-mana kat Thai ni tapi kadang kena masuk je sebab nanti dah lupa lak. Also, 7E sentiasa ada promo jadi gunalah Google Lens untuk translate promo contoh 1 mineral water 10 Baht, 2 mineral water 14 Baht. Haq juga cari plug untuk charge sebab mata plug sini lain. Bila pikir, kalau plug 2-pin boleh je kot direct cucuk.

Ok balik ke itineary, kami tarik je bag sampailah ke tujuan pertama iaitu Krung Thong Plaza. Aku masuk without any idea, Haq just cakap kat sini tempat shopping baju plussize. Dan bila masuk dalam, alamak ini asal usul gue. Dia macam Kenanga Wholesale tapi semua seller orang Thai. Banyak baju wanita yang mesra saiz dan duit. Kat sini boleh beli retail 1 helai atau wholesale ( 3 helai dah kira wholesale). Sebagai bekas penjual pakaian, auto confident bila ada wholesale price sebab dah terbiasa beli banyak.

Ko nak 1? Ok ameklah. Aku amek 2, dapat lagi murah.
Siapa nak pakai 2?
Jangan risau, aku 3 beradik.

Ha tengok begitu confidentnya aku walaupun dia pakai baju pusing-pusing itu jugak ðŸ¤­

Port shopping best

Dari takde plan nak beli apa, tetiba beg tarik kena sumbat macam-macam da. Memang silaplah pi shopping dengan bangsa wholesale ni. Sini kitorang beli cash je tak terfikir nak tanya atau try payment method lain. Kat sini seller pun ada yang rajin Live shopping, itu yang eh termasuk dalam Live pulak maaf. Pakaian lelaki ada sikit kat sini, kanak-kanak macam tak nampak pun. Also sini ada foodcourt, nampak haritu ada halal food gak kat foodcourt. 

Kemudian kita sumbat hasil shopping dalam bag dan bergerak kearah Bangkok City Hotel (Google Map). Tak la dekat tapi taklah jauh mana pun dari plaza. Dah sampai hotel tak boleh check in awal sebab belum time dan dah ramai yang masuk. Tapi hotel ni boleh tinggal luggage & ada orang jagakan. Keluarkan barang keperluan dan bergerak keluar semula.

Stesen paling dekat dengan hotel adalah BTS Ratchathewi kita naik sini menuju ke BTS Phaya Thai (17 bhat) , ni dalam Sukhumvit line warna hijau. Tiket ni kami beli kat mesin & guna TouchNgo je senang. Exit Phaya Thai dan pergi ke airport line warna biru untuk ke Ramkaehaeng Station (25 baht). Dari Phaya Thai tu kitorang follow the flow je tengok gegirl pakai baju merah hitam (dress code concert) sambil seram tengok baju lawa meleret-leret naik escalator.

Dari Ramkamhaeng ni turun dah nampak orang beratur panjang, line untuk ke Stadium Rajamangala. Pengalaman aku dulu pi stadium dari hotel naik Grab motoride. Memang gila bawaknya & tak dapat sampai betul-betul depan pintu. Aku diturunkan selang beberapa jalan yang perlu dilintas. Boleh baca pengalaman dulu kat sini dan tengok video ride motor kat sini 

Aku dah tahu option yang ada adalah memang naik motor je ke stadium. Kereta, bus confirm jem nak masuk kawasan tu. Ada orang kata boleh jalan kaki  dalam 30 minit jugak tapi idok ler nak buat time tengahari buta gini. Dalam blur beratur nampak ada budak pakai baju sekolah naik Grab moto tapi tak beratur dengan kami. Yelah, mesti dia tempah Grab dan nak ke arah lain, tapi aku cam terfikir order grab moto sorang sendiri. Tapi macam dah monopoli je or standardized je harga & kena ambil kat sini.

Adakah better kalau jalan keluar sendiri & ambil Grab sorang satu kat luar? Kalau korang tahu cara yang better atau ada kawan orang Thai sini bolehlah tanyakan.

Motor yang nak hantar ke stadium ni silih berganti, maknanya tunggu tak lama. Tapi aku cakap better amek sorang 1 motor berdasarkan pengalaman gler dulu. Tapi budak-budak yang naik depan kitorang cakap dia tak nak hantar sorang, dia nak 2 orang terus satu motor. Ko boleh bayang tak 3 dewasa atas satu motor dan confirm tak pakai helmet?? Dah la harga kira per orang. 60baht per person, naik 2 orang 1 motor tetap kena 120baht.

