Day 2, 24 May 2014
Hari dimulakan dengan bangun awal.
Disebabkan kami duduk bunk bed, Adah dengan rela hati kejutkan kami dengan bangun sambil melanggar siling bilik. Terkejut semua orang sambil diiringi dengan alarm EXO Overdose.
Kami Overdose Korea..help..help |
Disebabkan kami confuse, set alarm Subuh pukul 5.
Setelah dibaca, rupanya masuk waktu Subuh pukul 3 pagi dah..Subuh gajah la jawabnnya. Tapi 1st day Korea adalah the only time kami bangun awal iaitu pukul 6 lebih.
Hari hari kemudiannya semua asyik la terlajak je.
Pagi tu breakfast dengan roti dan tuna serta air panas.
Lepas tu masak telur rebus, sup cendawan dan kari ayam buat bekal tengahari nanti.
Nie kira makan buat sendiri paling mewah la nie.
Sarap di Korea. |
Keluar pagi2 tu aman je.
Kedai tak bukak lagi.
Cuma ada lori hantar bawang, kubis ke kedai makan situ.
Pastu orang berjalan nak ke tempat kerja atau tempat belajar kot.
Gambar ni diambil untuk tunjukkan ambulans kat Korea. Motip sangat kan. |
Selain bawak bekal makan, kami masing2 bawal bekal air dan bekas cebok.
(Hehe..nama kena praktikal )
Melalui subway mereka untuk ke exit atau tukar line, antara benda yang kami perasan adalah didinding2 dia ada art. Macam painting, sculpture dl.
Ada jugak advertisement tapi tak la penuh dinding.
Saya mendapati bahawa mereka menghargai art. Various form of art to enjoy.
Terleka sekejap main kanta cembung disini. Snap sana-sini. |
Keluar je exit, kami telah sampai itu istana..
Ceh..banyak je orang Malaysia kat sini.
Mintak tolong amek gambar la jawab nye.
Elok je pusing- pusing sebelum masuk istana, ada pengumuman ada changing guard ceremony.
Wah..happy terasa. Masa tu dah redha kalo tak dapat tengok ceremony.
Tapi rezeki kami, timing baik. Dapatlah tengok upacara tersebut.
Masa sibuk amek gambar dengan guard dia yang tinggi tu, guard tu kasi hentak itu kayu yang dia pegang sekali. Terkezut aku, siap Oh My God! tau.
Changing guard ceremony. Soalan jujur, misai diorang tu tak original kan? |
Habis tengok ceremony, kami masuk istana selepas bayar fee 3,000W sorang.
Kami cuma pergi istana nie sahaja walaupun banyak istana lain.
Sebab, nie istana paling besar, kira berbaloi la bayar 3,000W tersebut.
Di Korea ada banyak bukit. Rumah pun atas bukit. Stamina kena mantap nak memanjat ni. |
Berpusing-pusing la kami kat dalam kawasan istana tu.
Pastu tengok banyak je budak budak sekolah pakai baju pengakap buat school trip.
Cikgu dia bukan main yakin dan semangat terangkan mengenai istana tu.
Dah nama budak-budak takde maknanya diorang nak dengar.
Kitorang nie pulak tolong dengarkan walaupun tak faham.
Sedang melepak tepi istana, (ayat macam hari-hari je duduk istana)
aku didatangi oleh budak pengakap tadi.
Dia speaking tanya where are you from? what is your name? pastu aku cakap la Nabila.
Ahh..susah pulak dia nak menyebut nye.
Pastu mintak aku tulis nama aku dalam hangul kat kertas dia..alamakk.
Isyarat SOS dihantar…Adah meh ko sekejap.
So, Adah pun tulis kan la nama dalam Hangul & siap kenalkan lagi.
Tak lama pastu, budak pengakap balik sebab nak ambil gambar sama-sama.
So sweet..Haha
Cerita tragis yang berlaku adalah aku sama tinggi dengan budak sekolah rendah tersebut.
(Sama tinggi ke sama rendah ek?)
Kami makan dibangku inilah. Dibawah pokok, menghadap tasik. Oh feeling habis. Abaikan je orang lalu-lalang kalau tak mahu kelaparan. |
Mencari port untuk makan. Ingat nak makan bawah pokok.
Tapi nanti berebut makanan dengan tupai pulak.
Jumpa pulak tempat jual souvenir.
Teknik gabung & pecah digunakan semasa beli poskad.
Teknik poyo adalah untuk menjimatkan kos.
