27/10/17
Flight AK yang sudah dua kali dijadual semula, sekali lagi penerbangan ditangguh. Pintu boarding dibuka lewat 12.20 tengahari. Hujan renyai-renyai. Tempat duduk nombor 30, paling jauh pernah aku duduk. Berdentam dentum krew kabin, setiap kali orang flush di bilik air pun boleh dengar.
Kalut dan bising betul kumpulan mak cik, pak cik berbangsa Cina di tempat duduk nombor 29. Rupanya makcik sebelah aku dari negara China. Dia tidak tahu mengisi borang Arrival & Departure. Aku bantu dia mengisi borang itu satu persatu. Bercampur aduklah bahasa Melayu, Inggeris dan China. “Keeyi ma?” “Keeyi.” Muslim dari Shanghai rupanya.
Selepas beberapa turbulance, kelihatan bukit-bukit menghijau dan air sungai warna teh tarik. Kapal terbang mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Luang Prabang. Terdapat kaunter warganegara, warga asing dan Visa on Arrival. Kus semangat juga tengok bayaran visa sehingga $30.
Urusan imigresen agak perlahan dengan hanya satu kaunter untuk pelancong asing. Semasa beratur, sempat kami berbual dengan dua orang pelancong Malaysia beratur didepan kami. Selesai urusan imigresen dan tiada check-in luggage, kami terus menuju ke kaunter menjual simkad. Terdapat dua syarikat telefon utama iaitu Lao Telecom dan Unitel.
Kadar yang ditawarkan bermula 3GB,5GB dan seterusnya. Usai Adah dan Nurin membeli simkad dengan harga $5, kami menuju keluar. Terdapat beberapa booth menjual simkad juga. Kami sekadar singgah melihat pakej disini pulak. Masyaallah, harga yang diberikan lebih murah iaitu $4.
Dengan hanya beberapa langkah tambahan, kami sepatutnya dapat menjimatkan $1 setiap simkad. Tak mengapalah. Disini juga ada kaunter money changer. Kadar tukarannya baik. Nampaknya Ringgit diterima disini. Matawang Kip tidak dijual diluar negara, oleh itu kita perlu sampai di Laos untuk dapatkan wang Kip.
Selain US Dolar, Ringgit dan Baht juga boleh ditukar disini. Bersebelahan dengan money changer ini adalah kaunter teksi. Bayaran sebanyak 25,000 kip bagi tiga orang terus ke rumah tumpangan.
Kami bertemu lagi dengan Naza dan kawannya didalam van. Seorang pelancong dari Brazil juga ada bersama. Hanya tunjukkan nama rumah tumpangan dan pemandu akan hantar terus. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Bekas bandar kolonial Perancis, tidak hairanlah banyak binaan bangunan disini terdapat pengaruh kolonial.
No comments:
Post a Comment