Aku macam dah alamak, tapi kalo terpaksa gak naik jelah sambil dok peratikan seat motor. Pastu pressure nak naik motor tu ke tunggu lain sebab orang belakang dah nak naik je. So kitorang pun naik jelah motor. Before naik aku macam ala seat dia kedepan.

Bila perjalanan dimulakan, amek ko betullah telahan aku. Seat dia jenis kedepan, so aku yang ditengah ni asyik la menggelungsur je kedepan. Kena guna segala kekuatan core badan dan kaki siot la nasib tak cram kaki. Footrest tempat pijak tu memang tak rasalah sebab bendanya kat belakang. Yang lagi seram selain seat kedepan adalah laju nak mampus, tak chill dan WRONG WAY  tak ingat dunia. 

Ada satu part tu dia nak potong jalan sebab main road tu dah sesak construction. Dia nak juga turun ke laluan lama, dah terhentak motor dia sampai stand motor yang dilipat tu terhentak. Dah tu ko nak naikkan motor camne dengan berat serupa 4 orang dah ni. Ada satu kali tu Haq jerit kuat sebab kepala lutut dia sikit nak bertemu kereta sebelah. 

Masa ni ko mengucap dan sebut nama Tuhan je banyak, tudung dah tak ghupe apa dah terbang-terbang dengan angin laju sejuk dan debu jalan raya. Dah sampai, kami turun motor separuh nyawa dah terbang dibawak angin, tapi confused.

Ni bukan rupa Stadiumnya dan tak nak bayar, siap bukak Google Translate nak cakap. Pastu dia kata, ni betul ni sambil tunjuk jalan kedepan. Motor-motor lain pun sampai kesini juga berentinya tapi time tulah takde orang lain. Pastu kitorang pun jalanlah dalam confuse sambil tengok suasana kiri kanan. Penuh dengan budak sekolah kot pakai baju uniform nak pi amek exam. Signboard kat mana pun takde cuma nampak nama jabatan-jabatan gitu.

Sampai satu masa nampak dinding stadium tapi masalahnya mana pintu masuknya. Tanya orang yang lepak tepi jalan tak tahu, tanya student yang lepak dalam pondok pun tak tahu siap dia panik nak speaking. Pastu tetiba nampak budak perempuan dua orang muda, tanya nak pi stadium.

Rupanya dia pun nak ke stadium juga. So kitorang ikutlah mereka sambil bertanya-tanya. One thing you should know about kpop fans adalah, walaupun English kami tak power tapi kami takdelah takut sangat nak speaking. So tahulah diorang ni budak high school and tanya bias siapa. Bias tu apa ko tanya? Adalah bahasa kami budak kpop, korang apa tauu.

jauh wei dengan stadium. sikit lagi kena dengar concert tepi pagar

Nak buat pos ni aku research lah balik, rupanya kami diturunkan di Ramkhamhaeng University, dalam 900meter dari Stadium. Kalau ikut teori aku, dia tak boleh nak turunkan dekat lagi sebab jalan dah terlalu jem untuk dia wrong way & its motorbike ni bukan under Grab pun jadi dia takde pin location pun kalau ko nak bising ke apa.

At least Grab moto yang aku naik dulu dia hantar dekat gate belakang mana ntah, seram kena lintas 2-3 jalan raya tapi dah nampaklah pintu stadiumnya. Kali ini memang jauh ye kena keluar jalan besar dan susur kanan. Dekat nak sampai stadium baru nampak stesen BTS yang dekat dah nak siap katanya 2027. Barulah senang next international concert nak buat bila ada public train direct turun sini.

Setelah itu kami berpisah dipintu masuk stadium lepas bagi Mamee monster buat kenangan. After that its a concert story so malas nak story kat blog ni. Untuk maklumat lanjut pi blog satu lagi pasal kpop tu hehe, but the adventure continue after concert habis.

yay dapat masuk concert

Dah tahu nak balik hotel ni memang kena amek Grab jauh dari stadium sebab 1. Grab susah nak masuk sebab jem 2. Harga akan inflated giler Bayangkan berapa puluh ribu orang keluar stadium dalam waktu yang sama. Tber terfikir kalau tengok bola pun macam ni ke? Almaklum sis tak pernah tengok match bola dalam stadium bola selama ni, siap masuk bucket list lagi

5 minit dari pintu keluar stadium rupanya ada pasar malam. Luas dan panjang jual banyak makanan, minuman etc. Dari beli air mahal dalam stadium tadi, baik tahan sikit perut dan beli kat sini cuma takde kerusi meja lah nak makan.

