Day 1,11 Disember 2014
Trip ke Vietnam kali nie cuma ada aku dan Adah.
Kami bertolak dari KL pada 11 Disember dan balik semula ke KL hari Ahad 14 Disember 2014.
Disebabkan boarding lama lagi, kami berjalan dengan tenang ke gate Q21
(iaitu gate terjauhhhhh dalam KLIA2)
Landing di Tan Son Nhat International Airport dengan selamat.
Keluar arrival hall, fefeeling celebrity sekejap sebab penuh luar pintu dengan orang yang menyambut.
Kami turun je flight, perkataan pertama keluar adalah
"What am I doing here??"
Tema trip kali ini adalah "KITA REDAH JE LA".
Itineari buat dolu-dolu, simple gler & tak revise pun.
Jadi, dua-dua pun blur.
Kalau dulu Korea punya itineari, seminggu sekali revise kot.
Oleh itu, malam-malam sebelum tidur kena Google nak buat apa esok.
Kalau jenis tak kesah, sempoi boleh je buat trip gini.
Tapi sila jaga bab bajet, sebab tak kira bajet betul2,
maka terpaksa tukar RM kat sana lagi.
Misi pertama adalah, cari bas 152.
Pergi beli mineral dulu sebab takde duit kecik.
Katanya nanti driver tak pulang balance.
Ada je dia pulangkan, tapi kalo dah sepuluh orang naik, semua kasi 100,000 VND
memang lama ler nak dapat balance balik.
Keluar arrival hall, ke kanan lepas tu lintas jalan.
Ada je bus tu parking tepi jalan.
Kos 5,000 VND
Naik bus ada la mak cik -mak cik nie.
Berborak sekejap.
Pelik pulak dia bila kitorang cakap baru 1st time datang sini tapi naik bus je.
Kami turun kat stesen bus dekat Ben Thanh.
Berjalan la kami mencari Hotel 25 yang telah dibook oleh Adah.
Good job Adah *clapclap*
Setelah berpusing-pusing seketika, Adah berjaya menjumpai hotel tersebut
berpandukan map yang paling tak clear penah aku tengok.
Hebat mu!
Nak check in lepas tu dia mintak passport kitorang nak simpan.
Oh, harus la mintak balik. Cakap kitorang fotostat jap.
Lepas meletakkan barang dan rehat sekejap, kami mulakan perjalanan ke Ben Thanh.
Dan lintasan pertama kami ke arah bulatan kuda tu.
Oh, lupa nak bagitau..kuda takde ye.
Tengah renovation sekarang.
Tu ha kuda korang dah kena selimut. |
Nampak construction tu? Sebelah tu stesen bas turun kat situ. Susur construction, lintas jalan terus jumpa lorong ke Hotel 25. |
Wow, banyak ye lahai motor. Dah la trauma lintas jalan dengan motor nie.
Setelah berjaya melintas separuh jalan,
(separuh jalan lagi ada nenek lintas sesame),
masuklah kami ke dalam Ben Thanh yang femes amos tu.
Nah video...gigih tak gigih aku upload..
Semua pun ada dalam nie.
Dari kopi ke air juice ke kain ela, baju kurung, baju budak, jam, tshirt.
Semua pun ada.
Nak tak nak je beli.
Tiada peristiwa tarik menarik tangan disini.
Mungkin sebab muka duit tak tebal kot.
Cuma diorang panggil-panggil je.
"Tengok dulu kakak. Murah-murah Kakak"
"Maam...maam"
Pusing-pusing, keluar pintu belah mana ntah.
Susur keluar nampak kedai cermin mata banyak.
Bermula misi kami iaitu buat cermin mata sebab katanya kat sini murah.
Adah pergi satu kedai. Aku pergi selang 2 kedai iaitu kedai bawah nie.
Hari nie tempah, esok siap! |
Lepas test mata semua & bayar deposit, kami teruskan perjalanan.
Jalan-jalan ada beberapa kedai kain.
Masuk kedai Linda kot, beli kain orang pesan.
Tak tawar giler-giler pun, tak panas enjin lagi kot.
Korang kalo betul nak beli, tawar je kaw-kaw.
Dia tak kasi harga tu, jalan je.
Nanti dia panggil balik, kasi harga lain.
Haha..
Masuk balik dalam Ben Thanh dan Adah mula memborong kain ela.
Aku kira dah settle, lega hati sikit sebab dah beli yang orang pesan.
Kalau korang pergi Vietnam, tak payah la amek pesan orang.
Buat penat korang menawar, memikul, penuhkan luggage.
Dapat pulak dah bawak Malaysia, tak puas hati.
Orang camtu cakap je " Ko nak pegi beli sendiri"
Zalim tak zalim ayat aku..muaahaha
Jalan - jalan lagi dan beli kopi.
Amek kopi Vietnam & kopi Robusta.
Dah try buat kat rumah tak sama pun rasa.
Tak lulus lagi buat kopi Vietnam.
Kopi Robusta dia rasa light compare dengan Kopi Vietnam.
Beli siap dapat pembancuh tradisional diorang tu.
Wajib beli kalo ke Vietnam. |
Oh, sila tanya kopi mana halal sebelum beli.
Kami guna teknik " Gabung & Pecah".
Beli sesame, pastu kita bahagi 2, abis cter.
Tawar dapat RM 57 kot untuk 2 paket kopi Vietnam 250g + 2 paket kopi Robusta 250g
dengan 2 pembancuh tu.
Adah bayar RM 55 je.
Hangin akak kopi tu seketika..muahaha
Teknik tawar menawar Adah menyerlah betul kat Ben Thanh.
Aku? Aku tak suka shopping, apatah lagi tawar menawar.
Hehe..
Lepas tu kami jalan balik Hotel.
Boleh je tunggu night market kat Ben Thanh malam tu.
Tapi disebabkan malam ada perlawanan bola sepak AFF Suzuki Cup Malaysia vs Vietnam
dan peristiwa penonton membantai penonton kat stadium,
kami decide demi keselamatan diri
untuk stay dalam bilik hotel sambil tengok bola.
Beberapa hari before pergi khabar angin orang Vietnam tengah panas hati
dengan Malaysia bertiup kuat kat group backpacker.
Aku siap roger member kat Wisma Putra apa status Vietnam sekarang.
Safe to travel.
Malaysia vs Vietnam tengok dalam bilik, kunci pintu 2 kali. Ha! |
Kesimpulannya adalah pengulas diorang tenang saja.
Kalau dengar pengulas kat Malaysia, mau sakit jantung saya.
Malam tu jugak Google esok nak buat apa.
Kami decide untuk survey Chu Chi Tunnel tour esok pagi.
Tiket bas - 5,000 VND
Cermin mata - 1,180,000 VND
Kain - RM 150
Serbuk Kopi - RM 55 /2
No comments:
Post a Comment