Sunday, 1 March 2015

Review Eden Hostel Phuket Thailand




Bilik Eden Hostel yang kami duduk adalah dormitory, tapi private roon pun ada rasanya. Masa kami datang tu, dia tengah sibuk nak tambah bilik lagi. Dormitory nie konsepnya adalah kongsi toilet, jadik kita guna shared bathroom and toilet. Kami duduk satu malam je, jadik takde la pulak bertembung ke berebut toilet atau bathroom dengan orang lain. Cuma kami kena bergilir-gilir mandi la. Ada 3 bathroom, 3 toilet tak silap.

Dapur staff
Toilet & Bathroom
Mesin basuh & esbox
Naik tangga ke dorm kami
Cafe 
Tambah bilik baru kot
Dorm kami
Free storage box
Monyet pet owner
Apa yang best?
  1. Ada nescafe & air panas free kat receiption area siap dengan sofa. Seronok sarapan kat sini pagi-pagi sambil tengok MTV Siam.
  2. Wifi ada.
  3. Ada macam taman kat tengah-tengah hostel nie dengan seekor monyet  owner punya pet. Jangan risau, dia kena rantai tapi kita boleh main-main dengan dia.
  4. Ada banyak mainan budak-budak kat sini. Kalau teringin nak main boleh ler pinjam sekejap. Nie anak owner punya sebenarnya.
  5. Senang nak contact owner sebab dia memang duduk dalam nie dengan family dia.
  6. Hostel bukak pukul 9 pagi, boleh check in awal sebab hostel lain biasa check in pukul 11 paling awal. Takde masalah kot awal sebab owner pagi-pagi dah ready sebab nak hantar anak pegi sekolah.
  7. Boleh sewa skooter kat sini. Tapi masa kami duduk tu Cuma ada 2 bijik je, kami nak 3 bijik. Kalau tak, senang je nak pulang motor kan? Tak payah terkejar-kejar.
  8. Harga murah sebab kira dorm punya.
  9. Ada loker siap lock kat dalam dorm. Loker FOC je. Boleh la letak barang berharga dalam tu.
  10. Serious dekat dengan Terminal 1 Bus Station Phuket. Ada la dalam 500 meter dah sampai.

Apa yang tak best?
Tak tau la sebab duduk sehari je.
1. Skuter tak banyak
Kena cari skuter dekat kedai lain yang kena tipu tu.
2. Shared toilet.
Kalau tak selesa, nak privasi tu susah sikit la.

Boleh ditambah nanti.

Skuter parking depan hostel.
Ada beberapa guesthouse lain didepan Eden.


Book Eden Hostel Phuket Agoda, booking.com
Boleh check-out hostel lain sekitar kawasan Old Phuket ni di Agoda atau di booking.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...