Pages

Backpacking KL- Thailand ~ Day 4 Phi Phi Island,Aonang Night Market, Pancake Krabi

Day 4 ~ 17 Februari 2015 Aonang

Bangun pagi, breakfast sambil teka jantina anak owner hostel pastu kami check out. 
Nak letak bagpack kat office tour dan pulang moto. Tiba-tiba skuter Adah tak dapat start. 
Dah start guna starter pun tak nak idop. 
Ah sudah…Mintak tolong orang hostel pun tak dapat hidup kan. 
Setelah berkali-kali percubaan, kami decide untuk panggil pakcik skuter 
dan letak backpack kat kedai makcik tour.

Pergi kedai pakcik moto dan dia baru bukak kedai. 
Cakap la masalah moto tak dapat hidup, dah tekan starter pun tak mau hidup. 
Masalah bateri kot. Kitorang mintak dia pergi tengok sekejap. 
Bukannya jauh pun. Dalam 500 meter je dari kedai dia. 
Basically kat bangunan belakang kedai dia. 
Dia kata tak motor kena bawak sini jugak.
 Huk alah, dah orang kata tak dapat hidup, nak bawak macam mana. 
Pergi la tengok, tu kan moto ko..
Bertekak seketika sebab dia tak paham bahasa. 
Orang cakap lain, dia cakap lain.

Stress, kitorang blah dan cepat-cepat pegi drop bag sekejap. 
Mengadu kat makcik tour, pastu dia pergi tengok kan motor. 
Dia kata kalu tak sempat jugak untuk amek bot 8.30, kena amek pukul 12. 
Kalut la kami sebab taknak itineari lari nanti. 
Van sampai dan kitorang pun tunggu dalam tu. 
Akhirnya dalam 5 minit lepas tu budak-budak nie sampai. 
Settle dah moto tu. Pakcik moto datang sekali dia pijak je starter tu elok je idop moto. 
Tengok la orangnya macam mana. Panas membara pulak hati kitorang pagi-pagi nie.

Kan ke lebih mudah kalau dari awal dia datang je tengokkan moto tu instead of nak bertekak dengan kitorang. Settle semua, kita pun teruskan perjalanan ke Rasada Pier . 
Naik van sekejap je tak sampai 10 minit dah sampai jeti. 
Pakai sticker dan simpan tiket dan masuk feri kami. 
Excited naik feri nie pergi duduk bahagian atas yang open tu. 
Lepas 15 minit, feri tak jalan lagi dan dah mula terasa terik panas.
 Tak lama lepas tu masing-masing turun masuk dalam feri.

Ambil tiket kat sini Rasada Pier

TIPS

- Duduk je dalam feri sebab perjalanan lama dalam 2 jam. Takut nanti takde seat selesa.Kat atas tu panas, tapi kalau nak tan boleh ler duduk atas.
- Duduk bawah sekali kat basement biasa tak ramai orang sebab ada bau minyak,bising sikit sebab dekat dengan enjin.
- Kalau nak rasa basah kena air sambil boleh keluarkan kaki nak main air boleh duduk kat bawah bahagian luar tu. Sekali langgar ombak, basah la jugak.
- Makanan & minuman kat dalam feri adalah sangat mahal. Buah 50 baht sebekas. Kat luar biasa 30 baht je. Bawak bekal apa yang boleh untuk makan kalau lapar.

Open area kat atas.




Selepas 3 jam, kita sampai ke Phi Phi Island.
 Untuk mereka yang nak ke Krabi akan transit kat sini dalam 3 jam.
 Kami sampai dalam pukul 11 pagi dan kena naik semula feri sebelum pukul 3.30pm. 
Backpack semua kena keluarkan sebab nanti ke Krabi naik feri lain.

Nak masuk Phi-Phi rupanya kena bayar 20 baht untuk Cleaning fee katanya, ada jugak kata tax. Boleh orang yang jaga pintu masuk tu agak kasar ye tak kasi masuk dan demand 20 baht dulu. 
Relax la bro. Tapi aku rasa mesti ada je yang terlepas tak bayar tiket tu. 
Lepas keluar feri tu memang tak teratur sikit la sebab semua orang keluar feri 
and nak masuk pintu sama.

