Cara Download Gambar Dari Telegram [How To Download Bulk Picture In Telegram Chat]

Waktu travel, macam biasa kita akan ambilkan gambar member. Dan member snapkan gambar kita dari phone dia. Waktu malam bila dah selesai semua aktiviti adalah send gambar ke kawan. Kami menggunakan medium Telegram untuk send gambar dan video. Bagus tau pakai Telegram ni sebab: 
  1. kualiti gambar tak berkurang macam Whatsapp
  2. boleh send gambar & video dalam kuantiti besar
  3. boleh save & download gambar yang kita nak secara pukal

Lega betul aku bila tahu Telegram ni ada kebolehan download banyak gambar sekaligus sebab beratus ni gambar nak download satu-satu mahu cram tangan. Oleh itu, ayuh aku kongsikan cara download semua gambar dari telegram sekaligus.

Tutorial Bulk Download Telegram


1. Buka Telegram di Desktop

2. Buka Chat & tekan 3 titik disebelah kanan. Pilih Export Chat History.

Steps To Download All Pictures in Telegram

3. Pilih Photos & Video Files (jika ada video nak download). 

Cara Download Banyak Gambar Telegram


4. Tarik Limit Size hingga maximum.


5. Jika banyak sangat Chat, pilih tarikh Chat yang berkenaan saja. Atau pilih tarikh sepanjang kita travel tu contohnya 3 hari sahaja.

Pilih tarikh untuk download gambar


6. Tekan Export.


Done! Semua gambar dan video yang berkaitan dah berjaya didownload. Alhamdulliah. Sekarang dah boleh edit dan post gambar dengan gembiranya.

Penutup

Kemudian jangan lupa untuk susun dan print gambar dari Photobook Photobook website & Photobook apps ada harga berbeza!). Percayalah tengok gambar dalam bentuk fizikal dan boleh dipegang lagi best dan seronok. Anda boleh print gambar dalam bentuk buku atau kepingan gambar.

Satu lagi, jangan lupa guna voucher code Photobook dalam Shopee dulu sebelum checkout bayara tau.

Bacaan tambahan jika gambar travel terformat didalam SD card.

Sekian, selamat beramal dan semoga berguna!


2 comments:

  1. assalamualaikum, macammana. nak elak dia download berulang?

    ReplyDelete
  2. Mana tempat nak pilih tarikh tu?

    ReplyDelete