"Can u bring us to mosque?"
"what is that?"
"mosque or masjid? its near here. the place we pray."
"ohhh you mean Muslim temple? ok i know."
Itulah perbualan kami dengan pemandu tuk-tuk sebelum berjaya sampai ke `Muslim temple` ๐ฏ katanya. Orang beragama Islam di Kemboja ini minoriti dalam 1.6% saja. Maka tak hairanlah penduduk sana kurang faham tentang orang Islam.
Masjid Al Jami Al Islami ini tidak jauh dari Phsar Tuol Tompoung atau dipanggil Russian Market ๐ท๐บ. Gelarannya begitu sebab dulu-dulu orang asing (Soviet) suka shopping sini, maka dapatlah nama baru.
Masjid ini agak besar. Ada kawasan parking didalam pagar. Ada tempat wuduk dan tandas bersih dengan pili air. Tempat solatnya seperti di Malaysia ๐ค. Papan penghalang untuk jemaah wanita. Telekung putih bersidai jadi divider walaupun hanger & gobok ada.
Tiba-tiba terdengar suara halus ketawa-ketawa. Ushhh apa plak yang kelakar ni kat masjid siang-siang hari kot๐ฉ. Nampak pulak kaki kecil disebelah kaki aku arghh.
Isi air kan kena hati-hati, so aku pandang bawah tengok botol je. Eh makin kuat pulak suara gelak tadi.
Ok brain cepat fikir nak baca apa?
I seek refuge in Allah from the accursed Syaitan.
Itu je aku ingat๐
Angkatlah muka. Pandang kanan.
Baru perasan ada beberapa orang budak lelaki disebelah. Umur dalam 9-10 tahun macam tu. Dok tunjuk-tunjuk sambil tahan ketawa.
Rupanya diorang dok gelakkan stokin aku๐
Pliz dik, stokin ni akakbeli kat oversea tau..kat Siam. Suka hati je ketawakan gue๐ค
Stokin gambar katak, warna hijau pucuk pisang terang. 3 pasang 100baht. Beli haritu sebab stok stokin bersih dah habis. Ok what pakai, rasa selesa & confident nak lompat-lompat ๐
Haq selesai solat dan nampaklah budak ni berkerumun. Tak ingat siapa mula bukak mulut, tau-tau saja kami dah berborak dengan seorang budak. Dia boleh kecek Klate wei. Katanya ada ke Kelantan untuk mengaji.
Menjadi kebiasaan ustaz atau pelajar agama melanjutkan pelajaran ke Malaysia terutama di Kelantan. Orang Thai pun begitu. Lepas ke Malaysia, baru Up ke Mekah pulak.
Budak-budak ini dak tahfiz rupanya. Mengaji Quran di masjid, tengah rehat-rehat sekarang. Itu yang penuh bergelimpangan tidur luar masjid tadi.
Sebelum balik kami ajak berselpie. Kemain excited memasing baru nak cari kopiah & sarung tshirt untuk bergambar..hahaa terhibur aku.
Tidak mahu meninggalkan budak-budak ini dengan tangan kosong, aku sauk seplastik gummy bear dari dalam beg. Hulur terus ke adik yang petah kecek Kelantan itu dengan pesanan “Kongsi sama-sama tau."
Idok ler teman tau mereka faham tak sebab masing-masing dan main tarik plastik.
Suka rehat-rehat di masjid ni...bak kata orang tempat jauh lagi dikenang, ini kan pulak tempat refill air. Tak tahulah aku saja ke yang rasa susah nak jumpa air mineral di Kemboja ini. Drinking water yang payau itu saja yang banyak dijual. Itu yang penuh botol air aku isi๐
Syukurlah senang je kita nak dapat air mineral kat Tanah Melayu. Lagi syukur kita boleh amal Islam dengan aman. Bacalah sejarah kenapa Muslim Cham & Melayu Kemboja lari dari negara mereka dulu zaman Khmer Rouge & selepasnya.
Cuba faham & selami sejarah, baru berbaloi kau travel keluar. Belajarlah dari sejarah mereka & syukurlah dengan apa yang kita ada.
Stokin kartun & gummy bear is #lyfe
#bilakakiberjalan #indochinatrip #kemboja
No comments:
Post a Comment