PENYELESAIAN PROCESSING FEE AIRASIA MAHAL [Use BigPay Code 4FRHKAS8X4]







Bagi yang belum sedar, AirAsia mengenakan cas sebanyak RM16-RM24 per ticket bila kita menggunakan kad kredit untuk beli tiket flight. Dah cun dapat tiket return murah, sekali kat processing fee tambah-tambah….eh, macam boleh dapat satu tiket lagi. Sebenarnya ini adalah cara AirAsia (AA) untuk galakkan kita guna e-wallet baru mereka iaitu BigPay.

What is BigPay?

BigPay adalah e-wallet yang membolehkan kita buat transaksi dengan kad dan apps sahaja. Kad ini bersifat prepaid, maka sebanyak mana duit ditopup kedalam kad, sebanyak itulah boleh berbelanja. BigPay boleh digunakan disemua tempat yang terima Mastercard.



Big Point vs BigPay





BigPay ni berbeza dengan BigPoint. Big Point seperti namanya cuma akaun yang dapat kumpul point sahaja. BigPay pula adalah e-wallet yang juga dapat kumpul point. 

BigPrepaid vs BigPay





Mari kita tengok persamaan dia dulu. 



  • Keduanya adalah prepaid kad dengan 0 interest cas
  • Processing fee 0 jika buat tempahan tiket AirAsia
  • Beri diskaun di laman web airasia
  • BigPrepaid & BigPay ada service fee RM2.50 jika tak aktif
  • Link dengan Mastercard
  • Digunakan sebagai system loyalty (kumpul BIG point) dan pembayaran
  • Sokong beberapa matawang asing lain seperti USD, SGD,EUR
  • Ada kad fizikal 

Perbezaan BigPrepaid vs BigApp 


  • BigPay lebih fokus kegunaan sebagai e-wallet
  • BigPay boleh diakses guna app, BigPrepaid guna desktop sahaja
  • Big Prepaid transaksi luar negara (0.5%+network charges), BigPay setakat ini diwaive
  • BigPrepaid dapat Big point untuk transaksi luar negara saja, BigPay dapat Point untuk transaksi luar negara dan dalam negara
  • BigPrepaid tak boleh hantar duit kepada orang lain, BigPay boleh hantar secara terus & percuma (jika orang lain juga ada BigPay)
  • BigPrepaid takde app, BigPay ada app dan boleh kesan perbelanjaan



Big Pay Benefit



Ini antara kelebihan utama BigPay



Dapat BIG point

BigPay adalah e-wallet AirAsia


Dapat kadar tukaran terbaik

Pendaftaran Percuma

Dapat kad 

BigPay boleh diguna disemua merchant yang terima Mastercard

Dapat Penjimatan Dan Offer dari AirAsia

Hantar Wang Percuma

Track Perbelanjaan Anda


Memang banyak kelebihan BigPay ini. Malah laman web BigPrepaid sendiri pamerkan kata-kata ini untuk menyokong peralihan kepada BigPay.

BigPay card & Bigpay apps

Kesimpulannya, BigPay punya kegunaan yang lebih meluas dan aku yang excited serta menyokong kearah cashless society, tak sabar untuk cuba BigPay. 

Kegunaan Kad BigPay


Senang diterangkan begini, semua transaksi yang korang biasa buat dengan kad ATM boleh dibuat dengan BigPay. Contoh aku sendiri adalah beli barang di Shopee, Lazada, Lelong, bayar bil online di e-pay, isi minyak di Shell, shopping di Giant, Econsave, Aeon, beli Dominios, Pizza Hut, beli tiket GSC. makan Sushi King dll.

Apa sahaja transaksi yang boleh dibuat dengan kad ATM dan kad kredit boleh guna kad ni.

Dah Sama Je Awat Nak Pakai Kad Ni Pulak?

Eh suka hati sayalah encik huhuu..oklah aku personally suka sebab :

  1. dapat BIG Point (boleh beli tiket AirAsia  murah nanti) 
  2.  tak kena processing fee bila beli tiket flight AirAsia 
  3. Dapat kawal perbelanjaan berbanding kad kredit 
  4. Dapat conversion rate matawang asing yang murah bila diguna di luar negara 
  5. tak kena annual fee (kad ATM biasa tu kena fee tau RM8 setiap tahun kalau tak silap)


Sekali lagi, ini personal reason aku. Ikut kalianlah nak pakai atau tak, aku pun masih ada lagi beberapa kad ATM tapi dah jarang guna sebab pakai online banking je selalunya.

Bezanya apa kad BigPay dengan kad ATM biasa? 


  1. tak boleh masukkan duit atau cash deposit dari ATM machine. Jadi untuk masukkan duit/ topup duit dalam kad adalah online transfer dari kad bank lain ke BigPay
  2. nak cucuk keluarkan duit dari kad BigPay boleh dimana-mana mesin ATM TETAPI casnya adalah RM6 sekali transaksi. Kenapa mahal sangat? BP nak kita amalkan budaya tanpa cash atau cashless. Bila cas mahal, kita lagi suka online transferkan saja.
  3. dapat point BIG bila topup duit & gunakan duit. Jika kad ATM biasa bila swipe kadang-kadang dapat point bergantung pada T&C bank.

Alright, sudahkan anda bersedia untuk dapatkan kad BigPay ini? Ok! Boleh teruskan pembacaan dibawah ya. Harap baca satu-satu dengan tenang.

Cara Daftar BigPay 

Pastikan telefon pintar anda adalah unrooted. Kalau tak tahu root/unroot tu apa rasanya phone korang ok tak pernah root kot. Part ni aku struggle sorang-sorang cari jalan nak unroot. Moral of the story adalah cari apps yang digunakan untuk root dulu contohnya KingRoot, SuperSu dan pi setting. Biasanya akan ada option unroot. 