Kami sempat tapau makananan sebab sini banyak je makanan dijual oleh Muslim bertudung. Haq ambil nasi+ayam, aku amek ayam goreng je sebab rasa macam tak lalu nak telan nasi. Maka keluarlah kami berjalan. Ditepi jalan ramai budak menunggu dan ramai jugak grab menunggu. Bunyi hon sambung menyambung bingit. 

Terdengar ada motobike tawarkan harga 500 baht untuk sorang, giler apa fikirku. Masa jalan ni tak takut sebab memang laluan pejalan kaki sebelah main road dan jalan beramai-ramai. Satu time tu siap hujan renyai sikit tapi ok je. Strategi kami adalah jalan sejauh yang boleh jalan, jauh dari stadium sebelum cari Grab.

Tersadai di bus stop

Akhirnya kami stop di satu bus stop dan mula nak cari Grab. Ada satu teksi menunggu disini dan aku tanya harga, Diberi 500Baht dan aku cakap Thank you. Ok-ok, 400 Baht dia kata, aku cakap its ok. Haq order Grab dengan harga 390+Baht tapi ambil masa lama nok tunggu dekat 30 minit. Masa ni rasa nak pengsan pun ya tapi nasib baik ada seat boleh duduk. Nak order Grab pun struggle sebab duit dalam GrabPay tak muncul pun, still kena connect card dulu. Sapa bagi tips masuk duit dalam grabpay tu tak valid ya.

Bila fikir balik kenapa aku tak naik je teksi tu kalau rate dia dah lebih kurang Grab??? Masa tu terfikir kalau 1. Dia tukar harga bila dah sampai (macam time pi Airport Manila) 2. Dia tak tahu Hotel mana sebab pakcik ni macam tak faham hotel apa ( aku tunjuk map tapi tulisan Rumi) 3. What if teksi dia kotor 

Aku rasa lagi merana tunggu Grab lama dari jalan menapak jauh dari stadium. Satu lagi, kenapalah kami tak masuk 7E mana-mana otw untuk isi perut sambil jalan/ tunggu Grab tu. Anyway, jauh betul perjalanan Grab itu dan untuk hargai driver yang siap menguap bawak kereta tu, Haq siap bagi extra tips lagi. 

Beza Hotel The Patra & Bangkok City Hotel

Ni baru aku search balik jarak hotel kami Bangkok City Hotel its about 11km to Stadium & takes around 30 minute by car & almost 3 hours walking. Sementara hotel yang aku duduk dulu iaitu The Patra Hotel Rama 9 ( Google Map) its about 2.4km to Stadium Rajamangala & takes around 30 minute walking

Jadi after this nak pilih hotel boleh pertimbangkan jarak hotel untuk jalan kaki. Or ada strategi lain after concert habis. Tapi Bangkok City Hotel tu nice lawa selesa dan strategic gak location dia dengan masjid, makanan halal sekitar & tempat shopping. Maybe sini sesuai kalau nak shopping & other hotel better kalau tujuan utama pi stadium. Again hotel ni nice sebab grab dengan tiket AA berbaloi. So kiralah pro & cons mana yang utama.

Sampai hotel baru nak amek beg dikaunter and check-in nak dekat tengah malam. Mandi, solat, nak makan nasi tadi tapi air takde. Bukak Google Map search 7E near me, eh ada je tak sampai 30meter dari hotel. So turun bawah dengan baju tidur tapi nampak air sejuk kat sini. Last-last minum je air sejuk & bawak naik bilik instead of menapak beberapa langkah pi beli air kat 7E sebelah.

Tadi siap membahan guest lain buat maggie makan kat meja hotel sebab dah serupa budak asrama, last-last sendiri buat gak hahaa. Oklah mari tidur esok nak balik dah.

Last Day in Bangkok

Bangun pagi dan bersiap ke shopping mall. Kali ni kita naik Grab ke Big C Supercenter (Google Map) tak sampai 10 minit naik kereta tapi sebab ada construction tengah jalan sepanjang main road ni. Awal betul sampai, mall belum bukan 9am, so kitorang Google Map 7E untuk cari sarapan. Barulah dapat air koko 7E yang viral itu. Ala dah balik Malaysia baru jumpa trick beli air tanpa ais 1 cup, beli 2 cup ais only and taraaa....you got 2 cups of chocolate/milk tea.

Masuk mall, biasalah kedai tak bukak lagi tapi Big C sudah buka. Ini dah jadi style kami akak-akak beli souvenior. No more fridge magnet dan baju I Love Bangkok. Instead its products from Thailand. Kat sini banyak product lokal tapi export standard so lawa, murah dan senang nak tengok Halal status. Also kalau ada tester pun promoter akan tunjuk ni ada Halal, baguskan?

