9 Street Food di Korea

Sepanjang 8 hari di Korea, banyak je sebenarnya street food yang kami makan. Street food yang dimaksudkan disini adalah  makanan yang dijual di food cart atau stall oleh makcik pakcik. (Hmm..tak pernah pulak jumpa orang muda jual kat stall..baru terfikir).

Mostly adalah fried atau goreng dengan makanan yang tidak mendatangkan was-was pada kami. 
Mari menonton gambar Korean Street Food yang sempat kami cuba.

1) Hotteok - 호떡

Hotteok di BIFF, Busan Korea
Hotteok adalah pancake yang digoreng dan dikatakan sebagai winter snack ( tak winter pun ada) 
Bayangkan makan panas-panas waktu winter or rainy day..Oh..pasti berganda kesedapannya.

Pancake dibuat dari gandum atau tepung beras pulut dengan original stuffing iaitu gula perang dengan seed macam kuaci dengan kacang.

Harga: 1,000w a piece
Rasa: Sedap (2 kali beli)
Tempat : BIFF di Busan

2) Egg bread aka Gyeranbbang– 계란빵

Egg bread di Myeongdong, Korea
Roti bahagian bawah tu a bit sweet dengan sebiji telur diatasnya. Gyeranbbang jugak termasuk dalam kategori winter snack.

Harga: 2,000w
Rasa : Sedap & kenyang ( Nie pun 2 bijik jugak aku beli.Makan time hujan derr)
Tempat : Myeongdong

3) Sotong Bakar/ Grilled Cuttlefish/ Ojingeo– 오징어

Sotong bakar di Han River, Korea
Kami makan ketiga-tiga version iaitu sotong kurita seekor dipenyek dan dibakar, sotong yang disapu madu kot (sebab manis sikit rasa) dan sotong yang dah potong2 tu. Makan sampai sengal mulut.

Harga : 11,000w untuk 3 keping rasanya
Rasa: Rasa macam sotong, kenyal, chewy (sengal jugak mulut mengunyah sambil tengok orang busking)
Tempat: Han River

4) Walnut cake

Cr. Bakingbites
Makanan ni saya pun tak berapa nak pasti adakah ini nama sebenar dia sebab takde rupa walnut pun, 
Tapi katanya ada paste walnut dalam dia. Masak macam kaya ball tu.

Versi yang kami makan ada isi kacang merah dan satu lagi isi jagung (bentuk corn). 

Harga: xingat
Rasa: Ada rasa kacang merah dan satu lagi jagung.
Tempat : Tak ingat jugak ( Beli dekat subway)

5) Red Bean Bun

Pau kacang merah di Pulau Nami, Korea
Basically ini adalah pau kacang merah kat Malaysia. Sama je rasa dia, cuma dia lagi gebu. Mungkin sebab dibakar dengan cara traditional iaitu dengan kayu api.

Harga: 1,000w
Rasa: Macam pau kacang merah 
(sedap sebab makan sambil bawak basikal kat Nami Island..haha)
Tempat : Nami Island

6) Aiskrim tinggi

Cr blogkorea.net
Disebabkan tak jumpa gambar...macam nie la rupa aiskrim tu.

Aiskrim lembut atau Soft Icecream. Aiskrim biasa tapi tinggi. Maka, waktu makan tu jangan nak berlari-larian ye.

Harga:Tak ingat
Rasa: Macam aiskrim McD tapi versi tinggi. McD punya versi kontot 
(Makan Adila punya aiskrim kat Everland).
Tempat : Everland

7) Bottle Ice Cream

Cr smatbeijing.com
Aiskrim ala2 drama Korea. Basically ia adalah air berperisa ( kiwi, sarsi etc) yang dibekukan.

Harga: 700w
Rasa: Ikutla perisa apa korang amek. 
Aku punya rasa kiwi (Sedap dimakan lepas berpeluh jalan kaki di Gamcheon)
Tempat : Gamcheon Busan

8) Churros

Dimakan dua kali iaitu sekali di Namsan Tower, sekali lagi di Everland. 
Katanya ada versi siap ada chocolate dip. Kami try yang biasa je.

9) Pito ke Pino Goguma?


Dimakan kat Everland, buat alas perut.
Harga pun dah tak ingat.

Sekian makanan Korea yang kami makan kat tepi jalan. Kalau pergi negara orang, haruslah mencuba makanan mereka. Bak kata orang lain, "Kalau pergi oversea, sibuk dok cari roti canai, nasi lemak baik hang tak keluar dari Malaysia derrr".

Pastikan halal & kita tak was-was. Kalau Halal, nak jugak cop JAKIM, tang tu susah la.

Post lepas ni adalah makanan Korea yang tak sempat makan, tapi akan dicuba pada trip akan datang 
(Cakap banyak-banyak kali, Insyaallah jadi kenyataan..hehe)

No comments:

Post a Comment