Korean Food Yang Nak Dicuba



Post kali ini adalah makanan yang nak dicuba bila next trip ke Korea.
(Next trip tu...nampak tak cita-cita nak ke sana lagi? AirAsia do you hear me??)

1)Bbopgi @ Dalgona (dah confuse mana satu nama dia) 

Snack manis yang dibuat sendiri dengan bentuk yang kita pilih. 
Kalau tak silap, tak payah bayar kalau dapat cabut bentuk tu tanpa patahkan dia 
(confirmkan dulu ye). 

Dia akan panaskan gula dengan baking soda,
 penyek kan, letak bentuk apa kita nak, 
lepas tu keluarkan gula tu dari bentuk yang dah kita tekap.

Macam-macam bentuk ada. Cute Ok!

2) Tteokbokki. 

Rice cake dalam kuah pedas. 
Kat Korea bersepah je tepi jalan, tapi tak berani nak try sebab tak tau campur apa.

Tengok pun dah kecurr

3) Jeon atau juga dikenali sebagai Korean Pancake.

Rupa macam lempeng kita jugak. Tapi ada sayur-sayur gitu kat dalam.

4) Bungeoppang 

Juga dikenali sebagai crispy fish-shaped pastry. 
Ada satu lagi versi poop.
Isi dalam dia adalah red bean.

Ikan emas untuk dimakan!

Yang ni versi PooP.
Mau tahu rasa apa?
Korang try la sendiri.

5) Beondegi atau silkworm pupae atau ulat sutera.

Actually kita boleh tak makan nie? 
Mohon pencerahan disitu. 
Dah jumpa tapi makcik tu halau kami.
tak sempat nak tengok dekat-dekat pun.

Bila tengok gambar, cam geli pulak..Haha

6) Roasted sweet potato @ Goon Goguma

Keledek bakar..
kat rumah pun boleh buat, tapi nak jugak rasa. 
Boleh feeling2 Seohyun nanti..muahaha

Nak makan dari dalam barrel macam nie.
Baru legend.

7) Tornado potato.

Sama macam kentang putar kat Malaysia. 
Actually kentang putar memang berasal dari Korea pun. 
Korean version punya macam slightly tebal kentang dia.

Kat pasar malam pun ada.
Tapi mestilah nak try yang original kan?

Sekian sahaja senarai makanan yang saya nak try bila ke Korea nanti.

Sila kecur dulu tengok gambar.Haha

No comments:

Post a Comment