TIPS

- Backpack boleh tinggal kat kedai. Kena charge 50 baht.
- Kat sini harga setem 20 baht, kalau kat tempat lain 15 baht je. 
- Souvenior kat sini mahal. Beli la kat Krabi ke Hatyai ke.
- Kalau nak jugak beli, tips adalah ko letak je berapa harga ko nak. Macam harga magnet fridge tu dia kata 150 baht, kitorang mintak 100 baht dia kasik je. Tapi kat Aonang dapat 80 baht je..haha
- Pakai la sunblock banyak-banyak kat sini walaupun ko tak pergi mandi. Panas woo..jadik zebra berbelang- belang dah aku.

Cantik woo Phi Phi Island



Kami tinggalkan backpack kat satu kedai yang ada service simpan bag 50 baht per bag. 
Dan jalan-jalan carik boxer muay thai sebagai cenderamata, jumpa pun. 
Berjalan sambil check out kedai makan halal kat sini. 
Ada nampak 3 kedai halal sepanjang perjalanan mencari masjid. 

Dari pintu masuk tu straight jeee nanti jumpa la masjid tu. 
Ada signboard, ikut tu je. Singgah beli air sebab punya terik, panas kat sini tak tahan. 
Melihatkan air mineral mahal kat sini, aku dengan Haq tak beli. 
Selain dari aku kedekut aka nak jimatkan lagi duit, aku ada teori aku 
iaitu setiap masjid dan tourist information center
 mesti ada water dispenser sejuk yang aku minat sangat tu. 

Al-Islah Koh Phi Phi Mosque

Akhirnya jumpa masjid dan harus aku carik air sejuk dulu.
 Baiklah, teori konspirasi aku tepat, ada water dispenser sejuk.
 Basahkan tekak dan ambil wuduk. 
Kami sampai ngam-ngam tak lama lepas tu azan Zohor. 
Solat sekejap dan kita keluar untuk carik makan.

Pesan penaja, pintu ke bahagian perempuan tu jenis hempas balik lepas ko tolak, 
jadik sila buka dan katup pintu elok-elok ye,
 kalau tak dapat la lengan yang lebam macam aku sebagai kenangan. 

Untuk tempat makan halal ada je kalau korang masuk lorong-lorong tu.
 Tapi disebabkan tak cukup masa kitorang cuma lalu main road je 
dan perasan beberapa je kedai makan halal 
dan kami akhirnya makan kat kedai apa tu ada Indian food halal katanya.

Penuh dengan mat salleh dalam nie dan meja untuk 4 orang biasanya. 
Kami buat macam makan kat mamak Malaysia, tarik sendiri kerusi, gabungkan dua meja,
 tolak ke dinding. Haha…confident je memasing. 
Port macam biasa, paling dekat dengan kipas sebab panas ok Phi Phi nie.
 Mintak menu dan macam mana ntah tukang amek order
 nie cakap Melayu dengan kitorang tiba-tiba.

Bukan confius kenapa dia boleh tau kitorang nie Malaysian 
tapi sebab tukang amek order nie muka India. 
Pernah keje Malaysia rupanya. Setelah order dan tunggu makanan siap masak, 
dia borak bukan main lagi dengan kitorang. 
Macam-macam pulak dia nak bercerita dan sampai ke hujung tak tanya nama. 
Jadi kami panggil dia “budak patah hati,sakit hati, kecik hati, buah hati”…

Hahaha kemain panjang nama dia 
sebab basically tu la rumusan dia bercerita, berborak dengan kitorang. 
Patah hati dengan buah hati dia kata. Kitorang dia je la dengar dia. 
Pastu boleh dia kata “ Tanya la kenapaa”..
hahha kitorang tak layan cakap “Tak nak tau kenapa pun”..
hahaha saja dengki kan. 
Terpaksa menjadi concern dan layankan tanya “kenapa”
Tu yang panjang pulak dia bercerita.

