Tips Travel Vietnam



Berjalan 4 hari 3 malam kat Vietnam baru-baru nie.
Belum power pengalaman disini tapi bolehlah nak berkongsi tips.


  1. Tukar currency Dong & RM dari Malaysia. USD boleh la sikit. Dapat Dong nilai kecik senang nak guna untuk beli tiket, beli kopi dll.
  2. Print nilai currency. Dong-->RM. Sebab otak tak berapa nak laju kalau nak convert on the spot. Pastu korang bawak la kertas tu kemana-mana.
  3. Research berapa harga yang boleh dapat kalau beli barang macam kain cotton, tshirt, fridge magnet. Ini nak elakkan kena tipu ye.
  4. Kalau dah tersilap beli, atau tak tawar giler-giler dan menyebabkan kerugian, jangan stress sesangat. Anggap rezeki penjual tu ( walaupun hati membengkak). Kalau tak nanti sepanjang masa sampai balik Malaysia korang frust & tak enjoy jalan-jalan.
  5. Kalau amek Mekong Tour bawak bekal makanan sendiri. Nanti dia bawak restoran, makanan tak halal. Kalau tak korang minum air kelapa je.
  6. Time lintas jalan, jangan takut sangat. Jalan je, nanti motor mengelak korang. Tapi kalau kereta ke bas dia tak elak korang. Sila jalan cepat-cepat. Kalau tak reti langsung melintas, korang ikut je time orang lokal melintas. Kadang-kadang siap dia cuit ko, tolong lintaskan.
  7. Pakcik beca takyah la korang layan ye. Nanti dia suruh naik pastu turunkan kat mana-mana pastu charge ntah ape-ape. Teknik dia adalah ajak berbual & tunjuk gambar orang Malaysia naik beca dia. Pandai tunjuk testimoni tau.
  8. Time beli barang tanya dalam RM & Dong. Kira mana lagi untung.
  9. Duit jangan semua letak dalam dompet lagi-lagi time lalu imigresen.
  10. Kalau nak tanya jalan kat orang lokal, better korang kasi tunjuk dalam kertas atau pamplet sebab sebutan kita tak sama. Dengung lain dengan diorang, nanti diorang tak faham.
  11. Belajar sikit bahasa Vietnam. Tau tanya harga atau cakap terima kasih dalam bahasa dia pun OK. Diorang impressed ok kalo korang tau. Sebab orang kita pergi sana konfiden cakap Melayu. Vietnamese pulak yang belajar BM.
Baca kisah kami kat sini

2 comments:

  1. demmm no.5... fine. iolls minum air kelapa je.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. keruk la kelapa tersebut sampai patah chopstick na....haha

      Delete