Day 3 ~16 Februari 2015 Phuket
Sepanjang perjalanan ke Phuket, kiri kanan tengah road construction,
yang bermaksud jalan tak straight dan rata.
Tapi driver nie boleh lanyak van 140 km/j sepanjang masa aku rasa.
Dah tau banyak bonggol,lubang tu jangan la speed semata.
Penat kami nie brek dari belakang sambil badan melompat-lompat.
Punya laju dia bawak, perjalanan yang sepatutnya ambil masa 6-7 jam,
dalam 5jam je kami dah sampai Phuket kot.
Masa tu baru pukul 3 rasanya.
Kami expect sampai Phuket dalam pukul 5.
Nak buat ape nie pukul 3 pagi dah sampai Phuket dengan semua kedai tutup kecuali kedai 24hours? Dia pun turunkan 2 orang kat depan tu depan bangunan apa ntah.
Lepas tu teruskan perjalanan ke hostel kami.
Berapa kali ntah dia berhenti kat kedai 24 hours.
Tanya pakcik teksi la, 7E, semua la yang dia boleh tanya.
Berhenti kat 7E yang keberapa ntah malam tu, Adah kata nak panjangkan masa lagi,
dia cakap nak turun pegi toilet. Aku pun turunlah.
Lama-lama semua orang dalam van turun and tumpang toilet 7E.
Siap beli nasi dengan lauk dalam tin buat makan nanti.
Murah nasi instant dia, sebab rupanya nasi tak masak lagi,
patut la cashier tu offer nak letak dalam microwave tak.
Mana la aku tau, ingat macam Korea punya instant rice dah masak.
Oh ye, masa nie handphone aku telah selamat tenggelam dalam toilet 7E tu.
Toilet kat sini kan lain sikit, jenis terkeluar dari lantai punye.
Boleh imagine tak? Bayang sendiri la ye.
Baru hari ke3 handphone dah masuk air. Sadis tol.
Kalau masuk air pantai Krabi ke Phi-Phi ke berbaloi la kan.
Nie masuk air toilet 7E buek ape.
Adoi la duit nak hantar repair handphone.
Adah ada je map nak ke hostel tu tapi dia tak bagi kat driver tu.
Ni semua gara-gara bawak laju sesangat,
jadi untuk kasi sampai sana ngam-ngam macam plan kami, Adah simpan map.
Ntah kenapa driver tu bukak GPS pun tak jumpa hostel tu.
Last-last dia tanya pakcik vest merah bawak moto ala-ala teksi tu.
Dia pun guide la tempat tu. Pastu celah mana ntah dia bawak.
Dah confuse dah sebab kalau hostel dia takkan sebijik je celah-celah bangunan.
Mesti ada hostel lain dekat-dekat.
Pastu Adah kasi lagi paper tulis alamat penuh hostel tu.
Ahhhh…baru pakcik vest merah tau kat mana.
Dia kata jauh la dari sini. Blah..blah..blah.
Pastu mintak kita bayar dia 300 baht dia kata jauh nak bawak.
Harus kami tak nak bayar sebab yang “menyesatkan” kami tu driver pelesit tu, bukan ktorang.
Pastu tutup pintu van. Marah ler tu.
Driver tu dah tercangkung kat luar smoke..stress ler tu..
Pastu dia kata macam nie la, driver bayarkan 100 baht, kami bayar 100 baht.
Pastu, dah jalan terus. Huk, stress driver tu agaknya.
Kami pun stress jugak ok sebab kena bayar 100 baht lagi,
tapi pastikan sampai depan hostel kami.
Lalu jalan tengah, pusing sana pusing sini, akhirnya nampak dah lalu fountain, Hotel On On.
Dekat dah nie, sebab ada nampak dalam map.
Akhirnya kami sampai la kat depan hostel tersebut.
Tersadai la 6 orang anak dara Malaysia depan hostel sebab bukak pukul 9 nanti.
Masa nie dah pukul 6 pagi rasanya. Ok la tu, tunggu sekejap lagi.
