Backpacking KL-Korea Day 8 ( Busan- Gimhae Airport - Malaysia)



Day 8, 30 May 2014


Hari terakhir di bumi Korea. 
Malam tadi sebelum berkemas dah buat komplot 
iaitu take turn tidur dan kemas beg. 
Rancangan ini hanya apply pada Adah dan Dila sahaja. 
Aku dan Haq tidur je.
Hehehe


Hari ni kena bangun awal sebab Adah bagitau ada tiket tak dapat web check-in. 
Dalam pukul 5 pagi macam gitu kena check out dari Pusan Inn.
Pakcik yang jaga bukan Pak Cik Molla tu, orang lain sebab diorang kerja ikut shift.
Kami naik je teksi yang lalu depan Pusan Inn tu.


Pakcik teksi pun hantarlah kami ke Gimhae Airport. 
Sepanjang perjalanan tu Adah berbual la dengan pakcik. 
Aku macam biasa kalau bangun pagi2 nie memang separuh je kesedarannya.
Nampak sangat bukan morning person.
Lagi-lagi belum pekena air panas.


Perkara luar biasa berlaku bila lalu tol dia. 
Kitorang lalu dua tol. 
Yang bestnya adalah takde toll girl apatah lagi abang tol. 
Kita cuma perlu campak duit kedalam mesin 
yang akan kira berapa sen dah masuk.


Agak kagum la kami sebab tak pernah ada kat Malaysia.
Jakun seketika..Nanti bila bayar teksi kena include sekali duit tol. 
Adah dah cuba teknik "service" xberjaya..Haha.


Sampai terus ke airport dengan bayaran lebih kurang 16,000w include tol. 
Ok la tu kalau banding airport limo lagi mahal sebab ikut orang.
Lagi satu, kalau naik airport limo tak sempat pergi airport awal pagi.
Ada jadual dia, sila semak ye.

Sampai Airport dah.
Dekat je pintu departure dengan kaunter. Tak sempat tolak-tolak troli dah jumpa kaunter.
Eh..adik adik BEAST ada kat sini laa..

Kaunter tak bukak lagi pagi tu. 
Melepak la kat kerusi sambil emo2 xnak balik Malaysia.
Oppa..Cappucino satu! 

Carik Holly Coffee demi secawan air kopi panas. 
Beli Cappucino siap cinnamon bagai. Xsedap cam Angel 
(Angel mahal jugak air dia tapi sodap...Oh..sangat bias..haha). 
Bila dah minum sambil turun escalator, boleh naik semula nak mintak gula.
Oh, ini disebabkan tak pandai minum kopi pahit lagi.

Kecik je kan airport nie

Bila pergi oversea, haruslah tong sampah pun ko nak amek gambar kan.

Tak lama lepas tu, naiklah kami ke dalam perut flight Airasia menuju Malaysia. 
Pastu lagu pasang dalam flight lagu Korea sape ntah tapi sayu la..

Jeju Island memanggil-manggil dah nie.

Aaarg..sedihnya nak tinggalkan Korea..
Macam xpercaya je dah nak balik Malaysia semula.


Itu jelah cerita pengembaraan kami ber4 backpack ke bumi Korea...


Jika kami boleh sampai dan survive di Korea dengan bajet, 
korang pun boleh jugak!!


3 comments:

  1. hai,, menarik blog awak ni,simple jee utk dibaca,, :) Btw awak ingat lagi tak berapa lama masa diambil dr Pusan Inn tu ke Gimhae Airport? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiii sorry lambat reply..dalam 30minit macam tu. tengok traffic mana mana..kami keluar pagi2 sekejap je sampai..nanti lalu tol yang main campak-campak duit syiling tu...thanks sudi baca blog ini!

      Delete
    2. Thank youu reply awak,, :)

      Delete