Sebab aku rajin, aku tulis background dia yang dia dok cter kat kami. 
Kot-kot ada yang berkenan dengan resume beliau nie, 
boleh la carik kat Phi Phi Island sana..hehehe. 
Dia asal Myanmar. Pernah keje kat Malaysia 4 tahun lebih, antaranya kat Ipoh tak silap. 
Ada buah hati masa kat Malaysia, orang Indonesia.
*Siap tunjuk gambar dalam phone dia Ok*. 
Patah hati,sakit hati,kecik hati dengan Malaysia 
sebab kena penjara 2 bulan berapa minggu ntah.
 Sebab ejen yang renew permit dia hilangkan diri
. Kena black list tak boleh masuk Malaysia 1 year.
 Pastu keje kat Krabi, pastu baru 11 hari keje kat Phi Phi Island nie punya restoran.
Lepas nie nak kerja kat Korea pulak.

Lebih kurang macam tu la serba sikit latarbelakang diri beliau.
Kitorang cakap lepas nie mesti jumpa muker nie kat Itaewon kalau dia pergi Korea pulak.
 Kami makan padthai,nasi goreng dll. 
Bising kitorang mintak dia masak cepat sebab masa tu dah dekat pukul 2 dah. 
Ada satu lagi misi nak buat kat sini iaitu pergi Viewpoint yang dapat tengok seluruh pulau nie. 
Tanya budak nie katanya 7,8 minit sampai. 
Tanya kedai lain dalam 30minit sampai. 
Ah..sudah mana yang betul.

Antara perkataan dia yang aku tak boleh lupa adalah sekali harung
 bila kitorang nak order sorang-sorang. 
Tak boleh blah ok dia boleh cakap and paham sekali harung tu ape. 
Sambil hiding makanan kat Haq dia panggil
 “Sayang” kat Haq.
Pastu sempat lagi tanya 
“Yang tudung hitam tu dah kahwin belum?” 
Walaweii..
Haq hot item kat Thailand nie..jangan main-main.

Dah penuh perut tu, kami speedwalk ikut signboard yang ada. 
Mak ai, apa nya 7,8 minit.
 Dah 15 minit berjalan tak sampai lagi. 
Azreen dah give up awal-awal dia pergi shopping. 
Adah and Dila jalan pelahan-pelan je dan patah balik. 
Aku dah jumpa tangga tu macam confiden dekat sangat
. Lepas dah mendaki dan aku dah tak cukup nafas, aku give up.
 Dah la jauh, nak kejar time sebab nak naik feri lagi.

Up , Up and aku give up!

Tengokla dunia..1st viewpoint

Tapi Haq and Ika teruskan. 
Rupanya ada 2 viewpoint. 2ndviewpoint baru nampak satu pulau. 
Tapi diorang Cuma sampai 1st viewpoint je sebab yang kedua tu kena panjat lagi. 
Lagi satu, nak naik viewpoint tu kena bayar fee jugak.

Lepas tu bermula la aktiviti berjalan macam tak cukup tanah patah balik amek beg dan naik feri. 
Aku boleh pulak tercicir tiket feri. 
Nasib baik Dila perasan and amek kan. 
Kalau tak mau kena bayar lagi tu. 
Dan akhirnya semua dapat seat dalam feri 
yang 45 kali ganda lagi buruk berbanding feri sebelum nie.
 Aku sudah kecapekan dan tidur sepanjang perjalanan ke Krabi.

TIPS

- Bawak botol kosong pergi masjid. Refill air sejuk. Jimat takyah beli air.
- Kalau hanya transit di Phi Phi Island, sila rancang masa baik-baik. Cadangan aku adalah letak beg (option, nak bawak je pun xde hal), lunch,solat, naik viewpoint. Takyah shopping sini.
- Nak tinggal kat Phi Phi Island pun boleh ada banyak hotel kat sini.
- Pastikan pukul berapa kena naik feri dan bajet masa & aktiviti kalau taknak berlarian naik feri balik macam kitorang.
- Option lain ke Krabi adalah naik minivan dari Phuket.

Jeti Krabi

Mari naik van ke Aonang.