Sementara tu, sebahagian dari kami pergi jalan-jalan tengok kawasan sekeliling.
Memang ada 2,3 guesthouse lain dekat dengan hostel kami.
Ada dua 7E jarak dalam 500 meter dari hostel, ada sekolah rendah kot.
Pastu nampak ada makcik Muslim baru nak bukak warung dia.
Ok tu, ada tempat makan halal dekat sini.
Berborak la kami depan hostel sambil pakai mosquito repellant.
Rasa urgent nak guna toilet la pulak.
Aku pun tolak je pintu hostel tu sebab nak carik toilet,
ada jumpa jadi kita tumpang jap pastu dok luar hostel semula.
Ada pulak satu pakcik nie datang tanya kami nak check in ke.
Pastu dia masuk dalam suruh kami tunggu kat dalam.
Ada sofa lagi kat reception area dia.
Dia panggil owner kot masa tu cakap kami nak check in.
Owner tengah mandi ko dengan towel keluar cakap boleh kalau nak check in awal.
Haha..nasib baik dia tak kesah.
Dapat la kami check in awal dalam pukul 7 gitu dan dapat 1 bilik dorm untuk 6 orang.
Masing-masing terlelap sampai pukul 9.30 pagi untuk mulakan itineari hari ni.
Macam mana Eden Hostel? Review kat sini.
Selepas breakfast nasi putih rendam air panas (sebab takde microwave)
dengan sambal pedas dan minum nescafe, kita mulakan pengembaraan sehari di bumi Phuket.
First mission adalah menyewa skuter.
Sebab hostel cuma ada 2 skuter, kami pergi hostel yang dekat dengan Eden nak sewa skuter.
Dia pun xde skuter tapi dia kasi bisnescard sewa skuter dekat-dekat situ.
Berdasarkan direction yang dia kasi, sampai la kat kedai tu.
Kami sewa 3 bijik skuter dengan harga 250 baht/skuter.
Kalau amek yang macam biasa kita bawak kat Malaysia jenis ada clutch, harga lagi mahal 300 baht. Nie pun aku xtau la dah naik harga ke apa sebab katanya harga biasa 200 baht.
Kena tinggal passport pastu sain surat sewa tu.
Kedai nie pulak tutup pukul 7, terpaksa la esok pagi2 pulangkan.
Untuk mereka yang ke Old Town Phuket, boleh guna map nie untuk rancang itenari
& places to see. Sebijik macam map yang korang akan dapat kat sana.
http://www.phuket-maps.com/treasure-map-xl.htm
TIPS
- Kalau nak lagi mudah, korang carik la kedai yang tutup lewat sikit atau sewa je kat hostel,
senang nak pulang.
- Kalau rasa harga sewa tu mahal, jalan carik kedai lain.
Biasa ada je kedai sewa motor lain area yang sama. Survey la dulu.
- Jangan isi minyak fulltank. Bergantung pada jauh mana korang nak pergi. Isi je la dalam 20 baht, pastu kalau takut tak cukup minyak, carikla mana-mana Shell atau tempat isi minyak 24hours diorang tu. Tanya orang hostel atau orang lain selain tokey moto sewa.
Kita isi minyak dulu sebab tank kosong.
Tanya orang tu kalau nak bawak skuter naik Rang Hill boleh tak?
Yelah sebab nak panjat bukit kan, nayala kalo kena tolak skuter sampai atas.
Dia kata ok boleh. Tanya berapa nak isi tank?
Dia kata sebab nak naik Rang Hill, isi la full tank.
BAPAK HANG FULL TANK! Takde makna nye full tank,
kalau dah sewa sehari tu, berapa jauh je la korang boleh pergi kan.
Dah la minyak mahal kat sini.
Kami yang innocent nie pun pegi la isi full tank kat Shell tu.
Tengok orang lain isi 20 baht, 50baht je.
3 pemandu skuter yang telah dilantik adalah Adah, Ika dan Dila.
