Day 4, 26 May 2014
Hari ni punya plan adalah menakluki Pulau Nami dengan menaiki ITX. Malam sebelumnya sudah study timetable and dah decide untuk ambil train awal and the latest dalam pukul 9. Ini adalah supaya kitorang dapat naik ITX balik petang tu.
Tetapi seperti kebiasaanya kami terlajak lagi ( ape ke best sangat blanket Yong sampai tak terbangun kami..)
Bila kena tunggu sejam..inilah yang kitorang buat..
Takde bekal sebab memang plan nak makan di Nami samada nasi goncang atau ayam yang dapat voucher diskaun tu.
Pagi tu ktorang dah topup lagi T-Money dalam 10,000w pakai mesin dia…semua orang dah pandai dah guna..hehe. Topup sebab ingat boleh guna untuk beli tiket ITX. So, kami naik subway Hyehwa ke Dongdaemun pastu ke Cheongyani. Nak cari station ITX tu. Rupanya kat luar station subway. Keluar je exit pastu tak jauh dah nampak train station.
Tiket ITX 4,000w sorang
Pergilah kami carik mesin tekan2 nak beli tiket. Tekan2..pastu ada staff dia datang, tolong belikan tiket ITX. Ada je option BI, so boleh beli sendiri pun. Dia pun tekan2 and belikan tiket kitorang sorang 4,000w menggunakan ITX Cheongyani ke Gapyeong Station. Tak dapat pun guna T-Money sebab cuma terima cash atau credit card. Maka, cash la digunakan.
Time kitorang beli tiket tu, train dah jalan. Ceh..kena la kami tunggu sejam dalam station tu sebab nak tunggu next train. Sejam menanti dalam kesejukan dengan ditemani burung merpati.
Dah dekat time naik train, ramai la makcik2 Korea nie datang. Dengan windbreaker, topi ahjumma & sandwich buat bekal diorang ( Sandwich yang dimaksudkan disini adalah gimbap yang diorang bungkus dlm aluminium foil tu). Buat rombongan kekdahnya makcik2 nie. Siap ada ketua rombongan kasi tiket sorang satu. Bila diorang datang tu, haruslah seat kami dirampas oleh mereka. Rela tak rela la kan kasi seat kat orang2 berusia nie.
Berdiri la kami sambil makin ramai orang datang. Penuh la Pulau Nami nanti. Nie kitorang pergi weekday nie. Terpikir ape orang Korea nie tak pergi keje ke? Tak pergi sekolah ke? Ramai jugak orang Malaysia ada. (# Tourist spot di Korea banyak dikunjungi oleh Korean jugak. Takde la tourist attraction dilawati oleh foreigner je macam kat Malaysia).
Dapatlah seat dalam train setelah kami menegakkan keadilan untuk duduk seat kami. Ade ke patut pakcik tu duduk seat kitorang padahal tiket kitorang memang seating dengan nombor lagi.
Makan telur, lepas dah kenyang kita tidurr
Perjalanan ke Gapyeong dengan ITX dua tingkat tu (kitorang dapat coach setingkat je) smooth. Siap beli telur pindang bila makcik troli makanan..Adoi, baru terpikir kita tak pecahkan telur kat kepala time tu..( dah pecah dah pun telur time tu sebab kitorang terjatuhkan). Masa tu nak cakap harga berapa makcik tu tekan2 kat calculator je..Ha..kan ke senang tu..
Melalui banyak kawasan pertanian.
Biarkan hidup anda diselubungi bukit..bukau
Sepanjang perjalanan dikiri kanan penuh dengan bukit bukau and agricultural area diorang..Haruslah cantik kan dengan kehijauan alam.
Sampai Gapyeong kitorang amek teksi ke jeti dengan kos 3,200w. Mula2 nak naik shuttle bus tapi rugi sebab kitorang sampai dah half day, kalau setakat nak pegi Nami je mahal la 5,000w per person tu. Tapi kalo lepas nie nak merepeat ke Nami ( dah pasti nak ke Nami lagi) full day baru syok & baru berbaloi naik shuttle bus tu.
Sampai ke jeti, ktorang decide nak try zip-wire walaupun masing2 gayat..Dah gather kekuatan, kami pun gather duit masing dalam 38,000w sorang. Sekali tengok boarding time dia lagi 2jam30minit. Lama tuu..