Ok selesai part ni. Sekarang kita mulakan dengan download apps BigPay. Sekarang ikut saja langkah dibawah. Jika ada error, server tak detect dan sebagainya, tutup je apps dan cuba lagi kemudian. Nanti ok lah tu, biasa masalah dekat side diorang. 
Sekarang adalah langkah mendaftar BigPay 

1. Masukkan nombor telefon 

2. Kod verifikasi akan diSMS. Masukkan verification code. 

3. Buat passcode. 6 angka saja. 

4. Masukkan detail berkaitan diri anda seperti alamat emel, nama dalam IC, tarikh lahir dan kod referral. Ha, ini bahagian paling penting iaitu kod referral. Copy paste je kod ni 4FRHKAS8X4 dan tekan Next. Nanti korang akan dapat RM 10 PERCUMA bila masukkan kod ni.

5. Masukkan alamat rumah. Boleh pilih untuk terima kad BigPay. Jika tak mahu kad pun takpe, tapi seronok juga ada kad boleh leret-leret di kedai-kedai dan menebalkan dompet hehee. Oh ya, nanti akan dicas RM 20 untuk kad ini. Nanti nilai RM 20 tu akan muncul semula dalam kad BigPay, kira free lah kad tu. 

6. Sahkan identiti. Kita perlu snap gambar IC dan selfie muka sendiri. Pastikan gambar masuk dalam kotak yang disuruh dan tiada glare atau silau. Mereka akan beritahu kalau kena ambil gambar lagi sebab glare dan sebagainya. Team BigPay akan verify maklumat yang diberi sebelum disahkan, kot manalah tahu ada robot atau alien juga mahu guna e-wallet kan. 

8. Bayar RM 20. Setelah disahkan anda bukan seorang alien dan memilih untuk terima kad, kita perlu bayar RM 20 melalui kad debit/credit atau internet banking. 

9. Dalam masa 3-5 hari bekerja anda akan terima kad kaler biru. Dalam apps juga ada tunjuk dimana kad anda berada dalam transit, insyallah sampai ditangan anda. 

TERIMA KAD BIGPAY 


My card. I love the blue color used, smart!

Setelah terima kad, kita perlukan aktifkan kad. 

1. Caranya adalah keluarkan kad biru dan tandatangan dibelakang kad. 

2. Buka apps BigApp dan masukkan nombor CVC. CVC adalah 3 nombor yang tertulis dibelakang kad. 

3. Create nombor PIN untuk digunakan di merchant dan sebagai password ATM. 

4. Masukkan sekali lagi nombor PIN sebagai pengesahan. 

5. Siap! Anda akan diberi kod referral yang boleh diberi kepada kawan. 

CARA TOPUP DUIT KE DALAM BIGPAY 

Kad yang baru diterima telah ada RM 20 didalamnya. Kira kad ni percumalah sebab nilai RM 20 tu ada semula dalam kad. Untuk mula berbelanja, elok kita topup dulu. Takdelah tersegan dah swipe sekali balance tak cukup dalam kad. 

1. Bukak apps dan tekan Topup 

2. Kad yang digunakan masa mula-mula masukkan RM 20 dah diset dalam pilihan. Jika nak pakai kad lain boleh tukar disini. Boleh topup dari kad debit, kad kredit atau guna internet banking. 

3. Masukkan nilai yang nak ditambah. Topup RM 50 dapat 1 point. 

4. Siap! Sekarang sudah ada baki RM 70 (RM 20 + topup RM 50) untuk dibelanja.

CARA TRANSFER DUIT DARI BIGPREPAID KE BIGPAY 

  1. Dalam bahagian "Topup Source" Bigpay tu, korang masukkan nombor kad BigPrepaid.
  2. Topupkan semula duit dari Big Prepaid kedalam Bigpay. Done!
  3. Untuk cancel BigPrepaid hubungi 1300-13-3388 atau +603-7662-9200 atau email terus support@bigpayme.com. 

Soalan & Jawapan

Kat mana boleh guna kad ni?
Dimana-mana merchant yang ada Mastercard satu dunia

Apa fee/ cas yang dikenakan? 
*Subject to change by BigPay 
*Updated fee boleh tengok dalam apps dibahagian Setting-> Fees&Charges 

- ATM (tempatan) RM6/transaction, ATM (international) RM 10 or 2% nilai pengeluaran yang mana lebih tinggi / transaction (RM 10 until further notice) 

- Ganti kad baru: RM 20 

- Transaksi domestic & international: FREE until further notice

- Service fee bulanan (Jika tiada transaksi dibulan tersebut) : RM2.50

Annual Fee: Waived unconditionally

Tukaran Matawang (Jika pembelian dalam matawang selain MYR): 1% + network charges
(Network charges sahaja sekarang until further notice)

Cancel kad : FREE

Transfer duit dari BigPay ke BigPay: FREE

Sales Draft Retrieval Fee: RM15

Pengunaan kad ni dikedai-kedai yang terima Master/Visa card : Tiada cas bila swipe

Kalau nak guna kad diluar negara kena beritahu ke? 
Tak perlu bagitau, boleh guna terus. Nak freeze kad masa ke oversea pun boleh

Macam mana nak semak kadar tukaran/exchange rate bila guna kad diluar negara? 
Untuk transaksi luar negara, anda boleh lihat nilai dalam MYR dan matawang local dalam transaksi dalam app 

Kad BigPay ni kredit kad ke? 
Bukan, ini adalah prepaid card yang berfungsi seperti kad debit/credit biasa tetapi tak berikan kredit dan tak delink pada akaun bank anda.

