Backpacking KL-Korea Day 6 (Busan - Jagalchi Market - BIFF Square)



Day 6, 28 May 2014

Hari keenam..Macam tak percaya dah hampir seminggu berada di bumi Korea..


Inilah tempat beradu 5 hari kat Korea

Hari ni kami check out dari Korea Central Backpackers.
Kita tinggalkan sekeping polaroid kat sana.
Nanti korang pergi sana, cariklah polaroid kami..Hehe
Dengan beg yang dah beranak tiba-tiba nie..
kami decide amek teksi je ke Seoul Station.


Sepanjang perjalanan dalam teksi berbual dengan pakcik driver. 
Dia kerja hebat dulu, tu pasal boleh speaking. 
Siap pernah datang Malaysia semata nak main golf. 
Lepas tu, dia mula bertazkirah pada kitorang pasal agama beliau. 
Dengarkan aje..menjawab lebih-lebih kang ada yang tak sampai Seoul station nanti. 


Sampai Seoul Station kitorang beli tiket KTX ke Busan. 
Beli kat mesin dengan bantuan staff diorang.
Tiket yang ada paling cepat waktu tu pukul 9.45am.
Tapi coach hujung je yg tinggal. 
Disebabkan kitorang tak sabar-sabar nak ke kampong halaman Yonghwa, 
kitorang pun purchase tiket tu.


Lepas tu bermula la episode larian marathon nak kejar KTX. 
Dah final call untuk tiket 9.45 dah.
Der..masa beli tiket tak perasan dah pukul 9.43am
Maka, berlarian la kami dengan beg kiri kanan tak serupa orang
pergi kejar train. 
Masuk je mana-mana coach.
Bila train tu jalan, kami pun bergerak la dari satu coach ke satu coach 
sampai la coach hujunnngg sekali baru jumpa seat.

Dah settle seat, marilah kita melihat pemandangan
perjalanan ke Busan.




Bukit-bukau dan kawasan pertanian memenuhi landskap menuju Busan.
Haa..pagi-pagi  dah separuh nyawa tinggal. 
Seat KTX nie tak la sebesar ITX.
ITX lagi selesa kot rasanya. 
Beberapa jam kemudian,sampai la kami ke Busan.


Dah sampai dah!
Turun Busan…sejukk.
Awat tenang je station dia nie. 
Takde orang berkejar kejaran macam kat Seoul. 
Buka mata je dah lapar, maka kami menuju ke Lotteria membeli Shrimp Burger 
(Harga wild shrimp lagi mahal. Jadi, amek yang shrimp je. Tak liar sangat pun Ok.)




Inilah lunch kami.

Perut sudah isi, mata sudah bukak, 
kami keluar dari Seoul Station. 
Sebab kami dari KTX, kita keluar dari stesen kereta api, 
bukan stesen subway yang juga dikenali sebagai Metro kat Busan.


Mengikut direction Pusan Inn, kitorang pun keluar la.
Tarik beg tu sampai pusing 3,4 blok jugak la. 
Akhirnya jumpa landmark iaitu Starbuck and Plaza Hotel. 
 Tapi jalan2 tak nampak pun Pusan Inn..Ktorang pun dah melepak tepi bangunan.


Satu pakcik nie datang tanya dalam loghat yang lain dari orang Seoul, itulah loghat Busan. 
Kalau tak pernah dengar, ingat diorang bergaduh bukan berbual..Huhu..


Pakcik nie siap telefon Pusan Inn 
(Simpan nama, alamat, direction & nombor telefon guest house anda. 
Kalau sesat, mintak local untuk call dan beri direction).
Pakcik tu kata bukan kat sini, go straight. 
Jalan punya jalan, kami sampai balik Busan Station.
Duduk bawah pokok kepenatan. 
Masa nie masih tak nampak pun bangunan Pusan Inn tu.


Ikut direction nie macam dekat, 
tapi ktorang dekat sejam tak jumpa2. Apekah??
Pastu datang sorang lagi pakcik nie tanya..Malaysia? 
Ye..saya dari Malaysia. 
Lepas tu tanya dia mana Pusan Inn. 
Dia pun call kan nombor tadi dan kata staff dia akan datang jemput ktorang.


Tak sampai 3 minit, staff dia sampai. 
Aik?!..aku dah cakap dah dekat je, tapi tak jumpa belah mana.

Macam mana boleh tak jumpa daaa..

