Backpacking KL- Thailand ~ Day 5 Emerald Pool, Blue Pool, Poda Island, Snorkeling,Thai Massage



Day 5 ~ 18 Februari 2015 Aonang


Pagi-pagi lagi Haq dan Azreen dah keluar pergi breakfast teh tarik.
 Siap bungkus teh tarik ( tak ikat tepi..) dan pisang goreng sedap. 
Oh, masa nie ada drama Haq sikit.
Wa dah cakap Haq wanted ok kat Thailand nie.

Tengah kami melepak tunggu abang Min dekat cafĂ© tu, 
ada je mat-mat salleh duduk melepak jugak. 
Time dia nak blah tiba-tiba ada bunyi  “prettt…”. 
Kitorang yang confuse bunyi apa tu pandang la, 
rupanya mat salleh tu buat bunyi dengan kertas dia tu.

Kami semua nie masih blur dan tak faham, 
Haq la dapat tangkap sapa yang buat bunyi tu dulu and pandang la mat salleh tersebut. 
Pastu dia senyum kambing la kat Haq. Dia ada cakap something kot, aku tak dengar. 
Lepas tu Haq story pasal Henry & macam mana dia guna teknik 
lebih kurang macam tu nak tackle perempuan. 
Moral of the story, ramai berkenaan kat Haq masa kat Thai, 
sape lambat nanti terlepas nie…Muahaha

Akhirnya yang ditunggu iaitu Abang Min sampai.
Sekali dia datang dengan kereta dia da..ingat dengan van.
Dialog nie berlaku.

*Abang Min sampai and parking kereta depan hostel*

Dila: “Van mana?”
Abang Min: “Assalamualaikum”
Semua orang:*sambil gelak bengang segan* Mualaikumsalam..
Dila: “tak ikut kitorang ke? :
Abang Min: “eh, takkan tak ikut, dah pakai segak-segak nie.
Masa pergi island nanti abang ikut na". 

Hahaha..layankan aje.
Sekian drama sebabak yang aku ingat.

Dia kata mak & ayah dia yang akan bawak ke pool. 
Island nanti dia bawak. Lepas tu nanti dia ajak pergi makan tomyam sedap. 
Long story short, mak ayah dia bawak ke pool, 
naik bot kawan dia untuk pergi island dengan Abang Min, 
makan malam kat restoran mak sedara dia. 
 Tak ke rasa macam nak kenalkan dengan sedara mara je??
Ok..teori konspirasi aku je tu.

Abang Min pun dua kali la hantar kami ke Ikrabi Hostel .
 Aku,Haq dengan Ika sampai dulu. 
Nak check in dia kata awal lagi, tapi boleh tinggal beg dulu.

Sambil tunggu budak-budak nie sampai, kita berjalan dulu tengok IKrabi.
 Review Ikrabi ada kat sini. Menunggu budak nie lama la jugak.
Budak-budak sampai, kasi diorang makan pulak. 
Van untuk ke Emerald pun sampai. 
Abang Min tak ikut kitorang ke Emerlad Pool 
sebaliknya mak dengan ayah dia akan bawakkan kitorang naik van. 
Emak dia boleh cakap Melayu sikit-sikit.

OTW to Emerald Pool
Lama jugak nak ke Emerald dalam 1jam naik van. 
Lalu jalan dalam nampak la masjid, pam station self service tu, 
lalu kawasan dikelilingi pokok-pokok. Nampak jugak Buddha yang berbaring tu. 
Akhirnya sampai Emerald Pool dan bayar fee 200 baht.
 Kereta, van, bas semua parking kat bawah pokok getah tu. 
Ada jugak makanan halal kat sini & of course souvenir
Ada satu kedai jual tshirt 90 baht je tapi untuk saiz kecik la. 
Air kelapa pun murah 30 baht sahaja.

Pokok getah yang selalu aku dengan Dila carik

Emerald Pool bukak hari-hari

Perjalanan nak jumpa pool tu jauh la jugak dalam 1km berjalan kaki. 
Tapi jangan risau sebab tak panas dan ada laluan bersimen. 
 Yeay dah jumpa air hijau. 
Statement masa nie adalah “ Letak air kat kaki je”…
sekali pusing, tengok Adah dah ada dalam kolam..what the?
 Aku takut nak turun sebab well, aku tak tinggi mana 
dan yang penting tak tau berenang.

You are here!