Prepaid tu pulak macam mana? 
Prepaid tu maknanya kena ditopup dahulu nilainya. Seperti topup phone, kena ditopup nilai dan cukup bakinya supaya boleh buat apa-apa transaksi. Banyak mana boleh guna bergantung pada banyak mana anda topup duit dalam tu dan sehingga limit maksimum kad.

Berapa limit maksimum kad? 
RM 10,000

Apa itu contactless payment? 
Anda boleh buat bayaran dengan tap/ wave je kad BigPay di terminal tanpa masukkan PIN.

Macam mana nak guna contactless payments? 
Pertama sekali selepas dapat kad, transaksi pertama mesti guna PIN atau online transaction. Selepas itu barulah boleh tap/ wave je kad anda. 

Macam mana nak tahu transaksi tu lepas? 
Terminal akan print resit sebagai bukti bayaran. Dalam app BigPay pun akan diberitahu. 

Apa langkah supaya tak kena tipu guna bayaran contactless?
Setiap kali anda buat bayaran RM 250 dalam sehari, anda kena buat transaksi guna PIN & transaksi lebih dari RM 250 perlu masukkan PIN. 

Ishh..selamat ke? 
Ya selamat sebab untuk dicas anda kena sahkan nilai dan tap sendiri kad tu. Nak tap/wave juga kena dekat dengan terminal dan terhalang (dalam dompet contohnya). Terminal peniaga ni pun semuanya berdaftar dengan bank dan boleh dikesan.

Ish…tak confident lagi lah. Taknak guna contactless/Wave boleh tak? 
Boleh, anda boleh pakai PIN untuk buat transaksi seperti biasa. 

Point apa ni yang ditunjuk dalam app? 
Point ni anda dapat bila topup & buat pembelian guna kad. 
Setiap RM 50 topup = 1 point 
Setiap RM 20 perbelanjaan= 1 point 

Point ini boleh ditukar kapada AirAsia Big Loyalty account tapi pastikan guna email yang sama.

Saya ada duit dalam BigPrepaid/ AirAsia eazypay, macam mana nak transfer ke BigPay?
Guna fungsi Topup dalam BigPay dan topup terus akaun BigPay (masukkan dalam topup source di BigPay dulu)

Kena cancel kad BigPrepaid ke?
Seeloknya transfer semua balance ke BigPay dan cancel kad BigPrepaid.

Kesimpulan

Banyak lagi soalan dah dijawab dalam laman web BigPay boleh tengok disana dan hubungi terus customer service mereka. Check out pelbagai FAQ lain disini 



Ingat saudara, gunalah kod referal ini 4FRHKAS8X4 untuk jadi friend with benefit saya kerana kita akan menang-menang atau lebih elok ditulis "win-win". Win banyak mana? Win RM 10 untuk kau, RM 10 untuk aku. Ha jelas disitu.

Nak RM 10 free je Pak Tony Fernandez beri? Masukkan kod ini ya teman-teman   
4FRHKAS8X4 Itu sahaja, selamat mencuba dan adios!!

[UPDATE] BigPay Review

1. Topup dari bank ke BigPay tiada cas.

2. Transaction beli chopstick RM 5 di MR DIY dan beli makanan kucing RM 40 di SpeedMart guna BigPay card tiada masalah, tiada cas. Setakat ini buat PIN di terminal, Wave/Tap semua ok. Transaction terus update dalam BigPay apps. Setakat ni alhamdulliah ok, rasa macam orang have-have je bawak kad saja beli barang hehee

3. Untuk isi minyak pula, aku akan ke kaunter dan swipe kad. Boleh juga swipe di terminal pam minyak, tapi dia akan hold dalam RM200/250 dari kad sebelum ditolak berapa yang kita pam. Di pam stesen Shell pun kadang dah tulis ni.

Jadi kalau tak mahu duit kena hold dalam 2-3 hari tu, menapak je sikit ke kaunter dan swipe kad. Settle.

Contoh transaksi dan point yang diterima

Pending tu untuk point. Boleh tag personal atau business transaction

4. Transaksi ditolak ikut mata wang & website yang dipakai seperti USD, Baht dll.
Ini contoh transaksi aku beli tiket konsert di Thailand online dan bayaran dalam Baht dan ditunjukkan harga dalam RM


5. Mudah send & terima duit.
Senang nak pulang duit yang pinjam dengan kawan, senang nak split kos. Boleh tulis dalam remark bayaran untuk apa. Ini contoh aku terima money dari kawan yang pakai BigPay juga.

Terima wang dari kawan terus ke akaun BigPay

Remark bayaran untuk apa.

6. Transaksi aku beli tiket flight guna BigPay

Beli tiket flight dengan BigPay

7. Guna kad BigPay travel luar negara
Aku swipe BigPay di Filipina hari tu. Senang je dan rate ok plus tiada extra charge seperti credit card. Bolehlah gunakan kad BigPay bila travel diluar negara.


8. Untuk elakkan duit dalam kad dicuri ditempat-tempat bahaya, boleh Freeze card dengan gerakkan toggel untuk Freeze & Unfreeze. Juga boleh pakaikan sarung anti-theft, anti-RFID pada kad atau wallet anda.