Tiket ke Nami..Persoalan kami, lambang cop dia bulan & bintang..
Disebabkan kami tak punya banyak masa, maka ke feri la kita. 8,000w pergi balik. Masa nie dah penuh feri dengan rakyat macam2 negara. Malaysia, Indonesia, Filiphina…macam2 ada.
Mak ai...ramainya makluk manusia kat sini..
Masuk Nami, mission kami adalah bawak basikal. Nak lepas geram sebab kat Han River tak jumpa basikal kan..Ktorang amek basikal sorang satu 5,000w single bike untuk satu jam ( which is tak cukup sejam..mana nye nak merempit, nak stop amek gambar lagi).
Steamed bun katanya...masak cam zaman dulu katanya.
Inilah pau tu...Actually kat Korea nie banyak je makanan yang ktorang ngap...Bajet la sangat..Tang makan, masing2 tak beringat..huhu
Jalan2 bawak basikal, singgah beli steamed bun aka pau kacang 1,000w sorang. Dengan basikal aku yang break tak berapa nak makan, dengan loceng tak de (penting loceng nie supaya orang kat depan tau kita nak lalu…sebabkan takde loceng, aku pun membunyikan loceng secara manual je..kring2…kring2…asal ade bunyik mcam loceng sudah).
Ada basikal single, double, keretapi dengan bende alah yang kena kayuh pusing2 kat belah atas tu.. Tak nak buat lagi dah..dulu buat kat ICity pun dah kecut..huwahaha
Pusing la kami dalam Nami nie..Setelah ingat semula camne nak kayuh basikal, aku dah seronok merempit…Best woo merempit dicelah pokok-pokok kat sini..Selagi tak terlanggar orang sudah..haha…
Waa..jumpa air..Jalan ikut trail tepi Pulau sampai jumpa balik pintu masuk.
Bertuah la kalau dapat time laluan nie kosong & boleh amek gambar ala2 drama.
Berhenti bermonopod mana2…Yang bestnya kat sini, bila time amek gambar je..ada orang lain yang jadik tukang kira. Nak snap gambar tu kita kira la kan satu, dua…pastu ada pulak orang tolong cakap tiga…Sape ntah..Sibuk je kirakan…Kiri kanan semua orang dok bilang satu,dia tiga…(Paham dak, berapa ramai warga Malaysia, Indonesia sampai boleh dengar BM kat mana2)
Berlumba2 la kami nak pulangkan balik bike. Kalau lambat kena bayar extra charges..haruslah tak nak kan.
Lepas tu misi mencari tempat solat. Mussola ada kat sebelah Library dia yang warna kuning tu. Naik tangga ada kat belah atas. Punya banyak buku dalalm library sampai boleh buat tiang tu.
Langkawi dengan Nami Island siap ada culture exchange program lagi...Ko tau?? Saya tak tau pun..
Sebelah galeri tu kafe ape ntah..
Kat sini la si Haq and Dila spend berapa lama ntah buat pre-wedding photoshoot. Katanya gambar bakal nanti diorang photoshop jer..
Kalau nak fefeeling romantik, pukul2 manja kat Oppa bila bawak basikal laju, boleh la naik basikal nie. Harga sama macam sewa 2 basikal.
Buku2 dalam library kat Nami. Punya banyak boleh jadik tiang. Jangan nak buat lawak pegi tarik buku tu..At your own risk ye kalau tertimbus dalam buku..
Peminat Winter Sonata harus ke museum aka kedai cenderahati nie.
Kat sini art is everywhere.
Aha..sudah jumpa Musolla
Naik tangga ke atas ye tempat solat.
Bangunan kuning tu library dia. Kat bawah tu ada cafe, ada Eco Cafe and on 2nd floor ada surau.
Nak try nasi goncang kat Eco Café kat situ. Tapi aku boleh lupa nak search apa ingredient dalam dia. Tapi mostly Malaysia akan makan nasi goncang kat situ. Disebabkan tak pasti, option kami adalah makan kat luar Nami yang ada tanya Halal tu.
