Makan-Makan Vietnam



Disebabkan salah satu keutamaan aku dalam travel adalah makan, 
jadi setiap kali travel akan wujud satu post tang makan je.
Huhu..nampak tak prioriti tu?
Kali nie ke Vietnam, misi mencari makanan menduduki carta top 3 to-do list Vietnam.

Kalau dah nama Vietnam, paling famous adalah kopi ais diorang.
4 hari duduk Vietnam, berapa cawan ko dah minum?
Oh, sikit sahaja. 4 cawan je kot.Hehe


Kopi Ais Halal 
Harga : RM 3 
Resepi: Kopi + Susu Segar + Air + Ais
Tempat: Pasar Malam Ben Thanh

(Takde gambar kopi nie..Maap ler)

Kopi Ais Halal
Harga : RM 3
Resepi : Kopi + Susu cair + Air + Ais
Tempat : Dekat dengan Kedai Makan Basiroh

Kat Malaysian Street tu banyak je Kopi Halal, pilih je mana-mana.
Aku pilih yang 1st sekali aku nampak.
Oh, kurang sabar disitu. 
Macam la kopi tu boleh larik.


Robusta Coffee with Butter (Drip Coffee)
Harga: 25,000 VND
Tempat: GuSaigon ( dua pintu dari Hotel 25)
Kat sini aku minum drip coffee tuuu.
Kat Malaysia pun tak pernah try.
Pekat, mengancam, ada kick. 
Sebab aku beginner, harus mintak dengan milk.
Bila minum tu, jantung berdebar-debar, laju.
Tu memang normal reaction ke aku je?
Serious cakap, jantung jadik dupdapdupdap seketika.


Trung Nguyen Coffee
Harga: 46,000 VND ( tak termasuk service charge 5% yo)
Tempat: Confetti Restaurant, TSN Airport


Beef Pho
Harga:  VND
Tempat: Banana Leaf

Pada aku dia macam bakso. Mee dengan sup dengan daging.
Rasa Ok. Yang penting kenyang.
Dia siap dengan sayur mayur ulam & sos.


Chicken Fresh Spring Roll

Harga: 90,000 VND
Tempat: Banana Leaf

Shrimp Fresh Spring Roll
Harga: 90,000 VND
Tempat: Banana Leaf

Spring Roll
Harga: 80,000 VND
Tempat: Restoran 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment