Backpacking KL-Korea Day 7 (Busan - Gamcheon - Masjid Al- Fatah - Gukje Market - China Town)



Day 7, 29 May 2014

Dynamic Busan!!
Hari ke 7 di bumi Korea dan kedua di Busan. 
Disebabkan plan di Busan sangatlah free and easy, 
hari ini punya plan hanya pergi Gamcheon Cultural Village 
dan bershopping bagi habis won.

Pergi Seoul Station, beli Metro Day Pass berharga 4,000w. 
Sangat berbaloi pass nie sebab kalau guna T-Money kat Busan adalah lebih mahal 
samada kat subway atau bas. 
Dengan 4,000w tu, kita boleh guna kat semua subway station dalam masa 1hari..
Kalau guna T-Money, 4 kali seret je dah 4,000 lebih.

Beli tiket kat mesin. 
Senang je sebab ada dalam English. 
Dari Seoul Station kita ke Toseong Station. 
Keluar dari Toseong dan carik bus stop depan hospital.

Macam biasa Adah dan Haq akan siasat kita akan stop kat station mana. 
Sambil diorang baca dan google translate kan Hangul tu, 
ada la makcik2 Busan yang nak berbual.

Sefahaman aku la kan, dia tanya tak panas ke pakai tudung. 
Apa ntah lagi..time nie kita guna teknik senyum dan naeee…jer..
Kat Busan dapat la yeopoyo…dari orang Busan. 
Aceh..ceh…kena puji cantik dari orang Busan.
Orang Seoul tak puji pon..diorang mana pandang kiri kanan.
Mana la perasan kitorang nie.

Naiklah kami dalam bus yang comel tu..
nombor 2 boleh 2-2 pun boleh. 
Gler la naik bus nie..
Jalan nak ke Gamcheon tu adalah sempit dan sangat berbukit.
 Sangat kagum camne bus nie boleh mendaki sampai atas tu. 
Bila bertembung kereta, kereta kena reverse la kan. 

Siap ada makcik bagitau bila sampai Gamcheon turun. 
Landmark dia adalah elementary school. 
Rupanya sekolah dia bukan macam kat Malaysia punya. 
Lawa la design sekolah diorang.

Welcome to Gamcheon Cultural Village!
Peta besar dia. Kami jalan ikut kaki je.
Masuk sini free je tapi kalau nak beli map dia kena bayar. 
Kat map dia ada chop. 
Kalau dapat cop semua tempat tu boleh pergi kaunter tu pastu dapat hadiah poskad free kot.
Kami tak beli map. Jalan saje.

Comel je design camnie
Nie lalu rumah orang jangan nak terjerit-jerit ye. Sila behave.
Kami just jalan2 ikut arah kaki. 
Berhenti untuk ambil gambar. 
Kat sini adalah residential area. 
Jadi jangan bising sangat yer. 
Siap ada makcik bukan main cerita lagi.
 Tak berapa nak faham la.
Excited mintak amek gambar dia dengan bunga dia.

Jumpa jugak Indonesian kat sini. 
Borak2, rupanya dari Jeju Island. 
Dia pun cerita lah “ Kitorang kat Jeju drive kereta..senang je”. 
Wah..pandai pulak cakap kitorang, macam Malaysian je kan..

Ikan besarrr..
Ini maksud ikan berenang tu.
Burung yang ada muka manusia.

Maksud dia, manusia ada keinginan nak terbang tinggi di langit, macam burung.
Wa..artsy sangat aku.
Dinding dengan 2 muka. Satu side gambar lain, the other side gambar lain.
Ada 2 sides of everything, including this walls too.
Pusing2 lepas tu patah balik. 
Besar Gamcheon nie.
Sebab tak plan untuk pusing satu kampung, kitorang patah balik. 
Sebelum tu lepak bawah pokok dengan lukisan yang cantik. 
Ada 2 orang makcik tengah berehat.

Siap kami bermonopod dengan gembira nya…
time nie baru ingat nak keluar monopod.
lupe dah (masa nie monopod Haq dah injured dah..letak kat beg aku all the time,
tapi camne ntah dia punya plastik untuk hold camera dah hilang)
Survival tip: Guna beberapa gelang getah.

Nampaknya warga Busan turut kagum dengan pengunaan monopod kami 
sebab 2 orang makcik ni mintak gambar bersama dengan kami. 
Oh..our pleasure. Jom bergambar. 

Lepas tu dok tekan2 Haq punya phone nak transfer gambar. 
Sekejap Bluetooth, sekejap FB, sekejap message. 
Semua tak berjaya transfer gambar tu. 
 Lepas tu ahjumma tu kasi idea genius. 
Amek gambar monopod guna handphone dia.
Der…kenapalah dari tadi tak terfikir dahh..

Macam Kampung Smurf tak? Kebiruan gitu

Sejuk je udara kat atas observatory dock nie


Lepas tu kami jalan patah balik dan pegi observatory dok dia. 
Tadi tak naik sampai atas. 
Dekat atas pemandangan Gamcheon adalah terbaikk. 
Kata2 yang dapat gambar kan adalah terik (sebab atas bangunan kot) 
tapi sejuk je breeze dia.
Selesa je duduk atas tu.
Sekali angin sejuk dia takde..haa..rasa macam kat Malaysia da..

Kalau jumpa buku nie cariklah kami kat sini.

