Jual Gambar Travel Sebagai Side Hustle



Bosan bukan dalam zaman pandemik ini? Sudah hampir 2 tahun kita tidak boleh kemana-mana. Pasport entah kemana, hati mula memberontak. 

Untuk beri kegembiraan pada hati, aku akan tengok video travel sendiri. Video yang dicompile di Youtube BilaKakiBerjalan memberi sedikit kebahagian. Banyak betul nikmat waktu kita bebas mengembara dulu kan? 

Selain tu aku cari jugaklah gambar-gambar masa travel dulu nak buat flashback throwback bagai. Ada beberapa gambar yang "eh nubbad ar aku snap"...perasaan sendiri akulah heheh

Kemudian aku terjumpa beberapa website yang suka gambar-gambar lawa. Korang yang ada banyak gambar masa travel atau gambar yang diambil tepi rumah sekalipun, cubalah upload ke website ini.

Ada rezeki boleh dapat duit, boleh asah kemahiran fotografi, malah boleh jadi seperti arkib gambar (akulah ni sebab Google Photos nak max dah). Dah terjual belum gambar aku? Setakat ni belum lagi hahaha. Ada rezeki nanti adalah tu.

Ok ini antara website yang kita boleh upload dan jual gambar.

Shutterstock


Daftar disini dan boleh jadi pembeli photo atau daftar sebagai contributor penjual photo . Setakat ni tak banyak gambar aku diterima, asyik kena reject je hahaha tapi kita teruskan upload ya

Ni account aku kot nak beli gambar ke


Dreamstime



Daftar sini  Aku selalu upload guna apps je tapi huduh gak ar apps Dreamstime hahah. Mudah sikit berbanding Shutter untuk accept gambar.

My account here

Eyeem



Daftar https://www.eyeem.com/. Ni firstr account aku buat untuk upload gambar. Much easier untuk approved. Dia ada portfolio jadi boleh tengok gambar yang tak approved untuk jualan market tapi boleh buat cuci-cuci mata.

My account here 

Aku bukan professional ambil gambar. Suka snap candid gitu je, so payah sikit la nak terjual gambarnya. Nanti dah mula dapat earning, dengan excitednya aku kukongsikan disini.

Sementara itu, trylah side hustle ini ye kawan-kawan!

No comments:

Post a Comment