Backpacking KL- Vietnam 4 Hari 3 Malam ~ Day 2



Day 2, 12 Disember 2014

Cool tak motor boleh simpan dalam hotel?
Hari nie sebijik, esok bertambah jadik 3 bijik tu.

Lepas sarapan pagi official time backpacking iaitu maggie,
kami keluar hotel dan ada 2 option samada
1- pergi half day tour around HCM ( nie tour jalan-jalan sendiri)
2- pergi half day Chu Chi Tour kalau sempat.

Jalan-jalan carik Hatam nak tukar duit, tak bukak lagi.
Cuaca macam Malaysia. Takde makna balik nak jetlag, culture shock, demam2 bagai ye.

Decide untuk pergi survey harga tour dulu.
Yang kami tengok standard 200,000 VND.
Nie kalo pergi tanya hotel yang provide tour standard harga camnie.
Malam tu, dok bukak laci bilik & nampak pamplet tour.
Ada yang 115,000 VND & 100,000 VND.
Waa..ini sudah bagus. Separuh tu.
Pagi-pagi tu kami terus keluar untuk cari travel agency nie.
Tak jauh pun dari Hotel 25 nie.

Nampak tak segerombolan motor tersebut? Banyak woo.
Time nie pun ada pakcik beca cuba nak borak cakap pasal bola semalam.
Reply sikit pastu cepat-cepat jalan.

Berjalan mencarik tour.
Jalan-jalan jumpa la Vinastar Travel.
Memang harga dia 100,000 VND.
Ingat nak pergi esok je.
Tapi bos dia kata tunggu sekejap.
Rupanya bus belum gerak lagi.
So, kami decide untuk pergi Chu Chi hari nie jugak.

Adah sedang menemubual Bos Cet!

Sambil tunggu bas tu datang, bos nie kemain lagi borak.
Macam biasa, dia guna bahasa dia, kita guna bahasa kita.
Yang penting, poin sampai.
Poin dia adalah dia sedih Vietnam kalah.
Dah siap pakai jersi bagai menyokong Vietnam.
Cet, one goal, cet 2 goal.
Lawak giler dia cerita.
Nie ada aku rakam, korang tengok la sendiri.

Amazing kan sebab kita paham dia cakap apa, dia paham cakap ape.
Hehe..

Naik bus & ada ramai omputih.
Tour nie campur-campur orang & dari macam-macam hotel.
Tu yang murah sikit.
Jangan risau sebab tour guide diorang memang boleh cakap bahasa Inggeris.
Yang penting ko paham, ye dak?
Nama tour guide kitorang Mr Handsome Slim. Kelakar ok dia.
Dia yang panggil diri sendiri camtu ok!
Kata-kata dia yang aku paling adalah " No Money, No Honey".
Hehehe..

Kenalkan tour guide kami, Mr Handsome Slim
# Sila ignore date stamp kamera aku tu. Kurang rajin nak edit apatah lagi crop.
Tapi percayalah, aku baru je pergi Vietnam 2014.
2011 tu birthday kamera aku...Dah berusia dah kamera nie.

Di bawak pergi Gallery apa ntah sebelum tu.
Diorang buat art guna telur.
Macam biasa, tak beli apa-apa.
Lepas tu perjalanan diteruskan ke Chu Chi Tunnel.




Gambar masa Chu Chi Tunnel seperti dibawah.


Harga tour tak termasuk tiket. Tiket berharga 90,000 VND


Nak try boleh. Ukur bahu di badan sendiri dulu.
Kang ada boleh masuk, tak boleh keluar.
Aku tak masuk sebab tak cukup ketinggian..Hehe

Nie busut buatan ok

Bang!..bang!!...tembak itu tentera

Banyak trap tentera Vietnam buat sendiri.
Nampak simple je, tapi praktikal.
Aku paling suka Durian Trap

Nie bom yang tentera Amerika guna tapi tak meletup.
Apa Vietnam buat adalah, bawak balik kem pastu potong, pastu amek gun powder dia.
Guna semula pada American soldiers.
Genius tak genius diorang.

Spring paper roll...Ke spring roll paper nama dia?Ntah..
Kesukaan Adah nie.