Berkejaran la kami bila feri tu dah nak gerak..Selamat menaiki feri..Standard la tu asyik berlari je..Kitorang punya time kan sentiasa thorbaek..Last call, final call, seat paling last..itu semua dah jadik kimchi & pickle hidup kami di Korea..(apa barang jadik asam garam…kat Korea kena pakai kimchi…muahaha)
Sampai keluar kami terus gi kedai yang ada tulis Halal dekat tempat parking bus tu..Ktorang cakap Halal, dia tunjuk satu dish je iaitu Dakgalbi..ayam ..Ktorang pun menanti la pak cik tu set table dengan side dish & mintak bap aka nasi sorang satu..Air sejuk free, siap mintak sebotol lagi, pastu pegi refill dalam botol air masing2 (kitorang sentiasa carik tempat refill air..xyah beli mineral water)
Tu namanya arang ye tuan-tuan dan puan-puan. Majistret takde..arang je ade..Muahaha
Belalai gajah in action!!
Dia pun masakkan ayam tu..Pastu pasang benda yang sedut udara yang macam belalai gajah tu. Tak banyak cakap masa tu, sebab masing2 dah kebuluran dah.
Ayam...ayam..
Bila pakcik tu gunting2 kan ayam tu..macam banyak je ayam tu. Masing2 cakap nanti kita bungkus buat makan esok…Try jugak cili hijau dia yang macam sodap je diorang makan dalam drama.
Bila gigit, hmm..sedap sebab dia crunchy..2 saat kemudian…dushhh…kepedasan melanda…huhu..nasib baik ada air sejuk..Ayam dia rasa macam ayam percik. Bila dah masak, dia alihkan arang kat bawah tu.
Banyak nie..tak habis nie...Yee la tuu
30minit kemudian, ayam yang dikatakan tak abis,kena bungkus tu telah lesap..Tinggal garlic, dengan cili je…Bungkus la sangat. Duduk sekejap sambil tengok orang naik zip wire..Sedih tak dapat naik. Tapi punya la mahal zipwire tu sebab duit yang set aside utk zipwire dapat cover expenses sepanjang hari dalam Nami dengan basikal,makan,pau, tiket semua..
Zipwire nie la yg teringin nak buat..
Balik semula ke Gapyeong dengan teksi jugak. Kali ni kena 3,100w tapi pakcik pulangkan balik 100w..hehehe..terima kasih pakcik ^_^
Sampai Gapyeong Station ada ramai pulak budak2 information dia..masing2 pakai selempang. Tanya ITX next bila? Lagi sejam katanya. Disebabkan nak gi Apgujeong cepat, kitorang pun naik la subway biasa.
Sampai stesen tu ada pak cik nie dok cakap, nak pegi Sabang sana..nak pegi tempat nie platform sana..Waa..ada information center bergerak lagi..rasanya dia volunteer je tolong foreigner sebab dia pakai cardboard tulis tangan ask me gitu la..
Setelah mengesahkan kitorang kat platform yang betul dengan beberapa transfer line..kitorang pun menaiki la subway gler jauh dari Gapyeong-Mangu-Wangsimni-Apgujeongrodeo. Ada dalam 18 station kitorang lalu dari pedalaman sampai la ke bandar urban Apgujeong. Dalam perjalanan sebab takde seat, kitorang poyo je bersila kat dalam subway tu..Gler penat weii..
Cuba teka yang mana satu Haq berkenan..
Siap ada curi2 snap gambar pemandangan dalam subway ( aka gambar penumpang yg comeyy ler..haha). Ini semua idea Haq..aku tolong amek gambar sikit2 je..Serious innocent..hehe
Akhirnya selamat kami sampai ke Apgujeongrodeo..Carik2 exit, pastu jumpa sudut interactive gler la oleh DSP Media, yang empunya idol macam KARA & A-JAX.
Interactive betul ruang nie..Kat Everland ada YG, kat subway ada DSP...Dimanakah SM, Cube dll??
Ada skrin boleh tengok MV dia, tempat amek gambar dengan artis (siap boleh send gambar tersebut ke email anda), headphone yang boleh pilih album KARA mana korang nak dengar, standee dll.
