Backpacking KL- Vietnam 4 Hari 3 Malam ~ Day 3



Day 3, 13 Disember 2014

Aktiviti hari ni adalah one day Mekong Delta Tour.
Lepas sarapan maggie & bubur kami berjalan ke Vinastar.
Sambil tunggu bas datang, kita habiskan instant bubur kat pejabat Vinastar nie.
Brader bola semalam siap kasi minum air lagi kat dapur dia.

Tunggu bas, pastu tour guide kata kitorang masuk bas nie dulu pastu nanti tukar bas lain.
Ok jelah. Asal sampai Mekong kan.
Naik bas yang full itu. Adah dapat kerusi lipat. Aku dapat duduk atas dustbin.
Dustbin yang penutup tu.
Kat Malaysia pun aku tak pernah duduk atas dustbin ok.
Nasib baik la kitorang bukan jenis tak puas hati sangat.
5 minit je katanya.
Dapat la selfie dengan drebar bus. Haha

First class punya seat, front view tu

Jalan camnie kecik pun diorang boleh berjualan tepi jalan.
Rezeki dimana saja, asalkan usaha.

Pastu boleh bas tu berhenti tengah highway.
Kitorang berdua tukar bas satu lagi.
Dapat seat depannnn sekali, sebelah driver jugak.
Tapi proper seat la.



Tu polis trafik. Comel je baju warna cream.

Korang tau tak betapa banyaknye moto kat bumi Vietnam nie
sampai highway dia asingkan kereta dengan moto.
2 lane hanya untuk motor je.
Isi minyak jap

Bermula la perjalanan dekat 3 jam ke Mekong.
Pastu bas berhenti pam station sekejap.
Kat sini diorang guna gas 92 & 95.
Kat Malaysia nie je mewah pakai minyak sedap 95 & 97.

Berbaring-baring sekejap.
Lepas tu dia singgah pulak tempat ala-ala R&R nie.
Ada banyak la buaian gantung-gantung nie.
Boleh melepak, feeling-feeling kat sini sambil isi air &buang air.
Buaian nie ada kat mana-mana.
Dalam sampan pun ada, bawah pokok pun ada.
Patut la diorang ada jual benda nie kat luar Ben Thanh.
Adah dengan konfius tanya kenapa diorang jual jala kat sini.
Hahaha

Hijau sawah

Nampak yang kat tepi tu?
Tu kubur diorang.
Buat dalam sawah tau.

Nie la yang nampak dari dalam flight hijau mata memandang tu

Sampai la kita di jeti Sungai Mekong.
Panas terik Ok.
Maka, pakailah sunblock kalian.

Punya besar sungai dia.


Perhentian pertama adalah ladang madu.
Tengok sarang lebah.
Duduk kat meja & kita akan dihidangkan dengan madu+limau+air teh.
Minum la banyak.
Dapat makanan jugak.
Free je. Makan sampai abis.
Nanti diorang letak royal jelly & madu kalau nak beli.


Jalan-jalan dalam tu nanti ada banyak cenderamata.
Beli kat sini pun murah jugak.
Kalau nak, beli terus sebab lepas nie tak balik sini semula.

Kemudian kita akan jalan sampai jumpa tempat naik sampan.
Satu sampan naik 4 orang.
Pesanan penaja, time nak naik pijak tengah sampan &
tangan jangan letak tepi sampan.
Nanti kalau sampan berlaga, jari korang yang hilang.
Muahaha
Nanti dia bawak la korang sampai jeti naik balik bot besar.
Dah nak sampai jeti tu nanti pendayung tu cakap
"Maam, tips"
Disebabkan kami tak biasa kasi tips, buat tak dengar je.
Hehehe.
Kalau tak pun korang naik la sampan dengan Mat Salleh,
diorang suka kasik tips.
Tak la rasa bersalah sangat.
Jem seketika.

Kuat tenaga diorang mendayung nie


Naik bot semula dan dibawa ke restoran untuk makan.
Dalam bot dia akan amek order berapa orang nak ikan Mekong masak steam atau deep fry.
Restoran nie tak halal.
Jadi korang boleh la bawak bekal sendiri ye.
Kami amek air kelapa je.
Restoran makanan
Kemudian kita naik sampan kecik lain ke tempat buat coconut candy.
Tengok cara kupas kelapa oleh tourist guide.
Oleh itu, salah satu skill yang perlu dimiliki oleh tourist guide adalah kupas kelapa.
Tengok Mat Salleh kemain excited amek gambar pokok kelapa.
Nak beli candy pun boleh kat sini.

Korang pegi tanya balik camne benda nie berfungsi.
Tak concentrate dalam kelas, dah tak tahu.

Kembali ke bot & dibawa ke dusun buah pulak.
Dengar persembahan lagu diorang.
Pastu makan la buahan-buahan yang dihidang tu.
Habis persembahan semua, dia letak bekas kecik tu, untuk tips.
Seperti biasa, duduk semeja dengan omputih,
diorang la kasi tips.

Bila pikir balik, orang kita tak pandai bagai tips.
Bukan budaya kita katanya.
Tapi sedekah kita suka.
Yang penting niat kena baikla kan.
(Pada aku la kan, tips tu kita beri sebagai penghargaan
servis orang tu. Kira dia bekerja untuk dapatkan tips tu.
Sedekah lebih pada memberi walaupun orang tu tak buat
apa-apa)

Dan berakhirlah sudah perjalanan 1 hari di Mekong nie.
Naik ke darat dan naik bas pulang ke bandar.
Sepanjang perjalanan kita tidur je la ye.
Hujan dah mula lebat by the time sampai HCM.
Guide dah tukar orang lain.
Guide asal kami pergi bas satu lagi untuk 2 day tour.