Ada demonstrasi buat spring roll pujaan hati Adah nie.
Sonang ja nak membuek yo.
Al-maklum makanan perang mesti mengenyangkan & mudah.
Kalau teringing nak buat, boleh tengok video nie.
(Nanti aku upload ye)

Kami pun masuk dalam terowong dalam tanah tu jugak.
Dan makan ubi kayu cicah kacang.
Tengok video penerangan dan kami akhiri dengan sebatang aiskrim.
Panas woo~

Aku rasa makan aiskrim dah jadik unofficial mission kita la.
Jalan-jalan mesti nak try aiskrim.
Perjalanan balik kami tidur je.
Sebab half day tour, dalam pukul 2 dah balik HCM.
Kami turun kat area War Remnant Museum.
Turun je bus, memasing dah pening kepala, perut pun dah lapar.

Jalan-jalan, tiba-tiba nampak Banana Leaf Saigon.
Oh, Halal.
Jom makan dulu.
Lunch & telan panadol.

Harga murah sikit dari kedai orang Malaysia selalu masuk

Pilih mana mau try. Dah sampai negara orang, mestila try makanan diorang kan?
Kalau tak, baik ko duduk Malaysia je, ye dak?

Hohoho....jemput makan.
Pho, Chicken spring roll, Nasi, Crab soup, Shrimp spring roll, watermelon juice, Pepsi.

Suka kuah kacang, tak suka sayur-sayur tu. Gigih aku keluarkan selai-selai.
Lepas refill energy, kami jalan mencari museum.
Visiting hour tinggal sejam je lagi.
Tapi, bak kata Adah " Alang-alang dah sampai, kita masuk je la"

Tiket..tiket.

Pendek kata, korang kena pergi museum nie.
Tengok dan baca sendiri kisah perang Vietnam.
Meremang bulu roma aku baca kisah diorang.
Nak snap gambar pun tak sempat.
Sebelum keluar, kita beli poskad sekeping dua ok.
Oh, lupa cakap beli poskad kat kedai luar murah sikit banding kedai kat dalam.
Kedai tu barang cantik sebab art, so harga lain sikit.






Ini alat kasi potong itu kepala.


Sedih tak dapat hantar poskad balik Malaysia.

Keluar War Remnant Museum, kita cari jalan balik Ben Thanh.
Nak pergi amek cermin mata yang kitorang tempah semalam.
Nak keluar, ada pulak 2 budak perempuan tanya guard jalan ke Ben Thanh.
Jadik kitorang follow dari belakang.
Bijak dak?Hahaha

Disebabkan aku tak bajet elok-elok, maka telah kehabisan Dong.
Mencari money changer.
Rupannya kedai emas boleh tukar duit.
Tapi tak dapat tukar banyak la.
Lepas dah amek cermin mata, kami balik hotel merehatkan diri sekejap.

Malam tu ke night market kat luar Ben Thanh.
Misi mencari fridge magnet & keychain.
Adah misi mencari barang pesanan dan cenderamata jugak.
Kesilapan besar beli keychain & fridge.
Adoi rugi siot..

Adah nak beli backpack dia kasi RM100.
Kami keluar kedai, dia panggil balik.
Baru dia kasik harga Ok la.
Siap nyanyi lagu Datuk Siti bagai.
Teknik sangat. Kalau makcik-makcik mesti suka.
Cuba kasi lagu kpop ker, baru layan.
Haha..

Pasar malam versi blurry

Oh, akhirnya jumpa jugak kopi halal.
Yess~ mission kopi accomplish.
Lebih kurang RM 3 la satu.

Kopi satu! Sodappp...

Chu Chi 1/2 Day Tour - 100,000 VND
Tiket Chu Chi - 90,000 VND
Aiskrim - 20,000 VND
Tiket War Remnant - 15,000 VND
Poskad 2 keping - 10,000 VND
Lunch Banana Leaf - 365,000 /2 = 182,500 VND
Pho, Nasi, Crab Soup, Chicken Spring Roll, Shrimp Spring Roll, Watermelon Juice, Pepsi
Air Tin - 15,000 VND
T-shirt 9 helai - RM 90
Keychain - RM 15
Kopi - 1 USD
Tukar RM 100 -- 605,000 VND

No comments:

Post a Comment