Muar hujan lagi petang tadi. Sudah berhari-hari bandar pencen ini mendung awannya. Membuat aku teringat kisah travel dibawah hujan.

Hotel yang dijangka dekat, tidak kelihatan. Entah berapa kali kami berpusing dijalan besar. Dalam tempoh tak sampai 15 minit, air sudah mencecah buku lali. Bandar Ho Chi Minh banjir kilat. Kami sesat ditengah bandar dalam hujan dan banjir kilat.
Sesampai di cafe sebelah hotel, secawan kopi drip Vietnam menghangatkan tubuh yang sudah basah lokos.


Di Myeondong hujan petang menyebabkan kami takde tempat nak solat outdoor. Masuk Daiso beli payung kontot. Makan Gyeranppang, roti gebu dengan sebiji telur diatas. Panas-panas dimasak tepi jalan.
Hujan masih renyai usai solat di Masjid Itaewon. Bercakap bahasa Melayu dengan orang Arab yang berjualan di kedai serbaneka Korea. Bertelagah harga nak convert matawang Won ke RM. Oh sedap & puas dapat makan Hansik halal.

Oh jawapan innocent, nasib baik boleh lepas sempadan. Kelaparan, basah kuyup, dalam gelap malam & ditemani seekor gajah kami mencari hotel buat bermalam. Tukar rancangan saat akhir demi pemandangan setasik lotus, worth it.

Hari kedua di Bosnia juga hujan. Suhu pagi itu jatuh hingga 3 darjah. Berasap mulut kesejukan. Kot panjang berbulu dileher aku pinjam. Minum latte panas sambil berjalan di taman (tak ingat namanya) yang berkabus macam berlakon dalam drama misteri.

Rumah beratap genting, lubang dan karat merata-rata. Tak dapat bezakan ini rumah siapa kerana dekatnya antara satu rumah dan rumah sebelah. Atap bertemu atap. Oh sejuk! Lalu aku tutup tingkap dan kembali berselubung dalam selimut tebal. Rancangan realiti nyanyian Filiphina sudah menungguku.
Tik..tik..tik..titis hujan di cermin kereta. Aku sudah kembali di Muo
Maklumlah, tiada kembara luar hingga tahun depan. Beri saja peluang, confirm aku teringat kisah travel. Itu hari minum teh ais pun boleh teringat teh ais Siam hehee. Hujan tanpa dijangka kadang akan ganggu plan asal. Tapi kita kena fleksible, tak panik dan follow the flow saja. Jangan risau, adalah hikmatnya tu. #bilakakiberjalan #passportsunyi

No comments:
Post a Comment