Setelah diyakinkan bahawa kolam nie tak dalam & boleh berdiri dalam air,
 keenam-enam kami selamat masuk air. 
Haq dengan Azreen tunjuk skill berenang diorang…
ceh..aku dengan Dila pulak tunjukkan skil berjalan dalam air kitorang pulak..haha. 
Dan semua orang pun buat aksi bernafas dalam air untuk dirakam. 
Semua orang ada adalam air. Aku je tak mampu bernafas dalam air..
maaf la tak berani..penakut niee. 
Masa nie 1st time percubaan masukkan kamera kecik aka sj4000 dalam air.
 Alhamdulliah rakaman berjaya dibuat dengan nice 
dan kamera masih berfungsi dengan baik.





Dekat tengah hari tu kitorang pun bersiap nak pergi ke Blue Pool pulak.
 Masa tu perasan dah tak ramai orang dah sebab dah panas kot. 
Datang tengahari pun ok jugak sebab takde orang dah. 
Nanti datang tengahari je la. 
Jauh jugak nak ke Blue Pool nie berjalan kaki.
 Blue Pool tak boleh mandi pun tapi memang cantik, biru je air dia.
Blue Pool

Patah balik sebab plan asal adalah pukul 1 keluar dari sini, 
pukul 2 sampai hostel untuk check in, letak beg dalam bilik dan pergi island hopping. 
Masa nie dah pukul 1.30pm waktu kitorang keluar. 
Sebab timing dah lari , ubah plan untuk hantar je kitorang terus ke Aonang beach 
untuk naik bot ke island. Masa balik tu semua sopan and senyap je dalam van.
 Sopan sebab masing-masing dah tertidur kepenatan lepas main air. 

Sampai kat pantai, Abang Min dah tunggu 
dan suggest beli makanan sikit takut lapar.
Kitorang memang belum lunch pun lagi.
Masing-masing isi perut dengan roti, coklat dll 
sebagai lunch dalam perjalanan ke pulau pertama. 
1st island dan rupanya the only island yang kami sampai adalah Poda Island. 
Masa sampai tu ramai pelancong lain dah penat, tengah tunggu bot diorang balik. 
Tak ramai orang kat dalam air pun. Kami cuma main tangkap-tangkap gambar, kutip seashell 
dan rakam video ter ‘awesome’ dengan penampilan istimewa beberapa pelakon jemputan.

Poda Island

TIPS

- Kutip seashell kat pulau and jadikkan souvenior. Haa….kan ke jimat kos kasi cenderamata tu.

Tak lama lepas tu kita naik bot sebab dah nak gelap, nanti tak sempat nak snorkeling. 
Akhirnya sampai tempat snorkel. Adoi la, tak pandai berenang nie.
 Masing-masing pakai life jacket dengan alat snorkel tersebut. 
Aku rasa dekat 15 minit jugak la aku duduk berpaut kat tangga bot tu. 
Lepas tu tali life jacket tu boleh terbukak satu…Arggh..takutt aku.

Naik atas bot semula, betulkan life jacket. Adah dah mintak satu lagi life jacket
. Acaner tu nak pakai dua life jacket tu.
Lastly, kami semua pun berada la dalam air. 
Dila dapat lesson free dari orang pandai berenang iaitu Azreen and Haq. 
Lepas tu kemain lagi dia duduk dalam air. 
Tau-tau dah jauh dah dia pergi.
 Excited betul dapat tengok sedara Nemo dalam air. 
Dapat tengok batu karang jugak katanya.

Ika pun lama jugak duduk dalam air. 
Untungla ada orang ajar berenang dari Malaysia. 
Adah pun lama-lama dah pandai tengok ikan. 
Aku? Selepas habiskan separuh masa aku bawah bot, peluk tangga, 
akhirnya aku dapat pergi jauh sikit. Itupun lepas berpaut pada Dila. 
If I go down, you go down with me too…Hahaha…
Baik tak konsep aku. 
Dah tetiba aku pergi jauh nampak sape ntah Adah ke Dila, aku pun tak ingat.
Tanya macam mana ko boleh sampai sini? 
Jawapan beliau adalah “ Ntah, air yang tolak aku sampai sini”.

Adah kemudian dah naik lepak atas bot dan dia nak amek gambar kami dalam air. 
Semua pun berkumpul kat satu tempat. 
Dan aku dengan yakinnya panggil budak-budak nie sebab aku nak jugak gambar dalam air.
 “Kawan-kawan, aku kat sini wei. Sape-sape selamatkan aku!” 
Dan datang la Haq ke Azreen to the rescue sebab aku tak tau macam mana nak bergerak pun.

