Review Klinik Kucing di Kota Warisan Sepang | Klinik Veterinar & Surgeri Hajraa

Review Klinik Veterinar dan Surgeri Hajraa
Review Klinik Veterinar dan Surgeri Hajraa

Sunatkan kucing di klinik kucing Hajraa, Sepang Selangor

Haritu aku mencari tempat nak sunatkan kucing baru kat rumah ni Fizi and Fizo. Menggunakan kuasa Google dan lepas baca review yang nice kita decide untuk hantar dua ekor ni sunat. Tapi sebelum sunat pastikan dah settle la vaksin, cukup umur, kucing sihat, dah puaskan.

Entah Fizi ke Fizo ni
Entah Fizi ke Fizo ni

Kalau tak pasti nak buat apa, better pergi atau contact dulu klinik kucing dan tanya nak buat apa. Ok ni sikit review aku lepas hantar kat klinik ni.

Klinik Veterinar dan Surgeri Hajraa Reviews

  • Lokasi Strategik, luas, mudah parking
Kira tempat dia strategik jugak dan senang cari untuk klinik vet Kota Warisan, tak kisah dari Salak Tinggi, Sepang, Putrajaya, Bangi. Haritu orang jauh pun ada yang mai sini. Nak park kereta pun senang tak serabut, banyak ha parking. 

Ha parking lah mana nak letak kete
Ha parking lah mana nak letak kete
  • Working Hours Ngam
Bukak everyday, cuti Sabtu, so Ahad dia buka. Tapi confirmlah ramai so better buat appointment dulu atau hantar jelah hari bekerja apadehal.

Consultation Yang Pro

  • Staff Pantas 
Aku rasa staff klinik veterinar ni tak ramai pun tapi efficient buat kerja jadi waktu menunggu tu tak lama sangat unless ada emergency surgery ke apa, kenalah tunggu doctor settle. 
  • Consultation Terbaik
Ni paling best iaitu doktor akan consult sampai puas hati. Ko nak tanya soalan tanya terus, ada problem, cerita je nanti dia bagi option yang sesuai. Kalau tak reti bagi makan pil pada kucing pun doktor tolong ajarkan, pastu ko beli jelah cat piller tu, senang keje.

Harga Berpatutan

  • Transparent bab kos
Lepas dah consult doktor, kita boleh buat rawatan mana yang sesuaia dengan kucing kita. Kalau rasa nak option lagi murah ke, nak drag tangguh dulu ke, boleh bincang. Diorang transparent dari awal bagi quotation treatement dan kita setuju tak.

Shopping barang kucing
Shopping barang kucing
  • Makanan dan mainan kucing 
Kat sini pun ada stok makanan kucing Royal Canin yang payah nak dapat cam untuk masalah buah pinggang seperti kucing Wewe aku. Paling aku suka tofu litter sebab takde lah terseksa hidung resdung setiap kali cuci potty mereka.

Fasiliti dan Kemudahan Lain

  • Boarding kucing sebelum boarding KLIA
Selain parking manusia yang banyak di klinik vet kat sepang ni, ada juga tempat parking meow kat sini. Boarding lah wei huhu. kot-kot nak pergi travel ke apa kan..ha, senang dekat je sebelum pi KLIA tu singgah sini. 
Ko zoomlah sendiri service apa ada
Ko zoomlah sendiri service apa ada
  • Other cat service
Random tapi satu lagi aku suka kat tempat menunggu tu banyak kerusi, selesa duduk sambil layan lagu.
Sekarang katanya dah boleh buat blood test dan segala test kit apantah aku pun tak ingat. Sikit-sikitlah kot diorang tambah service lain, klinik pun baru lagi.

Review Orang Lain

Aku sampai ni pun atas recommendation orang lain dan of course lepas study google review semua elok-elok. Ternyata memenuhi expectation saya. Yang paling penting Fizi, Fizo, Wewe, Billy semua behave and syok je kalau pi klinik kucing sepang ni.

Disebabkan aku kesini pun sebab baca review orang, so aku tulislah review untuk korang pulak baca.

Kesimpulan

Bolehlah korang try hantar kucing ke Klinik Hajraa. Ni klinik kucing tau, bukan orang. Pergi je mana-mana socmed diorang ada nombor telefon untuk tanya anything.

Nah aku kasi link terus lah https://wa.me/601163365984

Satu lagi, nanti korang boleh try tengok takaful untuk kucing. Nama takaful Oyen, dia ada takaful dah sekarang untuk pelindungan kucing. Sekian, selamat beramal!



No comments:

Post a Comment