Sunset Auntie at Mount Phousi, Luang Prabang Laos



Kembali lagi kita ke negara Laos. Entah kenapa banyak pulak memori aku disini. Ini kisah kejar sunset. Kenapa sunset? Sebab sunrise aku payah nak bangun huhuuu..Ini kali kami panjat bukit nak tengok sunset dari atas Bukit Phousi.

355 tangga dilangkah dengan beberapa pitstop sebab den semput. Opkos uncle auntie Korea yang hari-hari layan hike steady je potong aku. Sampai diatas sudah meriah. Masing-masing dah ambil port nak tengok sunset paling lawa & susun tripod memasing.

Disebabkan tiada tempat kami pusing-pusing dulu. Dibelah atas ini ada sebuah kuil. Nampak beberapa orang didalamnya, ada yang sedang menyalakan colok dipintu luar. Ditepinya ada sedikit balkoni.

Kami kesana dan dapat lihat sungai terbentang didepan mata iaitu sungai Nam Khan dan sungai Mekong. Jambatan besi terlihat jauh. Jambatan buluh yang terhuyung-hayang juga nampak dari sini. Kabus petang memenuhi bukit-bukit jauh nun.

Bukit ini menjadi tumpuan ramai kerana memberi pandangan 360 darjah seluruh bandar Luang Prabang. Sisi tepi kuil ini tidak terlalu sesak, tapi tak nampak pulak.

View on top of Mount Phousi

Pusing lagi dan kami jumpa port lawa. Dengan background pemandangan bukit-bukau berkabus, awan rendah, jalur-jalur sunset diatasnya, sungai lebar kehujung. Niceeee port ambil gambar. Tiba-tiba kecoh didepan batu besar itu.

Sekumpulan atau lebih tepat lagi satu bas auntie uncle dari mainland sedang berebut nak ambil gambar. Mana tahu mainland? Kau dengar dia teriak pun dah tahu ni bukan China belah-belah kita. Dengan kecoh kalutnya dengan kamera digital sorang satunya.

Haq dah beratur ditepi nak ambil gambar. Macam biasalah kan kita beratur nak ambil gambar dilandmark cantik.

“Excuseee meee….” terdengar suara dari tepi. Kami pandang sebelah dan teruih kena tolak sambil tangannya menghalau-halau ketepi. Dua tiga orang lelaki berusia sedang mengankangkan kamera DSLR dengan tripodnya.

Bawak jurugambar naik atas bukit..kau hadoo?

Confusenya waktu itu. Awat kena beralih? Rupanya bila pandang belakang ada berpuluh geng dia dah beratur. Siap ada photographer lagi.

Naik seorang Auntie ni dan dia bergaya kalah model. Sekejap kekanan, sekejap ke kiri , sekejap pegang topi, sekejap bercekak dipinggang.

Auntie kongker port ni sorang


Kamera dibawah snap tak berhenti, siap mintak tukar pose lain, betulkan lense..Ehhhh sabar jelah…apa dia ingat ini photoshoot studio pak dia kaaa!

Setelah bising-bising kawan dibawah barulah Auntie turun dari batu dan diganti dengan kawan dia pulak. Wei memang takde harapanlah kau nak photoshoot walau sekeping atas tu.

Kecewa, kami beralih ketempat yang penuh sesak orang tadi. Kami pilih berdiri dibahagian belakang supaya tidak terhalang pandangan. Maklumlah ketinggian warga Asia ni dapat bawah ketiak orang putih je. Lain pulak gambar tersnap nanti huhuu

Sesak dengan orang 

Oren merah matahari sudah mencurahi langit. “snap…snap…snap” tidak henti-henti bunyi kamera mengambil gambar pergerakan matahari. Beberapa minit berlalu dan langit bertukar gelap. Sekejap je nak bertukar dari siang ke malam ni tapi anticipation dia tu yang seronok.

The Sunset on top of Mount Phousi

Sebelum balik kita snap lah lagi beberapa gambar buat kenangan. Rombongan tadi masih bergambar walaupun dah gelap, sunset pun takde. Bergilirlah aku dan Haq ambil gambar seorang sekeping ditepi pokok.

“You want me to take picture for you?” Seorang lelaki bertanya. Oh yes of course, maka dapatlah kami sekeping gambar atas bukit setelah dikalahkan oleh Auntie sunset. Adalah juga kenangan atas sana.

Sekian catatan sunset.
Suka sunset dari sunrise
#bilakakiberjalan #indochinatrip #laos

No comments:

Post a Comment