Backpacking KL-Korea Day 1 (Incheon - Hyehwa - Naksan)



Hari Pertama di Korea 23 May 2014.

Selepas 6 jam lebih dalam perut kapal terbang, kami selamat mendarat di bumi Korea. Sampai lambat dari expected time.

Sampai di Incheon Airport, baru rasa real & blur.Setelah ditenangkan fikiran dan dapat berfikir, misi pertama adalah cari convenient store. Tujuannya adalah beli & topup T-Money (macam TouchnGo) dan beli banana uyu ( banana milk).

Basic T-Money adalah 3,000W & kami topup 20,000W. Juga beli banana uyu 1,300W. Macam-macam perisa ada.

Misi kedua adalah pergi ke guest house. Kami opted untuk naik limousine bus. Setelah puas berpusing (padahal dekat je),kami jumpa & tunggu bas di gate 12 A.

Inilah rupa bus tersebut. Selain bus, korang jugak boleh naik train.

Kami naik bas nombor 6011. Kalau nak lebih baik, semak dulu jadual perjalanan diorang. Boleh bajet masa supaya tak perlu tunggu lama-lama.

Route perjalanan bas 6011.

Stop kami nombor 10 iaitu Sungkyunkwan Scandal. Eh, silap. Sungkyunwan University di kawasan Hyehwa. Kos 10,000W seorang. Tolak guna T-Money saja. Ada pak cik teksi offer 80,000W. Oh tidak mengapa, thank you.

Inilah rupa driver bas diorang. Smart kan?

Sambil tunggu bas, kita menggunakan Wifi free airport untuk maklumkan orang kampung bahawa kami dah selamat mendarat di Korea. Bus sampai. Ada dua tiga orang ahjussi akan bukak tempat letak barang dan tampal stiker pada beg kita ikut tempat mana nak turun. Penting ni, supaya driver boleh pastikan kita turun kat tempat yang betul.

Lewat petang kami mendarat. Selamat petang Korea!

Perjalanan jauh bermula dengan kami melalui jalan2 di Seoul. Mula la kelihatan jalan raya Seoul yang banyak lane itu dengan takde divider di tengahnya. Katanya supaya mudah bila nak parking jet pejuang atas jalan raya.

Logik jugak dalam drama diorang suka buat U-Turn sesuka hati. Jalan diorang luas & banyak lane.

Kemudian, mula kelihatan rumah2 dengan jalan sempit, one way & hilly yang kita biasa tengok dalam drama. Sambil dalam hati berdoa & yakin kan diri bahawasanya saya dah book guesthouse yang tak hilly & jalan flat. Kalau tak, naya la nak memanjat bukit balik rumah hari-hari.

Dalam bas.

Bas kami lalu kawasan Ehwa Universiti. Waa..banyak nye orang belia muda.  Dalam bus masing2 sibuk pandang kiri kanan sambil memberi ulasan.  Dah nak dekat stop kami baru ada Chinese ni tanya kami stop mana. 

Hukk..Malaysian rupanya.Awat tak habaq awai2? Kita ni mana la tau hang dari mana. Bila cakap tau Chinese tapi mana la tau dari Tanah Besar ke, Macau ke Taiwan ke. Huhu..

Sampai di stop kami,, turun tunjuk stiker & pilot akan amek kan beg.  Aku pun terus la nak sorong beg aku ke tepi, sekali dia jerit..Stoppp…stop.Oh, dia nak check betul ke beg aku & stop aku. Ok..clear dah.

Seterusnya, kami pun mula mencarik dimana letak nya guesthouse kami berpandukan direction & map yang diberikan. Tak jauh pun dari stop kitorang & kami disambut oleh Yong, owner Korea Central Backpackers.

Korea Central Backpackers

Lama duduk sini. 6 hari jugak. Nice. Berpatutan dengan bajet kami. Settle semua payment, kami solat dan makan maggie. Tak sempat lembut lagi maggie tu aku dah ngap. Lapar wei.

Masa makan tu, ada staff Yong (yang sampai ke hujung tak tau nama sapa) tanya, kami plan nak kemana. Kalau ikut plan asal iaitu kalau sampai dalam pukul5 kitorang nak ke Han River. Tapi dia kata pergi malam tak best.

Malam pertama di Korea.Jalan-jalan waktu malam.
Sejukk je rasa.

Dia cadangkan kami ke Naksan Fortress, katanya dekat je dengan guesthouse. Kira walking distance takyah naik subway semua. Dia siap search kan map guna streetview & kasi direction. Dengan direction se simple lintas jalan, jalan straight sampai jumpa park pastu lalu park tu straight je sampai jumpa. Yakin sungguh beliau yang kami tak akan sesat.

Pic credit: dailyopinioninternational.
Inilah rupa bbopgi tu.
Ejaan adalah ikut sedap mulut je. Harap maklum.

Kami pun mula berjalan. Tepi2 jalan ada mak cik, pak cik bukak gerai kecik2. Dah jumpa gerai bbopgi. Tapi kitorang tengok je & teruskan berjalan. Balik malam tu, malang nya kedai ni dah tutup. Sedih..sampai ke Busan tak berkesempatan jumpa kedai macam ni lagi.

