Wednesday, 17 December 2014

Review Korea Central Backpackers


Kami stay di Korea Central Backpackers selama 6 hari.
Plan asal 5 hari je, tapi extend satu hari lagi.
Meh aku cerita apa yang aku suka duduk sini.

Kecik je signboard dia.
Jangan terlepas pulak.
Apa yang best?
1. Yong, owner dia akan reply emel korang dengan cepat. 
Dalam sehari dua dia akan reply.

2. Harga dia  kira murah la.70,000w untuk 1 bilik.
17,500w per nite per person.
(Breakfast takde tau)

3. Dekat dengan subway station Hyehwa. 
Juga dekat dengan perhentian kalau guna airport limousine bus.

4. Lokasi best
Dekat dengan Naksan Park, Sungkyungkwan University, Ehwa Mural Village dan beberapa tempat menarik lagi

5. Ada convenience store GS25 & farmasi dalam beberapa puluh meter je.

6. Staff dia memang tinggal dalam guesthouse kat basement tu.
Panggil je kalau ada apa-apa.Sangat helpful dan boleh speak English.

7. Basic facilities semua ada wifi, kitchen pantry, kitchen utensil, microwave, water heater, towel, iron, brochure, toilet bersih.

8. Ada mesin basuh sekali dryer jugak.
Bayar kat staff dia pastu basuh la baju.

Terima kasih Yong!

Dia ada beberapa jenis bilik. Pilih ikut keperluan korang.
Kami minta bilik untuk 4 orang dengan private toilet.
Bilik dia ngam ngam je untuk 4 orang. 
Kira kecik la kalau masing masing heret beg tarik tu.
Tapi aku OK je. Nak buat tidur je kan.

Oh, lupa nak cakap dia ada 2 ke 3 tingkat.
Kami dapat 1st floor. Ada tangga sikit la.
1st floor cuma ada 3 bilik je.
Bilik untuk 4 orang, untuk 3 orang, untuk 2 orang dengan toilet.

Meja sarapan. Penuh dengan souvenir currency dari macam-macam negara.
Banyak je RM.
Tu staff dia pagi-pagi dah duduk situ breakfast.
Tanya je apa-apa. Kalau dia tak tau, siap Google kan.
Untuk reservation, cuma emel je Yong.
Biasa diorang akan ambil booking paling awal 6 bulan sebelum.
Kena bayar deposit ikut berapa hari yang korang nak stay.
Bayar guna PayPal.

Sampai guesthouse nanti baru settle kan baki dia.
Untuk selamat, print out emel korang & resit payment.
Just in case.

Apa yang tak best?

1. Saiz bilik kecil
Bersesuaian dengan namanya pun hostel, keluasan bilik tak besar sangat. Contoh bilik kami kat bawah ni, lepas letak backpack masing-masing, penuh sudah ruang berjalan. Susun sikit la supaya ada ruang nak keluar masuk dan solat. Kecil takde hal.

2. Tangga
Bagi yang dapat bilik dibawah (satu level dengan reception) cuma perlu naik sedikit tangga. Yang dapat tingkat atas tu ha, angkut bag perlahan-lahan na.





Beginilah rupa katil kami.
Cara tempah bilik
Sekarang sudah ada banyak kemudahan untuk book secara online. Lepas book boleh juga email atau hubungi hotel untuk confirm kan tempahan, lagi-lagi waktu peak season. Takut order terbang nanti.
Boleh pilih salah satu cara nak tempah bilik dibawah.

1.Agoda 

Link ke Korea Central Backpackers
Link ke hostel Seoul lain di Agoda
atau di booking.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...