Keluar je dari exit dia, woow…aku telah merasakan suatu aura yang berlainan sekali. Kalau Seoul lain dari aura di Nami, Apgujeong (which is around Gangnam area jugak) punya aura & feel yang lain dari Seoul
Pandang kiri kanan jenama antarabangsa je ada..You name it dari Golce& Gabana, LV sampai la ke Rolls Royes semua ada. Orang2 nye pun dress up lain, kereta kat sini mostly imported macam BMW, Bentley dll. Udara dia punya bau pun perfume mahal..Wow..I like this place. Fefeeling kaya bergaya kat sini. (# But seriously kat Korea nie even at Apgejueong area, diorang punya pam station sangat la tak lawa. Stesen Mobil kat Muar tu pun lagi standard..hmm…maybe Petronas patut datang sini)
Kami mencadangkan Klinik Plastik Surgery nie kalo teringin nak muker ala2 Kpop..haha
Dengan berpandukan direction aku yang ntah ape2 tu, tak jauh rupanya dari exit tu adalah old SM Entertainment punya building. Kan ke dah jumpa poster EXO dengan TVXQ bapak besar tu…Excited mak, bila nampak poster Suri Suri TVXQ.OMg..Omg...I nebes... excited...waaa
EXOOO...besar tuu poster overdose...
Jangan risau...masa nie ada lagi muker Kris disebalik pokok tu.
Nampak tak muker Kai Oppa tu?? (Ok fine...dongsaeng...semua pun dongsaeng...Kpop la nie kasik budak2 bawah umur debut, dah semua dpt pangkat adik jee)
Muker terpaksa dicover sebab tak boleh blah excited...Nampak poster jer kot...Kalo jumpa live ( in person, bukan dalam konsert..itu pun dari jarak jauh dah xdapat bernapas dengan normal dah) aku rasa boleh rosak gambar sebab menyengih kalah kambing..Muahaha
Nampak poster je pun dah kepanasan..huhuhu..excited dah nie. Jalan pusing2 as usual la kami…jalan je..agak2 blur tanya orang. Orang yang aku pilih untuk ditanya tu sedang menyusun sampah..tahniah! Anda bertuah...hehehe..Maka, bertanyalah aku. Huk alah, yang keluarkan sampah pun muka hensem..acamane tu?
Ok la tu..dia paham soalan aku & boleh cakap left,right,straight sudah..
Nie nak tanya ni, satu persoalan aku...bagi orang yang selalu meninggalkan direction kenapa korang kasi landmark yang tak berapa nak landmark? Firstly, terima kasih sebab kasi direction, sangat dihargai..
Tapikan...masalahnya bila dia kata carik Citibank.Ok..kami jalan2 jumpa Citibank, tapi tak jumpa landmark seterusnya. Jalan2 lagi..kat depan pun ada Citibank, nie pun ada Citibank..Mana satu nie? Jumpa, tapi sebelah kanan pun ada sebelah kiri pun ade. Ini menyebabkan kitorang sampai ke Magrib berpusing2 kat kawasan nie.
Kami dah sampai FNC...nampak tak betapa tenangnya depan FNC.
Akhirnya jumpa jugak FNC Entertainment..Sape tak kenal memang tak patut…CNBlue ada, FT Island ade. Tapi yang kami konpius nye adalah takde pun fan gather kat depan gate FNC. Kat tepi tu ada 2 orang budak perempuan, itu pun tak tau fan ke staff ke atau tu budak2 yg rumah dia belakang FNC..
CNBlue xde kat Korea...Poster je ada..Pun bolehh
Maka, mengambil gambar la kami depan gate, depan poster. Dengan ditemani CCTV FNC tu, settle amek gambar. Tunggu la jugak kot2 mana2 rookie ke trainee ke keluar, xde jugak. Memang bangunan dia gelap pun..Hmm..diorang dah balik kot.
Nampak tak aku disebalik fans tu...Nak amek gambar pun punya berpusing2 aku..
Pastu berjalan sampai la ketemu SM Entertainment. SM uolss SMMM…The one and only SM. Sekali amek koo..ada la dalam 30 orang fans dok tunggu kat luar bangunan dia. Kitorang pun join the crowd wlaupun blur.
Kereta datang..step one kasik ruang kereta park.
Step 2 rapatkan diri anda ke pintu pastu snap gambar retis tanpa tau sape ntah dalam kereta itu.