Adah dah memang biasa bawak moto,
Ika pulak ada lesen tapi last sekali bawak motor masa test JPJ,
Dila pulak baru bukak cerita dia dah lama tak bawak moto
tapi sebab excited dia nak jugak bawak.
Lepas kelas memandu versi ekspress oleh Dila and Adah
, kita pun menuju first location iaitu Post Office Phuket
sebab aku nak send postcard free yang dapat hari tu.
Berlalu la 6 orang budak-budak yang lagi terlebih excited pilih topi skuter dari naik skuter
ke post office dan hantar poskad dengan setem harga 15 baht.
Dapat la jugak pengalaman tunggu nombor kat kaunter pos Thailand.
Padahal boleh je tanya terus beli setem kena beratur ke.
Nak pengalaman katanya, lagipun itineari karya aku harinie temanya adalah free&easy je.
Sebelah post office nie adalah Philatelic Museum.
Nak masuk free je.
Bagi yang tak tau, philatelic tu adalah semua yang berkaitan dengan setem,poskad, first day cover dll. Ini kira macam heaven la untuk stamp collecter ke philatelist macam aku.
Tapi tak pusing pun kat dalam nie sebab kami bukan jenisgemar masuk museum, lagipun nie museum setem. Ada budak-budak nie mati kebosanan dalam nie.
Macam biasa bila stop kita akan bincang arah pemanduan kemana lepas nie.
Next stop adalah Phuket Shopping Center.
Setelah sampai dan setelah Ika ditemui semula lepas dia tak sempat stop and terpaksa pusing semula, kami masuklah mencari shopping center nya.
Tak berapa nak shopping center pun tempat nie.
Ke kitorang je tak jumpa pintu masuk dia?
Sampai la nie confuse adakah memang kecik and sikit macam tu je shopping center dia.
Lepas tu jalan kaki mencari money changer sekitar kawasan tu sambil tengok-tengok kedai dia.
Kat sini macam Melaka jugak la sebab kedai design lama dan kebanyakan jalan adalah one-way, terlepas simpang, kena pusing balik la jawabnya.
Parking skuter dan kita jalannn |
Ko mampu pergi luar negara, jalan-jalan kat pasar diorang..Haha..Pun boleh. |
Naik semula skuter dan stop kat Fresh Market.
Sebab dah dekat pukul 1pm masa tu, dah tutup dah kebanyakan kedai dalam pasar tu.
Aku ingat pasar dia macam Jagalchi Market ke kan.
Macam mana pasar dia? Sama je macam pasar basah kat Malaysia.
Bau ikan, tak berapa nak bersih, ada la beberapa kedai barang kering dan tshirt.
Oh, dalam nie pun ada juga bilik solat kat parking tingkat atas.
Tapi macam dah lama tak guna.
Seterusnya kita pergi ke Thalang Road.
Kawasan nie katanya ada makanan halal Kedai Abdul dan satu lagi Kedai Aroon.
Satu benda aku tak faham adalah lampu isyarat kat sini adalah walaupun lampu dah hijau,
kalau kita nak melintas kena hati-hati tengok sendiri sebab sebelah sana pun hijau jugak.
Pandai-pandai la bawak skuter nanti.
Bawak slow-slow pun takpe sebab aku perasan driver kat sini takkan hon pun.
Samada dia kasi jalan atau dia potong terus.
Takde pun nak hon,kasik lampu apatah lagi main ‘cucuk-cucuk’ kasi stress.
Macam kat Melaka kan design rumah diorang. Kat sini pun ada orang Baba rupanya. |
Ah, penah nampak design macam nie sebijik kat Melaka. Oh ye, tu kereta kancil kat tepi. |
Berskuter la kami menuju Thalang Road,
sekali jalan yang dibincangkan tadi tak dapat lalu sebab dia one-way rupanya.
Bincang balik tepi jalan sambil ada 2 orang makcik nie tolong terangkan kene pusing belah sana walaupun dia tak faham kami cakap apa, kami pun tak berapa faham dia cakap apa.
Tapi takpe, yang penting dia nak tolong, guna bahasa isyarat pun kami faham.