Lepas amek gambar, aku dah nak give up dah. 
Lastly sebelum naik bot dan berpaut lagi kat tangga, 
akhirnya aku masukkan muka dalam air dan berjaya tengok ikan. W
arna biru. Tapi seekor je la.
 Ikan nie pun baru belajar berenang kot sebab sorang-sorang dok bawah bot macam aku…Hahaha. Setelah mission accomplish iaitu tengok ikan dalam air
 (walaupun seekor je dalam lautan yang luas itu), aku pun naik la semula atas bot. 
Kaki cram seketika masa naik bot dan aku tak berjaya stabilkan diri dan 
“Bammm..”
 Tu bunyik aku jatuh terbalik masa naik bot sambil disaksikan Adah.

Budak-budak nie masih excited kat bawah. 
Dok campak roti dari atas kasi ikan makan dan ikan tu pun berkerumun la dekat diorang.
 Banyak juga ikan rupanya (kata-kata orang yang cuma dapat tengok seekor ikan..) 
Lepas tu semua naik atas dan masing-masing dah mula pening-pening nemo. 
Terus sunyi sepi kat atas bot sepanjang perjalanan balik.


Chicken Island




OTW balik kami lalu la Chicken Island, Island yang ada rupa orang tu. 
Masa nie sedih jugak la sebab camera waterproof dah takde bateri, 
tak dapat la rakam ikan dalam air. 
Kamera yang ada waterproof casing sangat la penting masa nie. 
Semua pun dah excited, tak banyak gambar pun dapat tangkap. 
Perjalanan balik adalah senyap sahaja sebab semua orang pening kepala dan kepenatan.
 Aku dok snap gambar air sana sini. 
Tetiba Abang Min mintak snap gambar dia, ada muscle katanya. 
Aku layankan aje la, snap gambar dia sambil pandang tempat lain. 
Sampai Malaysia baru tengok memang ada gambar dia.
 Ada pulak orang request nak tengok gambar tu. 
Lepas tu masing-masing keluar statement geli…Muahahaha



Dan akhirnya kita sampai ke Pantai Aonang.

TIPS

- Bawak roti nak kasi ikan datang berkerumun
- Tak tau berenang takpe, still boleh snorkel. Tapi kalau level penakut macam aku, belajar la berenang,terapung,masukkan muka air dulu. Kalau tak rugi je datang sini.
- Peralatan snorkel semua dah disediakan dalam bot.
- Makan gula-gula angin untuk kurangkan pening dalam bot.

Sampai di pantai, Dila nak bayar duit pada abang bot tu 1,500 baht. 
Dia kata eh, 1800 la. Eh, bukan ari tu deal 1,500 je ke?
 Lepas tu abang Min cakap 1,500 kalau 4 orang je. 
Sebab 6 orang sepatutnya 2 ribu berapa ntah. 
Dia kasi diskaun lagi 1,800 je.
 Lepas cakap-cakap, abang Min cakap dia dah kasi diskaun banyak kat tour, 
bot nie pun harga kawan dia punya.
Dengan muka tak puas hati, Dila pun bayar la duit tersebut.

Turun bot, budak-budak nie dah tunggu dan
 cerita la tak puas hati sebab deal harga lain,dapat harga lain. 
Aku, Dila dengan Ika decide nak jalan kaki je balik hostel. 
Ah, tak jauh mana la dalam 10 minit sampai jalan besar. 
Lagi 10 minit jalan sampai masuk hostel.
 Nie gara-gara panas hati dengan abang Min la nie.
 Aku rasa ni bukan kes dia tipu harga ke apa, tapi kes misunderstanding. 
Deal harga lalu phone je, even cakap Melayu sekalipun ada jugak salah faham. 
Lepas nie nak deal apa-apa better jumpa terus je la.

Sunset on a boat


Haq, Adah dengan Azreen naik van dengan abang Min dia hantarkan balik hostel. 
Katanya dalam van tu masing-masing senyap,sunyi sepi je. S
ampai Abang Min dok pandang-pandang belakang. 
Last-last dia kata, cakap la sikit…marah dengan abang ka?
 Jangan la marah na….

