Nama Phuket sentiasa basah dibibir pelancong tak kira backpacker atau pelancong biasa. Phuket terkenal dengan pasir pantai yang putih juga air crystal clear berwarna biru atau turquoise.
Aktiviti pilihan pastinya island hopping dan snorkeling. Malam pula meriah dengan night life di bandar Patong. Jika ke Phuket pasti lebih mudah bertemu jiran sebelah rumah dari terjumpa di Malaysia.
Trip berenam ke Thailand itu hari kami keluar sedikit dari kebiasaan. Kami menuju Old Town Phuket instead of the new Phuket. Pasti soalan ini berlegar-legar dikepala travel mate yang lain.
“Kenapa ke bandar lama?”
“Kenapa kita tak pergi mandi pantai?”
“Kenapa kita kena bawa skuter sendiri?”
Takde pula yang tanya soalan ni tapi aku jawab kat sinilah sebab suka hati gue lah! muahaha Disebabkan aku pegang itineari untuk tarikh itu maka kuasa veto ditanganku walaupun korang end up sesat mesat hehee.
Ok lah, sebab sebenar adalah kami akan pergi ke banyak pantai di Aonang nanti, maka di Phuket kita skip sajalah pantai. Baik kita ke tempat yang rare sikit barulah tak typical backpacker. Kisah sebelum sampai ke bandar lama Phuket ini pun boleh tahan mencabar jugak, nanti aku tulis pengalaman itu.
Old Town Phuket ( ditulis sebagai Phuket sahaja selepas ini) adalah sebuah bandar klasik penuh sejarah. Suatu ketika dahulu meriah dan kaya hasil perlombongan timah, bandar ini sekarang menjadi bandar tenang tapi masih kaya umpama Ipoh, Melaka dan Muar.
Banglo dan rumah agam mewah dengan design Sino-colonial menghiasi hampir setiap bangunan yang dimiliki oleh tokey-tokey lombong 100 tahun yang lalu. Kini kebanyakan bangunan ini sudah ditukar fungsi menjadi rumah kedai, hipster cafe, boutique cafe dan muzium.
Cakap tentang Sino-colonial, peminat architecture pasti enjoy the view here. Sino-colonial juga dipanggil sino-portugese adalah sejenis rekabentuk hybrid yang menggabungkan reka bentuk Chinese dan Portugis/ European atau dipanggil Peranakan di tempat kita.
Sebab itulah apabila kami bersiar-siar di Phuket terasa seperti kembali ke Jonker Street di Melaka, bandar pencen Muar dan daerah penuh cafe Ipoh. Aku rasa seperti sirih pulang ke gagang, macam balik kampung semula. Dengan itu aku sudah tahu what to expect here.
Seperti bandar Muar, Phuket juga jalannya banyak one-way, jalannya tidak luas, public transport macam tak wujud, kedainya tidak dibuka hingga larut malam, dan semuanya terasa perlahan.
Untuk aku sendiri, tidaklah terkejut sangat, boleh saja adjust dengan speed mereka. Rasanya jika backpacker yang penat dengan haruk pikuk bandar besar Thailand boleh ke sini untuk rasa slower pace.
Disebabkan bandar ini tidaklah besar mana, kami sewa skuter 3 buah dan pandu sendiri saja. Ke pasar basah untuk lihat apa yang ada. Hampa. Pukul 11 sudah kosong pasar, hanya tinggal lalat dan air basuhan sayur dan ikan.
Disebabkan kami baca arah dengan peta manual maka beberapa kali salah arah. Nasib baik naik skuter, maka kita pusingkan saja skuter sambil bawa motor salah arah huhuuu. Dan biasanya kalau berpusing-pusing tu, biasanya akulah yang pegang map.
Matahari sudah tercacak dan perut sudah keroncong. Kami terus ke Thalang Road yang ada beberapa kedai makanan halal. Alhamdulliah kenyang perut dengan nasi campur dan teh ais kaw berbuih sampai lantai di Aroon Restaurant.
Kalau gambar makanan je mesti muka aku ada disitu |
Sudah kenyang, kami berjalan-jalan disekitar Thalang Road yang penuh bangunan berwarna-warni. Colorful & ceria bangunan dicat macam ni. Kami singgah ke Pusat Maklumat Pelancong yang juga sebuah muzium
Tourist Information Center untuk makluma lanjut dan map percuma |
Selain Thalang Road, kami juga sempat ke Soi Romanee. Cantik tempat ni kalau buat photoshoot pengantin memang ngam ngam shoi lawa. Sejarahnya kawasan ini dulu adalah red light district😯 tapi sekarang sudah jadi kawasan pelancongan dan photoshoot.
Disinilah official pose aku tercipta. Thanks Phuket! |
Disini juga ada beberapa muzium tapi kami hanya pergi ke Philatelic Muzium saja. Sebenarnya tak pergi pun, aku yang membawa travelmate ke sini sebab nak hantar poskad di pejabat pos.