Kami sampai sana petang. Malam baru amek gambar.
Pastu dia bawaklah kami ke Pusan Inn. 
Cissss betul la…Serious dekat je dari pintu keluar Busan Station. 
Dalam 100 meter lebih jer kot…

Setelah disiasat, direction yang diberi adalah menuju Busan Station..
instead of dari Busan Station.
Memang terbalik la arah ktorang.
Jadi, tak boleh nak salahkan orang kasi direction dalam blog.
Sebab sendiri salah faham.Hikhik


Pastu nak check in, baru kutahu bilik kat Pusan Inn tu kecik je. 
Xboleh masuk 4 orang. 
Sebab tengok dalam gambar macam besar, 
so aku decide amek sebilik, jadik sorang just 10,000w per nite. 
Sangat la murah.
Sekali impossible nak sumbat 4 orang.
2 orang je boleh. Itu pun penuh bilik dengan beg,


Disebabkan tak muat, ktorang pun amek 2 blik.
 Maka, cost 20,000w per nite. 
Mahal la tuu dari guesthouse lain..dah tersilap. 
Nak buat camne kan.
Nasib baik budak2 nie dah lebihkan bajet.


Mula2 culture shock aku.
sebab spend 5 hari dalam guesthouse backpack style macam dorm 
dengan segala keperluan mak nenek ada dari hair dryer sampai periuk nasi, garam gula. 
Tiba2 duduk dalam motel yang ada flat screen tv ( Adah dengan Dila dapat), 
shower foam, berus gigi, peti ais, heater,towel semua lain pulak rasa. 
Jadi, lepas nie kalo nak backpack carik la guesthouse yang backpacker style
 sebab memenuhi segala keperluan kita untuk masak nasi,lauk, guna komputer dll.

Gerbang BIFF

Mari melintas jalan beramai-ramai.

Wow. Mari melawat Malaysia.Berguna wo signboard nie.
Time  kitorang lost, Visit Malaysia nie la jadik landmark.

Rehat sekejap, petang tu kitorang keluar. 
Plan awal nak pegi Busan City Tour, tapi sebab dah half day, 
lepas tu nak kejar last bus balik ke Seoul Station dalam pukul 6 lebih, 
rasa macam tak berbaloi 10,000w tu. 
Jadi, kami naik subway Seoul Station ke Jagalchi Market. 
Nampak dah makcik-makcik jual buah tepi jalan. 
Lintas jalan besar, jumpa lah BIFF Square tu.
Tang mana square tu pun aku tak tau.

Hotteok in the house yo!

Lepas tu kecur tengok pakcik nie masak tepi jalan. 
Beli la kami hotteok panas-panas..1,000w sekeping. 
Sedapnye…dalam dia ada gula yang mencair sebab luar dia panas. 
Dia tebuk kuih tu lepas tu letak kacang dengan kuachi dalam tu.


Patah balik dan berjalan ke Jagalchi Market. 
Lalu market yang jual macam-macam seafood dari yang biasa nampak 
sampai la sea creature yang tak pernah jumpa. 


Hi Mr Crab.

Bapak besau kupang & kerang dia.


Ha..pilih makcik pilih.

Gagah tak saya? *sambil tayang arm muscle beliau*haha

Mula-mula bila berjalan tu kitorang asyik la cakap sedap nye…sedap nye…sedap nye
Masuk dalam bangunan dia pun penuh dengan seafood nie.


Apakah ituu?

Sotong nie nakal ok. Orang dah letak dalam bakul, dia boleh jalan-jalan
pergi bakul orang lain.

Tu benda apa pun aku tak tau.

Lepas 5 minit, komen masing-masing dah bertukar jadik..
wei..aku geli la wei…ape tu..geli nye
Lepas tu kitorang pun keluar la.


Makcik kedai jual seafood dah panggil suruh makan kat kedai dia. 
Best, sebab ko tunjuk nak yang mana, 
dok dalam kedai pastu dia masakkan.


Banyak seller kat sini. Tingkat atas pun ada lagi.

Inilah dia Jagalchi Market.
Tengok la berapa harga, kitorang survey dulu. 
Cakap nanti kitorang datang balik.
 Siap satu makcik tu tunjuk gambar kat handphone dia ada budak Malaysia macam kami la bertudung makan kt kedai dia.
Wah…pandai makcik nie..Siap ada testimoni bagai.
Menarik.
Bila nak pergi tu dia kasik business card dia.
Senang nak jumpa balik kedainya.


Marine product market.

Berjalan la keluar dari wet market tu. 
Lepas tu lalu dry market yang jual marine product
Lepak tepi jalan sebab dapat wifi.
 (p/s Kalau korang pergi bangunan Jagalchi Market tu, naik sampai tingkat 7, 
ada observation area boleh tengok laut dan port tepi Jagalchi.
Kitorang tak tau time tu, jadik tak naik).


Lotte Department Store across the road.


Menuju kita ke Lotte Deparment Store. 
Moden tuu....
Macam a big contrast antara the old Busan dengan rumah kedainya 
dengan new and Dynamic Busan dengan Lotte.


Dalam tu, kami terkagum dengan persembahan water fountain dalam shopping complex tu. 
Satu je persoalan masing-masing..tak basah ke kedai kat bawah tu??


Masuk la dalam mall dia, beli seaweed sikit dengan jajan. 
Tak shopping sebab mahal.
 Dah nama pun department store kan.
Nak plastic bag dia kena bayar tu..