UPDATE 2019


Tips Tambahan BigPay 

  • Topup dalam gandaan RM 50, RM 100, RM150. Sebab RM 50 = 1 point. Kau topup RM 60, RM 70, RM 80, RM 90 masih dapat 1 point je. (UPDATE TOPUP NO POINT)
  • Belanja pun sama kalau boleh RM 20, RM 40. Haritu aku belanja RM 19.90 jadi tak dapat point pun sebab RM 20= 1 point. (UPDATE RM10= 1 point)
  • Topup duit dari bank (CIMB, MBB) ke dalam BigPay & guna BigPay untuk online shopping seperti Lazada. Dapat point 3 kali sebab (topup ke BigPay dapat point, payment guna BigPay dapat point, masukkan nombor Big dapat point AirAsia). Nak lagi nice kau guna Cashback (Milkadeal, Shopback) sebelum ke Lazada.
  • Hey! Use the code 4FRHKAS8X4 when you sign up to BigPay and get RM10 for you to spend as soon as you activate your card. Just register on the app using this link: http://bigpay.link/referrals

Tonton Versi Video Disini

192 comments:

  1. betul ke caj atm tempatan zero?sy tgk rm6 terbaru??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya BIGPay dah update charge sekarang RM6. charges & fee dia ada tulis subject to changes

      Delete
    2. Mahalnya klo kuarkm duit d atm..smpi rm6 casnya tempatan

      Delete
    3. sebab BigPay nak galakkan orang swipe saja, cashless gitu

      Delete
    4. Kenapa eh td sy buat pengeluaran mengunakan mesin atm cimb duit x keluar.. pending ,tp dalam akaun bigpauly duit dh hilang

      Delete
    5. Terus contact bigpay support untuk buat report

      Delete
  2. blh tolong ajar cmna nk cancel big prepaid card n trnsfer suma duit dlm tu ke big pay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara Transfer duit ke dari Big Prepaid ke BigPay, dalam bahagian topup source to masukkan BigPrepaid kad. Topupkan nilai dari BigPrepaid ke BigPay. Done!

      Untuk cancel BigPrepaid boleh hubungi 1300 13 3388 atau +603 7662 9200 atau email us at support@bigpayme.com untuk cancel kad BIgPrepaid.

      Semoga berjaya Ardila!

      Delete
  3. ada tak fee jika buat transaksi di kedai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni takde fee walaupun swipe RM3 atau RM 300 kat kedai.alhamdulliah ok

      Delete
    2. Kalau belanja 3 ringgit masih dapat point ke

      Delete
    3. RM3 tak dapat point. Minimum RM20 baru dapat 1point. Saya suka swipe je ,jarang bawak cash..tak dapat point takpe

      Delete
  4. Sy dah pakai ref code 4FRHKAS8X4 yg saudari share. Dah received pun bigpay card n mmg rasa macam org have-have bila guna haha! Thanks for info sharing is caring!

    ReplyDelete
    Replies
    1. asafhakjf rasanya dah reply tapi hilang. terima kasih gunakan kod itu & enjoy RM10..memang perasaan have-have bila swipe kad biru ni hehehe..welcome!

      Delete
  5. kenapa dekat akaun AirAsia Big Loyalty xde update pun pasal point yg kita dah dapat ni. saya baru seminggu guna kad big pay ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 sebab status point masih pending/ belum approved macam contoh gambar Shell kat post saya. Dalam 2-3hari biasa dah update point. Tapi kalau masih belum update masuk BigPay>>Setting>>Support>> Pi bawah sekali Chat With Us.

      Boleh chat mintak support semak. Support online Isnin-Jumaat 9-6pm.

      Delete
    2. Terima kasih atas infonya.

      Delete
  6. Bigpay boleh booked hotel kat agoda x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Apa-apa bayaran yang terima kredit/debit Mastercard boleh guna.

      Delete
    2. bigpay boleh redeem tiket flight saja ke? kalau hotel boleh tak?

      Delete
  7. Betul ke?? kalau email berbeza dgn email airasia kita tk dpt point airasia?? Ada cara lain ke nk link kn dgn airsia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pakai emel yang sama dia boleh Sync bigpoint terus. Boleh Chat dengan support dalam app bigpay untuk tanya terus

      Delete
  8. Kiranya kad bigpay ni boleh diguna dimana2 shj? Luar dan dalam negara? Nak isi minyak pon boleh la ya mcm ala2 kad kredit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh diguna dimana2 saja. Isi minyak, topup, shopping Lazada, beli roti kat Speedmart. Semua boleh insyallah. Luar & dalam negara kedai yang terima mastercard.Fungsi macam debit kad, bukan kredit kad. Banyak mana RM kita masuk dalam kad, banyak tu boleh belanja.

      Delete
  9. Terima kasih utk info.Nampak gaya bigpay ni lebih mudah dr credit card����

    ReplyDelete
  10. salam, nak tanya, boleh ke kita nk beli AA tickets melalui big pay ? kalau boleh macam mana yea ? boleh tolong ajar tak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. BigPay tu kad,macam debit kad Maybank. Nak beli tiket AA macam biasa pi website airasia, dekat bahagian payment masukkan nombor kad BigPay.

      Delete
  11. Apa maksudy processing fee x dkenakan ? Kurg fhm.d ctu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bayar tiket flight AirAsia guna credit card dikenakan processing fee (The Processing Fee is a charge related to the ongoing administrative, maintenance and developmental costs of our online systems.The fee is collected during the initial payment for new booking or flight change via Manage My Booking. The fee is non-refundable).

      Biasa akan dikenakan hingga RM16/tiket for one way. Jika harga tiket RM50 + +RM 20 (tax dsb)+ RM16 (processing fee), dah mahal harganya.

