Wednesday, 7 January 2015

Busan Inn Motel Review

Oh, setelah berbulan baru perasan tak review lagi Busan Inn.
Jadi, mari kita kasi review sama Busan Inn Motel aka Pusan Inn.
http://www.pusaninn.com/


Busan Inn
Apa Yang Best?
1- Lokasi 
Serius dekat giler dengan Busan Station. 
Kalau turun dari station keretapi tu, turun escelator, turn right, lalu teksi banyak yang beratur tu,
jalan dalam 50 meter dah nampak signboard dia.
Kalau keluar dari Busan Subway pulak dalam 3 minit dah sampai. 

2- Kaunter 24 hours
Kalau korang nak check out awal pun ada orang jaga.

3- Staff friendly
Kalau korang jumpa Uncle Molla tu la. Walaupun language barrier, sorang cakap broken Hangul, sorang cakap Korea pun Haq boleh berbual dekat 5 minit dengan Uncle tu.

4- Basic amenities ada.
Ada shower foam, ubat gigi, shampoo,lotion, hair dryer semua dalam bilik.
Heater dekat katil, TV LCD ( nie nasib la kalau dapat TV LCD).

Kami tak dapat TV nipis.
Harus tengok drama tanpa subtitle.

Bilik kami bertentang je.
5- Busan City Tour
Sebab Busan City Tour punya bas memang parking kat Busan Station, senang je nak carik bus nie.
Kalau keluar dari Busan Station, turn left pastu jalan straight. Nanti nampak bus city tour.
6 - Dekat dengan pelbagai kedai.
Kalau dah tak tau sangat nak makan mana, masuk je Busan Station
pegi Lotteria amek Shrimp Burger. Settle.
Lintas traffic light pun ada Lotteria rasanya. Angel-in-Us pun ada dengan kedai kopi lain.
Convenient store pun ada.

7- Dekat dengan ChinaTown.
Boleh la jalan-jalan sini sebab within walking distance.
Tempat lain tak tau sebab kami tak sempat ronda-ronda sangat.

Apa Yang Kurang Best?

1- Takde komputer khas untuk customer.
Ni penting sebab nak transfer gambar dari kamera sebab memory card penuh.
Kena pinjam motel punya komputer nak tranfer.
Dengan tak jumpa port cucuk, dengan bahasa Hangul terpaksa tinggal kamera sebab nak transfer gambar. 

2- Takde heater air dalam bilik.
Sebagai pengguna tegar heater untuk masak maggie, lost seketika bila tak jumpa heater.
Tapi rasanya dia ada water dispenser kat luar bilik, ada untuk air panas jugak kot.

3- Bilik dia ngam-ngam je.
Memang boleh isi katil queen size sebiji. Ada la tempat untuk letak barang and that's it.
Maka, tak boleh la nak sumbat 3 orang dalam tu. 2 orang sahaja ye.

4- Harga tak berapa nak backpackers sangat.
40,000 Won sebilik. Jadi sorang kena bayar 20,000 Won. Kira mahal la tu bagi kami.
Dah nama pun motel kan. Tapi selesa la banding duduk berempat sebilik.

5- Takde lif.
Kalau stok bawak beg tarik sebesar-besar alam, gigih la korang nak mengangkut ke atas.
Masa kami check in, Uncle Molla tolak angkatkan.

6- Staff tak pandai speaking.
Walaupun Uncle Molla friendly, tapi susah sikit la dia nak faham kita.
Aku suspek yang reply emel aku dalam BI tu anak dia yang middle school tu kot.
Tapi kami still boleh communicate. So no harm.

p/s : Kalau korang book dari website dia, dia kata dapat 1,000 Won diskaun kalau tunjuk gambar atau print diskaun code tu. Pergi bayar jangan lupa mintak diskaun tu. Walaupun 1,000 Won, diskaun tetap mintak.

Boleh juga book di Agoda Busan Inn Motel atau booking.com
Hostel lain sekitar Busan di Agoda
atau di booking.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...