Beli sekotak poskad, pastu split dua. Jadi, harga pun split dua.
Usai makan tenghari menghadap tasik dan pavilion dalam istana
( ko mampu piknik dalam istana…)
kami terus berjalan ke belakang, nak tengok istana lain
.Alang2 dah bayar, semua tempat nak pegi. Dalam perjalanan, ternampak tempat photo shoot yang cantik. Maka menyinggah la kami. (masa nie dah pandai guna self timer dah..hehe)
Tamat cerita Gyeongbokgung Palace.
Kemudian kami melintas jalan menuju King Sejong and Admiral punya statue
Pastu kami konpius…ramai gler pegawai polis siap pakai shield bagai.
ramai gler as in beratus2 orang. pastu ada ramai lagi yang ready dalam bas polis diorang.
kitorang yang konpius nie pun jalan2 je sambil amek gambar.
Jalan depan lagi..berhenti belakang Admiral punya statue sambil tulis poskad sebab tengok kat map tak jauh dari pos office.
Pastu jalan menuju pos office. dengan confident nye nak beli setem. sekali hari minggu daa.
.pos office tak bukak.
beli setem 700w kat GS25 sebelah pos office
dan selamat menghantar poskad dengan beli roti& jajan lagi.
Jujur, gambar nie nak snap gambar poodle kat sebelah sana tu. Siap telinga dia dye warna pink, comel sangat. Tapi termasuk pulak dalam gambar couple tersebut.Hehe |
Jalan2 lagi…kami mencarik stream tu..jumpa jugak..kami pun turun dah lalu la kat stream
semua orang melepak2 kat situ..
lepak sekejap pastu cross the stream sebab nak carik KTO
ikut map tak jauh pun..kami pun jalan…sampai jumpa.
Dekat KTO melambak orang Malaysia. kami singgah solat.
pastu pinjam bilik air.
baik je settle urusan bilik air, segerombolan rombongan China datang
haha..nasib baik tak bertembung diorang, kalo tak beratur nak guna restroom.
pastu kasik orang reda sikit dalam KTO, baru kami amek map lagi
(aku la tu..suka amek map banyak2, buat memberat bag je..tapi nampak tak niat tuu..
nak repeat Korea la), pastu bergambar kat K-star gallery ( dengan Yunho ade, Rain ade…)
re fill air jugak. ada free international call ( tapi xdapat call Malaysia),
free internet & komputer (Tak bawak external hardisk, kalau tak dah boleh transfer gambar)
Bertanya lah kami macam mana nak ke han river.
actually han river adalah yesterday punya plan.
tapi sebab lambat sampai, plan tu ditangguhkan.
Sebab hari ni punya itineari dah siap, kami decide nak gi han river plak.
Maka, staff dia kata turun kat station yeuinaro.
aku pun tengok map. oh..satu station b4 station yang aku reasarch iaitu yeuido.
aku set nak turun yeuido sebab nak wat camni..turun yeuido, lalu yeuido park,
sampai kbs, pastu jalan sampai han river.
Tapi sebab nak gi han river je, dia kata turun yeuinaro
and the nearest station adalah hwanghamun exit 5, line 9.
Kemudian, keluar lah kami dari KTO sambil makan roti menuju subway.
Untuk ke Exit 5 tu kena lintas jalan. Melintas la kami..
Bila melintas jalan, semua orang pun lintas.
Masa tu kitorang masih nampak kawan2.
Dah sampai hujung tu, jeng..jeng...jeng..tiba2 tak nampak dah kawan2 lain.
Adoi, dah terpisah pulak.
Takpe2, aku tunggu tepi jalan jelah sebab station tu kat sebelah je.
Tunggu punya tunggu, tak nampak pun kelibat diorang.
Aku pikir mesti diorang dah masuk subway kat bawah.
jadik, aku pun turun la nak carik diorang. pusing2 tak jumpa jugak..
ah sudahhh….mana korang pergi weii…
time tu la wifi xdapat…time tu jugak la handphone aku kong..
pasang powerbank pun xdapat nak on sebab dah xde bateri langsung.
Aku pun naik balik tunggu tepi jalan. xde pun korangg...pusing2 kat atas,
pastu pusing2 kat subway bawah..pastu keluar balik…
kesimpulannya….xjumpa koranggg jugak!!!
O.M.G...aku dah lost in Seoul pulak..Aku ingat kat Melaka Sentral je aku boleh sesat..
Oleh itu, aku pun terpaksa menenangkan diri sendiri
sebab aku memang sense of direction macam line astro time hujan
kekadang clear, kekadang xdapat langsung.
