Misteri Korea - Lost in Seoul





Catatan ini bertujuan untuk menceritakan kejadian misteri yang berlaku pada kami semasa di Seoul.

Pada hari kejadian, iaitu hari kedua di Seoul kami melawat Palace, melalui stream dan akhirnya sampai ke KTO.

Selesai solat, refill air, ambil pamplet & bertanya arah, kami pun keluar.
 Next destination adalah Han River yang sebenarnya itineari hari pertama
 tapi kita reschedule hari ini.
Mengikut kajian saya, perlu turun di station subway lain,
 tapi akak KTO kata turun dekat Yeuido Park lagi dekat.
 Dia kata naik subway Gwanghwamun Exit 1, Line 5 . 
Maka, berjalanlah kami melalui demonstrasi ke ape ntah untuk Sewol tragedi di tengah-tengah stream.



Nampak Siput Sedut kat tengah-tengah tu? Tu kira landmark dah sampai stream.
 Kren tu pulak diorang guna nak gantung speaker ke projektor tak ingat dah.



Sewol Tragedy beri kesan pada satu negara. Dan masa tu, isu ini masih panas lagi.
p/s : Yang bulat-bulat tu adalah rim basikal. Bijak!


Lepas tu kami melintas jalan dekat dengan Post Office.
 Masa ni masih lagi nampak kawan-kawan. 
Tapi disebabkan sangat la ramai orang dan hura-hara keadaan masa tu,
bila sampai ke hujung jalan, dah tak nampak budak-budak ni.


Dalam otak fikir macam ni.." Mesti diorang dah jalan dulu. 
Takpe kita jalan je. Pergi tempat sama kan?".
 Jadi saya pun jalan la terus masuk underground subway
. Sebab kalau mengikut kata akak KTO, subway tu paling dekat.
 Memang paling dekat pun sebab lepas lintas jalan, terus pintu subway ke bawah.


Masuk la saya ke bawah & tunggu kawan-kawan.
 Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul pun depa.
 Pastu pergi ikut direction kat subway station tu, pusing-pusing. 
Sekali dia keluar exit lain pulak.

Patah balik, keluar dari subway. 
Tunggu diorang kat pintu depan subway. Takde sape pun.

Dalam hati dah kata " Ah sudah...mana pulak diorang pergi ni?"


Pastu pergi lintas jalan balik, pergi kat depan Post Office tadi sebab kat situ dapat line wifi. 
Al-maklum, handphone kadang-kadang tak dapat line.
Masih tak jumpa diorang. 
Wah, masa nie dah confuse sebab makin ramai umat-umat pergi demonstrasi tu. 
Dengan abang polis penuh kiri kanan. 
Ramai kot polis, penuh dalam bas yang ada dekat 10 biji tepi jalan.

Waaa.....T__T

Untuk menjadikan drama lebih menarik, Bateri phone dah nazak.
Long story short..terpisah dari kawan-kawan,
dekat tengah-tengah demonstrasi,
dengan suasana tension makin meningkat,
line wifi macam chipsmore,
bateri phone nazak,
powerbank dah takde power lagi,
map pada orang lain.

Oleh itu, saya fikir cuma ada 2 option je ada iaitu 
1) balik semula hostel atau
 2) terus pergi tempat yang nak tuju iaitu Yeuido.
 Masa tu decide untuk balik semula hostel, kot-kot diorang balik semula ke sana.
 Lagipun hostel tu semua orang tahu nak turun stesen mana.


Melangkah la masuk balik subway. 
Pusing-pusing dalam tu dengan confuse nak naik line mana.
 Lagi best masa tu map ada pada Haq, jadik dah tak tau nak naik subway mana.
 Jalan-jalan lepas tu nampak information counter & minta map.
 Dia terangkan sikit & dapat map dia.


p/s: Map subway diorang best. Minta je. Senang je nak faham.


Lepas swipe card, ada satu Ahjussi pakai selempang merah tulis ! kot.
 Dia ala-ala information counter untuk English speaking people. 
Dia pun tanya nak pergi mana. Aku cakaplah & dia kasi direction lagi clear, turun bawah pusing kanan, tunggu situ.
Oh, terima kasih Pak Cik..jasamu dikenang.