      Jika guna BigPay untuk payment harga tiket RM50 + +RM 20 (tax dsb)+ RM0 (processing fee), banyak jimatnya tu

      Delete
  12. Macam mana nak cancel bigpay? Duit dalam tu nak retrieve macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena contact support BigPay 1300 13 3388 atau chat dengan support dalam apps

      Delete
  13. hai sis, saya nak tanya,
    kad tu dia pos guna poslaju atau pos biasa?
    sebab kalau pos biasa, nak letak alamat rumah je
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Diorang hantar pakai CityLink, kira pos ekspress jugaklah

      Delete
  14. Maaf.Bagaimanakah jikalau kita pemegang kad BigPay/tidak aktif untuk gunakan kad tersebut.Apa yg akn terjadi yer?? Ada denda atau cas apa-apa ker bagi pegguna/pemegang kad BigPay itu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. BigPay akan charge rm2.50/bulan yang tak aktif.

      Delete
    2. kalau bulan tu just ada 1 transaction beli apa2 kiranya active la ya?
      ada annual fee ke after 1 years?

      Delete
    3. 1 transaksi dah kira aktif. setakat ni BigPay tak kenakan fee tahunan/ fee service bulanan RM 2.50/ month tu. Annual fee waived unconditionally, service fee waived until further notice

      Delete
  15. maaf.nk tanya kalau pembayaran bil seperti astro atau bil2 seumpamanya tu macam mne cara nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita bayar online, pilih option kad debit/credit & masukkan nombor kad. Untuk bayar dioutlet (7E,Speedmart dll) kena tanya dulu boleh bayar pakai kad tak?
      Kalau boleh, swipe macam biasa.

      Delete
  16. Salam..Kalau pegi money changer dlm malaysia..boleh guna kad bigpay utk tukar duit?..
    Cth.: Nk tukar duit Thailand byr guna BigPay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Kurang pasti sebab biasa tukar currency bawak cash. Kena tanya money changer. Dan boleh guna je kad BigPay di Thailand, dia akan convert dalam Baht.

      Delete
  17. salam..mahu tanya..jika kita topup duit dalam bigpay..kad tersebut dikira aktif or macam mana? or kena buat pembelian baru dikira aktif?

    ReplyDelete
  18. Point dlm big pay ni hanya untuk redeem big points saje ke?xde kegunaan lain yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya untuk kumpul bigpoint. Bigpoint boleh guna untuk redeem tiket flight airasia, upgrade seat dll

      Delete
  19. Mcm best jer..da dftr dia keluar sila tggu...yg kne byr rm20 tu dia xmnta lgi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best! Nanti dah settle daftar & pengesahan baru topup RM20 tu. Good luck!

      Delete
    2. Rm20 ni kira hangus ke? Atau dia byrn utk kad? Kalo tak nak kad , kena bayar rm20 jugak ke?

      Delete
    3. nilai rm20 tu masuk dalam kad..memang kena ada kad, takde kad nak swipe macam mana

      Delete
  20. Service fee bulanan Rm2.50, so tiap bulan akan potong rm2.50 kalau takde transaksi pd bulan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lets say sy nk buat buat bigpay ni hny utk airasia, then beli brg pun kdg2..maksudnya kalau certain bulan sy x berbelanja dgn bigpay, bulan tu sy kena byr monthly fee? Mcm tu ke?

      Delete
    2. Ya. Dia akan tolak RM2.50 tapi lepas berapa lama tak guna tu tak sure. Kad ni boleh juga guna isi minyak kereta, beli barang online pun boleh

      Delete
    3. As of 9/1/19 dia waive/ belum implement lagi cas Rm2.50 tu

      Delete
  21. klau kluarkn duit d atm luar negara mhl x cas die brbanding kad bank lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Untuk BigPay RM10 charge untuk ATM, kad bank lain macam Maybank, Cimb around RM12, kena aktifkan international transaction dulu.

      Delete
  22. Salam...saya baru terima kad Bigpay tadi petang. Dalam ada RM30...Alhamdulillah
    Dalam app Bigpay, bahagian Account dalam tue ada tetulis..Freeze Card..apa maksud nya..mohon penjelasan dari tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulliah dah boleh guna kad.Kalau kad kita hilang,pi kat apps dan tekan freeze card untuk stop pengunaan kad tu

      Delete
  23. slm bos..kalau kita topup duit dari bank ke bigpay..adakah telah dikira sebagai transaksi pada bulan tersebut dan kita tidak dikenakan caj rm2.50 pada bulan itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Yang ni kurang pasti tapi rasanya dah kira transaksi sebab akan dapat point Big. RM50 topup=1 point

      Delete
  24. Terima kasih info nya tuan...sekiranya kita mau guna di atm mesin...no pin yg kita perlu masuk...adakah no id kita di bigpay ? Mohon pencerahan tuan..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Guna nombor pin yang sama seperti kita pakai dalam apps..sama2

      Delete
  25. point yg kumpul ada expired date x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Point tak expired jika ada transaksi(kumpul point) atau redemption dalam tempoh 36 bulan.

      BIG Points will remain valid as long as you have at least one earning or redemption transaction every 36 months.

      Delete
  26. Salam Cik...Hari ini saya nak masuk bigpay tak boleh. Saya dah masuk id saya. Kat screen keluar 'Failed to load transactions'....mcm mana ya cik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Boleh cuba lagi sekali. Harini apps dia under maintenance, petang baru ok. Boleh try lagi

      Delete
  27. Alhamdulillah cik...dah ok dah

    ReplyDelete
  28. Hai...sekiranya sy nak toup kad bigpay ni kat mna ye...melalui on9 banking pn blh ye...masukan no acc bigpay ,selepas itu dah blh guna kad ni mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk topup duit dalam kad 1-masuk dalam apps 2-tekan button topup 3-pilih topup source samada masukkan debit kad atau guna online banking.