Aku pun pikir balik, kalau macam nie ada 2 je option yang logic sebab option lain dah out.
Option dah out adalah jumpa balik kat tempat last kitorang jumpa iaitu tempat lintas jalan tu.
Tapi tak jumpa.
Option next adalah jumpa kat station yang sepatutnya kitorang jumpa iaitu Hwanghamun Exit 5.
Pun aku dah tunggu takde jugak.
Masa tu, 2 option lagi adalah aku pergi tempat yang ktorang sepatutnya pergi
iaitu Han River atau aku balik semula guest house.
Disebabkan aku takde map subway (ada pada Haq)
and app Jihacul xboleh bukak (handphone dah kong..
time tu la nak abis nyawa handphone,
aku pun carik information center cakap aku nak pegi hyehwa.
Dia pun kasik map pastu cakap you here, you go here
oh..straight je line dia..ok2..which way, which exit..ok2..maklumat diterima..
aku pun jalan nak carik belah mana aku nak naik subway…
pastu nampak satu pak cik tu nie pakai selempang merah ada tanda !.
Pastu tanya lagi..Boleh speaking uolss..Pastu dapat la aku arah mana nak pergi.
Pastu aku pun pegi la dari Hwanghamun ke Hyehwa.
Dalam subway aku pun alert la stop ke berapa, berapa station lagi,
pintu belah mana, nak transfer mana.
Tiba2 jer...betul..tbe2 je aku boleh paham map subway,
maksud exit tu signboard kuning,
kalau nombor tu warna lain2 sebab tu line lain boleh transfer.
Nak tau train tu ke mana tengok last station dia & next station ke mana.
Ceh!! Boleh pulak aku paham map dia nie…
Dah pandai baca, dah paham arah mana barulah mata aku melilau tengok keliling.
Baru perasan kat tempat tunggu train tu kalau ada simbol wheelchair
tu makna nya tempat orang kurang upaya dengan orang tu.
Maka kalau duduk sit tu memang kena tarik la jawabnya.
Nie pun ada kisah jugak..kawan2 sila cerita ( sambil menunggu Dila cerita..haha)..
Terus trauma nak duduk dalam subway
Pastu nampak sekumpulan budak2 perempuan
dengan sorang kawan dia baru buat plastic surgery tang idong.
Selamba je dia keluar dengan kawan2 dia.
Gamaknya mereka bangga bila buat surgery, bukan nak sembunyi pun.
Sambil memerhatikan orang Korea nie
Antara benda dalam subway yang bagus tang Korea adalah
# tempat yang ada sit orang tu dia dah buat tanda siap2 kat tempat beratur tu,
so kalau ko tak berapa nak kurang upaya, takyah beratur situ
# diorang akan beratur lurus ditepi pintu supaya orang dalam boleh keluar dulu,
xde la block orang bagai
# dalam subway ada tempat letak beg belah atas xde la penat tangan pegang barang
# dalam subway ada tempat parking basikal untuk galakkan rakyat mereka berbasikal
tapi certain subway je la ada macam to&fro Nami Island
Akhirnya aku sampai Hyehwa station dan aku keluar guna Exit 4.
Pergh…bapak banyak tangga…tangga uolss..bukan semua escalator.
Gigih aku menapak sampai keluar Exit dan sampai rumah.
Oleh itu, lepas ni keluar guna Exit 1, escalator je.
Exit 4 tak yah lintas jalan tapi tangga semua,
Exit 1 lintas jalan sikit tapi bergerak guna mesin je
Kan ke jimat energy tu.
Sampai guesthouse Yong ada. Dia pun tanyalah mana kawan2.
Aku cakap la aku sesat. Cehh…dia gelakkan je aku..
Aku dah penat nak bernapas nie..
Mintak spare kunci dia untuk bukak kan pintu.
Masuk bilik, bukak stoking, on wifi.
Tanya la diorang kat mana.
Pastu kami decide untuk jumpa balik kat tempat sepatutnya jumpa iaitu Exit 5.
Pastu aku cakap kalau tak jumpa jugak tunggu depan King Sejong.
Maka, aku pun tarik nafas balik, pakai stokin, keluar balik.
Dalam subway xdapat line dah.
Sampai station, aku pun tunggu kat depan station hwanghamun.
Masih tak jumpa diorang. Carik kat dalam pun xde..Pusing2..xjumpa lagi.