Sampai la kita ke Krabi. Kat sana ada banyak kereta dan van. 
Ada jugak bas yang katanya free bagi yang dah beli tiket. 
Kira pakej sekali kot sampai Aonang town tu. 
Tak tau pulak aku kewujudan tiket bas ini. 
Korang research la nanti ye. 
Dan…van yang katanya sekali termasuk dalam pakej tiket Krabi kitorang tu tak muncul pun. 
Makcik tour tu tak angkat pun call kami. 

Lepas tu keluar la segala drama, nak naik bus dah full dan kitorang bukan ada tiket pun. 
Ala, naik bas tu bukannya driver tu cek tiket pun. 
Omputih tu semua main masuk je.
 Ada satu family akak dari Malaysia nie dia kata dah bayar tiket bus tu 
tapi macam mana ntah bas tu dah full.
 Nampak sangat ada yang tak bayar dah naik bus. 
Akhirnya tinggal la kami berenam dengan
 akak tu dengan family dia pun nak ke Aonang jugak. 

Adah, Dila dok bertekak dengan pakcik van sebab dia kasi 400 baht satu van. 
Kitorang nak lagi murah, tak dapat-dapat jugak.
 Dia kata jauh la, banyak traffic light la, 30minit baru sampai la.
 Pastu terperasan orang yang cakap dengan akak tu cakap Melayu.
 Eh, boleh mintak tolong nie. Tapi dia cuma bawak kete je, 
tak dapat nak sumbat kami berenam. 
Tapi sempat Dila ambil nombor phone dia sebab dia ada van, 
senang kitorang nak deal harga sebab boleh cakap Melayu.

Akhirnya kitorang naik jugak van yang kasi 400 baht tu.
Tanya orang lain semua pun dia kasi rate tu jugak.
 Ceh, macam kes tuktuk Floating Market jugak la. 
Diorang dah komplot macam tu, tak dapat rate lagi murah sikit pun. 
Rupanya bukan van pun, naik kereta Fortune tu.
 Boleh la selesa sebab 4WD kan. Tak sampai 15 minit dan tak banyak traffic light pun. 
Adah siap sound lagi “ No trafficlight!” dalam kereta.
 Sengih jer driver tu..cis.

Akhirnya sampai hostel, dia berhentikan tepi jalan kena melintas. 
Apa lagi, demand nak dia lintas kan kereta tu sampai pintu hostel jugak.
 Ha, amek ko. Dah lepas tu kami check in ke Aonang Backpacker.
 Sambil Haq and Dila settle kan check in 
kami yang lain-lain dah tersadai kat sofa tepi. 
Lama la pulak diorang bincang.


Terkecik pulak Aonang Backpacker..yang warna biru tu. Nie hostel sebelah dia.


Aonang Backpacker nie style dorm betul-betul.
 Kitorang semua tak pernah try dorm,
 jadi kali nie kita cuba dorm lagipun dorm lagi murah sebab dia kira per bed.
 Kat sini ada female dorm dengan mix dorm. 
Mestilah mintak female dorm kan. 
Ingatkan kami berenam diletakkan dalam satu dorm sebab satu dorm memang 6 katil. 
Rupanya dia split kitorang dalam 2 bilik, jadik terpisah kitorang. 
Bilik yang kitorang masuk tu pun semua dah ada orang. 
Jumpa lagi 3 orang backpacker omputih dah kat dalam tu. 
Mula-mula bengang jugak la, tapi tak kesah la. 
Tidur semalam je pun. 
Cuma Adah berjaya tukar katil sebab lagi mudah nak solat,
 nanti takde la menghadap katil diorang. 
Review Aonang Backpacker boleh tengok kat sini.