Pastu rasa macam dah jumpa park yang dimaksudkan. Macam ada acara untuk memperingati tragedi Sewol dengan reben kuning tu. Masa nie memang tak tahu jalan. Jadi, kita jalan straight je la kan.

Akhirnya, jumpa jalan yang berbukit sikit. Inilah tanda kami berada kat bawah Naksan. Adoi..dah nampak dah masa depan kami. Agak kelam disitu dengan stamina yang tak berapa nak ada.

Selepas mendaki jalan berbukit, kita naik tangga pulak ye.
Stop kat mini mart beli air dulu na.

Tapi, setelah bersusah payah, berpenat lelah, kesemputan dan ketiadaan nafas, kami berjaya sampai atas. Penat tapi berbaloi bila tengok view dia.

Seoul night view.

Sempat jadik Jakik kata budak2 nie. Jumpa jugak tempat senam yang selalu keluar dalam drama tu. Senam sekejap  Rupanya, Naksan nie adalah famous dating spot. Patut kiri kanan couple.

Aktiviti malam kat sini adalah bersenam & berdating.Sila pilih option anda.
Kami pilih Dan Lain-Lain..hehe

Kat atas nie, banyak pulak inside jokes yang kami buat. Statement berikut perlu dicoret supaya tak lupa.

Statement sambil mendaki bukit adalah hati2..sebelah kanan anjing, sebelah kiri babi. (takde unsur rascism ke ape ye..sebab dah betul orang bawak anjing sebelah kanan, kedai makan serving pork sebelah kiri)

Statement Adah..gunung sanggup didaki, laut sanggup direnangi..inikah pulak gunung daik bercabang tiga daki pakai high heels..no hal la..demi cinta katanya. Kelas mengajar bahasa Korea kat Dila iaitu perkataan "Pang" Dan kekeliruan samada kata menyelusuri atau menuruni bukit.


Nak menuruni boleh menyusuri boleh, menggelungsuri je belum buat lagi.

Dah selamat sampai rumah malam tu dok selak-selak map baru nampak Naksan Memang recommend place pun. Dan juga merupakan lokasi penggambaran cerita King2Heart. Wow.

Feeling Princess atas bukit nie.

Rasa berbaloi menapak sampai keluar semua peluh bila dapat tengok pemandangan Seoul di malam hari macam ni. Kagum pun ada sebab Naksan City Wall ni terletak ditengah-tengah bandar. Angin dingin malam-malam memang best.



Memetik kata-kata dalam blog lain "Naksan Fortress Wall is arguably one of the most beautiful and UNEXPLORED place for foreigners in Seoul".

Nak balik semula, kami pun tak tau kami dah jalan sampai mana. Nampak exit mana ntah, kami pun masuk.Pusing-pusing blur. pastu tanya mak cik cleaner camna nak balik Hyehwa. Dia pun cakap (kitorang agak je dia cakap apa sebenarnya) kitorang naik je subway tu.

Tengah bersoal jawab nie,ada satu mak cik nie tanya “may I help you”. Oh yes…ini yang kita mau. Dia kata dekat je nak ke Hyehwa tapi takut kami susah dia kata the easiest way naik je subway  pastu bila sampai station Hyehwa tu keluar je.

Dalam misi mencari subway station sebab tak tahu jalan balik.

Jadi malam tu kami pun mulakan 1st trip guna subway. Dalam subway ada satu pak cik siap berkot tanya Malaysia? Nae…pastu dia tanya dah jalan ke mana (Nie semua conversation yang ktorang agak2 je dengan little Korean yang kami paham).Cakap la Naksan. Pastu dia tanya best tak. Pastu cakap very nice..Hehe..Confident je berbual.

Siap offer ambik kan gambar kami dalam subway lagi. Terima kasih Ahjussi & Ahjumma tadi.

Lepas satu stesen, sampai la kami kat Hyehwa. Singgah cafe untuk beli roti. Juga GS25 untuk beli roti & telur nak masak esok.

Dan berakhirlah perjalanan kita pada hari pertama di Korea!


Nota kaki:
  • Sebab 1st day pakai DSLR, didapati bahawa kebanyakan gambar tak lawa & goyang. Sila praktis guna kamera ye.
  • Rugi bila kita pergi ke satu tempat dan tak tahu kisah dan sejarahnya. Kurang hargai. Bila balik dan baca baru tahu tempat tu best. Search interesting places sekitar guesthouse yang walking distance. Kalau ada plan cancel, boleh pergi tempat tu.
  • Hubungi guesthouse & maklumkan bila expected time korang sampai. Aku rasa Yong tunggu kami seharian kat guesthouse. Rasa bersalah pulak. Kalau korang ada KakaoTalk ke lagi mudah nak inform diorang.
  • Tempat walking distance yang kami tak sempat pergi adalah Sungkyunkwan University dan tempat shooting tangga dalam cerita I Miss You (sorry Yoochun..nanti aku carik ye). 
  • Hyehwa-dong ada banyak mural painting, ada masa korang boleh pergi cekidaut.

Seterusnya disini --

No comments:

Post a Comment