Memasing dah nak keluar dah sebab shopping dalam mall bukan style kami.
*Style aniya*
Bila keluar dah tak tahu nak pergi mana.
 Jujurnya, memang aku tak study nak pegi mana kt Busan nie.
 Jadik backup plan memang takde.


Alicafe satu! Kat Busan pun ader

Kami decide nak carik tempat shopping yang kena dengan jiwa 
dan yang lebih penting, kena dengan bajet kami. 
Haq dan Dila pun tanya la budak Busan nie.
 Siap dia tunjukkan bus mana nak naik. 
Naik bus lepas tu turun.
 Ceh…dekat je..Kalau dekat boleh je kitorang menapak.
 Charge naik bus pun mahal.
 Kitorang seret guna T-Money je hari tu.


Pastu dah blur2 kat bus station tu..ada satu pakcik smart berkot tanya
Dapat idea sikit nak pergi mana.
Lepas tu kitorang pun berjalan la.
Ntah market mana ntah kami masuk.
Makcik-makcik nie dah nak tutup kedai.
 Mostly kedai makan la, kedai kimchi, sayur2 dll.

Kimchi sayur ada..ketam ada..timun ade.

Sekali tu kitorang nampak macam ulat sutera. 
Pergi la dekat sebab nak tengok dengan penuh ingin tahu nye
Sekali nenek tu cakap Ga..ga.
Aku pun tak tau camne nak tulis.
 Tapi aku faham maksudnya pergi..pergi..
Huk..kena halau da..Dia dah nak tutup kedai kott..

Jalan-jalan tembus tempat tadi. 
Kitorang pun patah balik nak carik tempat makan depan Jagalchi Market tu.


Kasi susun dulu atas meja.


Abalone sedang di grill.

Kami amek set abalone dengan ikan. 
Feeling orang kaya makan abalone kan??
 Macam biasa didatangkan dengan side dish iaitu carrot, salad, kubis, jeruk bawang 
dan cili, cili hijau, bawang putih dan sesuatu yang baru…siput sedut
 ( kecik jer siput sedut Korea nie..sekali sedut dah sampai tekak…haha)


Macam biasa, kita pun tunggulah makcik tu masakkan abalone.
 Dia kasik 2 abalone kecik sebagai service (service tu maksudnya free…)
 tadi kata nak kasik sotong service..tapi abalone pun bolehh..


Tengok je..pastu bila dah masak dia gunting kecik-kecik.
Melihatkan kami yang tak reti nak makan macamane,
 makcik tu pun amek abalone tu cicah minyak bijan pastu makan.
 Amek siput sedut tu..pastu sedut dari kepala dia. 


Ow…gitu caranya..kitorang pun mula la nak makan. 
menggunakan chopstick stainless steel tu, mula la kami mengambil daging tersebut.
 percubaan pertama gagal, kedua pun gagal..ketiga gagal lagi.
Abalone terlepas dari chopstick..Ahjumaa tu kata wait.


Pastu dia datang bawak garpu dengan sudu…
Hahha…dia perasan kami tak pandai guna chopstick lagi..
Adah je yang lulus.
Kalau tunggu kitorang, sampai esok la tak sampai abalone ke dalam perut aku nie.
Baru la abalone itu selamat sampai ke mulut.

Macam-macam ikan ada.

Habis abalone, dia letak pulak ikan goreng.
 Dapat 3 ekor ikan dengan 5 keping ikan yang nipis2 tu.
Ape ntah nama dia.


Nie pun buat statement sama..bungkus la..
Tak habis nie.
Last-last kita makan jer sampai habis.

Bersilang tangan nak amek ikan.

Habis makan, amek gambar dengan ahjumma tu.
Orang-orang dalam kedai tu yang makan pun tengok-tengok kami makan.
 Kagum sebab kitorang dapat makan sampai habis atau sebab pandai sedut siput..ntah la.
 Cam sedap je dia makan sotong masak sambal tu
Next time nak try tu pulak la..


Jalan market beli strawberi sebakul.

"Agasshi..agasshi"

Balik tu singgah beli strawberi dia yang kemerah-merahan tu..4,000w sebekas.
 Literally, dengan bekas2 dia kasik ko
Time nie dapat dengar makcik tu panggil agasshi…
aceh..ceh..feeling pelakon drama pulak dipanggil begitu…
(Agasshi tu maknanya young lady…)


Itu sahaja aktiviti hari ni. Balik rumah dengan perut kenyangnya…


Next day…last day nak berjalan kat Busan…

Nota kaki

Seterusnya disini --

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Awak nak tanya sikit boleh.. Awak book Busan Inn mcm mana ye? Direct email ke? Kalau email lama x feedback dia? Thanks..

    Zsazsarin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Aah direct email saja Busan Inn. Dia reply back lebih kurang dalam 24hours jugak. Boleh email pusaninn@yahoo.co.kr.

      Delete