Bila ada satu kereta datang & ada artis keluar, diorang akan rapat2 & snap gambar banyak2 ala-ala paparazzi…Cik3( tu bunyik flash kamera tau..sound effect sikit la..) pastu baru tanya, tadi sape tu?? Tapi xtau sape..Xnampak sangat muka sebab dia cover muka..Motip sangat kan..
Sesi ramah mesra dengan international fans kat SM Entertainment.
Pastu ada 2 orang foreigner nie. Aku dengan Haq berbual la sikit2 (Actually Haq banyak berbual..den menyampuk sikit2 je). Diorang dari Spain & further study kat Korea. Sorang tu memang hantu K-pop ( peminat Heechul, EXO & TVXQ jugak) dan sorang lagi biasa2 je. Diorang study language kat sini. Yang budak Kpop tu reason dia datang belajar sini sebab KPOP..Respon kami…oseeemmm…demi KPOP, sanggup berhijrah ke Korea. Dah 3 bulan kot diorang kat sini
Pastu berbual la tanya kami dari mana, minat sape. Bila Haq cakap dia minat Donghae, terus dia cakap tadi Donghae baruuu je keluar. Baru 10minit…Huwaaa….kuciwa la si Haq sebab terlepas tengok buah hati live depan mata. Pastu budak tu panggil kawan Korea dia tunjuk video bila Donghae keluar..Mesra tol siap lambai2 kat fans. Masa Donghae keluar tu ktorang mungkin kat FNC lagi.
Pastu aku pulak cakap aku minat TVXQ..Pastu respon dia pulak..hukkkk…TVXQ?? 5 or 3 or 2?? Sambil suara cam terkejut pastu nak ckap pelan2.
Aku cakap DB5k la kan aku minat..as 5 makna nye..thats when they are at their best…dia kata ok2..Good2..Confius aku..mungkin isu camne Cassie boleh split untuk sokong TVXQ or JYJ still isu panas kat sana. I can only imagine how sensitive this issue still in Korea.
Adah & Dila sudah retreat dan rehat kat park depan SM. Aku dengan Haq meneruskan misi kami. Kelihatan budak2 dari Filipina pulak. Pun ajak borak sikit2. I like!…International fans is so friendly..Kelakar la budak Filipina tu..sikit2 Oh my god…lepas setengah minit..oh my god…sat lagi…oh my god…Xpercaya kot dah sampai SM & nampak artis depan mata.
Tak lama lepas tu Victoria keluar, lepas tu Sulli keluar..Perkara sama jadik, diorang akan rapat ke kereta, kasi ruang sikit untuk gerak & snap gambar tanpa henti…Bila Victoria masuk kereta, diorang cam mesra plak dengan Victoria siap unnie..unnie…bye2..Tata semua.
Menanti dan menunggu seperti biasa. Keadaan tenang. Dengan fans semakin ramai, dengan budak sekolah still in their school uniform. Semua budak perempuan je la. Staff keluar masuk amek food delivery diorang.
Pastu amek gambar kat pondok guard dia..Dia punya guard pun good looking jugak…acamane tu?? On wifi tapi xdapat connection, tapi ada SM punya wifi..Harus di print screen sebagai bukti sahih kehadiran aku di bumi SM Entertainment.
Hahaha...ko ade dapat Wifi kat SM Entertainment?? Ha...nanti aku mintak Yunho password dia ape..
Amek gambar depan SM Entertainment sign..aku punya la takut terlanggar Korean fans siap pusing2 lagi. Almaklum dengar cerita mereka agak protective dengan oppa2 mereka & aggressive. Takut la terlanggar bahu dengan diorang, ada kena sepuk..Haha..tapi setakat yg jumpa tu x extreme sangat la.
Dalam 9.30 malam kitorang pun bergerak la nak balik semula rumah dengan hati risau. Sebab esok nak kene check out tapi kalo boleh nak stay lagi 1 nite at guesthouse tapi aku tak dapat contact Yong. Plan untuk bermalam di jimjilbang telah kami cancel kan. Oleh itu, esok xtau nak tidur mana...
Perjalanan pulang Apgujeong - Wangsimni - Dongdaemun- Hyehwa malam tu. Jumpa Angelica dan cakap nak extend satu malam lagi. Alhamdulliah ok & kitorang bayar lagi balance utk 1 hari.
Sekian dulu kembara untuk hari ini.
Nota Kaki
Seterusnya disini --
No comments:
Post a Comment