Argghh..pastu aku pegi la lintas jalan semua pegi depan King Sejong
…alaa…xde jugak..duduk la kat situ dapat internet..t
anya kat mana..aku tunggu kat exit takde,
jadik aku tunggu korang kat sejong begitu la wassap nya.
Haq pulak xdapat line.
Aku pun pusing2 lagi dekat sejong.
Pastu nampak ada a few man macam xpuas hati dengan polis & nak gaduh dengan polis.
Masa balik dari KTO tu baru kitorang agak2 paham la kenapa banyak polis.
Sebab ada macam demonstration untuk tragedy Sewol.
Actually pergi mana mana pun akan nampak reben kuning which symbolize Sewol tragedy tu. Diorang nak buat demonstrasi, tu yang beratus2 anggota polis dikerahkan tu.
Orang bawak banner, ikat tali kuning la, sepanduk la.
Pastu tiba2 sepasukan polis yang dok stand by kat tepi aku berlari2 pergi tempat yang macam ada orang nak gaduh tu.
Aku dah konpius dengan ngeri pun ade.
Den nie tak bersalah, den sesat jalan je.
Den xnak masuk Buletin Utama,
rakyat Malaysia terlibat dalam demosntrasi dan kena tangkap kat Korea.
Headline tuuu…
Demonstrasi...dengan sepanduk semua...skrin besar...Polis kiri kanan..
Lepas tenang sikit polis2 tu, aku pun pusing2 lagi..
Baru nampak Adah & Dila.
Adoyaiii….misundertanding sangattt la kami nie..
Kisahnya adalah, aku tunggu kat station Hwanghamun Line 9, Exit 5.
Diorang pulak tunggu kat station Hwanghwamun Exit 9 yang memang berada di Line 9 tu.
Paham dak? Kan ke lain pintu tu ktorang tunggu tu…Sampai subuh esok pun xjumpa..
Tapi moral of the story adalah semua orang tiba2 pandai baca map
& faham maksud Exit dan Line.
Masa aku sesat nie pun diorang sempat membeli belah lagi..hehe
Akhirnya kami sampai ke Han River melalui Yeuinaro station.
Terus keluar dan membeli sotong. Sotong bakar ada, sotong leper ada, sotong madu pun ada.
Sotong leper ada, sotong bakar ade..sotong manis pun beli..Makan sampai sengal mulut
Kami pun jalan la straight.
Ada cotton candy, makanan yang kat skewer tu.
Pastu ada makcik jual tiket naik cruise kat han river tu..
Sebab cruise mahal, kami decide tengok Banpo Bridge Fountain kat tepi sungai je.
Stop jap tengok magic show, pasti sampai ke dek han river.
Niat di hati nak naik basikal, tapi xtau kat mana tempat nak sewa,
pastu ingat kan sewa sampai pukul 7 je..tak jadik la carik basikal.
Dah nak malam dah waktu tu, nanti kat nami jela sewa basikal.
Jadik, kitorang pun duduk la tepi sungai sambil tengok orang busking,
sambil sakit mulut makan sotong .
Best woo…dapat angin petang sejuk2, lepak2, busking, makan2..
Busking tepi sungai...fefeeling uolss..
Tunggu punya tunggu sampai pukul 8 takde pun fountain nye
.Ktorang pun jalan la sebab nak carik toilet.
Dah jumpa toilet, ktorang decide stay sampai pukul9.
Takde jugak kitorang balik.
Jalan nak balik tu, ktorang lalu jalan lain.
Nak adventure katanya. tadi pergi station lain, nak balik mesti ada station lain sebab ktorang dah menapak jauh.
Sekali baru jumpa tempat sewa basikalnya..
Ceh..jauhnya nak carik tempat nie.
Pastu Haq tanya satu pak cik nie mana Banpo tu..
dia kata tempat tu 4km dari sini….4km????
sampai esok tunggu pun tak nampak fountain tu sebab jauh sangat.
Ceh…takpe la..kita balik je la..dah pukul 9 lebih dah time tu.
Ktorang decide nak pegi dongdaemun malam tu.
dongdaemun hari lain sebenarnya, tapi itineari kan buat sendiri,
jadi flexible je bila nak tukar2 nie.
macam pergi han river nie pun 1st day punya plan tapi buat hari nie.
Maka ke dongdaemun la kami semua untuk bershopping.
Keluar exit mana ya time tu?
Tapi tu bukan the nearest exit untuk ke Dotta Complex yang sering dikatakan rakyat Malaysia
Tapi kami pun macam biasa..jalan je..