Masa ni handphone dah tak dapat diselamatkan lagi. 
Sebab bateri dah kong habis masa aksi pusing-pusing tadi,
 Lpas cucuk powerbank pun, handphone tak dapat dihidupkan terus.


Sambil tunggu subway (masa ni hati dah tenang sikit sebab dah tahu jalan nak balik...
tenang sikit je la) mata melilau tengok orang kiri kanan.
 Satu-satu foreigner disini ye..
Ok. Kelihatan budak-budak perempuan remaja nak naik subway juga.
 Ada seorang kawan diorang baru buat hidung.

You know...buat hidung..as in plastic surgery.
 Dengan hidung bertampal tu, dia boleh keluar dengan kawan-kawan dia.
 Confuse seketika saya. 
Ingatkan bila buat plastic surgery, kita nak sembunyi tak nak orang lain tahu. 
Tapi rupanya, diorang lagi bangga bila orang tahu dia buat surgery. 
Mungkin berjaya buat plastic surgery adalah satu pencapaian pada mereka. 
Siapa tahu kan.


Dalam subway, tiba-tiba ramai orang pulak. 
Sebab biasa naik subway tak kene hempit-hempit pun. 
Sempit la sikit.
 Siap ada satu pak cik ni boleh bawak pokok masuk tren. 
Nak tanam kat rumah agaknya.


Akhirnya, berjaya sampai ke stesen Hyehwa. 
Biasanya kami keluar dari Exit 1, tapi kali ni rasa nak keluar dari Exit 4 pulak
. Exit 4 ni bila keluar tak payah lintas jalan nak ke hostel. 
Exit 1 pulak kena lintas jalan. 
Rupanya, Exit 4 tu punya la jauh kena menapak sebelum keluar.
 Lepas tu, boleh pulak Exit 4 ni takde escalator. 
Lepas jalan jauh, kena pulak memanjat tangga nak keluar.


Lesson learned ; guna Exit 1 je.


Sampai hostel, masuk rumah (nasib baik ingat password) 
ada si Yong, owner hostel. Lepas tu kami bercakap.


Yong: Where's your friend?

Me: I lost them.

Yong: Hahaha


Itu je reply dia.
 Bukan nak risau ke..
Cis sungguh.
 Lepas tu minta dia buka kan pintu bilik sebab kunci pun takde.
 ( Ini pun kes nasib baik Yong ada. Tak terfikir pun saya tak ada kunci bilik)


Masuk bilik, bukak stokin, cucuk handphone. 
Baru dapat on & connect wifi. 
Baru boleh baca mesej-mesej budak-budak ni. 
Setelah bermesej-mesej, kami decide untuk jumpa depan subway. 
Lepas tu, pesan terakhir adalah kalau tak jumpa jugak dalam masa xx minit, 
kita jumpa depan King Sejong.

Kembali lah kita ke stesen Hwanghwamun. 
Tunggu punya tunggu, takde juga diorang kat Exit yang dijanjikan.
 Maka, berjalanlah ke depan King Sejong.
 Akhirnya, jumpa la mereka.
Diorang sempat shopping lagi sambil tunggu saya.


Rupanya, tunggu Exit lain. 
Memang tak jumpa la kan.
Gwanghwamun Station ada  SEMBILAN Exit.
Aku tunggu Exit 1, diorang tunggu Exit 9.
Sampai ke sudah tak jumpa kan.


Akhir cerita ; burn T-Money saya sebab berulang-alik, 
diorang dapat shopping sikit, merasalah solo traveller seketika.


Pengajaran:
1) Semua orang kena tahu next schedule apa.
2) Semua orang kena ada at least subway map ( Map betul atau Jihachul sila install)
3) Semua orang kena tahu nak baca map atau paling tak pun subway map.
4) Semua orang kena tahu nak balik guesthouse macam mana.
5)Wujudkan emergency plan, kalau sapa-sapa sesat atau tak jumpa, sila tunggu kat satu tempat.


Anyway, lost in Seoul is not a bad expereince for me, it's part of an adventure kan.
Saya selalu je terjadi macam ni, peristiwa aneh-aneh je. 
Jadi, dah tak terkejut gler bila terlibat kejadian aneh + ntah ape-ape.

Sekian.
p/s : View being lost as an adventure, not as a setback (dangerous-business.com)

No comments:

Post a Comment