Balik dari #tripbalkan aku mendapat kejutan pertama selepas beberapa hari. Gambar yang diambil menggunakan camera digital ( ya, tau old school sangat..) tak jumpa. Hilang terus, memory kosong. Aku sangat yakin ada banyak je gambar dalam SD card ni.
Dalam keadaan separuh panik, dan nervous aku roger best friend aku iaitu Encik G atau nama penuh beliau Encik Google. Beberapa link aku baca, beberapa video aku tonton sebelum aku berjaya menemui penyelesaiannya.
Cara ini sudah semestinya Free dan mudah.
Alhamdulliah dapat recover balik data termasuk gambar dan video dari memory kad tu. Kalau tak, menangis tak berlagulah aku takde kenangan di Balkan. Oleh itu mari aku kongsikan cara selamatkan gambar travel dan data yang terdelete atau terformat secara tak sengaja tu.
Step How To Recover Deleted or Formatted SD Card Memory Card
1. Download free Recuva from here https://www.ccleaner.com/recuva
2. Install program
3. Pilih file yang nak diselamatkan
.5.Enable Deep Scan
Enable DeepScan supaya dia scan betul-betul. |
Stage 1 scanning deleted files |
6. Pilih tempat nak save gambar yang dircover
Pilih tempat yang selamat |
7. Pilih gambar yang nak direcover. Klik recover.
Tick box pada gambar yang nak diselamatkan. |
8. Done! Gambar telah direcover semula.
Partly recovered tu kadang-kadang gambar tu jadi rosak so separuh je ada image, untuk video kadang ada file yang tak boleh play. File yang rosak ni adalah sikit tapi mostly dapat recover dengan baik.
Walaupun dia kata 1 fully recovered, 1 partially gambar dua-dua ok je. Maybe quality satu tu kureng sikit tapi masih boleh guna gambarnya. |
9. Boleh tekan advanced mode juga untuk pilih jenis data & lokasi nak scan deleted files tu. Step seterusnya sama seperti diatas.
Advanced mode Recuva |
Versi Video
Penutup
Jika anda berjaya mendapatkan kembali gambar, alhamdulliah dan tahniah! Sebagai tambahan, boleh juga send gambar ke dalam Telegram kemudian didownload.
Kemudian jangan lupa untuk susun dan print gambar dari Photobook Photobook website & Photobook apps ada harga berbeza!). Percayalah tengok gambar dalam bentuk fizikal dan boleh dipegang lagi best dan seronok. Anda boleh print gambar dalam bentuk buku atau kepingan gambar.
Sekian, selamat beramal!
Adios~
hye bolh whtspp saya??0182696235,saya nak tnya... aduhhh sad gmbr hilg gmbr ank bru lahir..sedhnyaaa...whtspp please
ReplyDelete