OYO Untuk Dapatkan Harga Hotel Murah



Cara Dapatkan Bilik Hotel Harga Murah.


Last week aku ada urusan di Shah Alam & perlu stay di hotel. Seperti biasa aku suka usha hotel di booking.com sebab ada tulis jarak dari satu tempat ke hotel. Masukkan tarikh, tempat & beberapa pilihan diberi.
.
Aku perasan banyak hotel ni tulis Oyo, Oyo jadi aku tanya pakcik aku iaitu Pakcik Google. Rupanya Oyo hotel ada apps sendiri. Dann...ini yang penting, bila kita masukkan referral code, kita akan dapat Oyo money dalam RM100. Wow! Dengar je duit free terus download walaupun belum faham.


Aku pun cari balik hotel yang diusha di booking tadi & ternyata dalam Oyo dapat lagi murah. Di booking.com tarikh yang sama harga dalam RM84+ tak silap (sorry lupa screenshot). 
.
Dalam Oyo apps dia beri lagi murah. Satu tips, semak harga dalam pukul 8  malam, kadang diskaun banyak. Tips lagi, ko Saved/ 💓 hotel pilihan, akan dapat notification bila dia slash harga.


Ini contoh diskaun yang aku terima. Dari harga Oyo RM81 tolak price drop RM26, Oyo code RM9 & tolak lagi Oyo Money RM15 (ini dari RM100 yang ko dapat bila guna referral code). Ha, sekarang ko kena bayar RM36 je untuk satu bilik. Jimat RM74 woi banyak tu sebab harga sebenar bilik ni adalah RM110.
.
Perlu diingatkan bahawa Oyo Money not applicable to all rooms dan berapa RM ditolak pun berbeza-beza. Based on what dia kasi diskaun aku tak tau, yang aku tau orang kasi diskaun amek je & bersyukurlah.
.
Oyo money ni maximum boleh guna sampai RM2000 sebulan & ada expired date. Bagi yang kerap ke luar daerah atau outstation & duduk dihotel, elok sangat download Oyo apps ni.
.
Yang kureng Oyo ni cuma pilihan hotel dia tak banyak lagi sebab baru nak up. Nanti lama-lama bertambahlah kot hotel dia. Satu lagi bab online payment, option dia PayPal je nanti kena cas lagi. Baru nak bergaya bayar pakai kad BigPay tapi tak dapat, maka bayar guna cash di hotel.
.
Itu saja perkongsian aku menggunakan Oyo apps. Untuk dapatkan RM100 Oyo Money copy&paste referral code ini NABICKYUB 

Untuk baca review hotel yang aku tempah guna apps OYO boleh baca di Review Hotel OYO
Ini pula tutorial tentang BigPay card untuk swipe apa-apa kegunaan korang.

Sekian, selamat beramala & terima kasih. Adios amigos!


3 comments:

  1. nak tanya, oyo apps hanya boleh book bila ade kt tempat kite nk stay je ke? oyo apps nie provide future book ke tak mcm nk pegi nye bulan depan tp nk book siap2 untuk hari nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh book awal..fungsi sama macam booking.com, agoda etc

      Delete
    2. Saya perasan.. kalau book awal harga mahal kalau book hari yg nak chekin murah..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...