Assalamualaikum.
Sekali lagi aku perlu ke Shah Alam. Macam biasa godek OYO dulu kot dapat harga menarik. Hampeh kali ini, harga OYO tak semurah dulu, ini kena rajin cari tau kadang ada hari dapat berbaloi. Sedikit kajian dibuat dan Hotel de Art Seksyen 19 dipilih.
Hotel ini dikatakan Malaysia First Art-Themed Hotel. Art theme tu macam mana? Decoration hotel dan bilik tu ada tema contohnya Victorian theme, Harry Potter, artistic, contemporary etc.
Hotel ni ada banyak cawangan di Shah Alam iaitu di Seksyen 19, Seksyen 9, Seksyen 7, i-City, dan USJ21. Acara kali ini adalah di Seksyen 13, jadi aku menginap di Hotel de Art Seksyen 19.
Bilik yang aku tempah adalah Art Twin (No Window). Biliknya ada dua katil single, biliknya ditengah jadi takde tingkap. Biasalah tu bilik takde tingkap harga murah sikit. Harga asal adalah RM 118. Di Agoda haritu dapat dalam RM 92 tak silap, ada cas lagi bayaran tu.
Bilik aku bertema Victorian, katil dan meja dia jenis berukir gitu. Dan wallpaper dia ada tiang roman gitu.
Apa Yang Best?
1- Lokasi
Disebelah hotel ni ada Speedmart, Shell bolehlah nak beli keperluan ke jajan ke. Strategik lokasi ni nak ke Stadium Malawati, Stesen Bas Shah Alam, iCity pun tak jauh sangat.
2- Dekorasi
Menarik, bilik bertema.
3- Harga
Harga kompetitif untuk lingkungan butik hotel. Pastikan guna Shopback atau Milkadeal dan cari harga terbaik antara booking dan Agoda dll. RM50 untuk deposit diperlukan.
4- Fasiliti
Ada parking dikeliling hotel, maklumkan receipient nombor plat kereta anda. Ada lif jadi tak mengah angkat barang. Iron disetiap floor, dekat dengan lif. Kalau takde tanyalah ya. Dalam bilik ada arah kiblat, drinking water, wifi, water heater (tapi tea, serbuk kopi takde kena bawa sendiri), hair dryer.
Apa Yang Kurang Best?
1- Luas Bilik
Agak ngam-ngam, boleh tengok gambar diatas. Bolehlah satu sudut kecil untuk solat. Kira acceptable untuk solat sorang-sorang, oklah sebab aku pernah je kena solat atas katil sebab takde ruang langsung.
Tempahan
Takde apa yang tak puas hati kat sini ok je duduk alhamdulliah.
Untuk cuba stay di hotel ini bolehlah buat tempahan di Agoda atau booking.com. Seperti biasa, pastikan anda ke Milkadeal atau Shopback dahulu sebelum ke website atau apps Agoda dan booking.
Kalau korang nak tak cuba stay disini? Atau sudah ada pengalaman di hotel deArt cawangan lain? Kongsikan dibawah, insyaallah akan dibalas.
sekian
No comments:
Post a Comment