Backpacking KL- Thailand ~ Day 1 Klonghae Floating Market,Lee Garden Plaza,Pink Lady Market,



Alhamdulliah, kami telah selamat kembali ke Malaysia selepas trip ke Thailand. Kali ini kami berenam pulak. Kemunculan semula 4 orang kak speky dengan 2 orang lagi iaitu Azreen dan Ika. Trip nie kalau ikut plan asal sebenarnya teringin nak cuba naik train. Tapi setelah kita ambil kira dua faktor penting iaitu kos dan masa, kita naik AirAsia jugak pergi dan balik.

Satu lagi, trip Thai kali ini kita luar biasa sikit ye kawan-kawan. Kami tak ke tempat biasa dengan naik ke main city Bangkok, sebaliknya kita ke Hatyai. Dan kita juga tidak ke kawasan new Phuket yang sangat famous dengan Patong Beach, Karon Beach dll, sebaliknya kita ke Old Town Phuket.

Jadi, mungkin itineari kami lain sikit dari orang lain. Tapi jangan risau, perkara wajib buat bila ke Thai kita dapat buat jugak.

Hatyai - Phuket - Phi Phi Island - Krabi - KL

Trip backpacking dari 14 hingga 19 Februari 2015.
 Kenapa tak dipanjangkan lagi? Kan masa tu cuti?
Sebabnya adalah time tu Raya Cina, maka semua benda harga lain sebab holiday season.
Untuk jimat kos, kita balik pada 19 Februari tu dan untuk meningkatkan lagi penjimatan, check in luggage kali ini 20kg sahaja, maka semua orang bawak backpack je. 
Macho tak akak-akak speky kendong backpack? Hahaha..

Ok, mari mula dengan hari pertama.

Day 1 ~ 14 FEBRUARI 2015 KL-HATYAI

Setelah berjaya melepasi autogate dengan confident nya dan menikmati Nasi Lemak Pak Nasser walaupun perjalanan sejam je( aku saspek kita ber6 je dengan beberapa orang lagi yang order makan dalam satu flight tu), kami selamat tiba di Hatyai. Pertama sekali kita cari teksi nak ke hotel. Kita mencari kaunter kuning untuk dapatkan airport taxi. Lepas amek resit kita dah bayar tu, keluar pusing kiri ada kaunter untuk dapatkan teksi tu.

Actually bukan kaunter apa pun, cuma ada meja sebuah dengan orang yang uruskan teksi tu. Kami pun naik la 2 teksi Toyota ke hotel. Kos 600 baht untuk 2 teksi. Confuse seketika bila tengok semua signboard Songkhla. Eh, bukan kita pergi Hatyai ke? Maaf la geografi tak berapa cemerlang kan..Hatyai adalah district/ daerah dalam Songkhla.

Tips 
- Ambil map dekat pintu keluar tu. Rupa dia macam kertas iklan banyak-banyak, rupanya ada map dalam tu
- Sebelah kaunter teksi adalah kaunter information, ambil poskad free gambar gajah kat situ..kenapa? Sebab dia free laa…lagipun nanti boleh pos kasi orang kampong

Sampai la kami di Laemthong Hotel dengan jayanya.
OTW perasan yang kat sini mostly kenderaan yang diguna adalah 4WD macam Hilux melambak.
Kereta import Toyota semua pun banyak siap modify lagi.
Murah kot harga kete kat sini, minyak je mahal.

Macam mana Laemthong Hotel?
Sila tengok review disini (Review Laemthong Hotel Hatyai).
Kita solat dulu dan berehat la dalam sejam.
Lepas tu kami keluar dari hotel jalan-jalan cari tuktuk sambil cari money changer.