TIPS
- Boleh guna map kat sini untuk rancang perjalanan kat Phuket Old Town nie.
Memang map sama diguna dalam peta free yang ada tu.
- Kalau nak buat walking tour, pusing-pusing Old Town boleh je sebab walking distance.
Thalang Road nie memang nampak macam melting pot budaya Asian sebab banyak je kedai jual batik, kain pelikat Indonesia dll.
Style bangunan kat sini memang semua sama macam kat Melaka iaitu Sino-Portugis.
Jalan-jalan jumpa Tourist Information Center, masuk dan tanya kat mana kedai makan Halal.
Dia kata ada 2 kena patah balik je. Borak la dengan staff dia sorang,
dia kata dia dulu boleh tulis Jawi tau. Pakaian dia pun macam Baba Nyonya Melaka tu.
Siapa sangka Baba Nyonya juga ada di Phuket kan.
TIPS
Singgah Tourist Information Center untuk
-amek map
-tumpang toilet selesa
-refill air sejuk
-ala-ala museum jugak tempat nie.
Boleh baca sejarah Baba Nyonya Melaka dan pengaruhnya pada Phuket,
tingkat atas ada replica makanan dan meja makan zaman tu.
Mencari kami kedai makan yang dimaksudkan
dan jumpa kedai Abdul dan kedai Aroon yang sebelah sebelah je.
Ada teh tarik dan roti canai jugak kat sini.
Kami pilih Aroon sebab nampak ada wifi, tapi bila masuk tak dapat pun wifi.
Tak kesah dah sebenarnya sebab bila dah makan tu memang tak pandang lain dah.
Ada lauk campur dan kami pilih lauk masing-masing.
Macam biasa sebakul ulam segar dihidangkan.
Order air the tarik ais jugak.
Sekali bila pakcik apa ntah nama dia tu
(yang pasti dia asal Pattani dan boleh cakap Melayu sikit-sikit)
bawak keluar the tarik ais 3 gelas tu, masing-masing
“Waaaa”
Tau kenapa?
Sebab teh tarik dia punya buih ada swirl tinggi macam tu.
Kalah swirl aiskrim McD ok.
Tak boleh blah betul masa tu sebab enam-enam orang cakap “WAA!!” beramai-ramai.
Teh dia pun memang sedap and berasa.
Nanti kalau pergi sini nanti boleh try.
Lauk dia pun berasa jugak.
Lepas kenyang, kita jalan-jalan amek gambar bangunan cantik-cantik kat sini dah balik hostel semula untuk solat sebab dekat je dari Thalang Road nie.
Plan seterusnya adalah tengok sunset kat Rang Hill.
Poyo tak itineari aku buat? Suka-suka je kan..hhaha
Sebelum balik hostel kami singgah kedai sewa skooter tadi sebab nak tanya kalau pulang esok pagi boleh tak sebab pukul 7 tu kami masih nak guna moto.
Dia kata dia bukak esok pukul 8 pagi.
Kami pun pusing nak carik van yang boleh hantar ke Ratsada Pier nak ke Krabi.
Setelah tawar dan cakap kami nak balik fikir dulu,
tour nie kasi kami 750 baht dari 900 baht untuk van ke Ratsada Pier,
tiket feri ke Krabi dan van Krabi ke hostel kat Krabi.
Ada jumpa satu tour kasi 700 baht tapi tak dapat van ke hostel.
Harga tiket feri je dah 600 baht.
Kami pun amek yang nie sebab kira untung la dapat van ke pier dan ke hostel Krabi.
Pastu boleh bertekak dengan tokey sewa skuter tu sebab dia kata dia tak nak bukak kedai awal sikit sebab kami ingat nak pulang moto pagi tu dalam pukul 7.30 ke sebab van ke pier pukul 8 sebab feri jalan pukul 8.30. Siap kata “ok,tomorrow sharp 7.59 I come here”.
Pastu dia siap sibuk tanya berapa harga feri kitorang dah bayar, kenapa tak beli dengan dia je.