      Maksudnya transfer duit dari CIMB/maybank/bank islam dll ke BigPay

      Delete
  29. If big pay expired cm mane nak renew eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap saya selagi kita tak close/freeze account tu dia tak expired.

      Delete
  30. As Salam.. Nak beli ticket wayang pun boleh ya sis? Mcd, kfc, pizza Dan seumpamanya? Maaf bertanya soalan pelik2🤭🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. eh tak pelik pun soalan. yup boleh guna untuk beli tiket, shopee, giant pizza semua boleh. untuk bayaran online tu pilih option Debit/Credit Card dan masukkan detail kad seperti diminta.

      Delete
  31. Salam Sis, maaf nk tanya berapa point yg terkumpul jika gunakan bigpay ini? RM1 = berapa point? sbb diatas cuma menceritakan jika topup RM50 = 1point sahaja.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Dapat point 2 cara
      1. Topup. Topup RM 50=1 BigPoint. Topup RM 100=2 poin seterusnya.
      2. Belanja. Belanja RM20=1BigPoint.
      Belanja RM40=2 poin dalam kiraan RM20. Kalau RM39 masih kira 1point.

      Delete
  32. Mcm mna nk buat sya dh payment and successful smua utk cmfrm kn kad utk dipos tpi knapa still naik ‘next step: add rm20’? Atau mmg mcm tu sebelum kad smpai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah masukkan RM20 dan masih keluar next step tu ke?

      Delete
  33. Brape ye minimum kna Ada dlm kad Ni? Kut2 nk guna, tp xckup plak Baki..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde minimum, maksimum RM10,000. Topup agak-agak berapa nak guna. Letak lebih sikit pun takpe, isi minyak boleh guna.

      Delete
  34. Kad ni Dari mana dah betul. Ke... Leh transfer duit Dari luarnegara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad ni lebih kurang sama kad ATM Maybank, CIMB cuma dikeluarkan oleh AirAsia. Jika orang lain (dalam negara atau luar negara) ada kad BigPay boleh Send&Receive money guna apps. Isi dalam kad tu nilai duit betul RM

      Delete
  35. Salam, kalo leret kat kfc luar negara kena cas k? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. kurang pasti sebab belum try lagi. rasanya tak kena charge. minta dia deduct dalam currency negara tersebut untuk dapatkan exchange rate murah berbanding tolak dengan MYR

      Delete
  36. Assalamualaikum cik kalau big card dulu DIA Ada no Id utk tebus kalau Kita buat conversion point mcm dari u gov survey..tp kad bigpay ni xda no Id ye?
    Kena masukkan no kad ke atau mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. bigpay ada nombor kad saja. Yougov point boleh redeem AirAsia bigpoint & Paypal sahaja. Takboleh redeem dalam bentuk cash. Jadi masukkan ID Big Point

      Delete
  37. nak tau gunanya bigpay ni.. masa pembelian ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kegunaan lebih kurang sama macam kad ATM. Beli barang online Lazada, Shopee, isi minyak di Shell,Petronas, beli barang di Tesco, Giant, apa-apa transaksi yang bbuat dengan kad boleh

      Delete
    2. nk tanya..saya dah hampir sebulan x boleh buat payment melalui shopee...yg lain semua ok, xde masalah...saya nak tau pengguna bigpay lain pun alami masalah yg sama ke? atau saya saja. tq

      Delete
    3. BigPay ada masalah dengan Shopee sekarang, kad kena barred. Saya dah chat dengan support, dia kata buat masa sekarang guna payment lain sementara diorang settle dengan Shopee..lama jugak tunggu ni.
      Anything boleh terus Chat dengan Support dia..pantass diorang reply

      Delete
  38. salam baru nak try guna bigpay ni

    ReplyDelete
  39. haluuuu... i punya kad baru smpai..yeayyy
    gigih la konon2 topup RM40 saja testing
    tgk2 knp la tak dpt point nih
    bila bukak balik blog u nie, rupanya kena topup RM50 = 1point
    hahahaha.. yg point gandaan utk RM20 tu untuk shopping rupanya
    hahaha...adoii laa...btw thanks sis i dah dpt extra RM10...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haluuuuu...tahniah kad dah sampai..ya2..topup dalam gandaan RM50 dan belanja dalam RM 20 untuk dapat 1 point. selamat swipe kad dengan extra RM10 tu..hehe

      Delete
  40. Tq for the sharing.. Ingin tahu.. Memandangkan ia berkonsep prepaid.. Katakan saya nak tempah tiket airasia yang berjumlah 3 ribu dgn guna kan BigPay.. Adakah kad bigpay saya perlu ada jumlah 3 ribu tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Jika nak belanja RM3 ribu, perlu masukkan RM3ribu atau lebih dalam tu. Transfer/topup duit dari mana-mana akaun bank. Maximum boleh masuk RM10,000.

      Delete
  41. Assalam.
    Adakah sy boleh guna kad bigpay kwn untuk beli tiket sy dan guna acc air asia sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. kurang pasti. mungkin boleh. nanti remove kad dari account orang lain tu, security

      Delete
  42. salam saudari...sy nk tnya lepas daftar on9 terus dpat guna atau kene tunggu dapat kad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. kena tunggu dapat kad, nanti dia mintak nombor CVC, nombor tu ada pada kad

      Delete
  43. Hai sis knapa dia cakap alamat saya x dapat sebab nombor rumah saya x Ada untuk POS kad tu...kalau mcm saya tiada nombor rumah macam Mana?saya stuck dekat alamat rumah kata support sebab tiada nombor rumah😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Cuba letak nom rumah 0/1 kaalu lepas. Atau letak alamat tempat kerja, asalkan encik boleh terima kad nanti

      Delete
  44. Hi, kalau bayar bil.. point dia kira macamana ya? setiap rm20 kira 1 point jugak ke?