Kat sini dapat rate RM 100= 900 baht.
Nak buat macam mana kan..dah ringgit jatuh. Tukar sikit dan kita terus jalan-jalan.
Nampak pulak sesuatu yang aneh iaitu tempat duduk macam helmet.
Kita bergambar sekejap. Pastu teiba-tiba pakcik polis datang.
Ohh…rupanya tu post kawalan dia la.
Baik je dia tengok kami bergambar sambil tersenyum kat tepi.

Tahan tuktuk dapat pakcik muslim. Setelah tawar menawar, dia kasi 50 baht pergi balik.
Kami nak pergi je nak 25 baht.
Dia tak kasi, cuma kasi 30 baht per person.
Kami pun ok je la sebab jauh tau tempat seterusnya nie.

Tips
- Amek tuktuk pergi balik terus. Nanti tuktuk tunggu korang. Jangan amek oneway sahaja. Mahal 

20 minit kemudian, sampai la kita di Klonghae Floating Market untuk makan tengahari.
Market nie buka Jumaat, Sabtu, Ahad je dari 3-9pm.
Sebab kami sampai lebih kurang pukul 5, tak ramai lagi la orang dan tak sesak lagi.

Parking tuktuk kat sini
Floating market nie macam pasar malam kita jugak.
Ada orang jualan di gerai tapi kelainan dia adalah orang jual makanan dalam sampan.
Sebab tu la namanya floating market.
Kat sini memang banyak Muslim, jadi insyaAllah takde masalah makanan.

Petang di Klong Hae.

Semua dalam sampan tu ada jual makanan atau minuman. Pilih mana nak  cuba.

Lepas order makanan, nanti dia letak makanan korang dan balance duit dalam bakul macam tu.
Ha, tak payah la diorang dok bangun setiap kali ada orang beli.

Ok ini makanan ko. Sila letak duit dalam tu.

Aktiviti order makanan.

Kami apa lagi, macam orang jakun nampak air kelapa dalam pasu & buluh.
Macam-macam makanan kami beli dah tu muka merah
semua sebab pedas diorang lain macam oo..
Antara yang kami beli Sushi (comel je sushi diorang),
papaya crispy salad, sosej, mee soup dll dengan air kelapa sorang satu.
Dah pedas tu, air mineral lagi..fuh pedas.

Tips 
- Bila air kelapa dalam buluh dah habis, beli je lagi sebilik kelapa pastu isi balik dalam buluh. Takpun air mineral. Diorang memang suka kasi ais sebanyak-banyak nya.

- Request sebijik je cili, takpun xtah letak cili. Dah merah-merah muka tak tahan pedas.

- Air kelapa dalam pasu pun ada. Boleh bawak balik pasu jadik souvenir. Jimat duit.

Ada tempat makan banyak kat bawah. Dah kenyang sampah sila buang dalam tong sampah.
Pesan penaja, jaga kebersihan dimana saja.

Dah kenyang kita naik semula ke atas nak berjalan ke stall
yang ada jual macam-macam baju, souvenir dll.
 Nak pegi toilet pun ada 5 baht.
Lepas dah habis pusing, kami pergi balik tempat tuktuk nak ambil tuktuk balik ke Hatyai.
Punya banyak tuktuk kat situ, semua dah ada orang yang ambil pergi balik.

Tuktuk yang ada nak hantar kasi 200 baht untuk balik
. Kira sorang kena 33.33 baht. Pergh..ini sudah lebih dari bajet.
Kami mesti la taknak kan.
Pusing-pusing, tanya semua diorang kasi rate tu jugak.
 Argh…benci…setelah duduk tepi jalan mengharapkan ada la tuktuk yang lalu,
akhirnya kami naik jugak la tuktuk dengan harga 200 baht tu ke Lee Garden
sebab katanya ada money changer ok kat situ.


Dah nak sampai kawasan Lee Garden nampakla Restoran Hamid yang ada jual Halal food tu.
Sampai sana kami naik terus ke Lee Plaza sebab ingat dalam tu money changer,
 tapi tak jumpa. Lee Plaza tu shopping mall,
 tapi ada jual handicraft masa tu. Ok jugak la.
Kat Floating Market jual keychain comey buh nama sekeping 30 baht, 4 for 100 baht.
Kat sini sekeping 29 baht, 4 for 100 baht. Lebih kurang je, tapi handicraft memang comel.