So we spend 1000 Baht lebih each here. Antara benda yang aku nak beli tapi tak jadi sebab takde Halal cop adalah ulat & belalang kering hahahaa. After that we went up to food court, ada satu je kedai makan halal sini. Masa ni sis dah rasa perut masuk angin. Telan Gaviscon 1 tapi tetap makan nasi tak habis.


Menu yang ada

Jumpa ni kat food court

From here we go out to the other side punya walkaway. CentralWorld tu pun macam ada lebih banyak option makanan halal. On the way balik singgah masuk lalu Platinum Fashion Mall. Sedap aircond sini, restoran halal macam ada a few inside, tapi harga sini mahal sikit la dari mall semalam, sini lagi banyak tourist so price standard.

Manalah kita tau ni tempat OOTD influencer

Pastu kami jalan kaki je balik hotel. On the way balik Haq mencari farmasi nak beli sejenis cream and I end up at 7E sebab perut dah mula pedih bisa. Aku tak tau cari apa tapi something to consume because Gaviscon didnt work. End up masuk toilet hotel baru lega tapi bisa tu datang -datang. Berhari-hari gaklah baru elok perut ni kat Malaysia.

Ni pil kunyit untuk sakit perut katanya, tapi sis endup tak makan taku tak jumpa toilet or worse, toilet takde bidet!

Kami checkout dari hotel, pass barang sebab tadi beli mix item and timbang beg. Bawak scale sendiri dari Malaysia, function betul bila ko bergantung luggage hand carry je. Sekali sister terlebih berat, total nak dekat 9kg instead of 7kg. Ingatkan baju dan seluar terbeli semalam tak berat, silap nok. Ini je nak dekat 2 kilo, so terpaksa la sis tumpang luggage Haq. Which also mean I cant get my baju until we meet again. Semoga berat masih steady & baju muat lagi hahahah

Souvenior makanan je ft scale timbang berat

Story didnt end here because after that kami berperang dengan masa. Grab takes forever and we start sweating sebab tiket Haq is 3.15pm so 1.15pm at least dah standby airport. Masa ni dah 12pm Grab tak dapat lagi. Flight aku 4.45pm, lambat sikit semata nak jimat harga flight & hand carry je. So we cancel the Grab & tanya teksi yang dok parking kat hotel ni harga.

Dalam kekalutan, rupanya hotel boleh carikkan teksi and orang tu kata 500 baht, we just agree sebab lebih kurang je harga Grab yang tak sampai dari tadi. Pakcik teksi kata dia hantar ke airport 600 baht tapi orang hotel dah bagi 500 so dia ok je. Teksi Avanza lama tapi ok lah.

Haq mintak fast, fast so pakcik ni bawak lalu lorong belakang lalu segala kedai dan dapat patah ke main road. Nampaklah kat mana jem dan kenapa Grab tadi stuck lama. Zoom we go to the airport, dalam resah tu aku sempat terlelap dalam kereta because you know I'm old and we sleep whenever and wherever we can.

Nampak Cha Tra Mue ni pandang kiri, ada surau. Solat dulu baru teh

Bayar cash 500baht and off we go inside. The airport entrance sangat dekat so thats good. Haq terus masuk ke arah boarding area. Me just pusing-pusing jap sambil cari surau because I know ada surau sini, haritu pernah solat. Tiba-tiba Haq wasap cakap ubat gigi dia sekotak (dalam tu 2 new tube), ubat gigi nak habis dan skincare nak habis kena buang. Ah pulak dapat pemeriksaan teliti. Ubat gigi tu aku suggest sebab first time pakai dulu function terus nampak kurang yellow stain coffee pada gigi.

So aku pun membuang la sebahagian ubat gigi baru beli tu dalam toilet surau. Buang dalam bakul sampah la bukan dalam lubang toilet, aku keluarkan separuh ubat gigi hingga tak lebih 100ml tu pastu gulung-gulung ubat gigi. Selesai solat aku pun masuk jugak boarding dan alhamdulliah lepas pemeriksaan. Tiber ramai pulak pegawai diorang kat sini, seram gue. Lane sebelah stok makanan dalam tin kena rampas.

Aku mencari-cari cafe Amazon sebab dah masuk dalam list dari zaman first pi Thailand sampai la ni nak kopi Amazon tapi tak jumpa dalam boarding area. Ingatkan kat dalam, tapi kat luar kot padahal boarding area dalam ni luas amat. So kena ke Thailand lagi nanti ni sebab bucketlist Thai masih belum tercapai antaranya kopi Amazon, muaythai/kickboxing class, Thai cooking class. Also kali ni tak sempat pi Thai massage.