Kita letak barang, solat dan berehat. 
Berkenalan dengan traveller lain.
 Nie yang bagus duduk dorm sebenarnya. 
Kita dapat berkenalan dan kalau stay lama dapat buat akiviti dengan traveller lain.
 Yang duduk dorm Adah tu dok berusaha nak ingat nama kitorang.
 Sebab nama susah sebut, dia kasi nickname semua orang. 
Yang aku ingat Haq= Hulk, Ika = Pikachu, Adila = Adele, Nabila= Narnia,
 Azreen aku tak ingat apa, Adah pergi toilet kot. 
Yang kat dorm aku tu Haq tegur dia, pastu baru bertanya-tanya. 
Dia solo traveller dari Jerman. Siap beli patch nak tampal kat backpack lagi. 
Jeles saya. 
Social worker yang dapat cuti panjang dan umur lebih kurang kitorang.
 Single lagi macam kitorang jugak.

Lawak malam tu adalah bila aku cakap “ We need to travel good man. All the good one had been taken”. Dia pun sambung 
“ Yeah. The good one are etiher taken or gay”. 
Hahahah,,betul. Saya setuju. Ini realiti satu dunia rupanya. 
Jakun dia seketika bila nampak Haq keluarkan telekung 
and explain la nie untuk prayer, the longer version of our scarf etc etc.
Dia nampak Ika pakai shawl pastu dia kata its look complicated..Hahaha

Baiklah, habis cerita dorm mate, 
before kitorang keluar untuk carik makan and pergi night market, 
Adila calling abang yang boleh cakap Melayu kat jeti Krabi tu.
 Namanya Abang Min. Bercerita lah Dila plan kitorang esok dan berapa rate dia boleh bagi. 
Kelakar la Abang Min tu. 
Itu kesimpulan Dila. 

Kami pun keluar menapak dan tak jauh dari situ
 nampak kedai makan Halal iaitu Kedai Rohanee. 
Kedai 1st kitorang nampak dan terus masuk, dah lapar namanya. 
Kat sini pun boleh cakap Melayu jugak. Oh senang. 
Kami order satu set yang ada tomyam,somtam,telur dadar, sayur semua dengan air sejug. 
Mudah macam nie sebab nanti duit split sama rata je.
 Kalau nak tambah order, nanti bayar sendiri. Ok la makan sini, berasa jugak.

Lepas tu kami berjalan la nak sampai night market tu. 
Sepanjang jalan tu banyak je kedai makan halal. 
Senang sangat nak carik makanan halal kat Aonang nie. 
Kiri kanan ada. Pancake Krabi pun ada banyak. 
Mesti makan tau, katanya tak Krabi la kalau tak kena pancake dia. 
Lintas jalan dah ada kedai jual tshirt, rupanya Kak Ani tu boleh cakap Melayu 
dan rupanya kedai makan tu dia punya jugak. Dasat ok akak.

Kami teruskan lagi perjalanan ke night market. 
Tak sampai pun night market tu kami jalan sampai jumpa McD dan atas lagi. 
Jalan-jalan tengok , beli souvenior, tengok rate ke airport dalam 150 baht/person.
 Kalau van dapat la 600 baht satu van. 
Kat sini poskad lagi murah dari Phi Phi 10 baht, kat sini 5 baht je.
 Aku beli lagi..tamak ok..Setem pun cantik. 
Tapi sampai la nie tak terima lagi poskad nye..

Kat sini ada je money changer. 
Ape punya info outdated kat Google kata kat Aonang takde money changer.
 Ada satu tu comel je money changer dalam van kecik. 
Kami pun jumpa pak cik Aziz pancake tu yang kalo tak makan tak sampai Krabi katanya. 
Ok la, kat Phuket punya lgi nipis kot. 
Pisang dia pun hari nie kelat sikit sebab muda lagi. 
Pancake 50 baht.

Dila akhirnya dah deal dengan abang Mi untuk ambil kitorang esok dari hostel, 
hantar hostel baru, van ke Emerald dan lastly island hopping. 
Kami pun patah balik sebab dah renyai-renyai dah masa tu. 
OTW balik, ada pulak omputih bawak motor boleh terjatuh kat simpang sebab jalan licin
. Jadi sesiapa bawak motor masa hujan, 
sila berhati-hati sebab motor rosak korang yang kena bayar nanti. 


Sebelum tidur, kemas barang apa yang patut sebab esok nak check out. 

No comments:

Post a Comment