Hari terakhir trip overland ini.Bangun awal pagi dan segera bersiap. Pemandu tuktuk kami Ravi sudah sampai dibawah. Mengangkutlah kami dengan backpack berkilo-kilo ini menuruni tangga. Budak shift malam yang menjaga kaunter macam biasa terbaring didepan kaunter. Kami katakan mahu check out dan pulangkan kunci.
Terus keluar nak letak barang dituktuk. Tiba-tiba dia berlari keluar dapatkan kami yang sudah duduk ni. Dia minta kami bayar sebab kami tambah hari. Eh, memang dah bayar semalam. Kami minta dia semak dalam rekod sebab semalam Haq sudah bayar duit hotel.
'We pay with your boss yesterday'. Tergaru-garu dia confuse.
Sepatutnya semalam kami minta resit lepas buat bayaran. Mungkin boss dia tak bagitau agaknya.
"Boss? The women?"
"No..noo.. the man. The bald guy"
"Oo the old man? Oh, ok"
Hahaha..suka hati je dia kata boss dia tua. Lepas settle salah faham tu, kita teruskan perjalanan ke Siem Reap International Airport. Setengah jam juga perjalanan dalam kegelapan dan kesejukan pagi. Sempat lagi aku lelapkan mata walau sekejap. Maklumlah, tidur itu important.
Sampai di airport, kami bergambar dan berterima kasih kepada Ravi kerana menghantar kami ke sana sini dua hari ni. Haq pun bayarlah upah untuk dua hari ni iaitu 20$.
Masuk je airport ni terus nampak kaunter. Kaunter flight kami belum buka lagi. Memang sengaja datang awal. Sarapan pagi subuh ni adalah kuih beras manis yang kami beli semalam. Kenyang dan ngantuk punya pasal, tak makan pun. Selain habiskan makanan, air mineral pun kena habiskan sebab nanti akan lalu imigrisen.
Sambil mulut mengunyah makanan dan memerhati pegawai imigrisen dok buang air mineral orang lain dalam tong sampah, Haq teringat sesuatu.
"Alaaa...kita lupa minta Ravi poskan poskad la. Rugi lah bawa balik Malaysia ni. Dah tampal setem dah"
"Oh..aah la. Lupa" Jawab Nabila pendek. Ternyata tanpa kopi, sel-sel otak masih kurang bersambung.
Selepas makan dan kaunter masih belum dibuka lagi. Haq macam biasa akan berjalan-jalan sekitar airport dan Nabila akan menjadi penjaga bag aka sambung tidur lagi...hahaha. Tidak lama kemudian. Haq kembali ke tempat duduk kami.
"Nabila, aku dah jumpa peti pos. Meh sini poskad ko". Haq berkata sambil mencari-cari poskad Cambodianya.
Dapat juga kami pos poskad hari ini. Harap-harapnya sampailah ke bumi Muar Johor nanti.
Route
Check out hotel-Lapangan Terbang Siem Reap (tuk-tuk)-KL

No comments:
Post a Comment