Siap dapat teksi free ke pier lagi, teksi sejam sekali ada.
Siap tanya berapa kitorang bayar tour tu,
dia nak pulang balik duit makcik tu supaya amek tour dia.
Panas hati bertekak dengan dua-dua tour nie.
Penat kot pusing sana sini.
Tapi aku suspek 300 baht yang dia kata tu tiket feri ke Phi-Phi Island je, tak sampai Krabi.
Lepas tu teksi yang dia kata free tu sebenarnya dia bawakkan naik kete dia je.
Argh..wat ever la pakcik sewa moto and makcik tour.
Kitorang saspek diorang berdua nie memang bermusuh sama sendiri.
Kitorang pulak terlibat.
Lepas solat dan rehat sekejap kat hostel kami pun menuju Rang Hill.
Aku memang respek saspek kawan-kawan aku punya kemahiran tengok map,
carik landmark, ingat simpang mana nak belok sampai berjaya pusing-pusing Phuket town nie.
Sape kata perempuan tak reti baca map?
Diorang semua pandai ok.
Aku pun pandai gak, pandai tengok map la
. Baca tak berapa nak laju lagi.
Khao Rang Hill nie ada viewpoint baru jadi tak seramai tempat famous yang lain.
Cara nak pergi sana adalah carik jalan Mae Luan
lepas tu nanti nampak signboard Rang Hill Dental Clinic dekat traffic light.
Masuk jalan tu dan jalan tu akan straight je sampai Rang Hill nanti.
Kat sini kena presssssss je skuter korang tu kalau tak gerak pulak.
Dalam perjalanan naik nanti korang akan jumpa Big Buddha.
Memang besar. Boleh singgah kalau nak tengok.
Sampai atas ada monyet banyak kat park situ dan mereka suka melepak kat pokok besar yang ada buaian tu.
Kat sini pun ada café.
Mesti feeling la minum kopi dekat atas bukit nampak view luas-luas tengok sunset.
Pergh..sape banyak duit boleh la lepak sini.
Kalau nak jalan kaki dari bawah pun boleh jugak
Cuma jauhh la kan dalam 1miles dari bawah bukit dan jalan pusing-pusing.
Mendaki jalan menuju Rang Hill ~ press skuter~press lagiii |
Dari atas Rang Hill |
Sayangnya matahari tak nak keluar hari nie |
Kenapa la menara nie takd tangga boleh panjat naik atas. Mesti lagi lawa |
Tunggu punya tunggu, rupanya matahari tak nampak hari nie,
pagi tadi pun memang ada renyai-renyai sikit.
Sedih disitu tak dapat tengok matahari.
Demi mengubat kesedihan, kita rakam video larian kat sini.
Dekat maghrib kami turun sebab takut bahaya turun bukit gelap-gelap.
Masa turun tu tak press moto langsung, cuma tekan brek je.
Tau-tau dah sampai bawah dah.
Eh, naik tadi macam lama je rasa.
Seterusnya kita nak shopping kat New Era dan Robinson.
Setelah terlepas simpang kat roundabout dia sebab confuse ok simpang tersebut,
kami akhirnya berjaya jumpa New Era, memang banyak baju dan tshirt kat sini.
Rasanya harga macam ok je.
Tapi kami nak carik money changer dulu.
Pusing-pusing takde.
Yang ada cuma kat dalam Robinson (shopping complex ala-ala Parkson)
dan money changer kat luar Robinson.
Rate dah kena 8.7 masa nie.
Pergh,,,baik tukar kat Hatyai je.
Tips
-kalau tukar RM 50 ke atas rate 8.7. Kalau < RM 50 rate jadik 8.3.
Jadi kalau duit tak cukup, gabungkan je pastu divide untuk dapat rate tinggi sikit
. Berangin satu badan aku lepas aku tukar RM 140,
tapi sebab RM40 tu lambat bagi dia kasi dua rate satu untuk RM100,
satu lagi untuk RM40. Boleh dia taknak sekalikan tukar rate tu. Arghh..benci.