Sebagai seorang philatelist, haruslah aku cuba melawat semua philatelic museum yang ada di dunia. Masa tu dalam muzium masih under construction, jadi kita tengok sikit je.
Petang itu kami mencabar diri mem”press” handle skuter pink mendaki bukit Khao Rang untuk melihat sunset di viewpoint. Mencabar juga mendaki bukit ni dengan skuter. Naik cram tangan press motor, kalau tak press betul tak naik motornya nanti.
Pembonceng pula (aku lah tu) kemain kuat pegang side motor sebab rasa nak menggelungsur ke belakang. On the way naik tu akan nampak sitting Buddha pertama di Phuket, besar dan golden tapi kami tak stop sebab nak kejar sunset.
Sampai di puncak Khao Rang juga dikenali sebagai Rang Hill kami terus menuju open pagoda dihujung sekali. Kelihatan bandar Phuket dibawah sana, orang yang berjalan hanya kelihatan macam semut. Ok lawa, kita tunggu sekejap lagi sunset kot. Sambil tu jalan-jalan tengok ada cafe, ada buaian dan ada monyet kemain banyak.
Tunggu punya tunggu barulah tahu hari ni mendung so matahari tak kelihatan. Cis kecewa tunggu dengan kamera. Itupun tahu sebab terdengar ada orang bertanya pada staff dia. Bergambar sikit dan kami ready untuk turun semula. Hajat hati nak cari mall atau night market nak dinner.
Siap helmet pasang ketat, kamera on dipegang, sebelah tangan lagi pegang motor. Maka menggelungsurlah kami dengan skuter warna-warni ke bawah. Nak daki bukit dekat 20 minit, aku rasa turun tu ambil masa 10 minit lebih je.
Masa ni suhu dah drop sebab dah malam. Dengan dingin malam tambah dengan angin sejuk masing-masing dah beku bontot atas motor. Rupanya masa turun ke bawah tu yang bawak motor tak tekan minyak pun tekan brek je punya slope dia menjunam nak turun. Patut laju semacam je sampai kaki bukit.
Dalam kesejukan itu kami sesat pulak nak cari mall. Entah berapa kali pusing di roundabout besar siap tanya direction kat stranger masa lampu isyarat merah.
Akhirnya kami jumpa warung halal ditepi jalan dekat mall. Dinner sosej besar siam dan teh ais power. Stail disini bila kau dah pilih sosej, dia akan panaskan lagi sekali, sebelum dimasukkan dalam plastik transparent.
Dalam itu disumbat lagi segala jenis ulam sayur kubis, timun entah apa lagi dengan sos manis-manis pedas dia. Dan of course menu wajib bila jejak Siam iaitu pankek pisang.
Pankek ni sebenarnya macam roti canai kosong tapi ko bubuh pisang ditengah, boleh tambah cheese, nutella. Pastu potong-potong kecil. Tuang susu pekat, coklat cair. Siap dihidang panas-panas!
Fuh kenyang betul. Punya sedap teh ais dia siap order lagi. Lepastu sesi berborak dan bercerita sambil gelak tak ingat negara. Walaupun ntah apa-apa je itineari hari ini, tapi part lepak sambil minum air ni aku rasa paling seronok sekali.
Ok lah sudah lewat dan penat, kami terus start skuter mahu pulang ke sarang. Esok sudah mahu ke daerah lain. Ingatkan sudah selesailah drama ini hari, rupanya tidak.
On the way pulang baru perasan kami dah confuse jalan. Dah malam wei mana nampak apa. Siang pergi guna jalan lain, balik malam guna jalan lain, mana ingat jalan. Dan aku dengan penuh yakin kasi penyelesaiannya.
“Kita jalan straight je lepastu berhentilah mana-mana kedai”
Muahahaaaa dan diorang pun redha je ikut suggestion aku. Untuk yang tak mengetahui, walaupun dan banyak negara aku jejak, aku masih ada masalah ingat direction. Oleh itu kalau sesat tu kira biasalah hehee
Tengah slow bawak skuter, aku terperasan ada naga bercahaya dihadapan.
“Stop! Stop!” segera aku arahkan driver berhenti ditepi jalan.
“Kenapa wei, salah jalan ke?” confuse kawan-kawan yang lain.
“Oh, aku nak ambil gambar naga ni .Besarnyaa ” jawabku jujur.
Hahahaa serius ni sebab cam kagum nampak naga, biasa nampak Dragon ball je dalam tv. Kami lepak tepi ambil gambar, ambil video jumping-jumping dan rehat jap. Rezeki rupanya, tak jauh dari Queen Sirikit Park tu adalah hostel kami.
Tak sampai 5 minit dan kami berjaya kembali ke hostel dengan selamat alhamdulliah. Tamatlah sudah adventure kami dibandar lama Phuket.
Terima kasih semua travelmate yang redha dan sabar dengan itineari dan unexpected event yang sentiasa muncul. Anggaplah ia kisah penyeri kembara korang yang rare! hehee
Nanti aku stori kisah kami dengan overnight van dari Hatyai ke Phuket pula next time!
Adios!
No comments:
Post a Comment