Backpacking KL- Vietnam 4 Hari 3 Malam ~ Day 4



Day 4, 14 Disember 2014

Ben Thanh di hati rakyat Malaysia
Lepas sarapan maggie kat hotel,
kami menuju ke Ben Thanh untuk last minute shopping.
Belum semua kedai lagi yang bukak,
tapi kemeriahan tetap dirasai.
Kain..kain...kain..
Malaysian..Malaysian..Malaysian
Setelah pusing-pusing, Adah beli kain cotton
dan terjumpa tshirt murah.
Dia kasi RM 8 je sehelai.
Ciss..hari tu kitorang beli RM 10 sehelai kot.
Dah kurang giler masa tu.
Dah la amek banyak dekat 18 helai kot.

Baiklah.
Lupakan saja.
Rezeki dia. Bukan rezeki kami.
Kena positif kan diri maa.
Kalau tak nanti rasa tak puas hati je.

Keluar Ben Thanh, kita dalam misi mencari Kopi ..lagi(Aku)
& Adah nak beli Spring Roll untuk sarap.
(Sarap adalah perkataan Muar untuk breakfast).


Jalan-jalan di Malaysian Street.
Singgah la dari kedai ke kedai tengok ada jual tak springroll.
Dah jumpa, kita patah balik ke hotel lalu park yang ada kat tengah-tengah tu.

Sihat-sihat buah-buahan kat sini.

Bila jalan waktu siang nie,
baru nampak segala bangunan.
Pastu jumpa tempat yang semalam lalu berkali-kali
nak balik ke hotel.

Ceh...dekat je sebenarnya dari tempat diturunkan bus.
Tapi sebab semalam hujan & gelap
kitorang sesat seketika.

Balik ke hotel & tengok movie sampai time check out.
Lepas check out & selfie dengan budak kaunter
(yang seronok tengok Adah pakai topi diorang)
kami naik teksi ke airport.

Bahagia je budak nie main pistol air tepi jalan.

Bermula la siri berdebar takut kena scam.
Siap tanya kat BBM cara diorang ke aiport & berapa rate biasa.

Sampai airport, kami kena charge 135,000 VND.
Ok tu. Sebab kitorang bajet dalam 160,000 VND.

Disebabkan boarding lamaaa lagi,
kami melepak kat Confetti Restaurant.
Kat sini antara yang dapat wifi.
Airport dia takde free wifi ye.

Nak naik 3rd floor tu pun kena pikir camne sebab lif dia tersorok.
Setelah survey & pusing satu airport, dah jumpa lif.

Kalau korang dari luar, masuk pintu tepi bukan main door.
Kat situ ada lif.
Macam kitorang dari dalam, takde lif ke atas.
Yang ada cuma escalator dengan tangga.
Jadi, kita keluar balik dari departure hall dan masuk pintu tepi yang ada lif.

Hari nie je dah 2 cawan kopi
Bayar service charge sekali ye
Lepak atas dan minum kopi Truen Nyugen yang femes itu.
Harga 92,000 VND ( 2 gelas kopi)

Menunaikan jamak Zohor Asar kat tingkat atas.
Sebaris dengan lounge tu hujung sekali ada toilet.
Aku solat kat ruang kosong tu.
Yang penting bersih & tak halang laluan orang & tersembunyi sikit.

Toilet belah kanan

Bertentang toilet. Ada pintu punya besar pun aku tak perasan.

Aku la ingat tersembunyi.
Rupanya belah tepi tu ada exit door.
Kadang-kadang ada orang lalu.

Setelah berjam-jam melepak kat lounge,
kitorang pun turun check in luggage.
Luggage aku 10kg je.
Rugi je bayar free 10 kg kat Pak Cik Tony.
Nak buek camno, aku tak shopping pun.
Kira keberatan aku shopping cuma 1kg je.
Oh..rugii.

Settle tu, dia kata pergi bilik sebelah.
Rupanya tu bilik yang dia dok bukak beg hang & demand duit kalau mau lepas.
Check semua, takde pun beg kami.
Kira lepas la kan.

Bersungguh pegawai tu suruh kitorang tengok.
Kat tangan siap pegang duit RM.
Mesti abang sebelum nie kena.
Berdebar kot.

Pastu lalu security check, bag check semua la.
Argh..nebes pulak aku.
Padahal aku xbeli banyak pun.

Masuk boarding hall, 99% warga nak balik Malaysia.
Siap ada satu rombongan makcik sibuk bercerita pengalaman diorang 
lepas kat imigresen tadi.
Aku dengan Adah tumpang dengar je sambil makan biskut.

Tak lama kemudian, sampai la kami ke KLIA2.
Turun KLIA2 carik makanan sebab flight tadi tak beli meal.
Nasib baik orang sebelah tak order.
Kalau tak mau aku mintak sikit..Hehe

Kopi - 1 USD
Teksi - 135,000 VND /2
Kopi (lagi) - 96,600 VND/2

Tamatlah sudah pengembaraan kami ke bumi Saigon 4hari 3 malam.
Alhamdulliah selamat pergi dan balik.
Tanpa drama imigrisen & tanpa scam.
Kecuali kena tipu dapat harga mahal je la.

Tahniah pada diri masing-masing sebab berjaya 
dengan 2nd backpacking trip.

Jumpa dalam trip akan datang InsyaAllah!!



  Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Makan Makan Vietnam
Review Hotel 25
Tips Travel Vietnam

No comments:

Post a Comment