    ReplyDelete
  45. masa sign up tu lupa taruk ref tu..x dapek la extra rm10 tu kan..tp cam best je bigpay ni..sbb x de caj mas beli tiket airsia online kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh takde rezeki takpe2. ya takde cas processing fee & dapat diskaun untuk add on meal

      Delete
  46. Ho saya nak tanya kalau nak guna kad bigpay ni di luar negara kan.kita dah ada topup dlm dia sebelum ni, so booeh terus guna ke mcm 7Eleven kedai luar ngr sana dgn swipe kad? Soalan saya bila nak guna kad big pay ni dekat kedai yg terima master card di overseas👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh swipe terus takde masalah. tak perlu inform Bigpay/ aktifkan international transaction macam kad debit

      Delete
  47. Salam..nak tanya kalau isi minyak tu dia akan hold duit tiap kali swipe kat pam or kali pertama saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. setiap kali swipe di mesin pam dia akan hold, sama macam kredit kad. katanya kalau taknak boleh cuba tekan preset supaya dia tak hold, boleh cuba. saya pi swipe kat kaunter je takde hold

      Delete
    2. Oo..sama macam debit bank biasalah ya hold rm200.. baik2.. terima kasih ya.

      Delete
    3. Salam..maaf bertanya lagi. Kalau online transaction x dpt point ke? Pending je lagi.

      Delete
    4. Wasalam. Dapat point. Pending tu biasa untuk seller & BP terima/release payment..dalam 3/4hari biasa status akan jadi Settled & dapat point.

      Transaction RM20=1 point

      Delete
  48. Admin. Nak tanye. Setiap orang yang pakai kod rm10 free tu. Awak dpt benefit ke? Atau awak sukarelawan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. saya dapat RM10 dari Bigpay, yang guna kod pun dapat RM10. Artikel ni pulak dibuat sukarela je sebab nak kongsi pengalaman pakai kad

      Delete
  49. Salam ,,, apakah warga asing boleh.memiliki card ini,, ? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Boleh dengan gunakan alamat rumah di Malaysia yang didaftar dibawah nama encik
      (From BigPay chat support: Yes foreigner can apply can, provided they have a valid Malaysian address that is registered under their name)

      Delete
    2. Salam..
      Knpe Card Bigpay saya tak bleh payment karang..

      Delete
    3. Wasalam..soalan tak clear. Tak boleh nak buat payment apa ya?

      Delete
  50. Asalam,nk thu boleh x guna bigpay ni byr monthly duit rumah/kereta dll di bank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Jika bayaran boleh dibuat dengan swipe card atau credit/debit card rasanya boleh je

      Delete
  51. salam..sy dah apply menggunakan ur code..tq for sharing.so now tunggu card sampai je..terima kasih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Sama2..boleh tanya jika ada soalan nanti

      Delete
  52. Hi..nak tanya..bulan lepas point bigpay i da 400...tp tadi i semak hanya tinggal 55..hilang ke ponit tu or...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..mungkin dah tolak untuk beli tiket etc? Chat dengan support untuk dia semak

      Delete
  53. Sekarang akak dah guna sepenuhnya kad ini,kad lain sekadar backup. Senang dan murah jika digunakan di luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..mudah dan senang guna dimana2..kad lain untuk backup & keluar masuk duit saja

      Delete
  54. Sy dah dapat kad big pay, sy nak aktifkan kad tp apps big pay yg sy dah instal tu paparan dia cuma keluar NEXT STEP ADD RM20. Sy dah buat trf duit 2x.

    ReplyDelete
  55. tuan..klu kita bayar bil utility example letrik ke adakah dpt point juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat point kalau boleh bayar guna kad untuk online/ kaunter.

      Delete
  56. Salam,

    Encik nak bertanya sedikit. Seperti yang sedia maklum, kebanyakan transaksi banking di negara2 Eropah menggunakan sistem no pin 4 digit. Jadi nak tau, bagaimana kita nak gunakan kad BigPay di sana memandangkan kita guna sistem 6 digit?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  57. camna saya nk kontek cik?..nk apply kad ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut je step by step kat atas tu saya dah ajar. Kalau sangkut mana2 boleh komen sini saya reply

      Delete
  58. Warga asing boleh mohon bigpay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dengan gunakan alamat rumah di Malaysia yang didaftar dibawah nama encik
      (From BigPay chat support: Yes foreigner can apply can, provided they have a valid Malaysian address that is registered under their name)

      Delete
  59. Kalau takde duit dalam Bigpay, tak boleh swipe la kan ?

    ReplyDelete
  60. Nak tanya boleh x link kan dengan kad kredit or debit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh linkkan kad debit/credit untuk topup duit ke dalam kad BigPay.

      Delete
  61. Bigpay boleh guna isi minyak dekat Pertronas ke?