Delay sejam tak dapat claim insurance pun

Haq selamat dalama flight and me pusing-pusing beli cappucino dan makan jajan belian sambil tunggu flight yang akhirnya AA reschedule to 1 hour later, making me arrived in Malaysia late at night. But alhamdulliah, selamat pergi dan kembali untuk trip Thailand tetibe.

Stay the night at Sepang dan drive balik Muar the next day alone. Spend the next few days dengan perut bisa, demam urat, susah nak tidur. End up pegi Thai massage kat Malaysia sambil teringat Thai massage 200 baht. 

We got kesedaran that we might look & feel young but our body going to 40s real quick hahaha. Also I'm enjoying a lot of Enhypen content now, so ya maybe we see you in other concert??

Another thing I realized after this trip is, nothing is impossible especially if you got some money and a little bit of craziness, just go for it. That's dangerous tho because now I cannot be stop lagi-lagi kalau ada geng.

So that's it.

Bye!

List of Malaysia Money Changer Currency Exchange Rate

 Nak travel kita masih memerlukan duit cash negara berkenaan walaupun sudah banyak pilihan cashless. So dimana kita nak tukar duit? Ini antara senarai website yang boleh digunakan untuk tengok berapa nilai tukaran mata wang asing setiap hari.

https://www.klmoneychanger.com/
http://vitalrate.com/
http://mymoneymaster.com.my
http://www.klremitexchange.com/rates.php 
http://www.maxmoney.com
http://www.spectrumforex.com.my
http://www.jalinanduta.com
http://www.skyxchange.com/en/rates

Tips tukar matawang asing

Jika nilai tukaran tidak terlalu banyak, sekadar untuk kegunaan seminggu diluar negara, tidak usahlah kita berpenat lelah cari parking dan travel merata untuk pergi ke money changer dengan nilai termurah. Sebab bila kira balik penat dan penjimatan sekadar beberapa RM itu tidak berbaloi. Pergi saja ke money changer yang mudah dan dekat dengan anda.

Berkayak di Thailand 2024 Trip

 TRIP NATURE THAI 18-22 FEBRUARI 2024

Trip luar biasa. Trip main hembus je sebab aku desperate nak keluar dan healing untuk bernafas. Setelah pertanyaan solo trip direject, aku cam hmmm dah sedih. Waktu tu aku dah senaraikan beberapa negara untuk solo seperti Singapura (ya tahu Singdollar dahsyat), Taiwan (negara yang tak pernah sampai) dan Thailand (dah pergi few times). Masa research jumpa pulak tempat menarik di Thailand tapi tema ecotourism la sebab saya perlu HEALING. Tanpa disangka, Haq sudi layankan aku. Maka terjadilah Trip bawa suami dan anak-anak (Haq, bukan aku) aka Trip gigih.

Terimalah sedikit catatan dan pemerhatian buat kenang-kenangan. Next trip entah bila. Doakan aku masih ada rezeki panjang umur dan panjang langkah.

Terima kasih Haq kerana settlekan almost everything for the trip. Dari rough itinerary, search and book hotel kat booking.com, contact resort, belikan tiket flight dan offer tukarkan duit Baht.

Aku? Takde function sangat. Hidup aku kan kurang jelas sekarang, semangat pun takde, floating ajer. Benarlah adulting gonna suck the life out of you. So I’m hoping I feel better after the trip.

Mula

Aku sampai sehari awal ke Sepang, stay satu malam dirumah Ika. Boleh saja aku gerak pagi dari Muar tapi nanti anak buah tak puas hati tak sempat main. 16hb Februari naik bas dari Muar ke TBS. Sekarang booking guna Easybook, Redbus atau BusOnline je. Maleh den nak pergi busstand awal semata nak beli tiket.

Kat TBS singgah Guardian beli Vitamin C soluble ( tak suka soluble tapi more practical dari bawak sebotol pil) dan spray nyamuk.  Nak masuk hutan kan, so kena be prepared belilah keperluan kat Guardian ke Watson ke.

Then TBS ke Salak Tinggi menggunakan ERL ( guna debit kad untuk discount 10%, simpan boarding elok-elok kalau terhilang macam aku dulu, hamek kena denda). Satu malam berehat. 17hb menjaga anak buah.

5 Lessons from my recent Thailand travel trip

First oversea trip after Covid is to Thailand. Specifically in Hatyai and Satun.

Some lessons from my latest trip