Tips Umrah Mekah Madinah



Akhir bulan November tahun lepas (2017) alhamdulliah dapat menunaikan umrah dengan keluarga. Aku tuliskan sedikit tips semasa di Madinah & Mekah.Supaya dapat tambah persediaan kesana lagi nanti Insyallah.

Kawan-kawan yang ada tips tambahan, tulis saja dalam komen. Nanti aku tambah dalam list ini dan dapatlah kita kongsi ilmu sama-sama. Aku mulakan ya.

1. Wakaf Quran
Untuk wakaf Quran, kerusi dll beritahu saja pada mutawif. Beri nama, serah duit dengan akad ke mutawif korang. Kalau beli sendiri, cop wakaf & letak sendiri dalam masjid nanti Quran akan dikeluarkan. Selain Quran,kita juga boleh berwakaf kerusi solat.

2. Vaselin & ubatan
Bawa Vaselin, krim badan. Cuaca kering, sekejap panas sekejap sejuk kulit & bibir cepat menggelupas. Bawa ubat yang biasa makan & makanlah ikut time.Multivitamin, panadol, ubat batuk dari Malaysia pun elok dibawa.

3. Sejadah
Bawa sejadah kecil. Kadang kala terlewat sampai masjid, kita kena solat dimana-mana saja ruang yang ada hatta laluan orang atau tepi tong air zam-zam. Bawa sejadah tebal jika orang tua sakit lutut supaya tidak sakit ketika sujud.

4. Sesat
Set tempat nak jumpa dengan ahli keluarga jika perlu berpisah tempat. Kenalpasti beberapalandmark tempat tu. Sentiasa pakai lanyard travel agent. Jika tak tahu hotel dimana, tunjuk maklumat yang ada dilanyard pada mana-mana mutawif Malaysia.Nak kenal mutawif Malaysia biasanya berjaket,kalau takpun minta je tolong orang yang muka Malaysia tu.

5. Sedekah
Boleh sedekah wang pada mereka yang susun Quran, sapu sampah dll.

6. Solat
Solat jenazah hampir setiap waktu ada. Lepas habis solat fardu, tunggu sekejap jika ada solat jenazah & ikut imam.Lepas tu buatlah solat Baqdiah, taubat, hajat dll. Di Mekah, tiada waktu haram solat. Solatlah bila waktunya pun.

7.Jaga wuduk
Tips ummi,makan buah delima hari-hari, mudah melepas. Dapatlah bertahan lama wuduknya.

8.Solat di depan Kaabah
Selesai tawaf, kita bersolat sunat didepan Kaabah. Tengok Kaabah instead of tunduk tengok lantai. Ustaz kata dapat pahala lihat Kaabah.

9. Raudah
Aku dapat pergi sekali sahaja & penuh dugaan. Sebaiknya pergi selepas Subuh. Waktu dibuka untuk wanita tak lama kena cepat-cepat ke pintu Raudah. Ikutlah arahan pengawas bertugas tu.

10. Shopping
Lagi selesa beli di Madinah. Mekah pun ok je. Pandai2 tawar harga. Seller dia sekejap cakap bahasa Arab, Indonesia, English..eh semua dia teriak.

11. Bacaan masa Tawaf & Saie
Bawa buku doa yang ada tali senang takpayah pegang. Ustaz juga pesan kalau tak sempat nak baca dengan nak ikut jalan bersama, orang rempuh lagi..kita baca saja selawat, doa yang kita tahu.

12. Ziarah muzium
Ikut mutawif rapat-rapat. Boleh dengar dia terangkan baru faham gambar & barang yang dipamerkan. Rakam video lagi bagus.

13. Tahalul
Bawa gunting kecil untuk bertahalul atau menggunting sikit rambut. Jika tak kena pinjam gunting orang lain.

14. Starbuck
Jangan risau disini ada saja Starbuck, KFC, McD insyallah tak kebulur.Kedai ni kebanyakannya take-away. Takde kerusi meja nak duduk-duduk.

15. Airzam-zam
Bawa botol air kecil semasa nak pergi masjid. Sebelum keluar masjid minum dulu air. Isi juga air zam-zam dalam botol sebab kadang-kadang hotel jauh nanti haus.

16. Tumbler air
Letak air zam-zam sejuk, nyamanya je tekak minum. Boleh juga buat tapau air panas kat dewan makan.

17. Spek hitam
Sebab saya silau & kadang tempatnya berdebu. Jadi bawalah spek memasing.

18. Plastik kasut
Ada disediakan dipintu masuk. Letak kasut dalam plastik & bawa dalam masjid. Tinggal kasut kat luar atau selit-selit je, nanti dia keluarkan kau tak jumpa balik. Beli beg/ kantung kasut awal-awal.

19. Susu
Sedap, pekat susu kat sana. Dapat double choc fuh terasa susu cekelatnya. Pepsi pun aku beli sebab ada tulis jawi kat tin dia hehehe

Haa..ini dulu yang aku ingat. Kawan-kawan yang nak tambah tips, tulis je di komen. Insyallah aku salin balik tambah dalam list ni. Semoga kita semua diberi peluang umrah dan haji diwaktu masih sihat ini Aminn..

No comments:

Post a Comment