Hahha…takut dia bila semua orang tak nak bercakap. 
Dia rasa bersalah la tu. 
Tapi budak-budak nie senyap sebab penat sangat sebenarnya. 
Kitorang kalau diam tetiba tu samada 
1) tengah makan—lagi sedap makanan tu, lagi senyap kitorang
 2) tengah penat sangat, atau pening kepala tak sehat.

Sebelum nie plan, malam nanti abang Min jemput pergi makan kat restoran makcik dia pulak. 
Sebab dah penat and still moody sebab kes harga bot tu, kami tak jadi.
 Tapi esoknnya deal ke airport still on.

Malam tu lepas semua dah siap mandi, solat kami keluar
 untuk makan, last minute shopping and pergi urut.
 Keluar je main road Aonang tu, berderet stall makanan ada. 
Kat sini boleh beli makanan lepas tu makan kat kerusi, meja yang disediakan kat belakang stall tu. Masing-masing order la nasi goreng,udang,ayam,air dll. 
Ok, budak-budak nie order nasi je. 
Aku je order lebih-lebih malam tu, last-last tak makan pun sebab nasi goreng dia tak sedap. 
Kat sini la ada pancake Yaminlah yang femes tu.
 Haa…makan pancake nie lagi sedap..Yum..yummm.

Makanan Halal ada banyak je kat sini, pilih mana nak. 
Aku pun try jus orange kat sini…sedappp. 
Dia bukan guna orange biasa tu, orange macam raya cina tu dia guna…
ala..susah betul explain. Tapi sedap la yang pasti.
 Asyik minum jus mangga je kan, try orange pun sedap jugak.

Lepas makan kenyang, budak-budak nie sambung shopping. 
Akhirnya aku,Dila dengan Ika pergi urut.
Setelah survey, kedai Apple Massage kasi best price ada promotion. 
Thai Massage 200 baht, oil massage,neck&back&shoulder massage 250 baht. 
Nak try thai massage tapi semua kedai kitorang survey pun cakap “very hard one…” 
setelah diconsider keselamatan kami kalau try thai massage 
jenis traditional akan mendatangkan penderitaan, 
kami decide ambil oil dan neck,shoulder massage.

Kena urut tu berbunyik la masing-masing kena urut.
 Adoiii…ohhh…adeyy…
Rupanya memang betul gambar dalam Google Image tu..
iaitu kena pijak, lipat badan hang, pusing sana,pusing sini, pijak pijak lagi…
Arghhh..macam macam la. 
Tukang urut aku asyik gelak je dengan aku.
 Adoi dah sakit, berbunyi la aku. 
Tukang urut dia kurus je, aku tak tau la diorang makan ape boleh urut kuat-kuat nie. 
Dia punya siku buat dari apa pun aku tak tau.

Bagi yang memang ada masalah urat macam aku nie, 
sekali dia jumpa je urat bermasalah tersebut, memang nak nangis la rasa dia urut. 
Pastu orang urut nie kan dia dapat tau apa masalah kita.
 Dia urut kaki aku sambil cakap “ You walk a lot ar”...sambil aku tahan sakit kena urut. 
Pastu diorang guna teknik silang kaki ko pastu dia pijak. 
Kaki aku yang satu lagi tu dia tak boleh pijak sebab lepas dia silang, tak boleh nak tekan. 
Tau kenapa? Sebab ada besi dalam tu
..”oh…operation ar?”. 
Oh tepat sekali. 
Maka tak dapat la dipijak satu lagi kaki.

Aku rasa sejam setengah kemudian, habis la penderitaan kami itu. 
Yang takde masalah apa-apa lepas urut akan rasa lega
Yang ada masalah tu, rasa sengal-sengal la jugak badan lepas tu. 

Aku dengan Dila habis lebih kurang sama waktunya. 
Ika dah siap dulu. Kitorang pesan tunggu depan kedai. 
Dah keluar tengok Ika takde pun depan kedai. 
Aku dengan Dila pun carik la ke kedai-kedai yang ada sampai kedai yang dia shopping tadi. 
Tak jumpa jugak. Dah la dia takde phone nak dicall. 
Eyy budak nie. 
Patah balik and akhirnya nampak Ika tanya orang kedai massage tu. 
Nampak la orang tu cakap kitorang dah pergi…
Hahah, dah nebes dah tu Ika. 
Lepas tu baru kitorang panggil dia. 
Tu la orang kata tunggu je. 
Malam tu aku, Dila dengan Ika jalan kaki bertiga balik ke hostel 
lepas yang lain-lain dah balik dulu.

No comments:

Post a Comment