Dia ada 3 stop.
First tu tak tahu kat mana.
Apa la guide nie tak bagitau.
2nd stop Ben Thanh.
Tapi bila fikir kena lintas banyak jalan tengah hujan lebat macam nie,
bahaya pulak.
Baik berhenti kat 3rd stop dekat Pham Ngu Lao.
Pham Ngu Lao dekat je dengan hotel kitorang.
Jadi aku decide turun sini je la.
Pastu boleh pulak guide tu kata jauh dari hotel kitorang.
Rasa aku dekat je.

Maka turunlah kami kat situ.
Aku je bawak payung kontot tu.
Adah tak bawak ponco atau payung.
Nasib baik ada topi Vietnam beli kat jeti.
Berjalanlah kitorang mencari jalan pulang.
Pusing berkali-kali.
Bila rasa macam dah lencun sangat, kita berhenti kat depan mana-mana kedai.

Lintas jalan mencari park tengah bandar tu sebagai landmark.
Punya lebat hujan time tu sampai jalan dia penuh air kot.
Ada la air sampai buku lali.
Adah dah berkaki ayam je.

Setelah berpusing-pusing, lalu tempat yang tak pernah nampak,
lalu kawasan backpackers Pham Ngu Lao yang banyak pub,
lalu depan sekolah time habis waktu sekolah,
lalu festival makanan Korea,
lalu sebelah kete duta Korea nak balik sebab tempat festival banjir,
baru pukul 7 kot time tu.
Tapi dah gelap giler macam pkul 10.

Masa tu banyak-banyakkan doa je la.
Hati dah cuak tapi kita kena tenang & cepat fikir.
Adah tanya guard mana ntah jalan ke Ben Thanh.
Straight aje katanya.
Berjalan la kami sampai ternampak McDonald.
Itu dia landmark kamii....
McD cuma berjarak 1 lane je dari hotel kami.

Dah penat + basah lencun + lapar gler time nie.
Sebab tak nak mainstream sangat minum kat McCafe plus
ramai orang time nie,
kami decide minum air kat cafe sebelah hotel kami je.
Adah orderkan & aku pergi letak beg kat bilik & turun balik.

Time turun balik orang hotel dah tarik mop
dia mop laluan aku tadi.
Punya basah habis sampai kena mop kot.
Agak-agak kalau kitorang berdiri je ada bertakung air kat situ.

Duduk dalam cafe sambil menunggu order siap.
Pastu datang la pekerja nie nak ajak borak.
Ackward mula-mula sebab tak tu nak cakap apa.
Adah pun tunjukkan skill bahasa Vietnam beliau.
Wa..suka si LaLohm aka Leo.
Dia pun tahu bahasa Melayu jugak.
Selamat pagi, selamat petang gitu.


Borak baik punya, pastu kita mintak selfie la kan.
Siap si La Lohm pegi lintas jalan,
mintak orang hotel depan ambilkan gambar kitorang tau.


Lepas tu, kami naik ke bilik
untuk menikmati ice blended Adah & coffee aku.
Amik drip coffee tau. Kat Malaysia pun aku tak pernah minum drip coffee.
Sodapp..tapi pekat la kan.
Jantung aku lari laju..berdebar-debar rasa.
Ke aku je rasa camtu bila minum drip coffee?

Malam tu dihabiskan dengan kemas & mampatkan beg sebab esok nak balik dah.
Disebabkan barang aku sikit je, sekejap je dah siap.
Kita habiskan malam dengan tengok semua channel kat TV.

Apa aku perasan?
Diorang akan masukkan lagu,
gambar patriotik, muka HCM dalam siaran TV.
Filem zaman perang diorang pun banyak
Bagus nie, untuk pastikan semangat patriotik sentiasa ada
& bukan je ditunjukkan & didengarkan setahun sekali.

Sebagai ARMY sejati harus menghayati Danger Remix Version yo!

Pastu kan, kalau ada 100 channel, 50 tu adalah cter Korea.
Ko cakap ape je takde dari channel V, We Got Married (zaman Kim Hyun Joong tuu),
My Star from Another Planet semua ada.
Tapi ter osem nye adalah semuaaaa dia dubbing bahasa Vietnam
Ko bayangkan tengok Manager Do cakap bahasa Vietnam.
Punya kuat Korea kat sini sampai ada Korea Town.
Pastu berapa banyak cawangan Lotteria ada, Tour Le Jous ada.
Bukan je Korea, semua bahasa asing dia dubbing,
including cter Hindustan tau tak.
Kalau Tom&Jerry boleh bercakap, itu pun dia dubbing aku rasa.
Movie omputih je dia tak dubbing.

Mekong 1 Day Tour - 200,000 VND
Air kelapa - 20,000 VND
Robusta Coffee - 25,000 VND

2 comments:

  1. kuat kau layan tv kat vietnam kan?? pe kau dapat belajar? heheh..
    btw, jom buat tourist attraction proses kupas n parut kelapa weh..boleh kaya kita kaut duit org ostrali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kat bumi malaysia pun kuat layan tv ooo..
      apa yang saya pelajari adalah semangat patriotik harus diterapkan sepanjang masa, dimana-mana saja dalam stesen TV.
      pusing2 dok cter sejarah dia, pakcik HCM, cter perang..baru generasi muda tau sejarah.
      Malaysia boleh belajar sesuatu dari situ.

      Job description tourist guide adalah kupas kelapa. penting tu time interview keje.
      Kemain semangat lagi aku tgok warga2 ostralia snap gambar pokok kelapa

      Delete