-Area nie ada 3 money changer, satu dalam bank di Robinson,satu money changer sebelah McD sebelah Robinson, satu lagi otw ke Robinson tapi pukul 8 masa tu, dia dah tutup.
OTW ke New Era semula tu ada food court and ada makanan halal.
Dekat simpang pun ada satu warung Muslim jual pancake.
Oh! Pancake yang diwajibkan makan kalau ke Krabi dah jumpa kat sini.
Kami pun lepak kat sini amek 3 keping pancake pisang+telur+coklat
dengan disirami susu pekat kat atas.
Juga 4 gelas teh tarik ais.
Punya susah nak cakap kat abang teh tarik nak ais kurang.
Sampai 3 orang dok explain kurang tu camne.
Sekali dia kasi teh tarik memang kurang ais dan kurang sedap.
Pergi balik mintak ais segelas.
Berborak la kami kat sini gelak-gelak aka meraikan Adila punya Bachelor party versi 2.
Versi Satu masa lepak makan sampai kenyang kat Ice Dome sambil patah-patah kacang panjang..haha
Tips
-Ok nie tips poyo iaitu mintak the tarik ais kurang.
Lepas tu mintak ais segelas.
Serious bila buat macam tu, teh tarik segelas dapat refill 3 ke 4 kali dalam gelas yang ais tu.
Kira 4 gelas teh tu equal tu dekat 10 gelas teh ais biasa.
Siap 2 gelas tak habis minum, bawak balik hostel.
Sebelum balik tu, sempat lagi kami bungkus sosej sorang satu.
Dia letak sosej gemuk tu atas ais, lepas kita pilih dia akan gorengkan aka deep fry sekejap.
Tada…dah siap goreng. Dapat timun & salad segar dengan sos pedas jugak.
Patah balik ke New Era dan kedai semua mostly dah tutup sebab dah pukul 10 masa tu.
Jadi kami pun decide untuk balik je la.
Kalau korang tengok map, Robinson semua tu belah bawah dari hostel kitorang dan dalam perjalanan balik tu sebab aku duduk skuter depan, aku telah memberikan arah yang salah iaitu
“Straight,straight je” hahahaha…
Untuk pengetahuan semua, teknik “Straight,straight je” perlu digunakan bila kita dah sesat.
Tapi sebaliknya, aku telah menggunakan teknik tersebut dan menyebabkan kami sesat.
Pun boleh..haha.
Dah salah jalan tu, kita berhenti tanya kat kedai.
Otw ke hostel melalui jalan salah tersebut,
ternampak la patung naga emas bapak besar tengah-tengah park.
Apa lagi..”stop,stop! Nak amek gambar!!”.
Berhenti la kami semua sebab nak amek gambar.
Poyo tak poyo despite sesat, tetap nak bergambar jugak.
Kami pun stop la kt situ dan bergambar depan naga besar tu.
Rupanya tempat tersebut adalah sebuah park, ada banyak tangga.
Kalau pegi siang mungkin ada air pancut kot, tapi tak dapat tengok warna emas naga besar nie disinari lampu.
Sempat jugak merakam video Jumping!Jumping kat sini.
Video yang dimaksudkan macam nie la
Bayangkan betapa comel nye kami buat camnie sambil pakai topi skuter tersebut…hahahhaa.
Kami melepak dan Adah hilang membuat penyiasatan kami berada kat mana.
Pastu tiba-tiba “Sini..sini..cuba tengok nie”.
Rupanya Adah dah jumpa kami kat mana sekarang dan betapa dekat je kami nak jumpa hostel.
Tak sampai 5 minit lepas tu, kami dah jumpa hostel.
Plan nak keluar lagi malam tu sebab serious minyak macam tak jalan pun
lepas pusing-pusing Phuket hari nie.
Cisss betul isi full tank..buat perabih duit je.
Tapi semua pun dah kepenatan dan tak berani pulak nak sesat malam-malam kan.
Jumpa esok sebab kami nak ke Krabi!
No comments:
Post a Comment