Kita keluar dari Lee Plaza, baru nampak money changer nye.
Rate sama jugak macam dekat hotel iaitu 900.
Tukar lagi sikit kat sini.
Patah ke belakang sikit pergi Restoran Hamid tu.
Tak makan pun sebab full lagi dari Floating market punya makan.
Ke 7E mencari simcard AIS yang diperkatakan itu.

Mengikut map, tak jauh kami dari Hotel,
 jadi kita pusing-pusing area Lee Plaza tu sebab night market memang ada kiri kanan.
Melepak depan Lee Plaza Hotel sambil makan pulut mangga.
Mangga pulut depan Lee Plaza ada harga 60,70,80 baht
bergantung pada kegemukkan mangga tersebut.

Tips 
- Depan Lee Plaza punya mangga pulut mahal sikit. Jalan ke depan sikit tu murah dalam 50 baht. Mangga pun lagi sedap. p/s Udang dia bapak besar

Pulut mangga sini lagi murah & lagi sedap 50 baht.  Pulut durian pun ada.

Bapak udang ada kat sini. Beli makan kat hotel pun sodap.

Setelah mengisi perut dengan pulut mangga dan udang sambil melepak kat tangga Lee Plaza,
 kami ke kiri dan nampak tour ( Mee Mee Tour) yang ada sewa van.
Kena cari hari nie jugak van untuk ke Phuket nanti.

Mee Mee Tour sebelah Lee Plaza Hotel

Masuk dalam satu kedai tour dan bincang, terangkan,explain
dan tawar menawar serious lama. Ada juga dalam sejam duduk dalam tu.
Nasib baik sorang tu boleh faham Melayu sikit.
Memang berat sikit la kes kami sebab nak ke Phuket malam.
Kalau nak ke Phuket siang, memang melambak bas dan van ada.
Harga pun lagi murah la.

Tapi sebab perjalanan akan ambil masa 7jam , sayang la kalo pergi siang kan.
Itu yang kami decide nak naik van ke Phuket and overnight dalam van.
Lepas tu kami nak jugak van tour tu untuk esok sehari jalan-jalan dulu,
lepas tu dalam pukul 9 baru bertolak ke Phuket.
Itu yang lama dok bincang tu.
Tepon sana, tepon sini.
Diorang punya risau ada masa free dalam 3 jam before ke Phuket tu tak tau nak buat apa.
Ceh, dia meragui kemahiran kami untuk hilang pedoman bila shopping..haha.
Siap ada special request nak driver handsome and young one ah…


Setelah settle urusan menguruskan transport untuk tour Hatyai & ke Phuket esok,
kami pusing kiri dan jumpa la Pink Lady Market tu.
Takde la banyak mana pun kedainya.
Semua jual baju dan cenderamata.
Straight je nampak la bangunan Pink Lady tu.
Confident je nak pergi tengok, sekali nampak abang abang sado 5,6 orang depan tu.
Takut adik tau..hehehe

Kita keluar dan jalan straight. Ada banyak je jual makan-makan.
Dekat dah nak sampai hotel tu dah rasa lapar dah.
Nampak pulak kedai makan Muslim, kita singgah untuk menggisi perut.
Ada je roti canai dll kat sini. Tapi tak sedap dan mahal je nasi kat sini.
 Patut la tak ramai orang. Kedai pun pattern lama je. Takyah la makan disini ye.
Beli je kat market tu banyak-banyak, makan kat hotel.

Dalam pukul 10.30 macam tu dah balik hotel dah.
Mari kita tidur awal sebab esok nak ronda-ronda Hatyai sebelum ke Phuket.


No comments:

Post a Comment