Balik tu singgah kedai runcit dan beli aiskrim 700w buat keringkan tekak tengah hari ni. 
Balik naik bas yang sama which memerlukan kekuatan lengan, tangan dan kaki 
sebab dia turun bukit kott..dengan speed nye pakcik driver nie..
Nasib baik tak terbabas dalam bus. 
Jatuh bangun sendiri ye..
Busan tak ramai oppa nak tolong angkat..haha.

Turun balik ke Toseong Station, kita menuju ke Dusil Station 
which is 18 station away walaupun dalam line yang sama (Kat Busan kami cuma travel 1 line je..). Banyak tu 18 station…mampu je…kitorang dari Nami ke Apgujeong 13 station kott…pecah rekod..tapi kat Busan senang sikit dapat seat. 
Sampai ke Dusil, kami mencari Busan Mosque.
Berbekalkan direction aku yang awesome nie kan (which is kena carik kedai tayar..) 
Alhamdulliah sampai kami ke masjid kedua di Korea.

Masjid ini didirikan pada tahun....
Fasih dak aku translate?Hehe...ada dalam Bahasa Melayu la..hehe

Suka tabung sedekah nie. Letak duit kat atas pastu pusing.
Tinggg..duit masuk dalam safety box.
Dalam blur mencari pintu masuk, 
jumpa maybe penjaga masjid kot, Indonesian. 
Dia la cakap letak kasut sini, ambil wuduk sini..Oh..terima kasih ya bapak.

Duduk situ, aku mencari arah nak ke pantai. 
Plan kami adalah ke Jagalchi semula. 
Aku nak pergi pantai jugak. Tak dapat Haeundae, Gwangali pun ok. 
Tapi setelah disemak2 masa dan travelling time. 
Tak sempat kot.

Jadi kami ambil keputusan untuk terus ke Jagalchi Market. 
Mengikut siasatan keatas map subway Busan yang best tu 
( Best sebab kat station yang menarik dia tulis ada apa dengan exit mana nak keluar dan berapa minit walking distance) 
dekat Jagalchi tu ada Gukje Market. 
This is our type of shopping complex..haha

Dari Dusil ke Jagalchi merupakan station ke 21. 
Bertabah jugak dalam subway. 
Masa nie la first Dila cakap budak depan ktiorang tu muka macam Adah
tengok2..aah la..muka macam adik Adah, which mean muka macam Adah jugak.
Haha…kami poyo2 amek gambar dia yang asyik la tunduk melayan smart phone dia. 
Duduk betul2 depan kitorang..harus kena snap gambar kiri kanan.
 Gelak2 lagi sebab jumpa kembar Adah versi Korea kat sini.

Sampai ke Jagalchi, kitorang belum makan lagi 
(serius tak plan apa2 kat Busan..so carik je la apa yang boleh makan). 
Nampak Daiso…owh…jom shopping sini. 
Berbaloi jugak la sebab barang dia harga 1,000w.
Kalau convert RM dalam RM 3.45 ke gitu la.
Tak sampai RM 5 pun.

Dila tunggu kitorang dalam Lotteria. 
Setelah menaburkan duit kat Daiso, kami makan kat Lotteria dengan menu sama Shrimp Burger 
(tapi harga lagi mahal dari Busan Station..tak paham kenape).

Lepas tu keluar dan jalan2. 
Ntah belah mana ntah Gukje tu..
Jalan2 je sampai la jumpa kedai2 souvenir, baju dll.

Masing2 shopping kat sini. 
Harga dah mahal dah.
The best tempat nak beli souvenir Korea adalah kat Dotta ari tu.
Ingat sempat pergi lagi..tapi tak sempat.

Dapat jugak tshirt murah. 
Beli stoking, cap, kabang ( kabang purple, merah kita osemm cantik).
Perabih duit kat sini.

Pusan Inn dekat je dengan Busan Station.
Aku je yang boleh sesat..maaf la yer.

Nak balik, harus la confuse.
 Alhamdulliah jumpa subway balik. 
Kembali semula kami ke sarang untuk letak barang. 
Rehat sekejap dan keluar balik malam tu sebab nak carik limo bus kat mana.

Masuk Busan Station dan tanya kat mana. 
Dia kata seberang jalan sana. 
Pergi la carik..
Jalan2 jumpa lepas kitorang distracted by an interactive map yang boleh snap gambar.

Best woo map dia..siap boleh snap gambar pastu emel kat kita.
 Tempat menarik, accomodation semua ada.

Jalan2 carik tempat tunggu bas..
ada je Korean yang “Apa khabar” dengan kitorang..comel je..
Jumpa dah bus stop tu ( kot..bukan confirm pun..xde orang nak ditanya), 
kitorang jalan ke Foreigner Shopping Center kot nama dia ke Chinatown. 
Dah tutup dah semua..




Kedai semua dah tutup.
Nie mesin yang boleh tukar duit kecik.
Sunyi sepi di sini. Malam dahh
Mesin tiket. Senang je guna sebab ada English option.
Tekan-tekan nanti keluar la tiket korang.
Kembalilah kami ke Pusan Inn malam tu sebab nak kena pack barang dan bangun awal. 
Bangun awal sebab ada masalah check in dan tak tahu nak gerak ke sana macam mana.


Itu saja kisah di Busan yang sekejap nie.
Serius tak sempat pusing Busan.
 Busan..tunggu aku datang lagi na..

No comments:

Post a Comment