    ReplyDelete
  62. Bila dh dpt kad BigPay..topup nilai dah boleh buat pembayaran pembelian tiket flight ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Masukkan bigpay dalam airasia apps terus boleh guna

      Delete
  63. Assalamualaikum sis, kalau taknak terima card.. dah boleh terus guna bigpay ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. bila kad diterima baru akaun tu diaktifkan, baru boleh guna bigpay. nanti dia mintak CVC, nombor dibelakang kad tu

      Delete
  64. Nak tanya...ada nilai minumum x ken ada dlm kad tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde nilai minimun. Nak guna baru isi duit pun takpe

      Delete
    2. Takde nilai minimun. Nak guna baru isi duit pun takpe

      Delete
  65. Nak tnya semalam saya ada beli barang dkt shopee saja nk test bigpay ni hbis dlm rm20.02 tp point masih kosong dia pending brapa lama ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dalam 2-3 hari baru settled. Boleh chat support sebab tempoh settled point berbeza ikut merchant

      Delete
    2. okay terima kasih 😊

      Delete
  66. Salam, berapa point nak kumpul baru dapat redeem rm1? Rm10 atau rm100?ke point tu utk beli tiket air Asia saja? Kalau tak beli tiket flight Kira point tu berkumpul gitu saja ke??tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Topup RM 50 = 1 point. Belanja RM 20= 1 point. Boleh redeem ticket flight & Big Deal dalam FAve boleh baca sini https://www.airasiabig.com/my/en/big-membership#waystoredeem

      Delete
  67. Saya dah guna hampir 3 bulan guna code sis, penerangan yg sgt detail tq, tq, tq... x sabar nak guna ble p oversea. hihuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulliah terima kasih. Nanti try guna kat oversea & kongsilah pengalaman tu hehe

      Delete
  68. Salam. 😊 nt tanya brp lama kite nk terima card biru tuu yeee sbb kt dh tunggu 2 minggu blm terima lg 😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. biasa dalam seminggu je. boleh contact bigpay tengok status delivery kat mana

      Delete
    2. kena bayar Rm20 klau tak bayar dia tak pos kad bigpay

      Delete
  69. salam,nak tnye klu gune utk shopee tu mcm mne ye?wktu nk wat transaction tu bleh plih bigpay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. di bahagian payment method tu letak kad bigpay

      Delete
  70. kalau email bigpay dengan email air asia lain takpa ke.boleh transfer jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak boleh transfer. boleh chat dengan AA untuk confirmkan

      Delete
  71. Untuk transfer duit dri bank ke bigpay ada cas ke? Yg untuk cas bulanan tu if kalau tkde transaction? Kena transaction dpt point or tk kisah berapa?

    Explain plis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari bank ke bigpay tiada cas guna online transfer. Tiada Cas bulanan jika tiada transaksi buat masa sekarang. Rm20 untuk dapat 1 point, boleh baca balik dalam post atas

      Delete
  72. Tahniah. saya baru sahaja apply dan key in kod anda. Soalan saya, bagaimana saya nak transfer/top up Bigpay dengan menggunakan Maybank2U. tunjukan sikit kaedah menggunaka MayBank2U.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibahagian topup ada pilihan bank transfer. Boleh pilih maybank2u, cimbclick etc

      Delete
  73. Saya dah register bigpay dan skrg kad dlm proses. Bigpay dan Big Loyalty tu sama ke? Sebab bila nak beli tiket flight keluar suruh login Big Loyalty. Adakah dengan register bigpay secara automatik dah jadi ahli Big Loyalty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna bigpay dapat bigpoint. Dalam big loyalty tu ada semua bigpoint.

      Delete
  74. kalau lupa nak masukkan referral code time register tu..dh xblh masukkn eh lps tu?

    ReplyDelete
  75. contoh saya beli barang online dekat instagram, boleh guna bigpay ke ?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada option visa/debit card boleh masukkan nom kad bigpay & guna macam biasa

      Delete
  76. hi, macam mana nak buat bayaran PTPTN menggunakan big pay ya? sebab sebelum ni sy bayar melalui acc bank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Kalau ada option masukkan kad akaun boleh cuba letak nom kad bigpay

      Delete
  77. Card bigpay ni boleh pakai untuk masukkan salary tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. bos ada kad bigpay & mintak staf buat kad bigpay juga. transfer dari kad ke kad free je & instant masuk. boleh track juga transaction

      Delete
  78. Hai. Nak tnya apa beza kad bigpay dgn kad airasia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad airasia adalah credit card. bigpay adalah prepaid card, kena transfer duit ke dalam tu baru guna. berapa yang diletak dalam kad, banyak tu saja boleh guna

      Delete
  79. Brpa diskaun yg akn dberi klau kta byr tiket flight airasia gna big pay? Diskaun ikut point yg tlah dikumpul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada cas untuk processing fee, diskaun untuk meal&luggagge
      dan boleh tolak bigpoint. lagi banyak bigpoint lagi banyak boleh tolak dari total payment

      Delete
  80. jika kita tidak guna bigpay dalam satu bulan kena caj rm2.50. ada cara mahu elakkan kena caj tersebut? sbb saya mungkin mahu guna untuk beli tiket AA sahaja lepas tu tak tahu bila lagi nak guna. bole bagi pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni cas rm2.50 jika tak guna kad belum dikenakan. tiada apa-apa cas walaupun tak guna kad.

      Delete
  81. Topup RM50= 1 point & belanja RM20= 1 point kan? Sy ada persoalan. Contohlah sy topup RM1000 dlm bigpay. Then sy nak beli tiket AA ulang alik which mean 2 ticket. Should i just beli one way dlu so that i can earn points kat situ lepastu bru bli tiket yg balik tu. Or should i just beli ticket return trus? Which one lebih berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok update baru. sekarang topup tak dapat point. belanja baru dapat point. dulu RM20=1 point, sekarang RM10=1 point

      better beli return dari buat kerja few times takut harga tiket berubah etc

      Delete
  82. Assalam bigpay blh byr tol x? Kad bigpay nk kne topup kt mne ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. dia macam kad debit atm. topup online, dalam apps dia

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...