Bas Rosak Tengah Hutan Di Laos #throwback



Tersadai tengaj hutan satu bas

Kembali kita ke negara Laos, throwback tahun 2016. Ah ya kalau korang baca kisah aku & Haq curi-curi solat kat veranda tu, ini sambungan dia. Lewat petang tu memang lewat betul tuktuk pickup kami. Hati dah debo sebab jauh gak nak stesen bas dan tuktuk ni berapa kali ntah berhenti pickup orang.

Sampai je stesen bas, bergegas ke kaunter nak tukar tiket. Bas dah 90% penuh, tinggal kami je hujung-hujung baru nak naik. Campak bagpack dibawah, kami diberi plastik sorang satu. Kena buka kasut, simpan dalam plastik baru boleh naik. Nice jumpa dah sleeper bed kami.




Tidaklah kami ketahui bahawa VIP sleeper bus di Laos tidak sama macam di Thailand dulu. Dia bukanlah seat betul yang boleh ditransformerkan menjadi katil, sebaliknya memang katil. Jadi kalau ko travel solo & beli tiket untuk 1 orang je, bersedialah untuk ada teman sekatil sebab satu katil untuk 2 seat number. 

Tanjat gegurl bila tahu ni atas bas. Nasib baik kami beli nom sebelah-sebelah kalau tak..astagaaa ntah dengan sapa-sapalah ko tidur nanti.Satu lagi kalau stok-stok mat saleh memang merengkok tidur, saiz ngam-ngam orang Asian je katil ni.



Ada masa sedikit sebelum bas bergerak, kami setup elok-elok. Powerbank sini, beg ada passport peluk atau letak atas kepala, kasut letak hujung kaki. Terperasan ada Auntie caucasian ni kemain tengok aku & Haq atas bawah.

Masa travel ni jangan kata takde racism ye saudara saudari. Kadang kami saja cari pasal, borak penuh dalam bahasa Malaysia, lepastu tiba-tiba tukar dalam bahasa Inggeris pulak, nak berlagak lagi add on bahasa Korea sikit..Ha, baru ternganga orang yang tengok slackk je kat wanita Muslim Asian bertudung ni.

Ok sambung. Disebabkan itineari hari ni memang kelam kabut, aku dah mula nyut-nyut urat kepala nak migrain. Lalu kutelan Activfast dan tutup mata nak tidur. Berjalanlah bas ini menuju destinasi. 

Tetiba aku rasa awat panas je bas ni, menitik peluh. Suara keliling pun makin kuat. Dalam blur-blur aku buka mata, lampu bas terbuka, penumpang semua dah bangun tapi bas tak gerak. Apa yang dah berlaku??

Rupanya bas dah berhenti berapa minit ntah sebab rosak. Aku malas nak turun bas, nanti nak cari kasut lagi, nak betulkan tudung lagi, malas ar.

“Nabila, aku rasa nak pi bilik airlah”
“Hmm, ada ke kat sini?”
“Entah, turun dulu kita carilah”
“Ok, kau pergilah” Jawabku separuh sedar. Sumpah wei aku blur lagi tak bangun tidur dengan kepala wengg dari siang. 

Tau-tau je Haq dah turun bas cari bilik air. Aku akhirnya keluar bas dan melihat realiti. Bas ini berhenti di tepi jalan dalam kawasan hutan berbukit. Sini memang highway diorang kawasan bukit takde side punya.

Memang gelap, takde lampu jalan, line telefon pun takde. Baru aku teringat sahabatku yang tak tahan nak pi bilik air tadi. Rasa bersalah bertimpa-timpa teruih. Doa je dalam hati semoga Haq selamat sampai sebelum bas dapat dibaiki.

Few minutes later Haq selamat sampai. Memang takde rumah dekat-dekat sini. Katanya dia turun ke bawah bukit sampai jumpa rumah ke kedai sapa ntah, tumpang bilik air. Ya Tuhan, dengan susahnya nak komunikasi disini, dalam gelap tetiba muncul seorang perempuan, tumpang bilik air pulak tu...fuuhh.

Bukan aku respek tabik spring dengan Haq je, dengan tuan rumah tu pun aku tabik hahaha. Kemudian duduklah kami diluar bas tunggu selesai. Tiba seorang lelaki dengan motor sambil bawa spare part, dekat 30 minit jugak duduk dalam gelap. 

Penumpang yang lain buat sesi ice breaking kenalkan diri sambil minum-minum.Almaklum sini beer lagi murah dari mineral. Dah nampak ciri merah muka, gelak kemain. Jangan kau buat hal dalam bas sudah lah.

Belajar dari pengalaman lalu, aku snap sekeping gambar kejadian walaupun keadaan kami tak presentable langsung. Ini baru boleh tunjuk bukti kat anak cucu, adventure tau nenek hang hahaha.

Bukti cangkung tunggu bas dibaiki tengah malam

Perjalanan yang sepatutnya ambil masa 7 jam turn into almost 9 hours dengan jarak 180km. Kami sampai ke stesen bas Vang Vieng dalam 5am. Kat sana dah kalut dengan tuktuk yang sibuk nak hantar kami ke destinasi seterusnya, which we dont even have a plan yet. Bilik hotel pun tak tempah, cuma tahu nak ke bandar Vang Vieng je, gamble tak kami? Hahahaaaaa

Disebabkan tak tahu nak turun kat mana, kami guna teknik biasa iaitu turun je kat mana minah-minah salleh ni turun. Dia dapat terus masuk hotel walaupun checkin 5am sebab dah book. Kami yang tak book hotel ni duduk je luar hotel orang sambil menGoogle.

Dah terang sikit kami jalan kaki dengan bagpack besar sambil tanya mana-mana orang yang kami nampak kalau ada bilik kosong nak masuk awal pagi. Akhirnya dapat juga bilik, barulah boleh tegakkan tulang badan, solat dan lelap mata sekejap.


Dan barulah Haq bukak mulut cakap, sebenarnyakan aku adalah doa supaya kalau kita sampai ke Vang Vieng tak awal sangat pukul 3/4am tu. Uish betul-betul kita tadi dapat sampai sini dekat nak Subuh. Betullah doa musafir ni cepat makbul. 

Hahahahaaaa itu diaa jadi lepas ni kalau nak terlintas mintak apa-apa masa travel ni mintak yang elok-elok je. Kalau tak ha hambek kau tersadai tengah hutan sambil dimakbulkan doa.

Sekian secebis kisah travel demi mengisi ruang bosan bila passport tak chop kerna #covid19

Nak tengok video travel kat sini 

No comments:

Post a Comment