Tips bila kita tak tau sangat jalan adalah, jalan je straight..
Straight je..pastu ktorang dah nampak complex tu.
Terus je naik tingkat yang dinyatakan dalam itineari tu..Jalan2 pastu jumpa.
Aku masuk je kedai tu terus kedengaran..
Selamat Datang..masuk la..kedai jimat jee…murah jeee…
Ehhhh….pandai pulak budak korea nie speaking melayu..
Kemain lagi dia…ktorang pun confident la masuk..
Dah pandai cakap melayu apa lagi…
tawar menawar dalam BM ler..
rupanya nya mak, ayah dengan maybe adik lelaki dia pun semua pandai cakap melayu..
Tawar camna pun tak dapat lagi murah dah...
tapi bila ktorang pegi tempat lain, memang susah nak dapat semurah itu..
Kena tengok kualiti kain jugak.
Pastu barang lain macam bookmark, keychain pun lagi murah
dari tempat lain macam Gukje Market.
Dia kata beli banyak nanti boss kassi free gift..ok..call!!
terus ktorang memborong kat situ..pastu kepenatan
sampai terduduk2 kat lantai, mintak kerusi bagai..
sampai handphone jatuh pun xperasan ( sila lihat Adila..haha).
Harus la borak tanya macam mana pandai cakap Melayu.
Dia kata belajar dengan customer jee….
tak habis2 dengan jee dia…ntah sapa la ngajo nye tu.
Pastu boleh ada kelas mengajar bahasa melayu kat situ..
terpulang tu negara mana? Malaysia..terserah tu negara mana? Indonesia…
Aku dah settle beli barang dah (al maklum komitmen xbanyak, famili je belikan)
time mereka masih memikir sape, nak kasik hadiah ape, saiz badan berapa?.
Maka aku pun terdengar la budak perempuan dengan adik lelaki dia ngumpat sape ntah…
tapi yang daebak nye, diorang ngumpat dalam bahasa Indonesia…haha…lawak tol!.
Mak ayah dia pun cakap dalam Indonesia.
Pastu ada satu lagi lawak bila si Dila punya la banyak beli
sampai dah tak pandai kira dah..35,000 won tu berapa keping ye?
Haa..yang nie mintak tuan badan sendiri cerita..haha
Setelah aku duduk dan settle pilih barang pastu baru aku terpikir…
.weiii….sekrang pukul brape?? Last train pukul brape??
Ktorang tadi sampai Dongdaemun pun dah lewat dalam pukul 9 camtu…
Sekali trngok jam dah 11.30..
2jam lebih kat satu kedai je tu.
Tanya tuan kedai last train pukul brape? dia kata tak tau…pukul 11 kot…
ape lagi…ktorang pun terkejar2 la nak kira semua..anyway…
ingat bos nak kasik free gift ape..tshirt free sorang selai ke…rupanya dapat kipas korea…
Ok la jugak tu…free ma..lagi satu..dia kata kedai dia bukak sampai 5am.
Kalau ada transport balik, dah tentu ktorang tak balik lagi malam tu
Lepas tu bermula la aksi kejar mengejar,
lari macam apa dengan tangan penuh kiri kanan dengan sorveniour.
tiba2 rasa macam PATI yang lari kena kejar imigrisen je..
Akhirnya sampai stesen dan berjaya naik among last train dia..
actually tak jauh pun dongdaemun dengan hyehwa.
satu station je..
tapi sebab ktorang tak pernah jalan kaki waktu siang dari hyehwa ke dongdaemun..
so kami tak try la malam tu..dengan beban angkatan brape kg tu.
maka, berakhirlah perjalanan kami untuk hari tu dengan last train tu…
(xde gambar langsung kat doota sebab masing2 dah lupa daratan..haha)
Nota Kaki
- Print atau print screen je waktu solat
- Belajar la cara baca kompas nak carik arah kiblat kalau tak bawak kompas kiblat
- Bawah Admiral punya patung ada macam muzium free katanya. Boleh singgah kalau ada masa.
- Semua orang kena ada map subway. Tandakan nearest station tu guest house and tahu nak pergi mana after this and which station patut pergi and what exit patut keluar. Tak boleh harap orang lain, kot tersesat ke, atau orang lain salah baca map or silap turun station ke
- Untuk cenderamata, senaraikan orang yang korang nak kasi hadiah beserta saiz kalau nak kasi tshirt & bajet kan duit
Seterusnya disini--
Perbelanjaan Keseluruhan (TQ Adah!)
No comments:
Post a Comment