Pages

Backpacking KL- Thailand ~ Day 6 Balik KL

Day 6 ~ 19 Februari 2015 Krabi Airport

Lepas bersiap dan check out, kami semua pun naik van abang Min nak ke airport. 
Perjalanan ambil masa 30 minit. Aku tidur je sepanjang perjalanan. 
Macam biasa aku dengan waktu pagi bukanlah kawan baik, lebih lebih lagi kalau belum kena kopi.

Dalam perjalanan singgah warung tepi jalan beli nasi apa nama karamah ke apa ntah, dengan kuih buat alas perut sebelum naik flight. 
Aku tak beli, kongsi dengan Ika je nanti. Ah..masa nie perut rasa tak selesa dah. 
Sampai airport, keluarkan beg semua. 

Dan akhirnya abang Min tanya Haq “nama sapa”, 
Haq pun cakap la Farhana, “ Eh, sama nama dengan mak abang la”.
Tanya lagi “ Dah kahwin belum?”
Akhirnya tau jugak abang Min berkenan sapa dalam ramai-ramai nie…hahhaha.
Teringat pulak budak nie cerita muka dia berubah jadik terkejut bila kitorang cakap antara kitorang ada yang dah kahwin, anak 3 dah. 
Ada yang dia berkenan rupanya.

Check in luggage yang mana dia timbang guna timbang daging tu, which is lagi accurate dari penimbang AA kat KLIA2 tu (sebab guna bekas untuk letak backpack, berat akan bertambah ok), kami habiskan makan nasi yang beli tadi. Sedap la nasi nie. Nanti boleh la beli lagi. 

Naik flight, ada la jugak budak-budak Malaysia pakai uniform balik Thai iaitu baju Krabi tu. 
Kitorang semua pun pakai baju Krabi jugak..hehe. Lebih kurang 1jam kemudian, sampai la kita ke KLIA2. Berakhirlah perjalanan 6hari 5malam kami ke Hatyai-Phuket-Krabi. 

Diharapkan semua happy dalam trip backpack kali nie. Bagi yang first time join kak speky iaitu Azreen & Ika, this is how kak speky roll. Harap tak takut nak join kami lagi next time.

Till we meet again for the next trip. Jom kumpul duit lagi!!

No comments:

Post a Comment